Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN AMALI 2: MENGKAJI SIFAT-SIFAT CAHAYA

1.0 TAJUK
Mengkaji sifat-sifat cahaya

2.0 TUJUAN

Menentukan panjang gelombang cahaya menggunakan eksperimen dwicelah Young


dan parutan belauan.

3.0 PENGENALAN

Cahaya adalah sebuah gelombang melintang yang terhasil apabila jirim-jirim


medium bergetar berserenjang dengan arah perambatan gelombang. Panjang gelombang,
λ adalah jarak satu puncak ke puncak gelombang. Gelombang cahaya membelau dengan
cara yang sama apabila gelombang membelau ketika bertembung dengan objek lain.
Gelombang juga mengalami interferens apabila melalui atau dipantul oleh objek-objek yang
mempunyai medium berbeza (Sarah, 2013). Interferens gelombang berlaku apabila dua
gelombang bergerak dan bertembung antara satu sama lain membentuk satu gelombang
yang bergabung. Menurut Abdullah 2014, apabila dua amplitud gelombang bertembung
ianya akan menghasilkan satu interferens membina. Proses ini dikenali sebagai
superposisi. Bagi gelombang cahaya, interferens membina dan interferens memusnah turut
berlaku. Apabila sebuah cahaya monokromatik (cahaya yang hanya mempunyai satu
panjang gelombang) melalui sebuah skrin yang mempunyai dua parutan, cahaya yang
melalui parutan tersebut akan membentuk dua gelombang cahaya yang koheren.

Cahaya yang terbelau akan membentuk interferens membina dan interferens


memusnah yang dapat diperhatikan pada skrin. Corak interferens yang terbentuk adalah
dalam bentuk jejari cahaya terang dan gelap. Jejari cahaya yang terang menunjukkan
kawasan interferens membina manakala bagi kawasan yang gelap adalah interferens
memusnah.

4.0 RADAS DAN BAHAN


a) Penunjuk laser pen
b) pemegang dwicelah
c) skrin (tabir)
d) dwicelah dengan jarak pemisahan 0.1mm atau 0.5mm atau 1.0mm
e) 2 kaki retot
f) pembaris meter
g) parutan belauan (80 garis per mm)

5.0 PEMBOLEH UBAH

a) Dimanipulasi : Jumlah Parutan


b) Bergerak balas : Panjang gelombang cahaya
c) Dimalarkan : Kekuatan laser

6.0 HIPOTESIS
Panjang gelombang cahaya monokromatik boleh ditentukan dengan lebih tepat dengan
menggunakan parutan belauan berbanding dwicelah young.

7.0 PROSEDUR
A. Dwicelah Young

1. Kadboard dipotong dan meghasilkan dua celahan yang kecil.


2. Kaki retort digunakan untuk mengepit karboard yang telah dipotong celahnya supaya
kekal dalam posisi.

3. Kadboard keras dengan tapak kayu digunakan sebagai skrin.

4. Kadboard dwicelah young dengan kadboard skrin disusun selari.

5. Cahaya lampu suluh disuluh ke kadboard dwicelah young.

6. Corak cahaya yang terhasil pada permukaan kadboard skrin diperhatikan

7. Ukuran a, x dan D diukur dan pemerhatian dicatatkan


B. Parutan Belauan

1. Kardboard dipotong dan menghasilkan satu celahan yang kecil.

2. Kaki retort digunakan untuk mengepit cardboard yang telah dipotong celahnya supaya
kekal dalam posisi.

3. Kardboard keras dengan tapak kayu digunakan sebagai skrin.

4. Kadboard bercelah tunggal dengan cardboard skrin disusun selari.

5. Cahaya laser disuluh ke cardboard bercelah tunggal.

6. Corak cahaya yang terhasil pada permukaan cardboard skrin diperhatikan.

7. Ukuran a,x dan D diukur dan pemerhatian dicatatkan.


8.0 KEPUTUSAN EKSPERIMEN
A. Dwicelah Young

Formula λ = (ax)/ D Panjang gelombang yang diperhatikan (m)


a 1 x 10 -3
x 4 x 10-3
D 0.8
λ 50 x 10^6 nm

(𝑎 𝑥)
λ= 𝐷

a = saiz pemisahan celah


x = jarak pemisahan di antara jalur cerah dengan gelap
D = jarak di antara dwicelah dengan skrin (tabir)
λ = Panjang gelombang
=(0.002 m)(0.001 m)
2m
= 60 x 10-7 m atau 6000 m
Daripada pengiraan panjang gelombang Dwicelah Young, terdapat banyak perbezaan panjang
gelombang cahaya merah laser melalui kiraan dengan nilai teori. Dimana nilai teori bagi
panjang gelombang ialah 650 nm bersamaan 6.5 x 10-7 m.
Parutaan belauan
1/600 line= 1.67 x10-6 m
Panjang gelombang suatu cahaya monokromatik dapat ditentukan melalui parutan belauan dengan
menggunakan rumus,

𝒏𝝀 = 𝒅 𝒔𝒊𝒏𝜽𝒏

𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝜆 = 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑔𝑒𝑙𝑜𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔

𝑑 = 𝑗𝑎𝑟𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑠𝑎ℎ 𝑐𝑒𝑙𝑎ℎ

𝜃 = 𝑠𝑢𝑑𝑢𝑡 𝑏𝑒𝑙𝑎𝑢𝑎𝑛

𝑛 = 𝑛𝑜𝑚𝑏𝑜𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑡𝑖𝑏 𝑏𝑒𝑙𝑎𝑢𝑎𝑛

Keputusan

Peringkatan, 𝑛 𝑥𝑛 /𝑐𝑚 𝐿/𝑐𝑚 𝑥 Panjang gelombang, 𝜆 =


𝑠𝑖𝑛𝜃𝑛 ≈ 𝑡𝑎𝑛𝜃𝑛 =
𝐿 𝑑 𝑠𝑖𝑛𝜃𝑛
𝑛

1 41.0 1.0 22.30 𝜆 = 6.34 × 10−7 𝑚

2 108.0 1.0 47.20 𝜆 = 6.13 × 10−7 𝑚

Jadual Keputusan Amali Parutan Belauan.

𝜃
𝑥1 = 0.41𝑚

𝑥2 = 1.08𝑚

Peringkat, n = 1

1
𝑑= = 1.67 × 10−6 𝑚
600
𝑥
𝑠𝑖𝑛𝜃𝑛 ≈ 𝑡𝑎𝑛𝜃𝑛 =
𝐿

𝑥1 = 0.41 𝑚

0.41𝑚
𝑡𝑎𝑛𝜃 =
1.0𝑚

𝑡𝑎𝑛𝜃 = 0.41𝑚

𝜃 = 22.3°

𝑑 𝑠𝑖𝑛𝜃
𝜆=
𝑛

(1.67 × 10−6 )(𝑠𝑖𝑛22.3°)


𝜆=
1

𝜆 = 6.34 × 10−7 𝑚

Peringkat, n = 2

𝑥2 = 1.08𝑚

1.08𝑚
𝑡𝑎𝑛𝜃 =
1𝑚

𝜃 = 47.2°

𝑑 𝑠𝑖𝑛𝜃
𝜆=
𝑛

(1.67 × 10−6 )(𝑠𝑖𝑛47.2°)


𝜆=
2

𝜆 = 6.13 × 10−7 𝑚

Kami telah melakukan eksperimen parutan belauan menggunakan jarak pemisahan celah, d
iaitu 600 mm. Pengiraan telah dilakukan untuk mencari sudut belauan dan panjang gelombang
yang dihasilkan. Daripada pengiraan panjang gelombang parutan belauan, perbezaan panjang
gelombang cahaya merah laser melalui kiraan dengan nilai teori hanyalah sedikit. Dimana nilai
teori bagi panjang gelombang ialah 650 nm bersamaan 6.5 x 10-7 m manakala nilai yang
diperolehi daripada eksperimen parutan belauan ialah 613 nm bersamaan 6.13 x 10-7 m. Ini
menunjukkan bahawa nilai panjang gelombang bagi cahaya merah lebih tepat melalui
eksperimen parutan belauan berbanding eksperimen dwi-celah.

9.0 PERBINCANGAN
Kedua-dua eksperimen yang dijalankan adalah untuk mencari panjang gelombang dan
sumber cahaya yang digunakan adalah cahaya monokromatik iaitu dari penunjuk laser. Cahaya
monokromatik adalah cahaya yang mempunyai satu warna atau panjang gelombang yang
tunggal. Dalam kedua-dua eksperimen, panjang kedua-dua cahaya iaitu λ dapat dihitung. Bagi
parutan dwicelah Young, panjang gelombang cahaya yang dihitung adalah 60 x 10-7 m
manakala bagi parutan belauan pula adalah 6.15 x 10-7 nm. Secara teori, panjang gelombang
cahaya monokromatik bagi cahaya laser adalah sebanyak 650 nm atau 6.5 x 10-7 m.

Perbezaan yang ketara antara nilai teori dan nilai eksperimen dwi-celah young
disebabkan oleh terdapat beberapa ralat yang berlaku sewaktu menjalankan eksperimen
tersebut. Ralat yang pertama adalah dari segi jarak di antara ruang dwicelah. Sewaktu
eksperimen dijalankan, parutan dipotong dengan menggunakan pisau. Jarak di antara dua
parutan yang perlu dibuat adalah sebanyak 0.1mm, namun begitu penggunaan mata pisau
yang lebih besar menyebabkan saiz parutan menjadi lebih besar dari ukuran yang sepatutnya.
Disebabkan oleh itu, parutan belauan tidak mempunyai keluasan celahan yang tetap antara
satu sama lain.

Manakala nilai panjang gelombang merah selepas menjalankan eksperimen parutan


belauan lebih hampir dengan nilai teori panjang gelombang cahaya merah. Hal ini jarak
pemisah celah yang lebih kecil digunakan pada parutan belauan iaitu 1.6 x 10-7 m bersamaan
600 celahan dalam 1 milimeter Young & Freedman, 2015.
10.0 KESIMPULAN

Hipotesis bagi eksperimen adalah diterima iaitu panjang gelombang cahaya


monokromatik boleh ditentukan dengan lebih tepat dengan menggunakan parutan belauan
berbanding dwicelah young.
11.0 RUJUKAN

Abdullah, D. S. (2015). Physic. Selangor: Open University Malaysia.

Young, H. D., & Fredman , R. A. (2014). University Physics. United states of America: Pearson.

Sarah. (2013). Inteference of light wave. Retrieved from


http://spmphysics.onlinetuition.com.my/2013/07/interference-of-light-wave.html
11.0 LAMPIRAN