Anda di halaman 1dari 3

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Perbincangan_pengguna:Ezza3006

Pengenalan

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan
dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang
membawa impakpositif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang
boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era
moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Makan Makanan Yang Seimbang

Seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam
keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti
mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan
kita hari ini yang lupa kesan pengambilanmakanan berlemak atau pun makanan yang mempunyai
kandungan garam, gula atau sodiumglutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit
kronik seperti sakit jantung,darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian
tertinggi di negara kita.Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum
arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi
pemakanan yang seimbang.

Menjaga Kebersihan

Seseorang itu perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar
daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,berpakaian bersih, waktu
tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.Bagi mengelakkan jangkitan
kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budayamendisiplinkan diri dengan asas-asas
kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar
tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atautempat makan yang bersih semasa menjamu selera.
Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan
sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
masyarakat.Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan
dangaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai
digalakkanmengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,lipas,
lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah sepertipelapik
pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.Dengan cara
demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta
membentuk kehidupan yang sihat.

Bersenam

Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat
dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,berekreasi, berjalan atau berlari
bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh
pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan
sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan
minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman
dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya
daripada badan yang cergas.

Seseorang itu perlulah melakukan senaman secara berkala. Melakukan senaman di antara 20 hingga 30
minit setiap senaman. Dalam seminggu kita haruslah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam
seminggu, atau hujung minggu bersenamlah bersama keluarga.

Dapat Rehat Yang Cukup

Mendapatkan rehat yang cukup amat penting bagi diri seseorang. Apabila dapat rehat yang secukupnye,
ia dapat mengurangkn stress atau tekanan pada diri seseorang.Selain itu, dapat memulihkan tenaga
kembali,serta melegakan fikiran dan bersedia dengan aktiviti selanjutnya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi.
Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan
berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masihmemandang rendah
kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalahkesihatan timbul kelak. Kita
semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya
http://www.slideshare.net/ashleywyf1984/gaya-hidup-sihat-10412062

Gaya hidup sihat

1. MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TAJUK PELAJARAN : GAYA HIDUP SIHAT DISEDIAKAN OLEH:
WONG YAN FANG D20102044919

2.

Gaya hidup sihat

Satu amalan kehidupan yang

membawa

impak positif

kepada diri seseorang.

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat?

4. Kepentingan Gaya Hidup Sihat

Mengekalkan kesihatan

badan

Meningkatkan prestasi kerja

Mengurangkan tekanan

dalam kehidupan

5. Ciri-ciri Gaya Hidup Sihat S

6. Cara-cara Mengekalkan Gaya Hidup Sihat

7. Mengambil makanan yang Seimbang

Piramid makanan

Panduan

pengambilan makanan

pada kadar tertentu mengikut

kumpulan dan
jenis makanan .

8. Amalan yang Baik

Mendengar muzik

Membaca buku

Memancing

Aktiviti rekreasi

9. Rehat yang Mencukupi

Menguatkan ingatan,

mengurangkan tekanan.

Tidur lapan jam sehari.

10. Senaman yang Sesuai

Sekurang-kurangnya tiga kali

seminggu dengan 20-30
minit

setiap kali senaman.

Video

11. Aktiviti Memanaskan Badan

12. Senaman yang Sesuai

13.

Kita mestilah menjaga kesihatan badan kita setiap masa.

Untuk
mengekalkan gaya hidup yang sihat, kita perlu mengingati MARS.

Marilah kita
bersama-sama menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Anda mungkin juga menyukai