Anda di halaman 1dari 37

Soalan 1

Terangkan bagaimana anda menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam pentaksiran pendidikan


Moral di sekolah rendah. Berikan contoh-contoh yang releven.
a) soalan betul salah
 Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang
perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).

b) melengkapkan peta minda dan rajah.


 Item ini dikenali sebagai melengkapkan peta atau rajah berdasarkan tajuk yang
diberikan.
Contoh:
c) Soalan mengisikan tempat kosong
 Item yang memilih jawapan yang betul
Soalan 2
Bincangkan hubung kaitan antara dokumen standard kurikulum dan dokumen standard prestasi.
Contoh yang sesuai dalam bilik darjah Pendidikan Moral.

Dokumen standard kurikulum


Satu penetapan kriteria atau indicator kualiti pembelajaran dan pencapaian yg boleh ditukar bagi
setiap standard kandungan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Moral digubal dalam bentuk
pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Pendidikan Moral diorganisasikan dalam
bentuk modular yang mengandungi domain penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan
moral.
Dokumen Standard Prestasi

 Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid
pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.

 Standard prestasi menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid


dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari.

 Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras


(benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi.

 Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti


pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.
 Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam
pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak
yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai
dalam sistem pendidikan.

 Dokumen Standard Prestasi terdiri daripada EMPAT komponen berikut:

a) Band
b) Pernyataan Standard
c) Deskriptor
d) Evidens
Contoh:
Soalan 3:

Krathwohl (1964) memperkenalkan Taksonomi Afektif yang mengklasifikasikan


konstruk ‘afektif’ kepada LIMA (5) tahap : penerimaan, merespons, menilai,
organisasi dan karakterisasi. Analisis setiap tahap dengan memberikan
contoh-contoh sesuai dalam penilaian Pendidikan Moral Sekolah Rendah.

Penerimaan (Receiving)
 Merupakan peringkat aspek afektif yang paling rendah.
 Murid mula sedar dan sanggup memberi prihatin.
 Murid memilih atau mengenal pasti nilai dan menamakan nilai, menerangkan
ciri-ciri nilai dan bertanya soalan berkenaan nilai tersebut.
 Contohnya: 1. Murid dapat memberi definisi nilai ‘kejujuran’
2. Murid meminta keterangan lanjut tentang nilai ‘keadilan’

Merespons (Responding)
 Setelah menerima sesuatu nilai, murid membincang ,membaca, menulis,
menceritakan tentang nilai berkenaan. [Perhatikan bahawa murid terlibat secara
aktif dengan sesuatu nilai yang dipilih pada peringkat ‘penerimaan’].
 Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap merespons ialah
menyebut, melaporkan, memberitahu, mengikut, mempersembahkan.
 Contohnya:
1. Murid terlibat dengan perbincangan tentang sesuatu nilai dalam kelas.
2. Murid membuat penyampaian tentang sesuatu nilai.
3. Murid mempersoalkan tentang sesuatu nilai untuk memahaminya dengan sepenuhnya.

Menilai (Valuing)
 Pada peringkat ini, murid menunjukkan betapa penting sesuatu objek, fenomena,
atau nilai baginya.
 Murid menunjukkan komitment yang lebih kompleks terhadap sesuatu nilai dan
dapat menyerapkan nilai tersebut hingga menjadi sebahagian daripada
perwatakannya.
 Contohnya:
1. Murid sensitif terhadap perbezaan kebudayaan .
2. Murid menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah.
3. Murid meneruskan komitment kepada sesuatu nilai.

Organisasi atau penyusunan (organization)


 Pada peringkat ini, murid mengoraganisasi atau menyusun nilai mengikut
keutamaan.
 Murid dapat membezakan di antara nilai-nilai, menyelesaikan percanggahan di
antara nilai-nilai dan membina satu sistem nilai khusus yang menjadi panduan
hidup untuknya.
 Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada peringkat ini ialah
menggabung, mempertahankan, menghubungkait, membuat sintesis, merumus.
 Contohnya:
1. Murid menerima tanggungjawab ke atas tingkah lakunya.
2. Murid menerima standard etika yang ditetapkan.
3. Murid menentukan bahawa gaya hidupnya selaras dengan keupayaan, minat dan
kepercayaannya.

Karakterisasi / Perwatakan (Characterisation)


 Pada peringkat ini, murid menjadikan nilai-nilai tertentu sebahagian
perwatakannya.
 Nilai berkenaan diamalkan dalam kehidupan seharian secara konsisten dan dapat
diperhatikan berlaku.
 Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada peringkat ini ialah
melakukan, menunjukkan, melakonkan, mempengaruhi, mengubah,
mempraktikkan dan sebagainya.
 Contohnya:
1. Murid mengamalkan sesuatu nilai.
2. Murid komited terhadap sesuatu nilai dan mempengaruhi orang lain.

以下的例子是让老师们更清楚如何应用这五个 Taksonomi Afektif


这也可以套进答案里哦!

Taksonomi Afektif untuk Nilai Kejujuran


Karakterisasai – mempamerkan kejujuran dalam kebanyakan situasi dan
mengharapkan orang lain juga jujur
Menilai – menunjukkan betapa penting kejujuran, komited terhadap nilai
berkenaan dan menjadikanya sebagai amalan kehidupan seharian
Mengorganisasi – menunjukkan kejujuran dalam berbagai-bagai situasi
Merespons – menyatakan tentang kejujuran dan membincang tentang nilai berkenaan
Menerima – sedar bahawa sesetengah tingkah laku adalah jujur dan tidak jujur

Pada tahap “menerima”, individu tersebut sedar bahawa sesetengah tindakan adalah
jujur manakala yang lainnya tidak jujur. Ini diikuti dengan tahap “bertindakbalas” di
mana individu manyedari dan memberitahu orang lain apa dikatakan jujur dan apa
dikatakan tidak jujur. Pada tahap “menilai”, individu cuba menunjukkan perlakuan
jujur walaupun mungkin tidak konsisten. Pada tahap “menyusun”, individu
menunjukkan perlakuan jujur dalam kebanyakan situasi. Pada tahap akhir, iaitu
“karakterisasi”, kejujuran menjadi sebahagian sistem nilai pelajar dan dia jujur
dalam semua situasi dan mengharapkan orang lain agar jujur.

Soalan 4
Soalan 4

Kurikulum Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran tertentu seperti
yang dinyatakan dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral. Bincangkan. (3
times)

Kurikulum Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran tertentu seperti yang
kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran
menentang rakan sebaya, kemahiran kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran- kemahiran ini akan membolehkan murid
menghadapi dunia ledakan maklumat dalam alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab
sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga membantu membina daya tahan dan kebolehan menghadapi
tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Pengajaran kemahiran ini memupuk dan merangsang
penaakulan, perasaan dan perlakuan moral murid.

 Kemahiran Penyelesaian Konflik

Kemahiran penyelesaian konflik membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai murni universal dengan
mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran ini membantu
murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan.

 Kemahiran Pemikiran Kritikal

Kemahiran pemikiran kritikal berpandukan penaakulan moral yang membolehkan murid menilai sama ada
sesuatu keputusan atau tindakan itu bermoral atau tidak. Pengajaran kemahiran ini membantu menyemai nilai
murni universal dalam diri murid. Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan konflik dan membuat
keputusan yang bermoral.

 Kemahiran Pemikiran Kreatif

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari alternatif yang lebih baik ketika menghadapi konflik
dalam kehidupan.

 Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya digunakan untuk mengelakkan pengaruh negatif rakan
sebaya, pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Kemahiran ini mendidik murid
supaya berfikir secara rasional dan mengambil kira pandangan dan nasihat rakan sebaya.

 Kemahiran Kajian Masa Depan


Kemahiran mengkaji masa depan membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku
pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Kemahiran ni membantu murid membuat ramalan, menjangka
akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan murid melayari dan memperoleh
sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, CD-Rom
dan sidang telekomunikasi. Kemahiran ini merangsang perkembangan minda murid.

 Kemahiran Kreativiti

Kemahiran Kreativiti membolehkan murid menjadi individu yang kreatif dan inovatif. Daya kreativiti dan
inovasi ini membolehkan mereka menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti. Kemahiran ini membantu
murid menyelesaikan dilema moral yang dihadapi secara kreatif.

 Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial membolehkan murid berkomunikasi dengan orang lain dalam situasi yang boleh diterima oleh
masyarakat. Pada masa yang sama kemahiran ini bermanfaat kepada diri dan orang lain.

 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu,
berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara
berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk
berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial,
pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Soalan 5
Dilema= 进退两难

Soalan A

Soalan –soalan berpandukan nilai, pilihan tingkah laku dan orientasi


1. Adakah anda pernah mengalami apa yang dialami oleh Maniam?
Apakah tindakan anda?
2. Apakah yang patut dilakukan oleh Maniam ? Mengapa?
3. Patutkah Siva mengawasi gerak – geri Maniam ? Mengapa ?
4. Patutkah Siva melarang Maniam dari berkawan dengan sahabat yang
disukainya? Mengapa?
5. Siva membawa mulut mengenai rakan Maniam kepada ibu mereka.
6. Sebagai ibu, apakah tindakannya?

Apabila masalah pelajar dijadikan sebagai dilema, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian
dan dijadian panduan.
Pengalaman-pengalaman kehidupan pelajar sama ada pada masa kini atau masa akan datang
harus dijadikan fokus utama dalam dilema yang dikemukakan.
Setiap dilema mengandungi watak/watak-watak utama yang berhadapan dengan
konflik-konflik yang tertentu.
Watak-watak utama dalam dilema berada dalam satu situasi yang menghendaki mereka
membuat satu pertimbangan moral.
Watak-watak berkenaan perlu berhadapan dengan masalah dalam memilih di antara
beberapa pilihan yang tidak mempunyai satu penyelesaian yang muktamad.
Isu dalam dilema perlu merupakan isu yang biasanya dianggap crucial kepada mereka yang
menyelesaikan konflik itu. Isu-isu ini termasuklah hukuman, salah guna harta benda, peranan,
autoriti, kasih sayang, keadilan, kebebasan dan kebenaran.
Setiap dilema perlu diakhiri dengan soalan-soalan probe. Penggunaan soalan-soalan probe
membolehkan seseorang guru membimbing dan membawa pelajar ke arah perbincangan yang
lebih mantap. Ia juga membolehkan pelajar meluaskan batasan pemikiran mereka dan seterusnya
membuat pertimbangan
Pertimbangan moral berdasarkan penilaian terhadap kesan dan akibat pemilihan keputusan
yang berlainan.

SOALAN 6
A. Bezakan antara “projek berasaskan kajian” dan projek berasaskan produk”
Projek Berasaskan Kajian : pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menjalankan
sesuatu kajian. Pelajar mengemukakan soalan yang hendak dijawab atau masalah yang hendak
diselesai. Kemudian pelajar mengumpulkan data melalui soal selidik, temu bual atau
pemerhatian. Contohnya, pelajar ingin menebual penghuni rumah orang tua untuk mengetahui
masalah-masalah yang dihadapi. Berdasarkan penyiasatan ini, satu laporan dihasilkan.
Porjek Berasaskan Produk : pelajar menghasilkan sesuatu produk seperti objek, persembahan,
pameran dan sebagainya. Contohnya, pelajar menjalankan kerja amal seperti membersihkan
pantai, melawat rumah kanak-kanak yatim dan sebagainya.
B. Terangkan masalah-masalah yang timbul apabila guru menjalankan pentaksiran berasaskan
projek.
 Menyelaraskan matlamat projek dan matlamat kurikulum mungkin sukar. Lebih
menyukarkan, ibubapa tidak sentiasa menyokong projek apabila mereka tidak dapat melihat
perkaitannya dengan pentaksiran pembelajaran secara keseluruhannya.
 Projek selalunya mengambil masa yang lebih daripada jangkaan dan guru memerlukan masa
yang banyak untuk menyediakan projek yang baik dan authentic.
 Pelajar selalu kurang jelas tentang apa yang diperlukan. Guru perlu menyediakan struktur,
panduan dan bimbingan secukupnya tentang bagaimana menjalankan projek.
 Perkembangan kakitangan yang intensif harus ada; guru tidak secara tradisinya bersedia
menggabungjalin kandungan dengan aktiviti sebenar.
 Sumber yang diperlukan untuk tugasan projek mungkin tidak tersedia dan mungkin juga
terdapat kurang sokongan daripada pihak pentadbiran.
 Ada guru mugkin kurang biasa dengan mentaksir projek.

Soalan 7
Gordon mencadangkan tiga kategori kaedah pentaksiran aspek afektif murid : laporan
kendiri ,kaedah projektif dan kaedah pemerhatian . Jelaskan setiap kategori dengan teknik-teknik
yang digunakan .
Gordon (1966) telah mengemukakan TIGA kategori kaedah pentaksiran aspek
afektif (sikap, nilai, minat,personaliti).
LAPORAN KENDIRI–murid menyatakan sendiri perasaanatau sikapmereka tentang
sesuatu.
Inventori minat(interest inventory) mengemukakan soalan-soalan yang menyentuh
tentang kegemaran (suka atau tak suka) melakukan sesuatu atau terhadap
sesuatu.

a) Skala Sikap(attitude scale) –untuk mengukur perasaan atau persepsimurid


terhadap sesuatu. Skala sikap dibina dengan menentukan dimensi atau
konstruk sikap.

b) Senarai Semak(checklist) adalah untuk membuat diagnosis untuk


meningkatkan prestasi murd.

c) Skala Perbezaan Semantik(Semantic Differential Scale) merupakan lagi satu


teknik mengukur sikap murid terhadap sesuatu. Murid dikehendaki
menandakan pada beberpa skala dwiploar.

d) Sosiogram-kelas dan hubungan antara seorang murid dengan murid-murid


lain.
2. TEKNIK PROJEKTIF–murid diberikan soalan-soalan terbuka atau
rajah-rajah yang tidak melambang sesuatu. Murid dikehendaki memberi
respons dan berdasarkan jawapan mereka guru membuat inferens tentang
perasaan, emosi, personaliti dan sikap mereka,

a) Pernyataan Terbuka –Pernyataan terbuka dan ayat terbuka berfaedah


untuk menelah perasaan, sikap, nilai dan minat murid-murid.

b) Ujian Apersepsi Tematik (Thematic Apperception Test)–Murid


ditunjukkan rajah atau gambar dan mereka dikehendaki mentafsir apa
yang dilihat.

c)Cerita Tergantung (Story Completiont)–Teknik ini memerlukan murid


membuat jangkaan atau hipotesis tentang kemungkinan haluan dan
penamat cerita dengan cara menganalisis perasaan,perangai, nilai dan
sikap watak-watak di dalam cerita.
3.TEKNIK PEMERHATIAN –Pentaksiran melalui pemerhatian dilakukan secara
berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru
mendapat maklum balas tentang perubahan tingkah laku. Proses pentaksiran ini
dilaksanakan dengan penggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar,
rekod anekdot dan lain-lain.
.a)Senarai Semak Pemerhatian –Guru memerhatikan tingkah laku murid
berpandukan sesuatu senarai semak.

c) Rekod Anekdot (Anecdotal Record)–Rekod anekdot ialah satu catatan


ringkas tentang sesuatu tingkah laku murid yang dianggap penting,
unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif,
menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana ia berlaku.
Soalan 8 :

(a) Dilema moral boleh digunakan sebagai kaedah mengajar serta kaedah mentaksir tahap
perkembangan moral murid. Berikut ini dibicangkan beberapa jenis dilema moral
berdasarkan sumber yang dipilih:

1. Dilema dalam Keluarga – Terdapat pelbagai isu yang mungkin timbul dalam keluarga yang
merupakan dilema yang perlu diselesaikan. Contohnya, pertelingkahan antara adik-beradik yang
enggan membantu ibu bapa mengemas bilik, menyapu rumah, membersihkan halaman rumah
dan sebagainya; keluarga yang menghadapai penceraian; abang atau kakak yang terlibat dengan
kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, mencuri, balik lambat, gangsterisme dan sebagainya.

2. Dilema Sosial – Apabila murid bercampur gaul, mereka akan mengadapai dilema moral
seperti rakan sebaya yang meminjam wang dan tidak mahu membayar balik; rakan sebaya yang
membuli murid lain; rakan sebaya yang enggan berkawan dengan seseorang murid dan
sebagainya.

3. Dilema Di Sekolah – Ini merupakan dilema yang berkaitan dengan isu-isu di sekolah seperti
murid yang meniru semasa ujian atau peperiksaan; murid yang tidak mahu bekerjasama semasa
membuat projek berkumpulan tetapi mahu markah yang sama; murid yang enggan membuat
kerja rumah dan lebih minat bermain video; murid yang dihina oleh murid lain dan sebagainya.

4. Tingkah Laku Kendiri – Murid memahami tentang tingkah laku mereka sendiri dan tingkah
laku murid lain apabila mereka berinteraksi. Contohnya, adakah anda akan memberitahu guru
murid yang menconteng dinding tandas sekolah; apakah akan buat sekiranya anda inginkan
sesuatu tetapi tidak mempunyai wang untuk membelinya; apakah anda akan buat jika berjumpa
dompet guru di kantin sekolah dan sebagainya.

(b)Apabila masalah pelajar dijadikan sebagai dilema, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian dan dijadian panduan.
Pengalaman-pengalaman kehidupan pelajar sama ada pada masa kini atau masa akan datang
harus dijadikan fokus utama dalam dilema yang dikemukakan.
Setiap dilema mengandungi watak/watak-watak utama yang berhadapan dengan
konflik-konflik yang tertentu.

Watak-watak utama dalam dilema berada dalam satu situasi yang menghendaki mereka
membuat satu pertimbangan moral.

Watak-watak berkenaan perlu berhadapan dengan masalah dalam memilih di antara beberapa
pilihan yang tidak mempunyai satu penyelesaian yang muktamad.

Isu dalam dilema perlu merupakan isu yang biasanya dianggap crucial kepada mereka yang
menyelesaikan konflik itu. Isu-isu ini termasuklah hukuman, salah guna harta benda, peranan,
autoriti, kasih sayang, keadilan, kebebasan dan kebenaran.

Setiap dilema perlu diakhiri dengan soalan-soalan probe. Penggunaan soalan-soalan probe
membolehkan seseorang guru membimbing dan membawa pelajar ke arah perbincangan yang
lebih mantap. Ia juga membolehkan pelajar meluaskan batasan pemikiran mereka dan seterusnya
membuat pertimbangan

Pertimbangan moral berdasarkan penilaian terhadap kesan dan akibat pemilihan keputusan
yang berlainan.
Soalan 9
Projek digunakan dalam Pendidikan Moral utk menguji aplikasi pengetahuan,komunikasi,
kolaborasi,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Bincangkan dan sokong jwp anda
dengan contoh-contoh berkaitan
- projek pendidikan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan
dilakukan secara berterusan.
Perkara-perkara yang ditaksir menggunakan projek ialah:
A)APLIKASI PENGETAHUAN
-Kebolehan merancang sesuatu projek dengan mengaitkan berbagai-bagai jenis bidang ilmu
- Mengembangkan dan menilai idea dan maklumat yang dapat diaplikasi kepada projek
- Kebolehan memilih bahan dan kaedah yang relevan yang dapat diaplikasi kepada projek
b) KOMUNIKASI
-Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dan koheren dalam bentuk bertulis dan lisan
-Kebolehan membincang dengan guru dan meminta bantuan bagaimana menjalankan projek
-Kebolehan menghasilkan laporan yang merupakan penyelesaian masalah yang dikaji
C)KOLABORASI
-Menguasai kemahiran kolaboratif dengan bekerja dalam kumpulan dengan pelajar lain untuk
mencapai matlamat bersama
D) Membuat keputusan
-Kebolehan menilai dengan menulis atau mengatakan secara lisan proses kerja dan keputusan
Soalan 10 :

Terangkan TIGA(3) pendekatan pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah
Pendidikan Moral.

1.Pendekatan Pemupukan Nilai

Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam
diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat . Set nilai ini dianggap
sebagai standard tingkah laku moral yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada
secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:

(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.

(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila
berlakunya tingkah laku negatif.

(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh
pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki.

Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu
nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip moral,
Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan
pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

2. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara
peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman
oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah
berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan
memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas
keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka,
kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku
dalam kehidupan seseorang tersebut. Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral
kognitif ialah seperti yang berikut:

(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang
beberapa alternative dalam dilemma tersebut.

(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.

(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral

(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan
fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka.
Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan
(kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada
aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral
dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.

3. Pendekatan Penyayang (Caring)

Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di
dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai perhubungan. Ini
bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman. Cara
melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut:

(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang
memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan, maka konsep
penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.

(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar
membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat
memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).

(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model
dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.
(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam perhubungan antara
individu.

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan


prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking. Oleh kerana
pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya
menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidian moral.

4. Pendekatan Analisis Nilai

Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan
sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti
keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan
seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat sesuatu
keputusan.

Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut:

(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai

(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai

(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentative

(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi
sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara
objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan
kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis
nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan moral.
Soalan 11:

Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan proses pentaksiran berasakan sekolah dalam bilik
darjah Pendidikan Moral.
Pentaksiran ialah proses pengumpulan maklumat tentang tahap penguasaan
pengetahuan, kemahiran dan sikap/nilai murid.
Tujuan pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran dan memperbaiki pengajaran pembelajaran.
Lazimnya, guru akan mendapat maklumat prestasi pelajar melalui pengujian dan penilaian.

Proses Pentaksiran
i. Guru bermula dengan memilih standard kurikulum yang hendak diajar. Contohnya,
membezakan di antara perkataan dan frasa. Kemudian guru merancang kaedah
pengajaran yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid.

ii. Seterusnya guru melaksanakan pengajaran. Guru membina dan mentadbir instrumen
pentaksiran yang memberi peluang kepada murid mempamerkan atau mempersembahkan
hasil kerja yang berkaitan.

iii. Guru menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam
standard prestasi untuk menentuan tahap penguasaan.
 Bagi murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, pemulihan
dikendalikan sehingga murid mencapai tahap.
 Bagi murid yang mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, guru memlilih standard
kurikulum yang baru dan melaksanakan pengajaran dan pentaksiran seterusnya.

iv. Guru merekod dan melapor berdasarkan evidens. Guru memberi maklum balas kepada
murid tentang prestasi mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancangkan
langkah penambahbaikan. Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan murid,
penyelaras dan ibu bapa.

v. Guru memilih tajuk pengajaran seterusnya berdasarkan standard kurikulum dan


merancang kaedah pengajaran yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid.
Soalan 12.

Jelaskan objektif dan fokus kuriklum standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah.
Berikan contoh-contoh yang releven. (10%)

Objektif

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk mencapai
objektif berikut:

i. memahami dan menghayati nilai-nilai universal;


ii. menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia;
iii. melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri
dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara;
iv. mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan
moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

ATAU (Pilihlah salah satu untuk dibaca)

Objektif Pendidikan Moral

1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagimengekalkan


kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,masyarakat, negara serta alam
sekitar.

4. Mengembangkan pemikiran moral, emosi moral dan amalan moral dalam membuatsesuatu
pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Fokus

Kurikulum Standard Pendidikan Moral berfokus kepada 3 domain iaitu penaakulan moral,
perasaan moral dan perlakuan moral.

Fokus kurikulum ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi
penekanan kepada usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
i. Penaakulan Moral

Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan
baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema
moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif.

ii. Perasaan Moral

Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang
betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

iii. Perlakuan Moral

Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati
dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.
Soalan 13.
Terangkan bagaimana anda menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam pentaksiran
Pendidikan Moral di sekolah rendah. Berikan contoh-contoh yang relevan.
a. Ujian Aneka Pilihan
b. Gambar sebagai rangsangan
c. Ujian lisan

a) Item atau Soalan Aneka Pilihan


digunakan dengan meluas di dalam berbagai keadaan sebab ia boleh mengukur hasil
pembelajaran kognitif tahap rendah serta juga hasil pembelajaran kognitif yang kompleks. Lihat
contoh soalan aneka pilihan di bawah ini.
Bendera Malaysia dipanggil _____________.
A jalur gemilang – Jawapan
B rukun Negara ← Pengganggu
C biru-merah ← Pengganggu
D jalur cemerlang ← Pengganggu

b) Soalan Menggunakan Gambar Sebagai Rangsangan


Contoh:
Arahan : Tandakan √ pada gambar yang menunjukkan sikap toleransi dan X pada sikap yang
tidak bertoleransi.

( ) ( )
c) Soalan Respons Bebas / Ujian Lisan
Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menulis satu atau dua patah perkataan
sahaja (jawapan sendiri ) pada ruang yang disediakan.
Soalan juga dipersembahkan secara lisan.
Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respons bebas.
Contoh : Nilai – Keadilan

SOALAN LISAN :
1. Guru mendenda pelajar yang ponteng kelas.
Adakah tindakan guru itu adil atau tidak adil.
Mengapa pelajar perlu didenda.
Soalan 14 :

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap
perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan
perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier
menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
hasil pembelajaran. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard
pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara
lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,
Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor
yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan
prestasi individu.

Berikut merupakan Kerangka Standard Prestasi:


Soalan 15.
Afektif wujud pada tahap individu, tahap kumpulan dan tahap institusi. Bandingankan 3
tahap ini. Berikan contoh-contoh releven untuk sokong jawapan anda.
Krawthol (1964) memperkenalkan istilah ‘domain afektif’ yang menyentuh tentang perasaan dan
emosi seseorang serta sikap, minat, atau nilai hidup seseorang.
Pendidikan afektif di sekolah perlu bertumpu kepada TIGA perspektif: Individu, Kumpulan dan
Institusi.
peringkat individu peringkat kumpulan peringkat institusi
bertumpu kepada perkembangan tumpuan diberi kepada hubungan murid merasakan mereka adalah
murid interpersonal sebahagian daripada satu
komuniti.
Pendidikan moral menekankan Nilai-nilai murni yang murid sedar bahawa individu
14 nilai sejagat yang ingin disemaikan kini diamalkan ketika dalam komuniti seperti guru,
diperkembangkan dalam berinteraksi dengan rakan sebaya pentadbir serta ahli-ahli luar
kalangan murid, seperti baik hati, dengan mengambil bahagian sekolah perlu diberi
kejujuran, keadilan, kasih sayang dalam aktiviti kumpulan. penghormatan sewajarnya.
dan sebagainya
Sesuatu nilai diamalkan bukan Mereka mempunyai hubungan Murid menyayangi serta tidak
kerana tekanan daripada yang baik dengan murid lain. takut berurusan dengan ahli-ahli
masyarakat tetapi wujud daripada Mereka menghormati pendapat, persekiataran mereka.
diri sendiri dan secara tak latar belakang serta pemikiran Contohnya, murid merasakan
langsung dapat menahan daripada murid lain. bahawa sekolah mengambil berat
melakukan sesuatu yang tidak tentang kebajikan mereka.
diingini.
Murid yang merasa baik tentang
diri mereka akan mempunyai
harga diri serta kecerdasan
intrapersonal yang lebih tinggi.
Soalan16.

Analisis perbezaan antara tahap konvensional dan tahap


(pos)pasca-konvensional berdasarkan Teori Tiga Tahap Perkembangan yang
diperkenalkan oleh Kohlberg.

16. Jawapan Pendek

( Ini hanya untuk rujukan)

(Ini Jawapan)

( Ini Jawapan)
16. Jawapan Panjang

Tahap 1: Pra-Konvensional (hanya untuk rujukan, bukan jawapan)

Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan
dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat
perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat
orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana
penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan
dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa
adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan
untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang
akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah
merujuk kepada harapan masyarakat.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.


Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian
terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan
hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya.
Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku
kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif,
jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.

Tahap 2: Konvensional (Jawapan)

Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam


tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang
telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua
peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.
Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik

Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang
berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.
Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai
orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan
dalam kumpulan rakan sebaya.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu
kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati
undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang
ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat
seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu
yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan
pemikiran moral peringkat ini.

Tahap 3: (Pasca) Pos – Konvensional (jawapan)

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral


Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih
alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod
moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini
ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat,

Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu

Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan,


persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan.
Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan
perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini
menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu
diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Peringkat 6: Etika prinsip sejagat

Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan
kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah
pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada
peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya
tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak
kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan
yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah
ditetapkan.
Soalan 17:
Terangkan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk projek sebagai alat
pentaksiran dalam pendidikan moral. Sokong jawapan dengan memberikan contoh- contoh yang
sesuai.

Jawapan:
Perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan:

 Situasi atau Masalah


Satu atau dua ayat menerangkan isu atau masalah yang projek tersebut cuba menangani.
Contoh:
 mengkaji penebangan hutan
 pencemaran sungai, kadar jenayah di kawasan setinggan
 budaya lepak di pasaraya dalam kalangan belia,
 pelajar di kafe internet dalam waktu sekolah

 Penjelasan dan Matlamat


Suatu penjelasan yang padat tentang matlamat utama projek dan bagaimana ia menangani situasi
atau masalah.
Contoh:
pelajar akan
 mengkaji
 menjalankan kajiselidik
 membuat usulan tentang bagaimana pelajar dapat membantu mengurangkan pencemaran
sungai
 Hasil kajian akan dipersembahkan dalam majalah, brochure, pameran atau laman web.

 ProjekSpesifikasi Pelaksanaan
Sebuah senarai kriteria atau standard yang projek itu harus penuhi.
 Peraturan
Garis panduan menjalankan projek. Masukkan garis waktu dan sasaran jangka pendek.
Contoh:
 menyelesaikan temubual pada tarikh tertentu
 menyiapkan kajian pada tarikh tertentu.
 Senarai Peserta Projek Serta Peranan Masing-Masing
kenal pasti peranan ahli kumpulan dan sekiranya warga masyarakat terlibat
 Pentaksiran
Bagaimana prestasi pelajar akan dinilai.
Dalam tugasan projek, proses pembelajaran dinilai beserta dengan hasilnya.
Soalan 18

a. Nyatakan perbezaan antara standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi
dalam Pendidikan Moral.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi


Penyataan spesifik tentang Suatu penetapan kriteria atau Suatu set kriteria umum yang
perkara yang murid patut indikator kualiti menunjukkan tahap-tahap
ketahui dan boleh lakukan pembelajaran dan pencapaian prestasi yang perlu murid
dalam suatu tempoh yang boleh diukur bagi setiap pamerkan sebagai tanda
persekolahan merangkumi standard kandungan. bahawa sesuatu perkara itu
aspek pengetahuan, telah dikuasai murid
kemahiran dan nilai. (indicator of success)

b. Jelaskan cantuman standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi seperti
mana dicadangkan untuk Pendidikan Moral Tahun 4 (2014).

STANDARD STANDARD TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN PEMBELAJARAN
Pada akhir 1 Murid menyatakan cara
1. pembelajaran, murid menghormati amalan beribadat
Kepercayaan kepada dapat: pelbagai agama dan kepercayaan
Tuhan Keyakinan jiran
wujudnya Tuhan 1.1.1 Menyenaraikan 2 Murid menerangkan
sebagai pencipta alam amalan beribadat kebaikanmenghormatiamalan
dan mematuhi segala pelbagai agama dan beribadat pelbagai agama dan
suruhanNya kepercayaan jiran kepercayaan jiran
berlandaskan 3 Murid menunjuk cara
pegangan agama 1.1.2 Menerangkan cara menghormati amalan beribadat
masing-masing selaras menghormati amalan pelbagai agama dan kepercayaan
dengan prinsip Rukun beribadat pelbagai jiran dalam sesuatu situasi
Negara agama dan kepercayaan dengan bimbingan
jiran 4 Murid mendemonstrasikan cara
1.1 Menghormati
menghormati amalan beribadat
amalan beribadat
1.1.3 Menyedari pelbagai agama dan kepercayaan
pelbagai agama dan
kepentingan jiran dalam pelbagai situasi
kepercayaan jiran
menghormati amalan 5 Murid mengamalkan sikap
beribadat pelbagai menghormati amalan beribadat
agama dan kepercayaan pelbagai agama dan kepercayaan
jiran jiran dalam kehidupan seharian
6 Murid mengamalkan sikap
1.1.4 Mengamalkan menghormati amalan beribadat
sikap menghormati pelbagai agama dan kepercayaan
amalan beribadat jiran dalam kehidupan seharian
pelbagai agama dan dan boleh dicontohi
kepercayaan jiran
Soalan 19.

a) Pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral

 boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli keluarga dan
komuniti mengikut kesesuaian.
 Pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan
dapatan yang mempunyai kesahan bagi membantu guru membuat keputusan yang lebih
jelas tanpa ragu-ragu.
 Tujuan utama pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk merancang
tindakan susulan supaya murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan
oleh guru.

b)
Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai