Anda di halaman 1dari 34

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa


Tajuk 10
 Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main
peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin,
mestamu, dikon)
 Teknik Permainan Bahasa
 Teknik Latih Tubi
 Teknik Bercerita

Sinopsis

Teknik pengajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses


pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan teknik pengajaran perlu dilakukan dengan
teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang
dirancang. Antara teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa
adalah:

 Teknik Drama
 Teknik Permainan Bahasa
 Teknik Latih Tubi
 Teknik Bercerita
 Teknik Main Peranan
 Teknik Simulasi

Teknik-teknik pengajaran bahasa dapat ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan


pembelajaran melalui pelbagai aktiviti. Dengan demikian proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

1
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran

2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa


terjemahan dan terus.

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan


pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mikro.

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Teori Huraian Bahasa dan


 Nahu Tradisional Teori Pemerolehan
 Struktural Bahasa
 Transformasi Generatif
 Teori Fungsional
Teori Pemerolehan Bahasa:
 Behaviorisme
 Kognitif
 Mentalis
 Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa


Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan

2
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Teknik Pengajaran Bahasa

 Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam


bilik darjah
 Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih perlu sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik drama
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik main peranan
6. Teknik simulasi
7. Teknik inkuiri
8. Teknik perbahasan
9. Teknik kuiz
10. Teknik sumbangsaran
11. Teknik soal jawab
12. Teknik perbincangan

3
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

13. Teknik forum


14. Teknik dialog

Tujuan teknik

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan rasa ingin tahu

10.1 Teknik Drama

Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku
penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta
melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan,
tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.
Antara teknik drama ialah mimos,arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater
bercerita, pentomin, mestamu, dikon.

 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan sebagainya) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi
bahasa atau perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
 Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.

4
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Teknik drama:

1. Mimos
2. Arca
3. Improvisasi
4. Main peranan
5. Simulasi
6. Teater bercerita
7. Pentomin
8. Mestamu
9. Dikon

1. Mimos

Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka
bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa
dialog.Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan
menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun
selepas aktiviti.

Bahan untuk aktiviti :


Kisah pendek, bahagian - bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang
lengkap.

5
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Contoh aktivti mimos :

i. Individu

Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.


a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup
kencang.
b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau
silat.

ii. Berpasangan

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku
(aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi
pelakon)

a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.


b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.

2. Arca

Patung yang menyerupai seseorang


Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera
Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal
Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya
sastera

3. Improvisasi
Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian ,
keadaan/situasi dalam kehidupanseharian.

6
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Contoh aktiviti :

Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal


berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi
malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa
bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk
menjadi askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi perempuan tua itu
percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk
perkahwinan anaknya kelak.

4. Main peranan
Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada
peristiwa, novel,cerita atau situasi.
Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras
bahasa yang sesuai.

Contoh situasi:
a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.

5. Simulasi
Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta
dipersembahkan di dalam bilik darjah.
Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan
yang dilakukan murid.

Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan

7
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

6. Teater bercerita
Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan
antara pencerita dengan pelakon.
Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.
Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat
boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang
disebut oleh pencerita.

7. Pentomin

Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang
mengiringi lakonan tersebut.
Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah
untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti :
Peristiwa malam kemerdekaan negara

8. Mestamu

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.


Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan
sajak atau puisi yang dipelajari.
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan
seloka.

8
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9. Dikon

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.


Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk sajak.

10.2 Teknik Permainan Bahasa

 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
diagnostik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :
 merangsang interaksi verbal pelajar
 menambah kefasihan dan keyakinan
 menyediakan konteks pembelajaran
 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

9
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10.3 Teknik Latih Tubi

 Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin
ketekalannya.
 Teknik latih tubi sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
 Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
 Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

i. Sebutan (accent)

Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk


intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

ii. Tatabahasa (grammer)

Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum tatabahasa daripada


semua aspek.

iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)

Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut


konteks dalam situasi tertentu.

iv. Kefasihan (fluency)

10
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa


memikirkan apakah maksudnya.

v. Kefahaman (comprehension)
Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

 Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.


 Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
 Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

10.4 Teknik Bercerita

 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

11
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-


kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
 Guru boleh bercerita tanpa alat atau dengan menggunakan alat sebagai bahan
bantu.

10.5 Teknik Main Peranan

 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau


peristiwa yang dianggap penting.
 Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan
dalam satu situasi yang disediakan.
 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip.
Pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secara spontan.
 Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.

10.6 Teknik Simulasi

 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai


keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula.

12
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting.
 Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
 Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.
 Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan:

Berdasarkan satu hasil pembelajaran yang dipilih daripada Sukatan Pelajaran


Bahasa Melayu, jelaskan bagaimana anda dapat melaksanakan pengajaran
dengan menggunakan satu teknik pengajaran bahasa di bawah;

• Teknik Drama
• Teknik Permainan Bahasa
• Teknik Latih Tubi
• Teknik Bercerita

13
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 11 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran


dan pembelajaran Bahasa Melayu
 Kemahiran Belajar Cara Belajar
 Kemahiran Kajian Masa Depan
 Kemahiran Berfikir

Sinopsis

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah, dan dapat
diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. KBT yang
dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pengaplikasian kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat tiga kemahiran
bernilai tambah yang dimuatkan dalam tajuk ini:

 Kemahiran Belajar Cara Belajar

 Kemahiran Kajian Masa Depan

 Kemahiran Berfikir

Hasil Pembelajaran

Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

14
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka Konsep

Kemahiran Bernilai Tambah


 Kemahiran Belajar Cara Belajar
 Kemahiran Kajian Masa Depan
 Kemahiran Berfikir

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Fikirkan:

Fahami maksud Kemahiran Bernilai Tambah dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Kemahiran Bernilai Tambah

Mengapa Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam pengajaran


dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebagai guru anda
perlu tahu khususnya kemahiran kajian masa depan dan
kemahiran berfikir untuk memberi kesedaran dan
merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan
peluang yang bakal dihadapi. Hal ini akan membolehkan
mereka memandang masa depan dengan yakin dan
optimis.

15
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Umumnya terdapat tiga kemahiran bernilai tambah dalam tajuk ini, iaitu :

 Kemahiran Belajar.Cara Belajar


 Kemahiran Kajian Masa Depan
 Kemahiran Berfikir
l

11.1 Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)

 Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran
yang berkesan
 Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan,
cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan
mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
 Proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa
guru.

Rasional Belajar Cara Belajar


Diperkenalkan atas beberapa sebab
 Masa di bilik darjah terhad
 Pengetahuan dan maklumat yang diterima di kelas juga terhad
 Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
 Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu
persekolahan
 Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu
 Sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar
seumur hidup dalam kalangan murid

Objektif Belajar Cara Belajar


 Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru
 Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan
lain sebagai sumber pembelajaran
 Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri
 Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi

16
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan


Peranan Guru
 Menentukan objektif pembelajaran
 Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid
 Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran
 Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
 Berbincang dengan murid
 Menilai secara formatif dan sumatif dan merekodkan pencapaian murid
 Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Peranan Murid
 Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
 Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya
 Menetapkan matlamat dan diharapkan dapat menjayakannya
 Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai
atau tidak
 Merancang pembelajaran secara terperinci
 Melaksanakan perancangan
 Melaporkan kemajuan pencapaian
 Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, dan
penguasaan kosa kata
 Membuat refleksi dan menilai pencapaian
 Memberikan ganjaran atas kejayaan sendiri

Kemahiran Belajar
 Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu
pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.
 Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran
- Mendengar
- Membaca
- Mencatat nota
- Menulis

17
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

- Mengingat
i. Kemahiran Mendengar
 Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia
 Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana melibatkan kefahaman
dan pemprosesan maklumat yang didengar
 Kemahiran mendengar melibatkan
- Perkara yang didengar
- Sebab perlu mendengar
- Penyampai yang didengar
- Cara mendengar dengan berkesan
- Cara meningkatkan kemahiran mendengar

ii. Kemahiran Membaca


 Penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta tentang
sesuatu perkara
 Proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca
 Empat jenis gaya bacaan:
1. Skimming / Luncuran
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas
tentang sesuatu bahan atau maklumat
- Bertujuan untuk membuat pandangan umum tentang dokumen dengan
segera
- Dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan
sesuatu bahan atau dokumen atau membaca menggunakan
pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya
pada bahan yang dibaca

2. Scanning / Imbasan
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam daripada skimming
- Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai
jawapan kepada sesuatu persoalan

18
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

- Membaca pendahuluan, dan rumusan teks secara mendalam,


membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata
kunci dan konsep yang dinyatakan.
-
3. Bacaan Intensif
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci
- Memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang
dibaca
- Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi
- Mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna perkara
yang dibaca Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semua
maklumat dengan mendalam.
- Catatan perlu dibuat untuk mengumpul maklumat

4. Bacaan Laju
- Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan
laju dan mampu memahami dengan serentak perkara yang dibaca
- Tumpuan utama pada idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan
bacaan
- Penguasaan bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa
yang terhad secara optimum, dapat menjimatkan masa dan untuk
memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat

iii. Kemahiran Mencatat Nota


 Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca,
dilihat atau didengar
 Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah,
penerangan, temu duga, dan membaca buku
 Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan

iv. Kemahiran Menulis


1. Kemahiran Menulis Laporan
 Perkara-perkara yang berikut perlu diberi pertimbangan

19
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

- Memilih topik sekiranya tidak diberikan


- Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
- Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
- Membuat nota
- Menyediakan kerangka laporan
- Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber
- Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik
- Menyemak draf
- Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
- Menerbitkan laporan

2. Kemahiran Menulis Cepat


 Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan
kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain
 Kriteria menulis cepat
- Kelajuan menulis
- Tulisan yang boleh dibaca
- Kandungannya difahami
 Kebaikan menulis cepat
- Dapat menulis lebih banyak maklumat
- Dapat menjimatkan masa
- Dapat mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat

v. Kemahiran Mengingat
 Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik
 Satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama

Jenis Ingatan
 Ingatan jangka pendek
- maklumat tersimpan sebentar sahaja
 Ingatan jangka panjang
- maklumat yang kekal dalam ingatan

20
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Proses Ingatan
 Terdapat tiga langkah proses ingatan
1. mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan
(enkoding)
2. menyimpan maklumat
3. mengingat kembali maklumat (decoding)

Cara mengingat
 Mereka cerita
 Mencipta irama atau lagu
 Membuat catatan
 Membuat lakonan
 Membuat senarai semak
 Mencipta akronim
 Membuat rantaian atau berlawan
 Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf, dan peta minda
 Mengingat secara kumpulan ( Contoh: nombor telefon)
 Mengulang
 Melatih tubi

11.2 Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)

 Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap
sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa
depan.
 Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan
perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum
 Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan
 Bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran
dan perubahan
 Akan membantu generasi akan datang menyedari bahawa masa depan pasti
berubah, dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka boleh merancang
masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia

21
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani


perubahan
 Masa depan sukar diramalkan, justeru kita perlu tahu cara meramalkan masa
depan supaya boleh menangani perkara yang akan dihadapi

Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (Empat prinsip)

1. Prinsip Perubahan
 Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri,
ekonomi dan sebagainya berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya
boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang

2. Prinsip Pandangan Jauh


 Pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah
pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku,
seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada krisis
tersebut
.
3. Prinsip Perancangan Strategik
 Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan
mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh hal yang demikian,
bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara
strategik untuk mencapai masa depan yang diingini

4. Prinsip Pengupayaan
 Remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa
depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan
strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri
agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau
sesuatu yang tidak dijangka.

22
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Objektif Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan


 Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal
masa depan
 Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
 Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan
 Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
 Membina sikap dan nilai tentang masa depan

Faedah kepada murid


 merangsang murid berfikir
 menyemai semangat optimistik tentang masa depan
 menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu
 berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal
 menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan
 menyemai keyakinan diri untuk menghadapi masalah dan membuat
keputusan
 murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan
pandangan tentang sesuatu tema

Faedah kepada guru


 pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
 guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan peranan sebagai
peneroka yang aktif
 pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, audio, kinestatik, dan komunikasi
berpusatkan murid boleh digunakan.
 iklim dalam bilik darjah seronok, dan menarik dengan suasana kreatif serta
persekitaran yang boleh merangsang murid untuk belajar

Perancangan seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa


Depan
Aspek yang perlu diambil kira
 perancangan yang strategik
 isu dan tema yang relevan

23
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 berpusatkan murid
 aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat
 peranan guru sebagai fasilitator

11.3 Kemahiran Berfikir (KB)

 Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan


pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif
terhadap proses yang dialami.
 Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran
kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
 Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan
masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan
kerjaya murid pada masa depan
 Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas, manakala operasi
yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir

11.3 Kemahiran Berfikir


1. Kemahiran Berfikir secara Kritis
1.1 Menganalisis secara Kritis
Menganalisis Idea
• membandingkan dan membeza
• mengelas
• meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan
• membuat urutan
Menganalisis Hujah
• mencari sebab dan kesimpulan
• mengusul periksa andaian
1.2 Menilai secara Kritis
Menilai Maklumat
• Menentukan kebolehpercayaan sumber
Menilai Inferens

24
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

• menerangkan sebab
• membuat ramalan
• membuat generalisasi
• menaakul melalui analogi
• membuat penaakulan bersyarat

2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Menjana Idea-Idea Alternatif
• Menjana kemungkinan-kemungkinan
Mencantum Idea-Idea
• Mencipta metafora
Proses Berfikir
(a) Membuat Keputusan
(b) Menyelesaikan Masalah

 Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama, iaitu
1. Kemahiran Berfikir secara Kritis
2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Kemahiran Berfikir secara Kritis


 Didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
 Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas
untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam
 Hanya terhad kepada penghasilan huraian idea-idea yang sedia ada sahaja
dan tidak menghasilkan idea-idea baharu

Kemahiran Berfikir secara Kreatif


 Didefinisikan sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baharu, asli,
dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan
 Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas

25
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baharu, estetik, dan
membina.
 Ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Cara ini
digunakan untuk menghasilkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan
tindakan

Proses Berfikir
 Kemahiran membuat keputusan ialah keupayaan minda untuk memilih satu
pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan untuk mencapai tujuan atau
objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.
 Kemahiran menyelesaikan masalah ialah keupayaan minda untuk mencari
idea-idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau
halangan yang ada bagi mencapai objektif yang dihasratkan
 Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah
berperanan sebagai proses terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah menuju ke arah membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah

26
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Model Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir


Secara Kritis Secara Kreatif
- mencirikan - menjana idea
- membanding dan membeza - menghubung kait
- mengumpul dan mengelas - membuat inferens
- membuat urutan - meramal
- menyusun mengikut - membuat hipotesis
keutamaan - mensintesis
- menganalisis - mengitlak
- mengesan kecondongan - membuat gambaran
- menilai mental
- membuat kesimpulan - menganalogi
- mereka cipta

Membuat Keputusan

dan

Menyelesaikan Masalah

Objektif Mengajar Kemahiran Berfikir


 Dunia memerlukan manusia yang lebih canggih pemikiran, iaitu manusia yang
memiliki kemahiran berfikir pada peringkat tinggi, bijaksana dan berfikiran
cemerlang.
 Sebagai usaha membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran kognitif dan
metakognitif

27
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Untuk meningkatkan keupayaan atau kemahiran pelajar-pelajar berfikir pada


tahap tinggi, melalui isi-isi pelajaran dalam subjek-subjekyang diajarkan di
sekolah-sekolah
 Untuk mencapai kemahiran berfikir dalam proses “broad thinking” seperti
penyelesaian masalah, pengkonsepsian dan membuat keputusan.
 Menyediakan pelajar-pelajar yang mahir berfikir secara menyeluruh
 Menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran-kemhairan kognitif tahap
tinggi dalam interaksi mereka dengan bahan-bahan pembelajaran, guru dan
sebagainya

Arahan:
 Sila baca dan fahami tentang kemahiran bernilai tambah yang dimuatkan dalam
tajuk ini.
 Setelah anda menguasai kemahiran bernilai tambah yang dibincangkan, rancang
satu pengajaran yang menerapkan kemahiran-kemahiran tersebut, seterusnya di
amalikan dalam sesi tutorial.
 Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang
kemahiran ini dan buat rujukan lanjutan.

28
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran


dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dua Kemahiran
Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:

 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

Hasil Pembelajaran

3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Kerangka konsep

1. Kemahiran TMK
2. Kemahiran
Kemahiran Bernilai Tambah Kecerdasan
dalam Pengajaran dan Pelbagai
Pembelajaran Bahasa Melayu

29
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kemahiran Bernilai Tambah

Sebagai guru yang berjaya, anda perlu tahu


cara menyerapkan kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Anda perlu
memilih dan menentukan kemahiran
bernilai tambah yang sesuai dengan tajuk
yang akan diajar.

Nota ringkas:

12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

 Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud


menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
 Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer
untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan
aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses
maklumat melalui internet.

Objektif TMK dalam pembelajaran


 Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
 Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan
 Meningkatkan motivasi murid
 Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
 Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh

30
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau
terlalu mahal untuk diperoleh
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
 Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu
mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
 Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
 Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum
 Meningkatkan kemahiran TMK

12.2 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

 Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik,


visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

 Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan


murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat
dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan
dan kebolehan yang berbeza

i. Kecerdasan Verbal- Linguistik


 Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan
perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam
bentuk lisan atau penulisan.
 Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada
makna yang kompleks
 Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain
 Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan

ii. Kecerdasan Logik- Matematik


 Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang
menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak.

31
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan


masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta
boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira
dan menggunakan komputer dengan cekap
 Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis

iii. Kecerdasan Muzik


 Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama
yang terdapat di persekitaran
 Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta
dapat bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik
 Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak
dan tempo dengan mudah
 Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi
dengan iringan muzik

iv. Kecerdasan Kinestetik


 Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan
perasaan, serta menyelesaikan masalah.
 Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan
perimbangan tubuh badan
 Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan
lakonan

v. Kecerdasan Visual-Ruang
 Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan
garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara
grafik
 Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta
secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek
dan ruang
 Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita

32
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

vi. Kecerdasan Intrapersonal


 Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan,
hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau
perbezaan persepsi individu.
 Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal
kemarahan dan kesedihan
 Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri
sendiri

vii. Kecerdasan Interpersonal


 Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain
 Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang
lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
 Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan

viii. Kecerdasan Naturalis


 Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
 Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat di sekeliling
 Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara
kehidupan flora dan fauna
 Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta
mengkategorikan flora dan fauna

Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan


Pembelajaran
 Petunjuk kepada potensi murid
 Mempelbagaikan cara penilaian
 Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
 Membangunkan bakat dan kebolehan murid
 Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid

33
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya


 Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
 Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK
dan keperluan murid

Arahan:

 Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai
 Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas tutorial anda.
 Anda dikehendaki bersedia untuk melaksanakan tugasan tersebut

34

Anda mungkin juga menyukai