Anda di halaman 1dari 5

Rusa Yang Bongkak

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya
pada hari ini ialah Rusa Yang Bongkak.

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang


bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi
kolam untuk melihat bayangnya. Rusa
itu berasa bangga melihat tanduknya
yang cantik.
Namun demikian, rusa itu tidak suka akan kakinya yang kurus. ”Hai,
lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga
Pada suatu hari, ketika sedang melihat bayangnya di tepi kolam, rusa
terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar bahawa anjing pemburu
sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Semasa rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut
pada dahan pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan
tanduknya daripada dahan-dahan itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya, kakinya yang
kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya
patahnya.
Rusa itu sedar bahawa kakinya yang kuat telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang rendah kakinya lagi dan tidak
bersikap bongkak lagi
Arnab dan Buaya

Selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
akan saya pada hari ini ialah Arnab dan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada


arnab bernama Lily sungguh cantik. Bulunya lebat, giginya susun rapi dan putih
berseri. Akibat pujian daripada kawan-kawannya, Lily semakin sombong. Lama-
kelamaan, tidak ada lagi binatang yang ingin berkawan dengan Lily dan
memujinya.

Pada suatu hari, Lily berjalan di tepi sungai. Lily ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya
itu.

“Hai, cantiknya gigi kamu”, kata Sang Singa. Lily berasa sungguh gembira
kerana ada orang memujinya. Kemudian, Sang Singa menanya Lily cara untuk
menjaga kebersihan gigi. Sang Singa juga minta tolong Lily untuk memeriksa
giginya.

Kemudian, Sang Singa pun mengangakan mulutnya. Tanpa berfikir panjang, Lily
pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Sang Singa
yang lapar terus menutup mulutnya dan menelan Lily. Maka Lily yang sombong ini
telah mati di tangan Sang Singa. Nilai yang saya memperoleh daripada cerita ini
ialah kita jangan sesekali bersikap sombong walaupun mendapat banyak pujian
daripada orang lain. Sekian, terima kasih.
Penebang Kayu dengan Anaknya

Selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
saya pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .


Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang tua dan seorang anak. Pada
suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam
hutan dan meninggalkannya di situ

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pasar untuk membeli sebuah


bakul yang besar dan memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.

Sebelum bayang penebang kayu itu bertolak ke hutan, anak penebang kayu
menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”

Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah
pula.

Akhirnya, penebang pokok menyesal akan perbuatannya dan membawa


ayahnya balik ke rumah.

Oleh itu, kita harus taat kepada ibu bapa kita. Sekian, terima kasih.
Selamat pagi saya ucapkan kepada para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita
bertajuk

Penggembala dengan Serigala.

Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang suka menipu. Setiap
hari dia menggembala kambing di bukit. Suatu hari dia berasa bosan. Dia terfikir
hendak menipu orang kampung. Dia pun menjerit “Tolong! Tolong! Serigala!”

Penduduk kampung terdengar jeritan lalu pergi untuk membantu. Apabila


mereka sampai di bukit, budak itu ketawa, “Ha! Ha! Ha! Kamu semua tertipu!”
Mereka pulang dengan perasaan marah.

Beberapa hari kemudian, penggembala itu menjerit lagi. “Tolong! Tolong!


Serigala!” Sekali lagi penduduk kampung pergi menyelamatkan budak itu. Tetapi
mereka tertipu lagi.

Suatu hari, seekor serigala muncul dan ingin membaham kambing budak
itu. Dia menjerit meminta tolong dengan kuatnya tetapi penduduk kampung tidak
mempedulikannya.

Akhirnya, semua kambing penggembala itu habis dimakan oleh serigala.


Dia sangat menyesal di atas perbuatannya dahulu. Oleh itu, orang yang suka
menipu tidak akan dipercayai oleh orang lain.

Sekian, terima kasih.


Anjing Yang Tamak

Selamat pagi saya ucapkan kepada para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Hari ini saya akan menyampaikan cerita
bertajuk Anjing Yang Tamak.

Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang Anjing
terjumpa seketul tulang. Ia berasa sangat gembira. Sang Anjing menggonggong
tulang itu. Sang Anjing segera beredar dari situ. Sang Anjing lalu di atas sebatang
titi.

Tiba-tiba Sang Anjing terpandang bayangnya sendiri di dalam air. Sang


Anjing menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang Anjing ingin
merampas tulang itu. Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang
digonggongnya jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat menyesal.

Bayang-bayang itu rupa-rupanya bayangnya sendiri. Itulah akibatnya jika


tamak. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah janganlah sekali-kali
mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai