Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu
Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup Bersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian Cari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang