Anda di halaman 1dari 3

KESAN-KESAN ORANG BARAT MEMANDANG SERONG TERHADAP AGAMA ISLAM DENGAN

MENGGANGGAP ORANG ISLAM SEBAGAI PENGGANAS, ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG KOLOT.

1. Melihat Islam secara ekstrim

Sesetengah golongan menjadi terlalu agresif dan bertindak secara radikal – hanya mengganggap
Islam dilabel sebagai agama militan, ganas dan fanatik. Sama ada dari segi kefahamannya, mahupun
dari segi cara memperjuangkannya, mereka yang radikal ini tidak mengenal erti tolak-ansur dan
tasamuh (lapang dada) dalam memperjuangkan cita-cita Islam mereka.

Manakala ada pula yang terlalu liberal – hingga ´mencairkan´ prinsip-prinsip teras agama yang
seharusnya tidak boleh digolok-gadai. Hampir-hampir mereka tidak mempunyai prinsip dan rela
berbuat apa sahaja atas alasan kesederhanaan, perpaduan dan kefleksibelan Islam. Sedangkan,
hakikat sebenarnya, mereka telah ´hanyut´ dalam sistem nilai dan penjajahan bentuk baru musuh-
musuh Islam.

Malangnya, kedua-dua bentuk ekstrim ini mendabik dada kononnya itulah ´Islam sebenar´
seperti yang diwahyukan oleh Allah dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam yang
sempit, keras, militan di satu pihak, manakala yang goyah, longgar dan lemah di satu pihak yang lain
ini telah menimbulkan tentangan bukan sahaja daripada orang bukan Islam malah di kalangan umat
Islam sendiri.

2. Melihat Islam secara sempit

Golongan yang melihat Islam secara sempit ini terbahagi kepada dua golongan:

I. Memandang Islam di sudut ibadah khusus semata-mata. Agama pada kelompok ini dilihat
semata-mata sebagai bekalan akhirat untuk mendapat syurga. Agama adalah platform
menunggu hari mati dan ia tidak ada kaitannya dengan sistem hidup bertamadun dan
berkemajuan. Tindakan ini jelas memisahkan antara dunia dari akhirat. Bagi mereka dunia
bukan lagi sebagai ´tanam-tanaman´ yang bernilai untuk memetik hasilnya di akhirat, bahkan
dianggap ´bangkai´ yang begitu menjijikkan. Golongan ini menyebabkan Islam jumud, beku
dan tidak progresif.

II. Memandang Islam hanya pada aspek maddiah (material). Golongan ini hanya melihat
Islam dari sudut pembangunan duniawi (pembangunan ekonomi, teknologi dan ilmu) tetapi
meminggirkan atau menyisihkan aspek-aspek prinsip yang berkaitan dengan soal keimanan.
Kelompok ini melihat Islam hanya sebagai faktor motivasi untuk membangunkan
kecemerlangan duniawi tanpa mengaitkannya dengan soal dosa, syurga dan neraka. Mereka
sibuk dalam soal-soal fardhu kifayah tetapi cuai dalam persoalan asas (fardhu Ain). Pada
mereka seolah-olah ajaran Islam itu hanya sebagai ´ideologi´ yang diperjuangkan tanpa
dikaitkan dengan soal akhirat dan Hari Pembalasan.

III. Memandang Islam hanya sebagai agama warisan yang bersifat adat semata-mata.
Golongan ini melihat Islam disudut adat semata-mata. Islam pada mereka bukan suatu cara
hidup yang lengkap, malahan dilihat sebagai ritual agama yang berkait soal lahir, kahwin dan
mati sahaja.

Pertembungan pelbagai pandangan ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat
Islam di dalam pelbagai subjek teras – antaranya:

• Kekeliruan dalam memahami konsep kesyumulan ibadah.


• Kekeliruan dalam memahami kesepaduan antara hasanah dunia dan akhirat.
• Kekeliruan tentang makna jihad dan ruang-lingkupnya.
• Kekeliruan dalam menyusun keutamaan amalan-amalan Islam.
• Kekeliruan dalam memahami konsep ilmu – naqal dan aqal.
• Kekeliruan dalam keserasian antara takwa dan ukhuwah.
• Kekeliruan dalam aplikasi Dinullah dan Sunnatullah.
• Kekeliruan tentang hubungan antara pembangunan rohani dan pembangunan material.
• Kekeliruan dalam memahami erti zuhud, tawakal, sabar, redha dan sebagainya.

3. Salah faham terhadap Islam

Salah faham mengakibatkan salah laku. Dan salah laku ini menyebabkan berlakunya
kelemahan pada dua aspek – rohaniah dan material. Dari segi rohaniah, umat Islam
berpecah-belah, dilanda pelbagai masalah sosial, jenayah, keruntuhan akhlak dan
sebagainya. Manakala dari segi material dan fizikal pula, umat Islam terus ketinggalan dalam
bidang ekonomi, sains, teknologi, ketenteraan dan lain-lain.

Bukti kelemahan umat Islam khususnya di Malaysia dapat dilihat daripada beberapa sudut,
antaranya:

• Tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan kehidupan sosio-ekonomi yang secara


relatif masih rendah dibandingkan dengan orang lain.
• Ketinggalan dalam pengajian aliran komersial, sains dan teknologi.
• Ketinggalan dalam sektor berdaya maju seperti perusahaan, perdagangan dan industri.
• Penglibatan dalam sektor berdaya maju terbatas kepada tenaga buruh dan jika di
peringkat perngurusan kebanyakkanya hanya dalam bidang pengurusan manusia.
• Dunia perniagaan umat Islam majoritinya bermodal kecil, perniagaan jenis perkhidmatan
seperti penjualan buku, kedai runcit dan makanan sahaja.
• Bagi yang terlibat di peringkat korporat, pergantungan kepada program dan bantuan
kerajaan begitu kuat hingga boleh melemahkan inisiatif dan kreativiti sendiri.

4. Kepentingan diri atau puak terhadap Islam

Kepentingan diri dan puak acapkali menyebabkan berlakunya salah faham terhadap Islam.
Golongan ini bukan jahil, malah mempunyai ilmu yang cukup untuk memahami bahkan
mentafsirkan Islam dengan baik. Namun, oleh kerana suatu kepentingan (sama ada dari segi
politik, ekonomi, etnik, mazhab), secara sedar atau tidak, mereka terdorong untuk
memahami dan mentafsirkan Islam hanya menjurus kepada kepentingan diri dan puak
mereka sahaja.

Mungkin kerana kepentingan ekonomi misalnya – ada sesetengah pihak yang tergamak
´menghalalkan´ urus-niaga yang mengandungi unsur-unsur riba. Mungkin kerana
kepentingan politik, sesetengah pihak rela ´megiyakan´ sahaja perbuatan anggota
kumpulannya demi menjaga sokongan dan mengekalkan populariti. Malah ada yang lebih
berani sehingga tergamak mempertikaikan keislaman pihak lain yang dirasakan mengancam
kepentingannya.

Islam yang diamalkan oleh golongan ini adalah ´Islam´ yang telah ditafsir mengikut
kepentingan puak. Bila ada sudut-sudut tertentu daripada ajaran Islam yang dilihat
menguntungkan mereka, maka sudut itulah yang dijaja, diwar-warkan malah ditonjolkan
dengan begitu hebat sekali sehinggakan seolah-olah pihak yang tidak turut serta dengan
´kempen´ itu sudah tidak Islamik lagi.

Padahal, apa yang diperjuangkan itu hanyalah ´survival´ atau kesinambungan kuasa,
keuntungan atau pengaruh sahaja. Sebaliknya, jika pihak lawan mengajak kepada
pengamalan sudut-sudut ajaran Islam yang lain – khususnya yang boleh menjejaskan
kepentingan mereka, maka dengan cepat pihak lawan itu dipersalahkan dan dilabel dengan
pelbagai tuduhan negatif.

Kepentingan diri dan puak tidak boleh sama sekali disinonimkan dengan kepentingan Islam.
Jika dilakukan juga, ini akan menimbulkan perbuatan menyamakan sesuatu golongan atau
kumpulan dengan Islam – “kami Islam, dan Islam itu kami”. Yang menjadikan seolah-olah
merekalah satu-satunya ´wakil´ mutlak Islam.

Menyokong mereka bererti menyokong Islam. Memusuhi mereka memusuhi Islam. Padahal,
tidak ada siapapun yang boleh mendakwa demikian, justeru bagaimana hebat sekalipun
seorang individu atau kumpulan dalam mengamalkan Islam, pasti (sebagai manusia biasa)
terdedah kepada kelemahan dan kekurangan.

Anda mungkin juga menyukai