Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sepanjang kajian ini dijalankan, kemahiran menanduk murid-murid yang disasarkan

telah berjaya ditingkatkan. Walaubagaimanapun, peningkatan ini tidaklah meningkat

secara mendadak dan mencapai seratus peratus. Di sini terdapat beberapa cadangan

yang boleh diguna pakai bagi memurnikan dan meningkatkan lagi kajian pada masa

akan datang.

Pertama, masa dan tempoh perlaksanaan tindakan perlulah dipanjangkan lagi.

Memandangkan masa yang diberikan adalah terhad ia memberi kesan terhadap

tindakan yang dijalankan. Pengkaji percaya sekiranya tempoh perlaksanaan program

ini dilanjutkan sudah pasti peserta kajian boleh mencapai peningkatan yang lebih tinggi.

Selain itu, ganjaran dan motivasi perlu diberi keutamaan bagi menambahkan lagi

semangat dan minat murid untuk terus berjaya.

Antara cadangan lain yang boleh diketengahkan lagi ialah mempelbagaikan lagi

jenis-jenis kemahiran menanduk. Seperti yang diketahui, kajian pengkaji adalah lebih

berfokus kepada kemahiran asas menanduk. Apabila kemahiran asas ini sudah

dikuasai, peserta kajian boleh didedahkan lagi dengan pelbagai teknik menanduk yang

35
lebih tinggi tahapnya seperti menanduk sambil melompat, menanduk dinamik, tandukan

sisi, dan sebagainya.

Latihan yang berterusan juga perlu dilakukan secara berterusan dan berkala

bagi memastikan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai tidak hanya berhenti di

tengah jalan. Selain itu juga, pengkaji juga mencadangkan agar kaedah ini dapat

melibatkan lebih banyak pihak terutamanya pelajaryang bermasalah dan apa yang

lebih penting ialah kesungguhan tenaga pengajar dalam menjadi pencetus kepada

kejayaan program ini. Kejayaan akan berkekalan hasil daripada amalan yang dilakukan

oleh semua pihak sepanjang masa.

36

Anda mungkin juga menyukai