Anda di halaman 1dari 6

___________________________________________________________________________

Ruj Tuan :
Ruj. Kami :DBA5312/05/06/006/(01/…)
Tarikh : 7 OGOS 2017

Tuan/Puan,

MESYUARAT KECEMERLANGAN KALI KE 3 2017


Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang akan diadakan sebagaimana berikut :
Tarikh : 7 OGOS 2017
Masa : 12.45 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKLP

3. Diantara agenda yang akan dibincangkan ialah :


1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
4. Perkara Berbangkit
5. Post Mortem LK3.
6. Hal-hal Lain

4. Diharap pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri demi melancarkan perjalanan mesyuarat.Kerjasama
tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(MOHAMAD KAMIL BIN MAHMOOD)


Setiausaha Kecemerlangan UPSR,
SK Lalang Pepuyu

sk :
Guru Besar SK. Lalang Pepuyu
Fail Panitia Matematik
___________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR KALI KEDUA


TAHUN 2017

Tarikh : 3 JULAI 2017


Masa : 12.45 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKLP

Kehadiran :
1.En. Mohd Kamil b Mahmood
2.En. Johari bin Mahamad Nor
3.Pn. Siti Noor bte Hamzah
4.Pn. Farah Áina bte Haris Fadzilah

Turut Hadir :
Ustaz Wan Hassan bin Wan Abu Bakar (GB)
Ustaz Hassan b Che Awang (PKP)

Tidak Hadir : En. Saiful Bahari bin Mat

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab iaitu Surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesudian hadir kepada Tuan Guru Besar dan Penolong
Kanan Pentadbiran dan semua guru tahun 6 ke mesyuarat kecemerlangan kali ke 2.
1.3 Pengerusi membaca analisis keputusan Latihan Kecemerlangan 2 Tahun 6. Seramai 7 orang murid
gagal semua mata pelajaran.
Tindakan : Makluman
Agenda 2 : Ucapan Penasihat

2.1 Penasihat Ustaz Wan Hassan bin Wan Abu Bakar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua AJK kerana meluangkan masa menghadiri mesyuarat kecemerlangan kali kedua untuk tahun
2017.
2.2 Mengharapkan agar guru tahun 6 proaktif kearah meningkatkan prestasi murid tahun 6
sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
2.3 Penasihat juga menyarankan agar semua guru subjek menitikberatkan kelemahan murid dalam
menjawab soalan ujian.
2.4 Penasihat mengharapkan segala keputusan atau tindakan yang dibincangkan dalam mesyuarat
diambil sebagai kata putus dan tidak diubah.

Tindakan : Makluman

Agenda 3 : Perlantikan Naib Setiausaha Kecemerlangan UPSR.

3.1 Pengerusi memaklumkan pelantikan Puan Farah Áina bte Haris Fadzilah sebagai Naib Setiausaha
setelah beliau kembali bertugas selepas cuti bersalin.

Agenda 4 : Post Mortem (analisa Latihan Kecemerlangan 2)

4.1 En. Kamil membentangkan keputusan keseluruhan Latihan Kecemerlangan 2. Terdapat 7 orang
murid yang gagal semua subjek. Langkah-langkah untuk mengatasi murid yang gagal semua subjek
dibincangkan.
4.1.2 Subjek Bahasa Melayu Penulisan.
-Latih tubi untuk membina ayat, ulasan dan karangan.
-Bahan disediakan oleh guru subjek.
Tindakan: En. Saiful Bahari bte Mat
4.1.3 Terdapat 2 orang murid 6D yang berpotensi perlu dipindahkan ke kelas 6E. Ini dilakukan
supaya guru dapat fokus kepada murid yang sangat lemah.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 6
4.1.4 Kelas anjal – Hj. Zabidee menawarkan bantuan untuk membantu dalam jadual anjal.
Tindakan: Pn. Siti Noor.

4.1.5 Aktiviti Motivasi – Ustaz Hassan bin Awang mencadangkan aktiviti motivasi
dilaksanakan oleh pihak pentadbir. Berikut merupakan jadual yang dicadangkan:
Hari Pentadbir yang bertugas
Isnin Tuan Guru Besar
Selasa Penolong Kanan Pentadbiran
Rabu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Khamis Penolong Kanan Kokurikulum
Tindakan : Pihak Pentadbir

4.1.6 Latih Tubi sesi pagi (7.00 a.m.) Berikut merupakan jadual yang dicadangkan:
Hari Subjek
Isnin Bahasa Melayu
Selasa Bahasa Inggeris
Rabu Matematik
Khamis Sains
Tindakan : Guru subjek

4.1.7 Bengkel Teknik Menjawab Soalan – diadakan untuk subjek Bahasa Inggeris.
Penceramah yang akan dijemput ialah En. Zulfatah (SK Kg. Panjang).
Tindakan : En. Johari
4.1.8 Kelas Tambahan – berjalan seperti biasa dan guru- guru diminta mengambil kehadiran
dan tindakan akan diambil kepada murid yang kerap ponteng. Kelas tambahan Sabtu dan
program Stay Back juga akan dijalankan dan dalam perbincangan pihak pentadbir.
Tindakan: Semua guru SKLP

4.1.9 Program Mentor Mentee – pelaksanaan adalah untuk memulihkan semangat murid dan
memanjangkan permasalahan yang murid hadapi. Sesi kaunseling juga akan diadakan oleh HJ.
Zabidee.
Tindakan: Ustaz Hassan & Hj. Zabidee

4.1.10 Pra LK3 – Sebagai persediaan murid, pra LK3 akan diadakan pada 12 dan 13 Julai.
Tindakan: Guru subjek

Agenda 5 : Perkara Berbangkit.

5.1 Bayaran Yuran Kecemerlangan. En. Kamil memaklumkan kepada Tuan


Guru Besar bahawa masih ramai murid yang tidak menjelaskan yuran kecemerlangan. Tuan Guru
Besar meminta agar yuran tersebut dikutip bagi melancarkan program yang dibincangkan.
Tindakan: En. Mohamad Kamil

Agenda 6 : Hal-Hal lain


Tiada hal – hal lain yang disebutkan.

Mesyuarat di tanggukan dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.


Mesyaurat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MOHAMAD KAMIL B. MAHMOOD) (USTAZ WAN HASSAN B. WAN ABU BAKAR)


Setiausaha Kecemerlangan UPSR Guru Besar
SKLP SKLP

Anda mungkin juga menyukai