Anda di halaman 1dari 2

Laporan Latihan Pencegahan Kebakaran SJKC Kah Wah

Tahun 2016

TARIKH : 21 April 2015 (Khamis)


SASARAN : Murid-murid dan semua warga sekolah

TENTATIF :
1. Loceng kecemasan dibunyikan.

2. Murid-murid segera meninggalkan bilik darjah sambil beratur di luar bilik darjah, lalu
mengambil laluan kecemasan kebakaran dan akhirnya semua murid dan guru berkumpul di
tapak berkumpul sekolah.

3. Ahli bomba, daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Banting, menerangkan langkah
keselamatan semasa kebakaran dan mendemonstrasi cara penggunaan alat pemadam api. Dua
orang guru lelaki, dua orang guru perempuan, seorang murid lelaki serta seorang murid
perempuan bergilir-gilir menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api.

A) PENDAHULUAN
Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah
keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan
harta benda dan nyawa .Oleh demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi
situasi kebakaran.

B) OBJEKTIF LATIHAN
1) Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap warga SJKC Kah
Wah mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak dengan cepat, tepat dan betul
semasa kebakaran dari peringkat permulaan hingga keadaan diistihar selamat.
2) Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada dan mengambil langkah-langkah
penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia ada, prosedur
dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3) Memberi pendedahan mengenai kebakaran dan cara-cara penggunakan peralatan
pemadam api.
4) Mewujudkan semangat kerjasama di antara semua warga sekolah.

C) OBJEKTIF KHUSUS :
1) Menerangkan bagaimana kebakaran boleh berlaku dan bahaya-bahaya yang mungkin akan
timbul.
2) Menyatakan pelbagai bentuk api ketika kebakaran dan alat pemadam api yang sesuai
digunakan mengikut keadaan kebakaran.
3) Menggunakan alat pemadam api kecil permulaan.
4) Menerangkan tatacara menyelamatkan diri ketika kebakaran.
LAMPIRAN

Murid beratur di luar bilik darjah dan bergerak pantas ke tapak berkumpul kecemasan.

Ahli bomba, daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Banting, menerangkan langkah
keselamatan semasa kebakaran dan mendemonstrasi cara penggunaan alat pemadam api.

Dua orang guru lelaki, dua orang guru perempuan, seorang murid lelaki serta seorang murid
perempuan bergilir-gilir menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api.

Anda mungkin juga menyukai