Anda di halaman 1dari 1

Musibah Penghapus Dosa

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim
yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri
yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Hadith riwayat al-
Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)

Matan Hadith:

‫صب‬ ‫صب‬ ‫م م‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫صعنن اأصمب اصسعميِبد اانلمندمر ب‬


‫ب‬ ‫ب اصولَ اصو ص‬ ‫صللىَّ االلمه اصعلصنيِه اصوصسلصم اصقاَصل اصماَ ايمصيِ م‬
‫ب االنممنسلصم امنن انص ص‬ ‫ب ا ص‬‫ي اصوصعنن اأصمب امهصرينيصرصة اصعنن االنلم ب‬
‫م م‬ ‫م‬ ‫ب‬
‫صولَ اصهمم اصولَ امحنزن اصولَ اأصذذىً اصولَ اصغمم اصحلت االلشنوصكة ايمصشاَمكصهاَ امإلَ اصكلفصر االلمه ا صباَ امنن اصخصطاَصياَهم‬
‫ اعن اأب اسعيِد‬,‫ ا‬5641‫ احديث ارقم ا‬,‫ اباَب اماَ اجاَء اف اكفاَرة االرض ا‬,‫ اكتاَب االرضىَّ ا‬,‫ اصحيِح االبخاَري ا‬:‫[ التخريج ا‬
]‫الدري اوعن اأب اهريرة ارضي اال اعنهم‬
Pengajaran Hadith :

1. Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah SWT akan sentiasa bersama-sama
hamba-Nya ketika dalam ketaatan, manakala keampunan Allah SWT pula akan sentiasa bersama-
sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.
2. Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan
ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan,
kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah
sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
3. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan
diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah
Yang Maha Pengampun.

Sumber Rujukan :
1. Kitab Sahih al-Bukhari
2. Kitab Sahih Muslim
3. Kitab Jami’ at-Tirmizi
4. Kitab Musnad Ahmad
5. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani

Anda mungkin juga menyukai