Anda di halaman 1dari 9

KERTAS PENERANGAN

( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
IT-020-3 COMPUTER SYSTEM OPERATION
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
C01 COMPUTER SYSTEM SET UP
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
 ANALYSE JOB REQUEST/CHANGE ORDER
 PREPARE COMPUTER SET UP TOOLS, COMPUTER
NO. DAN PENYATAAN HARDWARE PARTS AND COMPUTER SOFTWARE
AKTIVITI KERJA / WORK  SET UP COMPUTER HARDWARE
ACTIVITIES NO. AND  CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION
STATEMENT  SET UP COMPUTER PERIPHERALS
 CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST
 PREPARE COMPUTER SYSTEM SET UP REPORT
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drp / of :

TITLE :
INTRODUCTION TO COMPUTER SYSTEM

OBJECTIVE :

Trainees should able to understand, explain & elaborate:-

 Types of computer, peripheral and its software


 Computer system work function
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

INFORMATION ;

TAJUK : CETAK ROMPAK DAN AKTA YANG DIKUATKUASAKAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai cetak rompak, cara
mengelak dari berlakunya cetak rompak dan akta-akta yang telah dikuatkuasan oleh
kementerian dengan tepat.
PENERANGAN

Pengenalan

Maksud Cetak Rompak

Cetak rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara HARAM perisian tersebut dengan
menggunakan apa-apa cara.Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu
boleh disimpan di dalam cakera keras komputer pengguna.Pengguna tidak dibenarkan menyalin
salinan asal ke dalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran pengeluar perisian tersebut.

Contoh berlakunya cetak rompak.


Contoh 1

 Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu tentang perisian tersebut
kepada Pengguna B.
 Pengguna B berminat untuk menggunakan perisian tersebut di komputernya dan meminta supaya
pengguna A membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan.
 Ini adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.

Code No. IT-020-3-IS2 Muka : 4 drp. 10


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

Contoh 2

 Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru.


 Penjaga makmal komputer itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh
pelajar-pelajar kolej tersebut di kedai berhampiran.
 Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut
pada cakera keras di 50 buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan 1 salinan asal.
 Cetak rompak seperti ini berlaku di kebanyakan institusi-institusi pengajian di Malaysia.

Langkah-langkah bagi menyelak berlaku cetak rompak

CETAK rompak merupakan satu masalah serius. Ia bukan sahaja berlaku di rumah tetapi juga di pejabat-
pejabat sama ada bersaiz kecil atau besar.Bagi syarikat, masalah ini sememangnya dikhuatiri oleh pengurus
teknologi maklumat (IT) dan juga ketua pegawai eksekutif kerana mereka merupakan orang yang akan
bertanggungjawab jika syarikat itu didakwa kerana masalah cetak rompak.Disebabkan beberapa faktor,
terdapat banyak syarikat yang menggunakan perisian tidak berlesen tanpa sengaja atau disedari.Ini mungkin
berlaku sama ada melalui amalan perolehan perisian yang tidak sempurna, pekerja menyalahgunakan
perisian syarikat untuk hiburan atau keuntungan sendiri atau pengguna yang tidak memahami bagaimana
perjanjian pelesenan berfungsi.Walaupun sesebuah syarikat mungkin ingin menunjukkan komitmennya untuk
akur kepada polisi perisian, tetapi ramai juga menggangap ia satu yang membebankan.

Selain daripada menggunakan perisian dengan kos yang efektif, pematuhan polisi rangkaian juga membantu
syarikat-syarikat menentukan jenis perisian yang digunakan oleh semua di dalam organisasi dan menjimatkan
wang untuk pembelian perisian.Tambahan lagi, dengan mengekalkan pematuhan polisi perisian, sesebuah
syarikat akan mengehadkan potensi liabilitinya bagi pencabulan hak cipta daripada penggunaan perisian tidak
berlesen.Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diikuti untuk membantu sesebuah syarikat
mengekalkan suasana perisian yang baik, tidak mengira saiz organisasi tersebut.Pelaksanaan dan
penyenggaraan menjadi mudah sekiranya anda memahami asasnya.Mengetahui apa yang anda miliki akan
membantu anda mengenal pasti unsur-unsur tersembunyi yang tidak diingini.

Langkah 1: Lakukan inventori perkakasan

Mengenali komputer peribadi dan pelayan (server) adalah langkah pertama yang dapat membantu pengurus
IT lebih memahami sesuatu masalah.
Pengurus harus cuba mencari maklumat spesifik mengenai perkakasan yang dimiliki syarikat termasuk lokasi,
pemilik, model dan spesifikasi perkakasan seperti unit pemprosesan sepusat (CPU), pemacu cakera keras
(HDD) dan ingatan capaian rawak (RAM).

Langkah 2: Lakukan inventori perisian

Langkah ini boleh dilakukan sebagai sebahagian daripada inventori perkakasan.Susun maklumat mengenai
perisian yang telah dipasang di dalam perkakasan anda dengan menyenaraikan dan membuat ringkasan
maklumat, termasuk pengedar perkakasan, jenis produk, versi dan tarikh dikeluarkan.

Langkah 3: Lakukan inventori lesen perisian

Kumpulkan semua bukti pembelian lesen perisian dan buat ringkasan maklumat untuk rekod anda. Sertakan
maklumat mengenai pengedar perisian, nama produk, jenis, versi, pengeluaran, bahasa, kuantiti dan nombor
siri di dalam rekod anda.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

Code No. IT-020-3-IS2 Muka : 5 drp. 10

Langkah 4: Pastikan perjanjian lesen yang berkaitan

Selain daripada maklumat asas lesen perisian yang dimiliki oleh syarikat anda, sertakan juga di dalam rekod
maklumat terperinci mengenai segala terma dan syarat serta model-model pelesenan.Lesen perisian yang
berlainan mempunyai terma dan syarat yang berbeza, jadi walaupun prosedur pengendalian anda mungkin
mengikuti syarat salah satu daripada lesen perisian, ia mungkin tidak menepati beberapa syarat lesen perisian
yang lain.

Langkah 5: Kenal pasti dan catat topologi rangkaian

Selain daripada mengetahui apa yang anda miliki, anda juga harus mengetahui di mana ia
digunakan.Menyediakan satu carta topologi rangkaian, anda mampu untuk lebih memahami hubungan antara
pelayan (server) dan perkhidmatan yang diberikan.Anda juga harus mengetahui saluran boleh dicapai
(accessibility) seperti di mana pengguna akhir komputer peribadi boleh mengakses sumber pelayan dan di
mana lesen akses pelanggan lazimnya diperlukan.

Langkah 6: Ringkasan pengguna rangkaian pelayan

Langkah ini lazimnya boleh dilakukan dengan mengira jumlah pengguna yang diberi kebenaran untuk
mengakses perisian pelayan tertentu.

Langkah 7: Kesimpulan

Setelah anda membuat perbandingan dan kesimpulan semua maklumat perisian komputer peribadi,
bandingkan maklumat perisian yang telah dipasang dengan maklumat lesen perisian.Untuk perisian pelayan,
bandingkan maklumat pengguna dan topologi rangkaian dengan jumlah pelayan dan lesen akses
pelanggan.Sekiranya terdapat perbezaan, anda sama ada mempunyai lesen yang lebih atau kurang untuk
menggunakan sesuatu produk.

Langkah 8: Gunakan semula aset perisian

Setelah anda mengenal pasti sebarang kekurangan, kini anda boleh menumpukan kepada pembelian baki
lesen perisian.Sudah menjadi kebiasaan pada masa ini untuk menemui jenis produk atau versi yang tidak
sama.Pada masa ini, anda boleh memilih untuk mendapatkan tingkat taraf yang lebih murah tetapi sama
keberkesanannya atau ketahui lebih lanjut mengenai skim pelesenan besar yang mampu membantu anda
menjimatkan wang sambil mendapatkan apa yang diperlukan.Sekiranya anda mempunyai jumlah lesen
berlebihan dari apa yang telah dipasang (installed), anda boleh memilih untuk mengenal pasti bahagian
organisasi anda yang mungkin mampu memanfaatkan lesen perisian berlebihan, dan ``gunakan semula'' aset
perisian tersebut.

Langkah 9: Takrifkan polisi pengurusan perisian

Segala yang anda telah lakukan tidak akan bermakna sekiranya ia tidak disampaikan kepada sasaran
anda.Seorang pengurus IT yang efektif harus memastikan semua pekerja memahami kesungguhan dan kesan
pencabulan lesen perisian.Dengan mendefinisikan polisi pengurusan perisian yang menjelaskan apa yang
boleh atau tidak boleh dilakukan oleh pekerja dan juga hukuman sekiranya mereka melanggar polisi tersebut,
anda pasti mampu melindungi harta syarikat.Setelah anda menentukan polisi tersebut, rancang satu strategi
untuk menyampaikannya dengan jelas kepada organisasi anda.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

Code No. IT-020-3-IS2 Muka : 6 drp. 10

Langkah 10: Lakukan audit perisian dalaman

Sebagai sebahagian langkah penyelenggaraan tetap anda, kerap lakukan audit dalaman untuk memastikan
bahawa polisi tersebut diakuri dan kenal pasti pencabulan polisi tersebut secepat yang mungkin.Setelah anda
memastikan sistem ini berjalan lancar, anda akan mendapat jaminan bahawa anda telah melakukan segala
yang perlu bagi memelihara sebuah rangkaian yang sihat di dalam organisasi anda, dengan mengurangkan
risiko menyalahi undang-undang hak cipta tanpa sengaja.

7 AKTA YANG DIKUATKUASAKAN OLEH BAHAGIAN PENGUATKUASA,


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL-EHWAL PENGGUNA

Objektif Bahagian Penguatkuasa


Menguatkuasakan undang-undang dan melindungi pengguna.

Akta-akta Yang Dikuatkuasakan


Penguatkuasa menguatkuasakan 7 Akta yang dengan aktiviti perdagangan:
 Akta Kawalan Harga 1946
 Akta Kawalan Bekalan 1961
 Akta Timbang dan Sukat 1972
 Akta Perihal Dagangan 1972
 Akta Sewa Beli 1967
 Akta Hakcipta 1987
 Akta Jualan Langsung 1993

Penguatkuasaan akta-akta yang berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi pengguna dan mewujudkan etika
perdagangan yang baik dalam negara.

AKTA KAWALAN HARGA 1946


Akta ini dan perundangan-perundangan subsiadiri di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga
barang- barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang
kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang.

Diantara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini adalah :


 Gagal melabelkan barang-barang yang tersedia bungkus dengan maklumat, nama dan alamat pengeluar
atau pengimport, beratan dan kuantiti, jenis kandungan di dalamnya serta nama sebutan sebenar barang
itu.
 Gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan.
 Gagal meletakkan harga runcit yang disyorkan bagi susu tepung dan minyak masak.

Denda yang boleh dikenakan


 Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00 atau 2
tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun
penjara atau kedua-duanya.

 Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00 dan
kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.

Code No. IT-020-3-IS2 Muka : 7 drp. 10


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

AKTA KAWALAN BEKALAN 1961


Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan bekalan
barang-barang perlu mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan dalam setiap keadaan.
Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah:
 Menjual barang kawalan berlebihan daripada keperluan biasa;
 Menyorok barang kawalan dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan;
 Memiliki barang kawalan dengan cara tidak sah; Berniaga barang kawalan tanpa lesen;
 Gagal mempamerkan lesen di tempat yang jelas;
 Penjualan terus barang kawalan oleh pengilang kepada pengguna yang tidak memiliki surat kuasa;
 Memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen;
 Membeli barang kawalan daripada orang yang tidak mempunyai lesen;
 Mengendalikan barang kawalan tanpa menyediakan buku stok;
 Mengendalikan pengilangan kurang daripada jumlah jam yang ditetapkan dalam lesen;
 Gagal melaporkan ketidakupayaan pengilangan;
 Gagal memberitahu Pengawal mengenai pemberhentian pengilangan;
 Menafikan stok barang-barang kawalan secara palsu;
 Enggan menjual barang kawalan.

Denda yang boleh dikenakan


 Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00 atau 2
tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun
penjara atau kedua-duanya.

 Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00 dan
kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.

 Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah
denda maksimum yang diperuntukkan.

Code No. IT-020-3-IS2 Muka : 8 drp. 10


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972


Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mempastikan segala alat
timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan mematuhi spesifikasi Yang ditetapkan dan di samping itu
mempastikan bahawa alat-alat timbang dan sukat itu disahkan ketepatan timbangan dan sukatannya.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :


 Menggunakan alat-alat unit-unit timbangan dan sukatan selain daripada sistern metrik;
 Menggunakan alat timbang dan sukat Yang tidak disahkan;
 Menggunakan alat timbang Yang tidak seimbang;
 Mengeluar, membaiki atau menjual alat timbang dan sukat Yang diketahui palsu;
 Berurusniaga tanpa alat timbang dan sukat Yang perlu ada bagi aktiviti perdagangan Yang berkenaan;
 Memalsukan sijil penentusahan alat timbang dan sukat; Menggunakan sijil palsu sebagai tulen;
 Membuat, membaiki, menjual alat timbang dan sukat tanpa lesen;
 Gagal melaporkan kepada Inspektor mengenai alatalat timbang dan sukat Yang tidak boleh dibaiki dalam
tempoh 3 hari;
 Gagal mengeluarkan perakuan pembaikan terhadap alat timbang dan sukat Yang dibaiki;
 Gagal untuk mengesahkan standard ujian alat timbang dan sukat;
 Gagal mempamerkan lesen Yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1981.

Denda yang boleh dikenakan

 Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RM5000.00 atau 4 tahun penjara
atau kedua-duanya.

 Bagi kesalahan-kesalahan Yang boleh dikompaun, jurnlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah
denda maksimum Yang diperuntukkan.

AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972


Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal,
pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat
tinggal, kemudahan dan harga barang.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :


 Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan);
 Memberi petunjuk palsu mengenai barang-barang, tempat tinggal, kernudahan dan perkhidmatan;
 Memberi pernyataan Yang mengelirukan mengenai harga barang-barang;
 Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak;
 Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan;
 Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan;
 Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal;
 Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan mura
 Memberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.

Code No. IT-020-3-IS2 Muka : 9 drp. 10


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

Denda yang boleh dikenakan :


 Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun
penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau
kedua-duanya.

 Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan
kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.

 Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah
denda maksimum yang diperuntukkan.

AKTA SEWA BELI 1967


Akta ini dan perundangan-perunclangan subsidiari di iya adalah bertujuan untuk mengawalselia bentuk
kandungan perjanjian serta menggariskan hak dan tangungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian
sewa beli.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :


 Membuat perjanjian sewa beli tanpa mematuhi butiran yang ditetapkan;
 Membuat perjanjian sewa beli secara tidak bertulis;
 Tidak mematuhi peraturan deposit minimum;
 Memberi keterangan palsu (oleh pemunya);
 Mengalihkan barang-barang sewa beli dari tempat yang ditentukan dalam perjanjian;
 Melupuskan barang sewa beli secara tipu (oleh penyewa);
 Menyampaikan notis cadangan menarik balik barangang tanpa mengikut peraturan;
 Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kad kuasa semasa mengambil semula (repossess) barang-
barang;
 Gagal menyelenggarakan buku rekod yang lengkap (oleh pemunya).

Denda yang boleh dikenakan


 Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RMI0,000.00 atau 3 tahun penjara
atau kedua-duanya.

 Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumiah
denda maksimurn yang diperuntukkan.

Code No. IT-020-3-IS2 Muka : 10 drp. 10


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C01/P(/)
Drpd / of :

AKTA HAKCIPTA 1987


Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada
karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.
 Menjual salinan langgaran karya hakcipta;
 Menyewa salinan langgaran karya hakcipta;
 Membuat salinan langgaran karya hakcipta;
 Mengedar salinan langgaran karya hakcipta;
 Memiliki salinan langgaran karya hakcipta;
 Mengimport salinan langgaran karya hakcipta;
 Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta;
 Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan;
 Salinan langgaran adalah salinan cetak rompak.

Denda yang boleh dikenakan


 Bagi kesalahan pertama membuat, menyewa, mengedar, memiliki, mempamerkan, mengimport salinan
langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM10,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 5 tahun
penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM20,000.00 setiap salinan
langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

 Bagi kesalahan pertama membuat/memiliki alat perekaan untuk membuat salinan langgaran denda boleh
dikenakan sehingga RM20,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-
duanya clan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM40,000.00 bagi setiap perekaan atau 20
tahun penjara atau kedua-duanya.

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993


Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawalselia
aktivitiaktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :


 Menjalankan perniagaanjualan langsung tanpa lesen;
 Memberi maklumat palsu dalam Man jualan pesanan pos;
 Menghantarserahkan barang atau perkhidmatan dalarn tempoh bertenang;
 Menerima apa-apa wang daripada pembeli sebelum habis tempoh bertenang;
 Memberi maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan;
 Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu selain daripada hari-
hari dan waktu-waktu yang ditetapkan;
 Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kebenaran masa menjalankan rundingan jualan langsung Pintu
pintu;
 Mengeluarkan kad kebenaran yang mengandungi aklumat palsu;
 Membuat kontrak tanpa bertulis mengenai jualan ngsung bagi barangan atau perkhidmatan yang bernilai
RM300 ke atas.

Denda yang boleh dikenakan:


 Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda hingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara atau
kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda hingga RM200,000.00 atau 6 tahun penjara atau kedua-
duanya.

 Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda hingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya
denda sehingga RM500,000.00.