Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN SATU

PENGENALAN

Dalam penulisan Hikayat Abdullah yang ditulis sendiri oleh Munsyi Abdullah Bin
Abdul Kadir, terdapat banyak unsur nasihat dan mesej yang hendak disampaikan
terutamanya persoalan mengenai pemikiran dan budaya orang Melayu. Abdullah sendiri
menulis karya ini mengikut hasil pengembaraannya dan pemerhatian terhadap perkara yang
berlaku disekelilingnya. Beliau mendapat pendidikan yang baik dari kecil diajar mengaji oleh
neneknya sendiri sehinggalah beliau mendapat gelaran Munsyi ketika berumur 11 tahun.
Hasil daripada pendidikan dan pemerhatian yang dibuat, terlalu banyak kritikan yang
disampaikan dalam karya ini. Sehingga Abdullah lupa bahawa beliau sendiri merupakan
anak Melayu yang lahir di tanah keramat Melaka. Penulis akan menyatakan pandangan
tentang karya ini dan menegaskan penulis tidak setuju dengan kelantangan beliau yang
terlalu menghentam dan mengkritik kehidupan sosial pemerintah dan rakyat Tanah Melayu
ketika itu atas beberapa faktor yang akan ditunjukkan.

ULASAN

Saya sebagai penulis ulasan kritis tidak bersetuju dengan kritikan sosial yang
diutarakan kepada golongan pemerintah dan masyarakat Melayu sendiri. Benarkah bangsa
Melayu merupakan bangsa yang malas dan mempunyai moral yang rendah. Pemikiran
Abdullah terhadap bangsa Melayu adalah satu pandangan peribadi yang boleh dipertikai
dan diperbahaskan. Menurut Frank Swettenham dalam bukunya Perihal orang Melayu,
beliau mengatakan bahawa “…..orang Melayu mempunyai peribadi yang baik, sopan, suka
menolong, berani, amanah, merendah diri, bijak berkata-kata tabah, bertanggungjawab
terhadap pekerjaan, amat menjaga hubungan baik yang terjalin daripada sebarang
perselisihan faham, tidak minum arak dan kuat berpegang kepada ajaran agama Islam..
Namun, orang Melayu memiliki sikap buruk seperti tamak, pemalas, percaya kepada tahyul,
boros, suka berhutang namun sukar membayar hutang, dan sering menimbulkan fitnah…
Mereka gemar dengan aktiviti sia-sia seperti berlaga ayam, memburu, dan mengadakan
perlawanan persahabatan…” (Frank Swettenham, 2007:3). Kenyataan tersebut
menunjukkan bahawa, orang Melayu tidaklah seteruk yang digambarkan oleh Abdullah
kerana orang Melayu masih ada kelebihan mereka.

Dalam pendidikan pula, Abdullah ada mengatakan bahawa orang Melayu banyak
ketinggalan. Tidak seperti orang putih yang berlumba-lumba mengejar ilmu. Beliau juga
mengatakan orang Melayu ini malas dan selalu tidak menepati masa. Walaubagaimanapun,
setakat manakah kebenaran yang di bawa oleh beliau tanpa unsur bias. Ianya tidak cukup
untuk menggambarkan keseluruhan sikap bangsa Melayu. Dapat dipertikai dengan
penulisan Isabella L Bird iaitu The Golden Cheronese. Beliau mengatakan, “masyarakat
Melayu cukup tekun sebagai ahli perahu, nelayan.” Menurut Isabella L Bird (1967:138)
dalam penulisannyaThe golden cheronese Dalam pengamatan beliau semasa kunjungan ke
Malay “masyarakat Melayu cukup tekun sebagai ahli perahu, nelayan.”

Persoalannya, setakat mana kuatnya tahap kemalasan orang Melayu yang


digambarkan oleh Abdullah. Bagi wanita yang duduk di rumah dan tidak bekerja pula,
dianggapnya sebagai perbuatan yang sia-sia sedangkan orang Melayu pada abad ke-19
mengamalkan ekonomi sara diri.

Selain itu, kemunduran dan kemiskinan orang Melayu yang dikemukakan oleh
Abdullah sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah pendidikan yang
menjadikan Melayu tidak dapat berkembang dan berfikiran secara kritikal. Bukan itu sahaja,
berlakunya penindasan rakyat di mana Raja mengambil kesempatan memeras harta rakyat
dan membuatkan rakyat tidak lagi bermotivasi untuk menambah kekayaan. Penulisan
Swetenham (1984) yang bertajuk “ The king’s way”.Sifat orang Melayu yang sangat taat
akan ketuanya sehingga diambil peluang oleh pembesar untuk menindas rakyat. Ada juga
mengatakan rakyat tidak boleh melebihi Rajanya. Hal ini memerlukan masa yang lama untuk
mengikis kesan-kesan psikologi negatif itu .

Kemunduran ekonomi orang melayu adalah disebabkan penguasaan dan


cengkaman pemerintah tempatan. Permasalahan sosio-budaya di Tanah Melayu juga
berpunca daripada pentadbiran yang tidak sistematik dalam politik tradisional dan dasar
British yang sentiasa berubah. Segala penghinaan terhadap bangsa Melayu telah dapat
dirungkaikan dengan sebab dan bukti mengapa orang Melayu diperkatakan sedemikian.
Orang Melayu pada abad ke-19 hanyalah mangsa kezaliman dan tersepit dalam penindasan
tanpa sokongan yang sepatutnya diberikan.
PENUTUP

Secara tidak langsung saya dapat membincangkan aspek politik, ekonomi dan sosial
di Tanah Melayu. Menerusi pembacaan saya terhadap Hikayat Abdullah, saya boleh
menggambarkan dengan agak jelas tentang pelbagai peristiwa yang berlaku. Setelah diteliti
dan difahami sebab-sebab mengapa orang Melayu menjadi sasaran, menyebabkan penulis
dapat merungkai sedikit demi sedikit peristiwa sampingan yang berlaku sekitar abad ke-19.
Masing-masing mempunyai pendapat dan boleh menghasilkan kritikal sosial tersendiri
mengikut kesesuaian zamannya. Tidak dapat dielakkan bahawa Abdullah sememangnya
mempunyai hasrat yang tinggi dan berjiwa kental dalam mengkritik bangsanya sendiri
dengan sebab untuk memperbaiki segala kekurangan yang begitu menonjol dalam budaya
orang Melayu. Waimah sekalipun, sehingga sekarang setiap perkara yang ditinggalkan
dahulu masih terkesan kini kepada masyarakat Malaysia.

Walaubagaimanapun, karya ini tetap harus digali lebih lagi untuk memastikan
kebenaran dan mengelakkan budaya bebas mengkritik pemerintah dengan keterlaluan.
Harus dirungkai terlebih dahulu persoalan mengapa dan bagaimana setiap kejadian itu
berlaku serta faktor pelaku melakukan perkara tertentu. Segalanya bermakna dan begitu
bernilai kerana objektif untuk menjadikan sejarah sebagai pedoman kepada generasi
seterusnya haruslah dikekalkan. Supaya ianya tidak menjadi seperti pepatah Oldfield
‘’sejarah yang tinggal hanyalah tidak lebih dari sebuah cerita”.

Anda mungkin juga menyukai