Anda di halaman 1dari 3

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam penghujahan

Tembikai susu kelapa muda ,


Pencuci mulut jadi hidangan ,
Salam sejahtera pembuka bicara ,
Gelanggang debat saya mulakan .

Yang saya hormati tuan dipertua dewan, rakan rakan kerajaan yang sanggup
berkorban demi kebaikan, delegasi pembangkang yang kononnya berhujah demi
kebaikan serta ahli- ahli dewan yang budiman. Tegaknya yang berhormat ketua
pembangkang akan meneruskan satu perjuangan songsang iaitu mereka terlalu
teruja untuk menyangkal usul “ Penyayhutanan membawa kebaikan kepada
masyarakat” Tidak mengapa, kita biarkan sahaja mereka terus tenggelam dalam
keegoan sendiri namun pihak kerajaan tetap bersatu hati bersama ahli-ahli dewan
sekalian bahawa kami tetap akan mempertahankan pendirian kami iaitu
“penyahhutanan membawa kebaikan” kepada rakyat jelata ibu pertiwi kita.

Tuan Yang Dipertua

Sekiranya kita memikirkannya, daripada membiarkan sahaja sebahagian besar


hutan di seluruh dunia begitu sahaja dan tidak dimanfaatkan sebaik yang mungkin
yang berpontensi diubah menjadi beberapa kawasan pertanian yang lebih
bermanfaat, kita sebenarnya tergolong dalam golongan yang berfikiran cetek dan
sempit kerana kawasan subur ini dapat membantu memberi makan kepada ratusan
atau bahkan ribuan orang yang kelaparan. sedarkah pihak pembangkang bahawa
pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi krisisi makanan ?Saya bimbang
nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita
mempunyai tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh
hasil yang lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung
harap pada negara maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai
bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian? Sampai bilakah kita harus meminta-
minta?
aktiviti pembalakan di kawasan hutan membekalkan kita kawasan yang sangat
subur yang boleh digunakan untuk membuat infrastruktur yang hebat yang akan
membantu pertumbuhan ekonomi, oleh itu penyahhutanan dapat membantu
masyarakat untuk hidup dengan lebih senang kerana dimana ada kemahuan di situ
ada jalan.

Begitu juga penerokaan hutan dilihat efektif dalam meneruskan agenda pertanian
terutama komoditi pertanian dan dalam keadaan tertentu penerokaan hutan untuk
perladangan dilihat mengubah taraf kehidupan sesetengah kumpulan masyarakat.
ladang komoditi dianggap kehijauan yang mewarnai bumi. Jadi, mengapa anda
perlu memaksa diri anda untuk tidak bersetuju dengan kami bahawa
penyahhutanan sememangnya memberi manfaat kepada kehidupan di muka bumi
Malaysia ini?

Melihat kepada alam sekitar secara keseluruhan yang turut mencakupi samudera
negara, timbul pula dilema, iaitu antara pemuliharaan dan keperluan hidup. Dengan
ada yang melihat kemusnahan alam sekitar berlaku akibat desakan untuk mencari
makan, tindakan menghalang perkara ini menjadikan sesetengah kehidupan
masyarakat yang seolah memiskinkan lagi mereka yang sudah sedia miskin.

Penyahutanan dilakukan atas banyak tujuan. Misalnya penebangan utk


pembalakan, pembukaan kws lading, pembinaan kawasan petempatan, industry
disamping penenggelaman utk projek hidro elektrik. Umumnya diketahui bahawa
Negara Malaysia merupakan salah satu Negara yang kecil yang mempunyai
penduduk yang ramai. Oleh itu, demi kebaikan dan kemaslahatan rakyat,
alternative ini dilihat sungguh signifikan dalam meningkatkan taraf hidup sejagat.
Tambahan pula, projek yang bertaraf antarabangsa juga dapat dilakukan dengan
mudah kerana mempunya tanah yang berlebihan untuk dijadikan sebagai pusat
perindustrian yang menjana pendapatan Negara serta meningkatkan taraf ekonomi
yang bertepatan dengan aforisme sambil menyelam minum air.
Sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan negaranya maju standing dengan
Negara gergasi di seluruh pelusok dunia , adakah kita mahu dilebel sebagai
masyarakat yang hidup di bawah pokok dan diejek oleh masyarakat luar sebagai
katak di bawah tempurung? Ini sudah semestinya akan menjatuhkan air muka
rakyat Malaysia jika kita hanya duduk dan berpeluk tubuh tanpa melakukan
sebarang kegiatan dan inisiatif untuk memajukan Negara yang secara langsung
meningkatkan taraf hidup nusa bangsa.
Kami sebagai pihak kerajaan mementingkan agenda semua rakyat. Kami sebagai
pihak kerajaan memahami keperluan rakyat. Kami sebagai pihak kerajaan
menitikberatan keamanan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat kerana kami
berpegang teguh kepada slogan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!

Anda mungkin juga menyukai