Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal : Ke-5

Minggu Praktikum : Kelima

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 30 Julai – 3 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa

1. Masalah / Peristiwa

Minggu ini saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan
dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa.
Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari –hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincngan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. DIdapati pelajar-
pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil
perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang
pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu,
masalah masa ini juga wujud kerana gangguan yang tidak dapat dielakkan seperti
murid-murid yang pergi ke rehat sebelum kelas. Keluar ke pelbagai urusan dan datang
lambat ke kelas. Ini menyebabkan Pengajaran dan Pembelajaran yang dirancang
mengambil masa yang agak lama. Saya tidak dapat mengulangi pengajaran dan
pembelajaran dari mula untuk murid-murid yang berkelakuan sebegini. Selain itu,
pengajaran dan pembelajaran saya terganggu kerana ada cikgu yang masuk ke kelas
semasa saya melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dan mereka memanggil
sesetengah murid untuk pelbagai urusan. Ini mengambil masa saya selama beberapa
minit. Jadi saya tidak dapat melaksanakan setiap langkah aktiviti seperti yang
dirancang.
3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa


dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa
dengan lebih sempurna.

b) Saya akan memberi denda kepada murid datang lambat ke kelas. Saya juga
akan bersikap tegas terhadap murid yang berkelakuan sebegini.

c) Saya akan menasihati murid-murid bahawa masa itu emas. Jadi, gunakan masa
dengan berfaedah.

d) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak


melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar
tentang masa. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan
memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan.

e) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan
masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya akan memberi satu penghargaan murid-murid yang menunjukkan
prestasi dan sahsiah yang baik. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat
mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai