Anda di halaman 1dari 2

MODUL KAUNSELING KELOMPOK

FOKUS: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

BIDANG Psikososial
TAJUK Kemahiran membuat keputusan
OBJEKTIF Pada akhir sesi kaunseling kelompok ini, ahli kelompok dapat:
1. Murid dapat membuat keputusan dengan rasional.
2. Murid dapat membuat refleksi berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
MASA 60 minit
SASARAN Ahli kelompok tahun 6
(35 orang)
BAHAN Kertas A4
LANGKAH- Set induksi (10 minit):
LANGKAH 1. Guru memberikan satu kertas A4 kepada ahli kelompok.
2. Ahli kelompok perlu melukis apa sahaja objek atau benda yang mereka
suka.
3. Guru memberikan sehelai kertas A4 yang lain kepada ahli kelompok.
Sebelum ahli kelompok mula lukis gambar kedua, guru memberi arahan
supaya ahli kelompok melukis mengikut situasi berikut:
Anda mempunyai RM 100, lukiskan benda yang anda akan beli
menggunakan duit tersebut didalam kertas yang disediakan
4. Ahli kelompok perlu membuat lukisan dalam tempoh yang ditetapkan.

Langkah 1 (40 minit)


1. Guru bimbingan dan kaunseling menerangkan aktiviti yang akan
dijalankan dan guru bimbingan dan kaunseling menerangkan setiap
peranan ahli kelompok masing-masing.
2. Kaunselor akan membaca kepada kelompok satu situasi iaitu,
Satu bencana telah berlaku apabila hampir keseluruhan penduduk di bumi
diserang wabak zombi. Setiap manusia yang dijangkiti wabak zombi akan
menggigit manusia lain untuk menyebarkan wabak itu. Semua tanaman
dimusnahkan oleh zombi dan semua haiwan telah menjadi makanan zombi-
zombi tersebut. Anda sebagai Perdana Menteri mendapati masih ada
beberapa orang yang masih hidup iaitu Menteri Pertahanan, seorang
doctor, seorang angkasawan, ibubapa, abang dan seorang adik
perempuan. Anda diberi masa selama satu jam untuk keluar dari pulau
tersebut dan menyelamatkan salah seorang dari mereka. Apakah tindakan
anda?
3. Ahli kelompok diberi masa selama 2 minit untuk memahami situasi
tersebut. Selepas itu, setiap ahli kelompok perlu membuat keputusan untuk
menyelamatkan seorang sahaja daripada beberapa orang yang masih
hidup dan memberi tahu kepada ahli kelompok yang lain.
4. Ahli kelompok yang mempunyai jawapan yang sama akan berada di
dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan kecil itu perlu berhujah mengapa
mereka membuat keputusan sebegitu. Guru bimbingan dan kaunseling
akan memberi masa selama 5 minit untuk berbincang dengan ahli
kumpulan mereka.
5. Setiap kumpulan akan diberi masa selama 3 minit untuk menyampaikan
hujah mereka kenapa mereka memilih keputusan tersebut. Setiap kumpulan
akan berdebat untuk mempertahankan keputusan mereka.

Penutup:
1. Guru bertanyakan soalan kepada murid tentang apakah input yang
diperoleh daripada aktiviti yang dijalankan. Muid digalakkan untuk
membuat refleksi.
2. Akhir aktiviti ini, guru bimbingan dan kaunseling akan merumuskan
bahawa setiap keputusan yang diambil tidak ada yang salah atau
betul. Namun, sebagai seorang manusia, setiap keputusan yang kita
ambil perlulah berdasarkan rasional-rasional tertentu dan tidak
berdasarkan emosi dan perasaan semata-mata.

PENILAIAN Ahli kelompok dapat mengemukakan hujah atas keputusan yang diambil
berdasarkan rasional-rasional tertentu.
RUMUSAN Setiap keputusan yang diambil seharusnya perlu difikirkan dengan
mendalam terlebih dahulu. Tambahan pula, perbincangan dengan orang-
orang yang lebih dewasa digalakkan supaya dapat memperoleh keputusan
yang lebih baik. Setiap kumpulan juga bekerjasama untuk memperoleh
keputusan yang terbaik.
FALSAFAH Setiap manusia mampu membuat keputusan dalam hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai