Anda di halaman 1dari 3

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

BAHAGIAN A ; BIJAK FIKIR DENGAN i THINK

PETA POKOK : TEORI DAN BUKTI KEDATANGAN ISLAM

Teori dan bukti


kedatangan Islam ke
Asia Tenggara

Datang dari
Semenanjung Tanah Datang dari China Datang dari India
Arab

John Crawford Emanuel Gadinho


Eredia Snauck Hurgonje
Sokongan Syed
S.Q.Fatimi Aktiviti perdagangan
Naquib alAttas
kebudayaan
Aktiviti perdagangan Aktiviti perdagangan

BAHAGIAN B : MAHIR KBAT

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Islam tersebar ke Asia Tenggara


melalui jalan laut?

 Wujud kerajaan-kerajaan maritim di Asia Tenggara yang menjadi pintu masuk


agama Islam
 Wujud pelabuhan-pelabuhan utama di Asia Tenggara
 Pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara mempunyai kemudahan pelabuhan
yang lengkap seperti tempat menyimpan barang, membaiki kapal dan
kemudahan tempat tinggal
 Wujud sistem perhubungan yang baik
 Kemajuan dalam sistem pengangkutan laut seperti perahu dan kapal layar
 Kegiatan pelayaran merupakan kegiatan utama
 Kepakaran dalam mengendalikan kapal layar menjadi kebanggaan dan nilai
patriotisme

20 ©J/K Pemikir Sejarah PPDSPT/2016


BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

2. Huraikan usaha yang boleh anda lakukan untuk menyampaikan dakwah pada
masyarakat hari ini.
 Menjadi pendakwah
 Menyampaikan dakwah secara berhemah dan lemah lembut
 Menyampaikan dakwah secara berterusan
 Menegur rakan-rakan yang melakukan kesilapan
 Mengajak rakan-rakan menjalankan kebaikan
 Mendekati dan menasihati rakan-rakan yang bermasalah
 Tidak memandang rendah terhadap mereka yang bermasalah moral
 Sentiasa memberi contoh atau teladan yang baik kepada masyarakat
 Mengimarahkan masjid
 Mengajar agama secara tidak formal di surau atau masjid
 Berdakwah secara formal di institusi pendidikan
 Menyertai pasukan sukarela dan kerajaan untuk membuat kebajikan dan
berdakwah
 Contoh MERCY dan PERKIM

3. Apakah nilai yang dapat anda contohi daripada kejayaan usaha pendakwah Islam.
 Tabah menghadapi cabaran
 Cekal dan sabar untuk mengembangkan agama Islam
 Sanggup berkorban harta dan wang ringgit untuk berdakwah
 Tidak mudah putus asa
 Ketinggian budi pekerti spt lemah lembut, bahasa yang sopan
 Sanggup berjauhan daripada keluarga untuk menyebarkan dakwah
 Sanggup menanggung risiko
 Bijaksana dalam menyampaikan dakwah
 Menjalankan dakwah secara berterusan dan istiqamah

4. Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima


ajaran Islam

 Konsep Tuhan Yang Esa


 Kemurnian ajaran Islam
 Ajaran Islam mudah difahami
 Tiada paksaan untuk memeluk Islam
 Nilai Islam yang menganjurkan kebaikan contohnya adil, amanah, berlemah
lembut dan sebagainya
 Pendakwah yang menunjukkan perilaku yang baik menarik minat masyarakat
tempatan untuk memeluk Islam
 Hak sama rata sesama Islam/persamaan taraf
 Konsep persaudaraan dalam Islam
 Menyanjung akhlak dan amalan mulia
 Konsep kebahagiaan di dunia dan di akhirat

5. Sebagai generasi muda hari ini, jelaskan tindakan anda untuk mengembalikan
kecemerlangan kegiatan intelektual Islam.

 Taat pada agama

21 ©J/K Pemikir Sejarah PPDSPT/2016


BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

 Menuntut ilmu dunia dan akhirat


 Mendalami ilmu agama
 Memantapkan keimanan dan akidah
 Berpandangan jauh
 Sanggup menerima perubahan
 Mengembara ke negara-negara yang melahirkan intelektual Islam
 Mendalami dan mengkaji kitab-kitab yang dihasilkan oleh ilmuan Islam
 Semangat inkuiri atau ingin tahu
 Bersikap berani mencuba
 Kreatif dan berani mencipta sesuatu yang baharu

6. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah hasil kesusasteraan di anggap


penting dalam ketamadunan sesuatu bangsa?

 Melambangkan ketamadunan sesuatu bangsa


 Sebagai rujukan untuk generasi seterusnya
 Melambangkan kemajuan dalam bahasa dan seni kesusasteraan
 Melambangkan identiti bangsa
 Sebagai sumber maklumat
 Sebagai hiburan dalam masyarakat
 Menjadi medium kritikan secara tidak langsung
 Pendidikan secara tidak formal
 Mengembangkan idea atau daya kreativiti masyarakat
 Memberi pendidikan dan pengajaran kepada generasi muda

7. Landskap seni di negara ini juga mempunyai banyak galeri seni, manakala semakin
ramai rakyat Malaysia yang menghargai seni dan membeli karya seni sebagai
pelaburan. Pada pendapat anda , mengapakah unsur seni dan warisan di Malaysia
perlu dipertahankan oleh generasi hari ini?
 Melambangkan ketamadunan sesuatu bangsa
 Sebagai rujukan untuk generasi seterusnya
 Melambangkan kemajuan dalam bahasa dan seni kesusasteraan
 Mengekalkan dan memperkenalkan identiti bangsa
 Sebagai sumber maklumat
 Sebagai hiburan dalam masyarakat
 Menghargai tokoh-tokoh negara
 Sebagai medium untuk mendidik masyarakat
 Mengembangkan idea atau daya kreativiti masyarakat

22 ©J/K Pemikir Sejarah PPDSPT/2016

Anda mungkin juga menyukai