Anda di halaman 1dari 1

Berjabat Tangan (Bersalaman) Mendapat

Keampunan Allah SWT


Daripada al-Barra` bin Azib RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim yang bertemu
kemudian saling berjabat tangan, kecuali dosa keduanya akan diampuni sebelum berpisah.” Abu ‘Isa berkata
hadith ini hasan gharib (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 2727, Abu Dawud, No. 5212, Ibn Majah, No. 3703,
Ahmad, No. 17813, 17950)
Matan Hadith:

‫اغ اَّرعلرليفه اَّرورسللرم اَّرماَ اَّفملن اَّغملسلفرمليفن اَّيرللترقفرياَفن اَّفريرتر ر‬


‫صاَفررحاَفن اَّإفلل اَّغغففرر‬ ‫صللىَّ اَّ ل‬
‫اف اَّ ر‬ ‫رعلن اَّاَللبررراَفء اَّلبفن اَّرعاَفز ب‬
‫ب اَّرقاَرل اَّرقاَرل اَّررغسوُغل اَّ ل‬
.َ‫لرهغرماَ اَّقرلبرل اَّأرلن اَّيرلفترفررقا‬
‫ب‬‫ث اَّرحرسبن اَّرغفري ب‬ ‫ورقاَرل اَّأربغوُ اَّفعيرسىَّ اَّهررذاَ اَّرحفدي ب‬
]‫ عن اَّاَلبراَء اَّرضي اَّا اَّعنه‬, 2727 ‫ حديث اَّرقم‬,َّ‫ باَب اَّماَ اَّجاَء اَّفي اَّاَلمصاَفحة ا‬,َّ‫ كتاَب اَّاَلستئذاَن اَّواَلدآاَب ا‬,َّ‫[سنن اَّاَلترمذي ا‬
Pengajaran Hadith :

1. Islam adalah agama yang sempurna, mengatur seluruh aspek kehidupan manusia. Dasarnya adalah
aqidah yang benar, binaannya adalah amalan kebaikan dan hiasannya adalah akhlak yang mulia.
Antara akhlak yang mulia ialah amalan berjabat tangan ketika berjumpa sesama Muslim. Sunnah
berjabat tangan ialah dengan menggenggam tapak tangan kanannya ke atas tapak tangan kanan
saudaranya sambil senyum memandang kepada wajahnya.
2. Berjabat tangan adalah amalan yang disyariatkan dan adab mulia para sahabat RA ketika mereka
berjumpa. Antara amalan lain yang disunatkan semasa berjabat tangan seperti yang disebut dalam
beberapa buah hadith adalah :

‫( )اَرللرحلمغد اَّ ف ل ف‬HR. Abu Dawud : 5211)


i-Memuji Allah SWT (‫ل‬

ii- Mengucapkan istighfar (‫( )يرلغففرر اَّاغ اَّلرنراَ اَّرولرغكلم‬HR. Abu Dawud : 5211)
‫( )اَلللهغلم اَّآتفنراَ اَّففلي اَّاَلددلنيراَ اَّرحرسنرةة اَّروففي اَّاَللفخررفة اَّرحرسنرةة اَّروقفنراَ اَّرعرذاَ ر‬HR. Ibnu Sunniy)
‫ب اَّاَللناَ ف‬
iii-Mendoakan (‫ر‬

iv-Berselawat kepada Nabi SAW (HR. al-Haithami dalam Majma’: 17987)


3. Berjabat tangan mempunyai fadhilat yang besar seperti dapat meredakan permusuhan dan kedengkian,
memperteguhkan kasih sayang, mengeratkan tali silaturahim sesama Muslim, mendapat rahmat
daripada Allah SWT serta menggugurkan dosa sebagaimana gugurnya daun-daun kering di musim
kemarau.

Sumber Rujukan :

1-Kitab Jami’ at-Tarmizi


2-Kitab Sunan Abu Dawud
3-Kitan Sunan Ibn Majah
4-Kitab Musnad Ahma
5-Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri
6-Kitab Majma’ al-Zawaid wal Manba’u al-Fawaid Li al-Haithami

Anda mungkin juga menyukai