Anda di halaman 1dari 6

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dengan

perkembangan dasar negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara akan diikuti
oleh perubahan sistem pendidikan bagi memenuhi dasar negara tersebut. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) menekankan bahawa “Pendidikan
sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta
negara.” Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan. Pelaksanaan KBSR, KBSM
dan kini, KSSR telah menyebabkan para guru pada masa kini untuk bekerja keras bagi
merealisasikannya. Berlandaskan kepada FPK, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang
dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
matlamat dan pendidikan guru: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisplin.”

Pada era globalisasi ini, dunia pendidikan kerap-kali dihujani dan digemparkan
dengan pelbagai isu terutama yang berkait dengan guru. Isu beban tugas guru,
kenaikan gaji guru, guru dibenarkan berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan
profesionalisme guru dan keguruan. Salah satu isu yang penting berkaitan dengan
bidang keguruan adalah isu beban tugas guru. Isu ini adalah mulai sejak dahulu.
Buktinya, terdapat banyak kali isu ini telah diperkatakan di dada akhbar, internet-
internet dan sebagainya. Sebagai contoh dalam surat khabar, Beban Kerja Guru Kini
Terlalu Berat (Utusan Malaysia 23 Januari 2008), Seksa Jadi Cikgu (Berita Harian 1
April 2010), Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru (Berita Harian 24
Mei 2010), Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru (Utusan Malaysia
1April 2010), Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam (Utusan Malaysia 21 November 2011),
Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan-
Muhyiddin (Utusan Malaysia 16 Mei 2012), 14 Isu Beban Guru Ditangani (Utusan
Malaysia 17 Mei 2012), Cabaran Masa Kini Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Guru
(14 April 2016) dan Beban Tugas Guru Dikaji – Mahdzir Khalid (20 September 2016).

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah telah


menyebabkan guru memainkan pelbagai jenis peranan. Dalam menjalankan tugas

1
sebagai seorang pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan
alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri
pelbagai mesyuarat serta kursus yang dijemput. Selain itu, guru juga perlu
menjalankan tugas-tugas kerani seperti akaun persatuan dan kelas, urusan buku teks
pelajar, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, kegiatan sukan dan kokurikulum.
Beban tugas yang semakin banyak ini telah menyebabkan guru semakin tertekan dan
juga mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan
membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru.

Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan


Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa
beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat. Artikel ini menjelaskan bahawa
guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas. Tugas guru
bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam pembangunan
sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut beliau, pengharapan
untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban kerja
guru selain tanggungjawab remeh temeh yang terpaksa digalas mereka.

Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan


dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun di
luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur
dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.

Pada pandangan saya, isu ini tidak akan pernah selesai. Hal ini kerana
walaupun isu ini telah lama dibangkitkan, namun sehingga kini isu ini masih
diperkatakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan
masih tidak mampu untuk menyelasaikan masalah ini. Isu ini juga tidak akan selesai
kerana sistem pendidikan yang sentiasa berubah serta keperluan pendidikan yang
semakin meningkat dan harus dipenuhi.

Guru perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan


oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah Kecemerlangan, Program 3K,
Program Sekolah Penyayang dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain program-
program sekolah, guru turut terlibat dengan program yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD), agensi bukan kerajaan, pihak swasta, dan sebagainya. Antara program
itu ialah Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia,
Sambutan Hari Guru serta majlis-majlis rasmi kerajaan negeri. Tugas guru menjadi
satu beban yang berat kerana wujudnya arahan dalam arahan. Guru melakukan

2
beban kerja berganda kerana program-program yang telah dirancang di peringkat
kementerian perlu dilaksanakan, di samping melaksanakan program yang lebih
kurang sama yang dianjurkan oleh pihak JPN, PPD dan seterusnya program yang
telah dirancang di dalam takwim sekolah. Kesemua program ini perlu dilaksanakan
mengikut tempoh masa tertentu dan guru perlu menyediakan kertas kerja program,
merancang jawatankuasa kerja dan memastikan program ini berjalan mengikut
rancangan. Guru juga telah dipaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan
dalam bidang pendidikan sehingga wujud beban yang keterlaluan. Contohnya, apabila
ada pegawai baru di PPD, JPN atau peringkat kementerian, banyaklah idea atau
tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan ini bertambah dalam keadaan
jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid.” Hal ini
menyebabkan berlaku pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar
Malaysia (GMGBM), walaupun sudah ada garis panduan mengenai tugas yang perlu
dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga melaksanakan kerja lain yang di luar bidang
mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata murid. Katanya, tugas ini
sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia. Beliau
menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan aktiviti anjuran
agensi-agensi lain dan boleh menolak kerjasama dengan agensi-agensi luar
melainkan kerjasama tersebut memberi keutamaan kepada keperluan murid dan tidak
membebankan guru.

Tambahan lagi, guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan


maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan guru mengisi maklumat profil
pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan ibu bapa
melihat prestasi anak-anak mereka. Ini lebih menyukarkan tugas guru kerana tidak
semua guru pakar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu,
kekangan yang terpaksa dihadapi sewaktu proses memasukkan data seperti masalah
server internet di sekolah yang kadangkala terganggu. Data yang ingin dimasukkan
pula bukan sedikit dan kadangkala berlaku pertindihan proses memasukkan data
antara guru-guru di satu-satu sekolah yang menyebabkan talian internet menjadi
lambat. Rungutan para guru berkaitan kesukaran proses memasukkan data dalam
talian telah ditulis dalam Berita Harian, 21 September 2011 bertajuk ‘Guru Merungut
Program SAPS Lebih Sukar Dari Manual.’

3
“.…..sistem yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan mereka akhirnya
menyebabkan lebih ramai yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata
sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang
menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di
rumah.Namun selepas menggunakan SAPS buat seketika, ramai guru merungut dan
melepaskan kemarahan mereka dalam blog dan menulis surat kepada akhbar.”

Antara beban tugas guru yang lain ialah, mengutip yuran tambahan,
menyediakan laporan kantin, laporan aktiviti surau, mengurus Rancangan Makanan
Tambahan serta mengurus Rancangan Susu Tambahan. Kesemua senarai tugas
yang di luar daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guru-guru pada masa kini
terbeban dengan tugas-tugas lain yang melebihi tugas utama iaitu mendidik pelajar.
Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta kesihatan
pelajar seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Plejar
Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks dan biasiswa. Guru juga menguruskan
penyelengaraan bangunan, perabot, sistem siaraya, keceriaan sekolah, kawalan
penggunaan kemudahan sekolah, pengurusan stor dan perolehan. Guru juga terbabit
dalam pengurusan asset sekolah dan inventori sedangkan ini bukanlah tugas utama
guru, sebaliknya ini adalah bidang tugas pejabat. Walau bagaimanapun, guru perlu
memikul tanggungjawab berkenaan kerana pembantu stor yang pernah diwujudkan
pada suatu ketika dahulu telah dimansuhkan.

Beban waktu mengajar guru yang tidak seimbang antara sekolah juga menjadi
sebab beban guru bertambah. Hasil tinjauan yang dijalankan menunjukkan bahawa
Sekolah Menengah Harian (SMH) mengalami kekurangan guru khususnya guru
subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia dan
Kemahiran Hidup. Beban tugas guru di SMH bertambah apabila bilangan guru tidak
mencapai tahap optimum. Ini berbeza dengan Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh.

Beban tugas mendatangkan pelbagai implikasi kepada guru dan juga bidang
pendidikan itu sendiri. Jika diamati, guru pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai
pendidik di dalam bilik darjah, malahan juga guru turut bertindak sebagai kerani,
setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip, juruhias, dan sebagainya. Implikasi beban
tugas yang terlalu banyak juga kadangkala memaksa guru bekerja lebih masa. Guru
juga mendapat kurang waktu berehat apabila dipanggil untuk menjalankan pelbagai
aktiviti seperti aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu.

4
Arumugam (1975) menyatakan punca-punca penting bagi ketegangan dan
ketidakpuasan yang dialami oleh guru-guru di Malaysia adalah tugas-tugas
pengkeranian yang banyak. Walaupun guru-guru sebenarnya menolak tugas
pengkeranian yang diberikan kepada mereka, mereka terpaksa menerima dan
melaksanakannya. Beban tugas guru yang terpaksa dipikul ini akan menyebabkan
para guru mengalami ketegangan seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne &
Furnham (1987) iaitu di antara punca yang kerap berlakunya stress di kalangan guru
ialah beban tugas bukan mengajar. Ketegangan yang tinggi di kalangan guru boleh
menyebabkan rasa kecewa, agresif, bimbang dan mengurangkan prestasi kerja.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan


Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim,
berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard
tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Menurutnya, guru yang tidak
sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melepaskan
kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain.

Beban tugas yang berat menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,
mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal
diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar
dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang terlalu tertekan
sememangnya menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang
seterusnya membantutukan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu
membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Di samping itu, tekanan yang dihadapi oleh guru boleh menyebabkan tahap
mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada perlakuan-
perlakuan yang negative sebagai satu bentuk tindak balas ke atas tekanan yang
dihadapi. Guru yang mengalami tekanan juga berkemungkinan besar akan bertindak
dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar.
Tindakan seperti ini boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang
pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan
yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini.

Implikasi yang seterusnya dapat dilihat kepada pentadbir sesebuah sekolah


iaitu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Perhubungan antara guru tesebut dengan
pentadbir berikut boleh membawa kesannya. Sekiranya seseorang guru yang
mengalami tekanan yang selalu mengambil langkah ponteng sekolah dan
meninggalkan segala urusan, tindakan boleh diambil melalui pentadbir. Pentadbir

5
boleh menggantung atau membuang guru tersebut daripada sekolah tersbut.
Kesalahan seperti meninggalkan kelas dan tugas-tugas tertentu seperti menyiapkan
rancangan pengajaran adalah merupakan kesalahan yang sangat besar yang boleh
mengganggu markah prestasi yang dipegang oleh pentadbir sesebuah sekolah itu
sendiri. Kita sendiri sedia maklum bahawa seorang guru diwajibkan untuk menulis
rancangan mengajar sebagai bukti yang mana guru tersebut menunaikan
tanggungjawabnya.

Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban


kerja. Dengan tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru juga
berubah. Hal ini telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan
terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga
menjejaskan kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan
kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan
terutamanya dalam kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh
membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi.