Anda di halaman 1dari 1

Pn Nurhanis Zahidah binti Hashim

Guru Penasihat Persatuan Muzik


SMK Bandar Seri Alam 26 April 2018

Kepada :
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
SMK Bandar Seri Alam

Melalui,
Pn Saridah bt Abdul Majid
Pengetua SMK Bandar Seri Alam

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI PAKAIAN TRADISIONAL ZAPIN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, pasukan penari Zapin SMK Bandar Seri Alam baru sahaja
ditubuhkan. Penubuhan kumpulan penari Zapin ini adalah untuk menambahkan lagi bakat dan
kemahiran dalam kalangan pelajar SMK Bandar Seri Alam.

3. Justeru itu, saya sebagai wakil guru penasihat berharap agar pihak tuan dapat memberikan
sumbangan untuk membeli pakaian dan kelengkapan bagi penari zapin SMK Bandar Seri Alam.

4. Jumlah sumbangan yang ingin dipohon adalah seperti berikut :

BIL BARANG KUANTITI HARGA/ UNIT ANGGARAN HARGA

1 Baju Melayu 8 pasang RM 40.00 RM 320


2 Sampin Songket 8 helai RM 40.00 RM 320
JUMLAH RM 620.00

Kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(NURHANIS ZAHIDAH BINTI HASHIM)


Guru Penasihat Persatuan Muzik
SMK Bandar Seri Alam

Anda mungkin juga menyukai