Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALU - ALUAN

MAJLIS GRADUASI DAN RESTU ILMU 2017


TARIKH : 2 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ANUGERAH SMK.TAMAN MOUNT AUSTIN
Yang dihormati, En. Panirselvam A/L Karumban
Perasmi Majlis Graduasi dan Restu Ilmu, SMK Taman Mount Austin

Yang dihormati Pn. Rozita Binti Abd. Wahid


Penolong Kanan Pentadbiran

En. Halbi Bin Kaab, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Sim Biow Hong, Penolong Kanan Kokurikulum,

En.Nezhan Bin Md.Esa, Penolong Kanan Petang,

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru,


tuan-tuan, puan-puan dan semua pelajar yang diraikan sekalian.

Salam sejahtera, Salam Muafakat Johor, dan Salam Negaraku Malaysia

Pertama kalinya saya ingin menzahirkan rasa bertuah kerana kita dapat bersama-
sama berkumpul dalam Majlis Graduasi dan Restu Ilmu SMK Taman Mount Austin bagi
tahun 2017. Saya mewakili pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan
para pelajar yang kita raikan ke majlis pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin
antara ibu bapa dan pihak sekolah serta menyemarakkan semangat anak-anak pelajar
menjelang peperiksaan SPM yang berbaki beberapa hari lagi. Syabas dan tahniah
saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Graduasi ini kerana telah berjaya
menganjurkan majlis ini dengan begitu baik dan sempurna.
Hadirin sekalian

Majlis graduasi ini dirancang khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan
kepada calon SPM 2017. Selain itu, majlis ini juga dianggap sebagai satu ruang
kesempatan untuk semua pelajar tingkatan lima menyimpulkan semua kenangan
manis dan nostalgia indah sepanjang menuntut di sekolah ini. Saya juga berharap agar
semua murid tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh
barisan pendidik di SMK Taman Mount Austin. Tahniah saya ucapkan kepada guru-
guru yang bertungkus-lumus mendidik dan memberi tunjuk ajar tanpa mengira penat
lelah, komitmen masa dan tenaga yang pastinya tidak dapat dibalas dengan wang
ringgit. Kami berharap, semua pelajar dapat menimba ilmu sampai bila-bila dan
seterusnya mencurahkan bakti kepada bangsa dan negara apabila melangkah ke alam
pekerjaan kelak.

Pelajar-pelajar dan hadirin sekalian,

Harapan guru-guru menggunung tinggi terhadap para pelajar sekalian agar


dapat melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.
Jadikanlah kejayaan itu nanti, sebagai pencetus kepada kejayaan-kejayaan yang
seterusnya. Yakinlah pada diri dan mulalah mencipta sejarah hidup yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Saya percaya para pelajar sekalian akan beroleh kejayaan
setimpal dengan usaha yang dilakukan. Kata orang lama, ular menyusur akar tidak
akan hilang bisanya. Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh warga pendidik ingin
menyusun sepuluh jari andai ada salah dan khilaf sepanjang mendidik pelajar. Semoga
ilmu yang kami curahkan akan menjadi sebahagian dariapada bekalan untuk para
pelajar menduduki peperiksaan dan seterusnya menhadapi masa depan yang semakin
mencabar.
Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua calon SPM dan terima kasih
kepada semua ibu bapa yang turut sama memberikan kerjasama dan sokongan yang
tidak berbelah bahagi. Tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada
semua guru SMK Taman Mount Austin yang tidak pernah jemu untuk memastikan
kejayaan pelajar-pelajar kita, begitu juga pihak PIBG yang sentiasa bergerak seiring
dengan aspirasi sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai