Anda di halaman 1dari 1

Zakat Satu Kefardhuan

Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang
yang mengerjakan puasa daripada perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk serta untuk menjadi
makanan kepada orang-orang miskin. Oleh sebab itu, sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya
maka jadilah ia zakat fitrah yang diterima. Sesiapa yang menunaikannya sesudah solat hari raya maka jadilah
ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.” (Hadith riwayat Abu Daud, No.1609, Ibn Majah, No. 1827,
al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, No. 7513, al-Daruqutni dalam sunannya, No. 2042)

Matan Hadith:

‫صاَئننم ٍنمبن ٍاللبَبغنو‬


َ‫طنر ٍططبهقرةة ٍنلل ب‬ ‫ا ٍقعلقبينه ٍقوقسلبَقم ٍقزقكاَقة ٍابلفن ب‬
‫صبَلىَّ ٍ بَ ط‬ ‫ض ٍقرطسوطل ٍ بَ ن‬
‫ا ٍ ق‬ ‫فققر ق‬:ٍ ‫س ٍققاَل‬ ‫قعبن ٍاببنن ٍقعبَباَ س‬
‫صقلنة ٍفقنهقي‬ َ‫صقلنة ٍفقنهقي ٍقزقكاَةة ٍقمبقطبولقةة ٍقوقمبن ٍأقبَداقهاَ ٍبقبعقد ٍال ب‬ َ‫ث ٍقوططبعقمةة ٍلنبلقمقساَنكينن ٍقمبن ٍأقبَداقهاَ ٍققببقل ٍال ب‬ ‫قوالبَرفق ن‬
.‫ت‬ ‫صقدققاَ ن‬ َ‫صقدققةة ٍنمبن ٍال ب‬ ‫ق‬
‫ عن ٍابن ٍعباَس ٍرضي‬, 1609ٍ ‫ حديث ٍرقم‬,ٍ ‫ باَب ٍزكاَة ٍالفطر‬,ٍ ‫ كتاَب ٍالزكاَة‬,ٍ ‫[سنن ٍأبي ٍداود‬
]‫ا ٍعنه‬
Pengajaran Hadith :
1. Zakat daripada sudut bahasa adalah keberkatan, kesucian, kebaikan dan berkembang. Dinamakan
zakat kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya
daripada segala kerosakan dan kebinasaan.
2. Antara hikmah disyariatkan zakat ialah, pengurusannya mampu memperbaik kedudukan masyarakat
dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi
seolah-olah satu tubuh. Selain dari itu, ia juga dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil.
Ia juga merupakan benteng keamanan dalam sistem ekonomi Islam dan jaminan ke arah kestabilan
dan kesinambungannya.
3. Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat, bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan dia
hendaklah diminta supaya bertaubat. Adapun orang yang enggan membayar zakat tetapi masih tetap
mengakui kewajipannya, maka dia berdosa kerana tindakannya itu. Walau bagaimanapun dia tidaklah
sampai terkeluar dari agama Islam. Oleh yang demikian, pemerintah wajib mengambil zakat hartanya
secara paksa sekaligus menjatuhkan hukuman takzir (pengajaran).

Sumber Rujukan :
1- Kitab Sunan Abu Dawud
2- Kitab Aunu al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud Li al-Syeikh Syafartul Haq Muhammad Asyraf Ibn Ali Haidar
al-Shiddiqi al-Azim Abadi
3- Kitab Bazlu al-Majhud Fi Halli Abi Dawud Li al-Allamah al-Saharanfuri
4- Kitab Mirqatul al-Mafatih Syarh al-Misykatu al-Masobih Li al-Syeikl Ali al-Qari

Anda mungkin juga menyukai