Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

TAHUN AKADEMIK 2017

Program : PPISMP Nama Pelajar :

Kod : GWP1092 Semester / Tahun : 1 / 2017


Ambilan : Jun 2016
Nama Kursus : Wacana Penulisan Kumpulan : Unit S1 –S9

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei I (1,000 p.p.) 10 Februari 2017 17 Mac 2017


2. Penulisan Esei II (1,000 p.p.) 10 Februari 2017 17 Mac 2017
3. Pembentangan Kumpulan (30 minit) 06 Mac 2017 17 Mac 2017

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan idea dalam penulisan berdasarkan konsep wacana secara lisan dan
bertulis (C2, LO1, LO3, CTPS1).
2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang keutuhan wacana dalam penulisan akademik
menggunakan pelbagai sumber (C3, LO3, LO6, CTPS2, LL1)
3. Menganalisis jenis-jenis wacana dan gaya penulisan secara berkumpulan (C4, LO3, ,
LO5, CTPS3, CS1, TS1)
4. Menilai hasil penulisan kritikan, ulasan rencana atau teks dan resensi buku (C5, LO3,
CTPS3)
5. Menghasilkan penulisan akademik atau bukan akademik secara kritis dengan
menggunakan laras bahasa formal mengikut format yang betul (C6, LO3, CTPS4)

Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3,4, dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut:

1. Menilai resensi sebuah buku cerita kanak-kanak yang dipilih.


2. Menghasilkan kertas projek pendidikan secara kritis dengan menggunakan laras bahasa
formal mengikut format yang betul.
3. Menganalisis jenis dan gaya penulisan akademik merangkumi tesis, artikel jurnal,kertas
projek, dan abstrak/ringkasan eksekutif melalui pembentangan berkumpulan.
4. Menilai dan mengulas sebuah rencana yang dipilih melalui pembentangan berkumpulan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut:


TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI I (30%)
1. Tujuan penulisan resensi adalah untuk menyampaikan kepada pembaca tentang kualiti
hasil karya atau sesebuah buku yang berisi ulasan, pertimbangan, atau pembicaraan
sesuatu karya.

Berdasarkan pernyataan di atas, buat resensi tentang sebuah buku cerita kanak-kanak
yang telah anda pilih.

TUGASAN 2 - PENULISAN ESEI II (30%)

Penulisan akademik ialah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik, mengkaji
secara teratur dan teliti tentang suatu persoalan. Antara contoh penulisan akademik ialah kertas
projek pendidikan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menulis penulisan akademik jenis


kertas projek pendidikan. Anda boleh memilih salah satu tema yang diberikan untuk
penulisan kertas projek pendidikan tersebut.

Tema :

(a) Isu-isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu.


(b) Isu-isu yang berkaitan dengan budaya Melayu.
(c) Isu-isu yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu.
(d) Isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia

TUGASAN 3 – PEMBENTANGAN KUMPULAN (10%)

1. Secara berkumpulan (2-3 orang dalam satu kumpulan), anda dikehendaki :


(a) Menganalisis jenis dan gaya penulisan akademik.
Jenis penulisan akademik:
 tesis
 artikel jurnal
 kertas projek
 abstrak/ringkasan eksekutif.

(b) Menilai dan mengulas sebuah rencana yang dipilih daripada terbitan majalah
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sediakan bahan pembentangan berbentuk PowerPoint.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan 1 dan Tugasan 2 ialah tugasan individu, manakala Tugasan 3 dilaksanakan
secara berkumpulan (2-3 orang)

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.

4. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:

4.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini


4.2 Fon Arial
4.3 Saiz huruf 11
4.4 Langkau 1.5 baris
4.5 Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format APA (American
Psychological Association)

5. Panjang Tugasan 1 dan Tugasan 2 ialah 1000 patah perkataan.


6. Tugasan 3 terbahagi kepada dua bahagian, iaitu (i) menganalisis jenis dan gaya
penulisan akademik dan (ii) menilai dan mengulas sebuah artikel jurnal yang dipilih
daripada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pastikan artikel jurnal yang pilih
ialah artikel yang berlainan daripada rakan-rakan anda.
7. Untuk Tugasan 3 ini, anda boleh bergerak mencari bahan secara berkumpulan tetapi
semasa sesi pembentangan, setiap pelajar dikehendaki membentangkan persembahan
mereka secara individu. Bahan pembentangan adalah dalam bentuk PowerPoint.
Tempoh 30 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk sesi pembentangan ini. Cetak
bahan pembentangan dan sertakan dalam tugasan anda.
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

9. Tugasan 1, Tugasan 2, dan Tugasan 3 ini membawa markah 100% dan wajarannya
ialah 70%. (30 % lagi ialah peperiksaan akhir)

10. Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah mengikut format yang disediakan.

11. Hasil tugasan perlu dijilidkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan
dengan maklumat yang berikut:
i. Nama Guru
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod Kursus dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tahun Pengajian
12. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda
ini.
13. Anda wajib menyertakan Borang Maklum Balas Kerja Kursus dalam kerja kursus anda.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:

(a) Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas topik soalan.


(b) Perkembangan (Isi topik yang dibincangkan)
(c) Rumusan dan menjawab persoalan tugasan

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong tugasan anda hendaklah


dikemukakan. (Sekiranya sesuai)

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya 5 sumber yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal,
dan bahan-bahan bercetak yang lain).

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(AHMAD FAZIL B. ZAINAL ABIDIN) (RUSLAN BIN ABDULLAH)


Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
GWP1092 Wacana Penulisan Jabatan Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh, Perak IPG Kampus Ipoh, Perak

Disahkan oleh,

(DR. SHAHARUDDIN BIN SHAARI )


Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh
Perak.

Anda mungkin juga menyukai