Anda di halaman 1dari 11

MATLAMAT PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
LAPORAN REFLEKTIF BINA INSAN
GURU (BIG) FASA EMPAT
Laporan Aktiviti Hari Pertama (4 Julai 2013)

Perjalanan Pergi
Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa yang keempat ini bermula pada 4 Julai
2013 iaitu bersamaan dengan hari Khamis. Semua guru pelatih 4 PISMP Ambilan
Januari 2012 (8 kumpulan, 156 orang) telah berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna
seawall 7.30 pagi untuk menunggu bas telah disewa bagi menuju ke destinasi yang
ingin dituju iaitu Bagan Datoh, Perak. Disebabkan terdapat kekeliruan dengan syarikat
bas tersebut, bas yang dijanjikan tiba lewat daripada masa yang telah dijangkakan.
Walau bagaimanapun, 3 buah bas persiaran selamat sampai di Dewan Serbaguna. AJK
Pengangkuran yang bertugas menjalankan tugasnya dengan membahagiakan bas
kepada kumpulan kelas yang telah ditetapkan. Kami terus meletakkan kesemua
barang-barang dan peralatan ke dalam bonet bas. Sebelum menaiki bas, saudara
Pengerusi, Mohd Syakirin Bin
Abdul Latip memberikan sedikit
taklimat berkaitan perjalanan kami
ke Bagan Datoh. Perjalanan kami
diiringi dengan bacaan doa yang
diketuai oleh saudara Aminuddin
dengan harapan semoga
perjalanan ini dipermudahkan dan
selamat sampai ke destinasi yang
hendak dituju. Tepat pada pukul
9.00 pagi, kami mula bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Enstek ke Bagan Datoh.
Majlis Penyerahan Anak Angkat

Di sepanjang perjalanan, kami telah singgah sebentar di Teluk Intan berdekatan


dengan Menara Condong untuk berehat sebentar dan makan tengah hari. Kemudian,
barulah kami meneruskan perjalanan ke Bagan Datoh. Kira-kira pukul 2.00 petang,
kami selamat sampai ke Bagan Datoh.
Kami telah disambut baik oleh Ahli
Jawatankuasa Homestay di SMK Tun
Razak. Suasana di sini mengingatkan
saya kepada kehidupan saya di
kampung kerana suasananya tidak
ubah seperti suasana di kampung saya
iaitu Parit Buntar, Perak. Jadi, saya
berasa begitu selesa di sini. Setelah sampai, kami telah berkumpul di Dewan SMK Tun
Razak bagi Majlis Penyerahan Anak Angkat. Sambutan yang diberikan amat
menggalakkan dengan kehadiran begitu ramai penduduk kampung yang hadir pada
majlis tersebut. Antara hadirin yang hadir seperti Ketua-ketua kampung, AJK Homestay
serta ibu dan bapa angkat kami.

Dalam majlis tersebut, saudara Syakirin selaku Pengerusi Program BIG Fasa 4
ini telah memberikan sedikit ucapan dan penghargaan kepada penduduk kampung atas
penerimaan mereka terhadap kami sebagai anak angkat. Beliau juga turut memberikan
taklimat kepada guru pelatih berkenaan
dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang majlis berlangsung. Pada jam
2.15 petang, Majlis Penyerahan Anak
Angkat pun bermula. Majlis dimulakan
dengan kata alu-aluan oleh pengacara
majlis tersebut, iaitu Razvi Bin Musily dan
Nur Imana Agnes Binti Barnabas yang
kemudiannya diikuti dengan nyanyian lagu
negaraku oleh hadirin yang hadir.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi
dengan bacaan doa yang diketuai oleh
Aminuddin bin Sahrom. Seterusnya,
majlis tersebut disusuli dengan ucapan
yang disampaikan oleh Ustaz Mohd
Yusoff b. Awang To, wakil pensyarah
daripada Unit Kokurikulum IPGM KPT
Bandar Enstek. Selepas itu, majlis
diteruskan dengan ucapan daripada Penghulu Kampung Bagan Datoh. Penyampaian
cenderamata kepada para tetamu kehormat oleh pihak penganjur program Anak Angkat
telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Pada jam 3.30 petang, penyerahan para guru pelatih kepada keluarga angkat
masing-masing telah bermula. Senarai penyerahan guru pelatih mengikut keluarga
angkat masing-masing telah ditetapkan oleh AJK Penempatan Anak Angkat, iaitu Amir
Aizuddin Bin Hasbi atas kehendak keluarga angkat. Terdapat beberapa keluarga
angkat yang ingin mengambil 4 orang guru pelatih sebagai anak angkat mereka. Ada
juga inginkan 3 orang, 2 orang dan seorang
sahaja pun ada. Majlis ini dijalankan dengan
jayanya atas bimbingan oleh pensyarah IPG
Teknik, Pn. Siti Rapiah Bt. Abd Rahman.
Penyerahan anak angkat berlangsung
dengan lancar. Setelah beberapa pelajar
dipanggil bagi menyempurnakan anak
angkat. Adik beradik angkat saya adalah
saudara Mohd Shahrin, Mohd Akmal dan
juga Aminuddin. Ayah angkat saya bernama En. Hj. Ismail Bin Jamil. Manakala, mak
angkat saya pula bernama Pn. Maislah Bt. Miskijan. Ayah angkat saya menyambut
kami sebagai anak angkatnya dengan tangan yang terbuka. Kami memanggilnya
dengan panggilan “pak cik”.

Pada 4.15 petang, majlis itu bersurai dan semua guru pelatih telah mengambil
minum petang bersama keluarga angkat masing-masing di kantin SMK Tun Razak.
Selepas itu, semua guru pelatih mengikut keluarga angkat masing-masing untuk pulang
ke rumah. Rumah keluarga angkat saya tidak berapa jauh dari sekolah berkenaan.
Lebih kurang 15 minit untuk sampai ke rumahnya. Saya berasa agak teruja kerana
sepanjang perjalanan ke rumahnya, saya dapat melihat pelbagai bentuk rumah yang
masih mengikut ciri-ciri tradisional Melayu. Tambahan lagi, saya dapat melihat begitu
banyak pokok kelapa yang ditanam di sini sebagai sumber ekonomi utama bagi
penduduk di sini berbeza dengan kampung
saya di mana sawah padi menjadi sumber
ekonomi utama. Setelah 15 minit berlalu, kami
pun sampai ke rumah. Kami telah disambut
dengan baik oleh mak angkat. Rumah keluarga
angkat saya begitu unik dan masih
mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu. Saya
berasa begitu gembira berada di sini.
Laporan Aktiviti Hari Kedua (5 Julai 2013)

Pada malam pertama di rumah keluarga angkat saya kami telah bersembang
menceritakan asal-usul dan banyak lagi perbualan di antara kami bersama keluarga
angkat. Saya berada sungguh selesa dan dapat tidur dengan nyenyak pada malamnya.
Suasana di sini begitu sejuk dan nyaman membuatkan saya dan rakan saya terlena.
Menjelang pagi, kami bersarapan bersama keluarga angkat dengan hidangan yang
menyelerakan. Setelah bersarapan, saya dan adik beradik angkat saya menaiki
motorsikal menuju ke Dewan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong bersama-sama
rakan-rakan lain. Dewan tersebut boleh dikatakan dekat dengan rumah keluarga angkat
kami. Hanya dalam 5 minit sahaja untuk sampai ke Dewan berkenaan dengan menaiki
motorsikal. Di sana, Ustaz Yusuf telah memberikan taklimat mengenai gotong-royong
yang akan dijalankan. Kami perlu membersihkan kawasan sekitar Dewan dan
menyusun kerusi serta meja untuk majlis penutup pada malam ini. Terdapat beberapa
orang ayah dan ibu angkat yang turut hadir bersama-sama menghulurkan bantuan
dalam aktiviti ini. Sudah lama rasanya saya
tidak gotong-royong seperti ini.Teringat kembali
kenangan semasa berada di sekolah menengah
asrama di mana tiap-tiap hari Ahad, warden
akan mengadakan gotong-royong di setiap
asrama. Antara aktiviti yang kami lakukan
dalam gotong-royong berkenaan ialah menyapu
& mengemop lantai, menyusun meja dan kerusi
dan membersihkan persekitaran dewan.
Pada waktu petang pula, saya dan keluarga angkat menghabiskan masa
bersama di rumah. Walaupun baru berjumpa 2 hari, saya rasa selesa berbual dengan
keluarga angkat saya tambahan pula mak angkat saya. Beliau begitu ambil berat
tentang kami. Saya berasa begitu gembira berada di sana. Pada pukul 5 petang, saya
terpaksa pergi ke rumah rakan lain kerana kami ada latihan bagi persembahan malam
ini. Saya berasa begitu teruja untuk persembahan kali ini.

Majlis Silahturahim
Pada pukul 8.30 malam, semua guru pelatih pun sampai di Dewan Hajjah
Tuminah. Ada yang dibawa oleh keluarga angkat, ada yang pergi dengan menaiki
motorsikal dan ada juga yang dibawa oleh bas yang disewa. Saya berasa gembira
apabila melihat keluarga angkat saya datang ke majlis ini dan kami duduk bersama
keluarga angkat kami sementara menunggu timbalan pengarah IPGM Teknik dan
tetamu jemputan tiba di dewan tersebut. Selepas 1 jam menunggu, akhirnya majlis
tersebut telah bermula. Majlis itu dimulakan dengan persembahan pembukaan, iaitu
persembahan tarian yang dipersembahkan oleh Kumpulan Tasek seramai 8 orang.
Mereka merupakan pasukan tarian
yang sangat aktif dalam
persembahan tarian malah mereka
juga kerap menyertai aktiviti tarian
di luar IPGM. Sementara
persembahan itu dijalankan, ahli
jawatankuasa makanan telah pun
menjalankan tugas mereka untuk
menyediakan makanan untuk para
hadirin pada malam itu.Selepas persembahan tarian yang cukup menarik itu, suatu
ucapan alu-aluan telah diberikan oleh pengerusi majlis kita, iaitu Mohd Syakirin bin Abd
Latip dan diikuti dengan bacaan doa oleh Mohd Hazwan bin Zulkifli. Seterusnya, majlis
tersebut diteruskan dengan persembahan nyanyian nasyid daripada pelajar 4 PISMP.
Di dalam persembahan nyanyian ini,
saya turut terlibat sebagai penyanyi
solo dan saya merasa bangga dapat
menunjukkan bakat saya kepada
keluarga angkat saya.

Majlis diteruskan dengan


ucapan daripada timbalan pengarah
IPGM Teknik, Dr. Mahmud bin Yahya
dan diikuti dengan ucapan wakil DUN kawasan Rungkup. Selepas itu, para hadirin mula
untuk menjemu selera dengan makanan yang telah disediakan. Semasa makan malam
itu, terdapat beberapa persembahan tarian telah dipersembahkan oleh Kumpulan
Tasek dan juga nyanyian oleh guru pelatih 4 PISMP.

Pada pukul 10 malam, majlis silaturrahim tersebut telah bersurai. Sebelum balik
ke rumah keluarga angkat masing-masing, ahli jawatankuasa yang bertugas telah
bertungkus-lumus untuk membersihkan dewan tersebut untuk majlis yang akan
diadakan pada hari kedua. Sebelum semua guru pelatih bersurai, pengerusi program
Bina Insan Guru Fasa ke-4 telah memberikan sedikit taklimat tentang majlis penutupan
yang akan diadakan pada keesokkan pagi, 6 Julai 2013. Selepas itu, para guru pelatih
pun balik ke rumah keluarga angkat masing-masing dengan kereta keluarga angkat
atau bas.
Laporan Aktiviti Hari Ketiga (6 Julai 2013)

Pada hari terakhir saya bersama adik-beradik angkat lain turut disajikan dengan
masakan yang sedap daripada mak angkat kami walaupun hari ini merupakan hari
terakhir kami berada di sini. Setelah selesa makan, saya dan adik beradik angkat yang
lain telah memberikan hadiah
kepada ayah dan mak angkat
sebagai tanda peringatan kami
kepada mereka.

Kami telah bergerak bersama


menuju ke Dewan bagi
menghadiri Majlis Penutupan bagi
Program BIG Fasa 4 ini.

Majlis Penutupan

Majlis penutupan Program Bina Insan Guru bagi Fasa 4 telah dilaksanakan pada
6 Julai yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Dewan Hajjah Tuminah,
Bagan Datoh. Majlis penutupan ini bukan sahaja dihadiri oleh para guru pelatih 4
PISMP merangkap para peserta program khidmat komuniti malah ahli keluarga angkat
masing-masing turut hadir memeriahkan majlis dan mengucapkan selamat kepada kami
semua. Setiap ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan kelangsungan majlis
telah bertungkus-lumus dalam memastikan setiap agenda yang dirancang berjalan
lancar. AJK jamuan telah mengurus dan membantu pihak penyedia makanan dalam
menyusun atur serta menghidang jamuan makan. Pada kira-kira 10 pagi, semua guru
pelatih 4 PISMP Ambilan Januari 2012 bersama dengan keluarga angkat masing-
masing dah pun tiba di Dewan Hajjah Tuminah. Selepas ketibaan timbalan pengarah
IPGM Teknik dan juga ketua-ketua kampung Bagan Datoh, maka bermula Majlis
Penutupan Program Bina Insan Guru Fasa ke-4 itu. Ketibaan timbalan pengarah dan
juga tetamu jemputan telah disambut
dengan meriah oleh pasukan kompang
IPGM Teknik.

Majlis dimulakan dengan ucapan


perasmian penutupan oleh Timbalan
Pengarah IPGM Teknik, iaitu Dr. Mahmud
bin Yahya. Selepas itu, majlis diteruskan
dengan nyanyian lagu Negaraku dan
bacaan doa. Seterusnya, penyampaian
saguhati dan cenderamata telah
disampaikan kepada ketua-ketua kampung dan ketua-ketua mukim. Penyampaian
saguhati ini telah disampaikan oleh timbalan pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Enstek. Pada waktu yang sama, ahli jawatankuasa makanan telah bertungkus-
lumus untuk menyediakan makanan untuk jamuan makan tengah hari. Setelah selesai
majlis penyampaian cenderahati, semua peserta bersama keluarga angkat masing-
masing telah dihidangkan dengan
jamuan makan tengahari.

Namun begitu, atas faktor-faktor


tertentu, majlis penutupan yang telah
dirancang berlangsung agak lewat dari
waktu yang dijadualkan. Walau
bagaimanapun, tepat pada jam 1.30
tengah hari majlis dapat dijalankan dengan sempurna hingga selesai. Sebelum
bertolak pulang ke kampus, para peserta bersalaman dan bermaaf-maafan bersama
keluarga angkat masing-masing sebagai simbol perpisahan. Sebahagian besar dalam
kalangan peserta diberikan buah tangan yang disediakan oleh ahli keluarga angkat
mereka sebagai tanda kenang-kenangan
Selepas ahli keluarga angkat masing-masing sudah bersurai, ahli jawatankuasa
kebersihan dengan kerjasama AJK yang bertungkus-lumus untuk membersihkan
Dewan Hajjah Tuminah. Selepas itu, para peserta BIG ke-4 mengambil gambar
kenangan sebelum pulang ke IPG. Pada pukul 2 petang, para peserta pun menaiki bus
untuk pulang ke IPG.

Anda mungkin juga menyukai