Anda di halaman 1dari 2
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Educetion Malaysia ARAS 8, BLOK E38 Level 8, Block E8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E, Tel: 03-8884 6077 Fax: 03-8859 4548 Laman web: http: wwwmoegov. 1s. ATFENGARAL Oa KOXURIKULUM KP/KPPM/S ( 14) 26 Julai 2010 ‘Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI OAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI BERKENAAN Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa__Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah memutuskan bahawa Surat Siaran tentang pakaian sukan di sekolah perlu dikeluarkan dalam usaha memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah. 2. Sehubungan itu, semua guru dan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah ‘yang melaksanskan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai seperti berikut 2.1. Guru ~ Memakai T-Shirt berkoler, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai Kasut sukan dan berstokin putih. 2.2. Murid — Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai Kasut sukan dan Berstokin putih. 3. Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bersetuju member kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid- murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan. 4, — Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiranY.Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan. ‘Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT| UNTUK NEGARA" . : t TAN SRI DATO'|RJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. . Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Meniteri Pelajaran Mataysia 3. Y.B. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia a ‘Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 2 . Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia 2° Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai