Anda di halaman 1dari 2

Tosei punca berat badan

Julia Ziegler naik


mendadak - Hiburan

Ifqdar Rahman

PUTRAJAYA 4 Ogos - Mengesahkan dirinya


hamil empat bulan, pelakon tinggi lampai, Julia
Ziegler, 34, mendapati berat badannya naik
secara drastik, penambahan sebanyak 10
kilogram disebabkan selera makannya yang
bertambah.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi


Ziegler memberitahu, sejak menempuhi
trimester pertama kehamilan, dia amat
gemarkan makanan India iaitu tosei, namum
mendapati dirinya tidak boleh makan juadah
tomyam.

“Saya tidak mengalami sebarang alahan teruk


dari awal kehamilan hinggalah sekarang. Cuma
nafsu makan saya sahaja yang tak terkawal.
Tekak tak henti-henti nak makan itu dan ini.

“Satu lagi, saya cepat kehabisan tenaga. Lepas


makan, saya asyik nak tidur. Sebab itulah makin
jadi-jadi badan ini naik,” selorohnya.

Pun begitu, sebaik kandungannya memasuki


usia empat bulan, barulah dia kembali bertenaga

1
dan mengaktifkan diri melakukan kerja-kerja
rumah.

Julia juga menyedari, buat masa kini, dia


langsung tidak ditawarkan peluang berlakon dan
berpendapat perubahan fizikalnya yang
mendadak menjadi penyebab utama. - UTUSAN
ONLINE