Anda di halaman 1dari 36

Akta serangga: RM50,000 denda

pesalah ulangan
KUALA LUMPUR 11 Julai - Kesalahan berulang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
(Pindaan 2000) kini berdepan dengan hukuman lebih berat, penjara sehingga lima tahun atau didenda RM50,000
atau kedua-duanya sekali.

Hukuman denda maksimum itu adalah 25 kali ganda daripada hukuman maksimum denda sebelum ini bagi
kesalahan kedua dan seterusnya iaitu RM2,000.

Hukuman penjara sebelum ini pula, sebagai hukuman pilihan atau gabungan dengan hukuman denda itu ialah
maksimum setahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata, pindaan penalti itu bertujuan untuk memberi pengajaran
kepada pesalah kerana kadar denda sebelum ini terlalu rendah menyebabkan ia tidak bermakna kepada pesalah.

''Penyakit berjangkit bawaan vektor masih merupakan masalah kesihatan awam yang serius. Malaria dan denggi
adalah antara wabak penting yang masih mengancam penduduk negara kita,'' katanya semasa membentangkan
pindaan pada rang undang-undang itu di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan kemudian sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.

Pindaan kepada Fasal 13, akta berkenaan turut menyentuh jumlah hukuman bagi kesalahan pertama iaitu
kepada denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, kesalahan pertama hanya berdepan dengan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak
melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Pindaan kepada Fasal 15 pula dibuat bagi membolehkan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun bagi kes
tertentu dinaikkan daripada RM100 kepada tidak melebihi RM500, dengan sasaran utama ialah pihak pengurusan
kilang dan tapak pembinaan.

Kadar pembiakan nyamuk aedes di premis seperti tapak binaan dan kilang masih berada di paras yang tinggi iaitu
antara 3 dan 5 peratus.

Chua berkata, statistik menunjukkan jumlah kes malaria paling tinggi pada tahun 1987 iaitu 69,127 kes dan kes
kematian tertinggi akibat penyakit itu itu juga dicatatkan pada tahun yang sama iaitu 75 orang.

Bagi denggi pula, katanya, wabak itu memuncak pada tahun 1998 dengan 27,381 kes dengan 82 kematian.

''Penyakit berjangkit bawaan vektor lain seperti filariasis, tifus, Japanese Encephalitis juga menunjukkan
peningkatan kes malahan kita menghadapi satu lagi penyakit berjangkit bawaan vektor yang pertama kali dikesan
di Malaysia iaitu Chikugunya pada tahun 1999,'' jelasnya lagi.

Semasa perbahasan, beberapa ahli Parlimen meminta kerajaan bersikap adil sebelum mengenakan denda kepada
orang ramai yang didapati bersalah membiak serangga pembawa penyakit itu.

Chang See Ten (BN-Gelang Patah) berkata, kegagalan pihak berkuasa tempatan menyelenggara parit, longkang
dan gerai- gerai juga menyumbang kepada pembiakan serangga berkenaan termasuk nyamuk aedes.

''Langkah-langkah pencegahan tidak akan mendatangkan kesan yang menyeluruh jika hanya orang ramai diminta
berbuat demikian sedangkan pihak berkuasa tempatan yang gagal menjalankan tanggungjawab tidak dikenakan
tindakan,'' katanya.

Mohd. Apandy Mohamad (Pas-Jeli) yang turut bersetuju dengan kenyataan Chang itu berkata, beberapa pihak
yang membina kemudahan asas juga harus diberi peringatan supaya menjaga kebersihan di tapak projek.

Beliau mengambil contoh pembinaan lebuh raya yang tidak diselenggara dengan betul menyebabkan banyak
kawasan berlopak dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Malah, katanya, pembinaan gerai-gerai oleh pihak berkuasa tempatan terutamanya di kawasan Wangsa Maju
dan Shah Alam jelas menggambarkan kegagalan kerajaan menyediakan kawasan bebas aedes.
Denggi: 17 kompaun dikeluarkan di Perlis

KANGAR 20 April – Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan 17 kompaun bernilai


RM8,500 sejak melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Premis Individu Di Bawah
Akta Pemusnah Serangga pembawa Penyakit 1975 bagi mencegah denggi sejak 11
April lalu.

Pengarahnya, Dr. Zaini Hussin berkata, selain itu juga sebanyak empat Notis
Pembersihan Premis (Seksyen 8) di bawah akta yang sama dikeluarkan sejak tempoh
berkenaan.

Zaini berkata, operasi itu akan berlanjutan selama dua bulan yang turut melibatkan
pihak berkuasa tempatan (PBT), SWCorp, polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Sepanjang operasi penguatkuasaan ini, premis yang didapati mempunyai bekas


pembiakan nyamuk aedes akan dikenakan kompaun maksimum RM500 mengikut
akta tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum itu Jabatan Kesihatan bersama dengan beberapa agensi yang terlibat telah
mengadakan operasi penguatkuasaan di sekitar Kuala Perlis.

Zaini berkata, hasil operasi pencegahan hari ini, sebanyak dua premis dikenakan
kompaun sebanyak RM1,000.

Katanya, pihaknya juga mengeluarkan satu Notis Pembersihan Premis (Seksyen 8) di


bawah akta yang sama.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan tersebut dilaksanakan di kawasan yang


kerap berlaku wabak demam denggi.

“Pihak kami juga telah berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kuala Perlis, Mat Hassan untuk mengadakan beberapa program siri gotong-royong
termasuk Gotong-Royong Perdana pada bulan Mei nanti bagi menghapuskan tempat
pembiakan aedes di Kuala Perlis,” katanya.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/denggi-17-kompaun-dikeluarka
n-di-perlis-1.278292#ixzz4fBIkqd3W
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kompaun gagal asingkan sisa


pepejal bermula Jun 2016
Norsiah Mohd Ramli, Astro Awani | September 01, 2015 18:02 MYT

SERDANG: Kompaun RM50 akan dikenakan bagi kesalahan pertama jika gagal
mengasingkan sisa pepejal di punca mulai 1 Jun 2016.

Manakala kompaun bagi kesalahan kedua dikenakan sebanyak RM100 dan RM200 bagi
kesalahan ketiga seperti yang termaktub dalam Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa
Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk


Abdul Rahman Dahlan, pelaksanaan pengasingan sisa pepejal yang bermula hari ini
bagaimanapun tidak akan mengenakan sebarang kompaun kepada isi rumah yang gagal
mengasingkan sisa pepejal sehingga 1 Jun 2016."Dalam masa sembilan bulan ini, kita
akan menggunakan pendekatan pendidikan dan juga amaran ataupun arahan notis
kepada orang ramai mengenai kepentingan pengurusan sisa pepejal," katanya pada
sidang media Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca di MAEPS, di sini, hari ini.

Tujuh negeri terlibat dengan pelaksanaan ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Pemilik kediaman diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori seperti kertas,
plastik dan lain-lain.

Kutipan sisa makanan dan dapur akan dibuat dua kali seminggu manakala barang kitar
semula akan dibuat sekali seminggu.

Tambahnya, kerajaan terpaksa berbelanja RM2 bilion untuk proses pelupusan sampah
dan duit sejumlah itu boleh digunakan untuk hal-hal lain yang lebih penting.

Abdul Rahman juga menjelaskan, pelaksanaan ini dapat mengurangkan tekanan pada
sumber dunia yang dibazirkan, dapat mengurangkan kos pelupusan sampah dan dapat
memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Pada masa sama, beliau berkata, perkara ini diusulkan kepada kerajaan Selangor dan
Pulau Pinang, namun sehingga kini kedua-dua negeri itu belum memberi kata putus
untuk menerima pakai Akta 672, sekali gus melaksanakan sistem baharu ini.
WEDNESDAY, APRIL 20, 2005

Kelemahan JAS diakui

http://pemudawilayah.blogspot.my

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Manusia semalam mengakui wujud kelemahan dalam
penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terutama dari segi jumlah
kakitangan sehingga menjejaskan harapan orang ramai terhadap jabatan itu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk S Sothinathan, sehubungan itu berkata,
pengarah JAS negeri diberi tempoh sebulan untuk memikirkan cadangan bagi membaiki kelemahan
itu.

“Dan pada awal Jun, kita akan bermesyuarat sekali lagi mengenai keperluan sebenar dalam
menjalankan tugas penguatkuasaan secara lebih berkesan di kawasan masing-masing,” katanya
selepas mengadakan mesyuarat dengan pegawai kanan JAS di sini, semalam.

Mesyuarat khas itu diadakan berikutan beberapa isu dibangkitkan media sejak kebelakangan ini
termasuk kematian pegawai JAS Sarawak, kebakaran pejabat JAS di Johor dan pemprosesan semula
buangan terjadual tanpa lesen di Perak.

Sothinathan dan Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibarahim ditanya bertubi-tubi mengenai tiga kes
berkenaan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, pegawainya menjalankan tugas dengan telus dan mengikut
prosedur serta undang-undang berhubung kes yang menyelubungi jabatan itu sejak kebelakangan ini.

"Semua penjelasan yang memuaskan diberikan oleh pengarah JAS. Saya percaya mereka sudah
menjalankan tugas sebaik mungkin tetapi mungkin tidak sebaik yang diharap orang awam kerana kita
juga ada kelemahan guna tenaga.

“JAS juga akan menggunakan sistem pemantauan pergerakan sisa berjadual secara on-line tidak lama
lagi bagi memantapkan aspek penguatkuasaan,” katanya.

Sothinathan juga menjelaskan, tiada mana-mana pegawainya disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah
(BPR) berhubung isu berkenaan tetapi JAS sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi bagi
membantu siasatan.

“Tiada arahan dikenakan ke atas pegawai JAS supaya tidak membuat kenyataan kepada pihak media,
sebaliknya mereka adalah orang paling layak membuat kenyataan.

"Apa juga maklumat yang kita ada, kita akan berikan kepada anda (media). Kita telus dan tiada apa
yang nak disorokkan. Kita hargai peranan media memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya.

Mengenai kes kematian Rumie Azzan Mulie, Sothinathan berkata pihaknya menyerahkannya kepada
polis kerana jabatan itu adalah pihak yang berkuasa menjalankan siasatan.
Bagi kes di Perak pula, katanya, JAS sedang menyediakan kertas siasatan untuk mengheret syarikat
yang terbabit dalam pemprosesan semula buangan berjadual tanpa lesen ke mahkamah. Kertas
siasatan itu dijangka diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara beberapa hari lagi.

"Kami sudah menerima laporan dari Jabatan Kimia dan mempunyai bukti prima facie ke atas syarikat
berkenaan," katanya sambil menambah, siasatan mendapati kilang itu menjalankan aktiviti
pemprosesan dan penyimpanan sisa minyak terpakai.

Bahan buangan minyak terpakai, pelarut dan sisa cat dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual
dan premis itu memerlukan lesen mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Beliau berkata, pengusaha itu didapati gagal mengemukakan sebarang bukti yang menunjukkan
mereka sudah mendapat kelulusan dan lesen daripada JAS untuk beroperasi.

Mengenai kekeliruan lori yang dilepaskan tanpa pengetahuan JAS dalam kes itu, Sothinathan berkata,
kenderaan terbabit tidak pernah disita.

"Ia hanya ditahan dalam tempoh 24 jam untuk membantu siasatan dan selepas berpuas hati dengan
keterangan dan bukti, maka ia dibebaskan," katanya.

Berhubung kebakaran pejabat JAS Johor, Sothinathan berkata, pihaknya dimaklumkan Jabatan Bomba
dan Penyelamat serta Jabatan Kimia sudah menyerahkan laporan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tanpa menolak kemungkinan ada unsur khianat dalam kejadian pada 24 Mac lalu itu, beliau
menyerahkan perkara itu kepada polis.

Beliau berkata, walaupun fail dalam bilik berkenaan terbakar, kertas siasatan mahkamah termasuk
kes pengimportan buangan terjadual dari Taiwan tidak disimpan dalam bilik itu.

"Ini terbukti apabila JAS Johor dapat meneruskan pendakwaan ke atas kes Syarikat Synenviro Sdn Bhd
di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 15 April lalu," katanya.
(Rencana ini ditulis pada 2 April 1993)

TARIKH, 1 April (April Fool) 1993. Berdasarkan kepada kajian satu setengah tahun (dari Jun
1991 hingga Disember 1992), “… dapat dibuat kesimpulan bahawa peruntukan
undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk melindungi, mencegah dan mengawal
masalah-masalah pencemaran alam sekitar sedia ada mahupun akan datang …”

“Selain daripada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang sedia ada, peruntukan


undang-undang yang tidak mencukupi (inadequate coverage) untuk aktiviti-aktiviti yang
berpotensi mencemar dan kelemahan penyelarasan antara agensi dikenal pasti
menyebabkan ketidakberkesanan usaha perlindungan dan pengurusan alam sekitar.”
Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Kumpulan Kerja kepada Jawatankuasa Ulang Kaji
Undang-Undang Alam Sekitar (JKUUAS) di dalam laporan 320 halaman jawatankuasa itu.

Justeru itu, dicadangkan supaya undang-undang alam sekitar, khususnya Akta Kualiti Alam
Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan serta undang-undang lain yang berkaitan
dengan alam sekitar perlulah diperbaiki dan diperkukuhkan dengan meminda peruntukan
yang ada dan juga menyediakan peruntukan baru. Ini diharapkan akan menyokong
usaha-usaha perlindungan dan pembaikan alam sekitar di samping menghasilkan
pengurusan alam sekeliling yang lebih efektif.
Akta Kualit Alam Sekeliling 1974

Sumber :http://www.mmea.gov.my/artikel/Kesalahan%20Di%20Bawah%20Akta%20
Kualiti%20Alam%20Sekeliling.pdf
KESALAHAN‐ KESALAHAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
(AKTA 127)
Bil Seksyen Kesalahan Hukuman
1. 25(1) Mengeluar, melepas atau meletakkan apa‐ apa benda berbahaya kepada
alam
sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam mana‐ mana perairan daratan tanpa
suatu lesen.
Denda tidak melebihi RM100,000
atau dipenjara tidak melebihi 5
tahun atau kedua‐ duanya dan
denda tambahan tidak lebih
daripada RM1000 sehari bagi tiap‐
tiap hari kesalahan itu diteruskan
selepas disampaikan kepadanya
suatu notis yang diberi oleh Ketua
Pengarah menghendakinya
menmberhentikan perbuatan yang
dinyatakan di dalamnya itu.
2. 27(1) Melepaskan atau menumpahkan apa‐ apa minyak atau campuran yang
mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia tanpa suatu lesen.
Denda tidak melebihi RM500,000
atau dipenjara tidak lebih 5 tahun
atau kedua‐ duanya.
3. 29(1) Melainkan jika dilesen, tiada seseorang boleh melepaskan benda berbahaya
kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan‐ buangan ke dalam perairan
Malaysia dengan melanggar syarat‐ syarat yang boleh diterima yang ditentukan di
bawah seksyen 21.
Denda tidak lebih daripada
RM500,000 atau penjara tidak lebih
daripada 5 tahun atau kedua‐
duanya.
4. 34B

(1) Tiada seorang pun boleh ‐


(a) menempatkan, meletakkan atau melupuskan, atau menyebabkan atau
membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan, kecuali di
premis yang ditetapkan sahaja, apa‐ apa buangan terjadual di darat
atau ke dalam perairan Malaysia;
(b) menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan
diterima atau dihantar apa‐ apa buangan terjadual di dalam atau di luar
Denda tidak melebihi RM500,000
atau dipenjara tidak melebihi 5
tahun atau kedua‐ duanya.Malaysia; atau
(c) mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit buangan
terjadual,
tanpa terlebih dahulu mendapat apa‐ apa kelulusan daripada Ketua Pengarah
Kualiti Alam Sekeliling.

LANGKAH-LANNGKAH MENGATASI OLEH PIHAK KERAJAAN


Disediakan oleh : Ahmat faizal bin Abas
206080

Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah


negara. Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda
utama yang kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup
rakyat bagi sesebuah negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan
masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan
untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar
yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut memainkan peranan bagi
mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha
untuk melindunginya.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)


merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta
Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang
menyekat pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen
dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu
dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta
berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping
itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Para
pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah
mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu
operasi perindustrian dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang
melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga
diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan
semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk
menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai
dan mencemarkannya dan melaksanakan program ‘Pencegahan Pencemaran
dan Peningkatan Kualiti Air Sungai’ untuk mempertingkatkan kualiti air sungai
dan mengambil tindakan undang- undang terhadap pihak-pihak yang
melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh
dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh
tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga
pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari
kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya
menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya. Jabatan Perhutanan
dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan
untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan.
Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai
dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran
tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan
Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang
yang di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara
haram, penerokaan hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran
terbuka adalah usaha yang harus di teruskan .

Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah


menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah
sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara
kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai
kita, kempen kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya.
Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala
bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di
sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.
Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan
kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan
mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam
Sekitar(JAS) juga telah merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan
maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara
hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi
kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang
merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program
rakan alam sekitar.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi


pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang,
kempen-kempen kesedaran,pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan
sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun
keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.
Isu-Isu Alam Sekitar
lPelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan
masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan.
Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.
Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan
seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.

MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN

Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu mencukupi dan
memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala
bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah
yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat
yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan
berlaku juga perlu diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala
aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan
ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan
masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan
kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya
perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan
menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..

Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil. Apakah
peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan
sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai
dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah
cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan
seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu dapat
dijalankan sepenuhnya?

Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari segi umumnya tingkat piawaian
pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum.
Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber: Majalah MASSA )
namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih
mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih
belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang
dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang bermula awal
tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran
mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.

KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI

Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah
pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan
menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan
sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang
besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada
kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah
menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang
tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di
daerah Relau dan Balik Pulau.

Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam sekitar yang akan dibuat
dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang
terdapat di dalamnya tiada satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan
berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti.
Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh
itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin
berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting
agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang
awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan
ekonomi semata-mata. Prinsip ‘check and balance’ yang diamalkan oleh perlanan sistem pemerintahan negara
yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal
ini.

Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan
kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang
tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan.
Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar.
Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut
di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula,
sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar.

Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan
peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara
tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda
tidak lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi
kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di sini,
banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan
masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih
mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang
dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi sebarang
pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.

Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan
dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal
alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia
merupakan undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan
undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang
dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman ini
tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan
Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang
kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri
Sabah atau Sarawak.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan
dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan
Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan
pengurusan alam sekitar.

Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling
( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan
sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada
kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah
dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara.
Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120
000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar
daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan
orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut.
Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang
bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya
pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.

Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana
masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia
bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah
negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatakan.
Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi
mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya
imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.

Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa
sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun
adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan
dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat
diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam
sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak
kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan politik dan
ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang diperuntukkan
dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).

Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri
ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu
juga mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri
masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang
yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia
betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang
persekutuan.
Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam
melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan
Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu
menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak
membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan
alam sekitar.

MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam
mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di
bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).

Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang
berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian
sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi
keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua
bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada
pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya
dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat
keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.

Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius kerana
tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah
pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh
mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika
Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan
pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu
sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan
sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang
serius.

Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak Kementerian membenarkan
pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius
kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana
Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira
penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang
dapat dicapai.

Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar,
misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran
air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma
perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan
melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar
dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam
pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin
timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka
melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan
ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat
daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema
sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan
Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan
dalam menyelesaikannya.

Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan yang juga mempunyai
kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah
tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain
itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan,
Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.

MASALAH KAKITANGAN

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar
adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi
jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang
berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini
perlu diisi.

Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan Akta
ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan
mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan
sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi
yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang
Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975,
kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan
berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang
terisi.

Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang
berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan
calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang
langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna
sepertimana yang diharapkan.

Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980,
hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh
kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi apakah keadaannya
sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam
melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai
penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak
mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.

Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa,
ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang
berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam
melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan
Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil
sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah
ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping
perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.

Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat dengan isu alam sekitar untuk
memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang
dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.

MASALAH KOS PENGURUSAN

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan
awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia
Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan
perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua
rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda antara
tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.

Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai
yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air.
Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan
pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan
membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan
kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan
pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi
setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos
yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa
sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.

Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam
belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul
ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan
alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya
tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar,
pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.

Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses
pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal
pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul
bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini
sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.

Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam
sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut
memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan
peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut
melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM

Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih
belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk
mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.

Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang
mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang
menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di
bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.

Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu
menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang
diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam sebuah kilang
terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan
mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk
menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai
alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan
sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini
dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti
memudaratkan penduduk.

Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak
mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu
alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan
berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini
dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam
sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar
kepada masyarakat dan golongan pelajar.

Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai matapelajaran yang berasingan
dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan
peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu,
pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk
pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek
berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar.
Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan
kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang
betul.

Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan mengutamakan pendidikan alam
sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam
pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan
alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.

Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi dan generasi muda
dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya
kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan
untuk pembangunan kelak.

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap
sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar
dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain
ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu
malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.

Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang
terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam
sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun
pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya
peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara
kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai.
Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah
kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah
ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka
dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha
mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi
mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan
dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan
menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .

KESIMPULAN

Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika
dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun
penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada.
Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan
undang-undang alam sekitar yang baru.

Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam meringankan beban
kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul.
Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak
formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat
dicapai dengan berkesan.

Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti
yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih
banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan
dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata.
Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira
pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang
tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.

Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi
penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.

Mengekang jenayah alam sekitar utusan malaysia


PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
CADANGAN kerajaan untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan dibawa ke
Parlimen pada Mac 2012 jelas membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan dalam
mengekang jenayah alam sekitar di negara kita. Di bawah cadangan pindaan ini, kerajaan
akan menaikkan penalti terhadap pelanggaran Seksyen 2 akta tersebut iaitu daripada
RM100,000 kepada RM500,000.
Melihat kepada jumlah kenaikan yang agak besar ini, ia dilihat sangat wajar memandangkan
kesalahan-kesalahan yang terkandung di bawah seksyen berkenaan adalah melibatkan
isu-isu yang begitu serius.
Antara kesalahan yang digariskan di bawah seksyen tersebut adalah seperti pelupusan sisa
toksik, pencemaran air dan sungai, pembakaran terbuka, pengeluaran asap berlebihan,
tumpahan minyak di laut dan juga pembukaan tanah secara haram.
Cadangan kenaikan penalti sebanyak lima kali ganda ini adalah bertujuan untuk mencegah
sebarang bentuk kemusnahan yang berpunca daripada pencemaran alam.
Penalti yang lebih berat kepada pesalah baik kepada individu mahupun syarikat antara lain
adalah bagi memperkukuh dan memantapkan lagi aspek penguatkuasaan terhadap masalah
pencemaran di negara ini.
Menurut Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang juga merangkap Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar, di bawah pindaan ini kelak, ia akan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah
Kualiti Alam Sekeliling untuk memberhentikan mana-mana projek yang melanggar peraturan
Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Namun persoalannya, sejauh manakah kenaikan penalti ini mampu mengekang jenayah
alam sekitar? Adakah penalti yang dikenakan terhadap individu yang terlibat benar- benar
berkesan dan mampu memberi pengajaran kepada mereka?
Jika diimbas kembali kepada kes-kes tangkapan yang lepas, kerapkali juga dilaporkan
bahawa segelintir pelaku jenayah alam sekitar yang ditangkap adalah melibatkan mereka
yang pernah diisabitkan terhadap kesalahan yang sama secara berulang kali.
Ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa kadar penalti yang dikenakan sedikit
pun tidak menggentarkan mereka. Malah, jauh sekali terkesan dan memberi pengajaran
kepada mereka untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Hukuman penjara dilihat mempunyai potensi yang besar dari segi keberkesanan
memandangkan individu yang terlibat melalui sendiri tempoh hukuman akibat daripada
kesalahan yang dilakukan.
Ia amat berbeza dengan hukuman berbentuk penalti (pesalah hanya perlu membayar jumlah
penalti yang dikenakan tanpa melalui sendiri hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan).
Dengan hukuman penjara yang dilalui, ia pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang
mendalam di dalam jiwa mereka yang sekali gus mampu memberi pengajaran kepada
individu yang terlibat agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Selain itu, mengenakan hukuman kepada individu atau pihak yang terlibat agar menanggung
semua kos untuk memulihkan alam sekitar yang terjejas akibat jenayah alam sekitar yang
dilakukan juga boleh dipertimbangkan.
Ini memandangkan kos untuk sesuatu proses pemulihan adalah jauh lebih tinggi jika
dibandingkan dengan jumlah penalti yang dikenakan untuk setiap kesalahan.
Dengan hukuman seumpama ini, ia setidak-tidaknya akan membuka mata para pelaku
jenayah alam sekitar agar menyedari bahawa bukan mudah untuk memulihkan sesuatu
kerosakan terhadap alam sekitar.
Jika sebelum ini mereka hanya menutup mata dan dikaburi keuntungan wang ringgit
semata-mata tanpa memikirkan betapa peritnya pihak kerajaan dan badan-badan yang
terlibat untuk memulihkan segala kepincangan ke atas alam sekitar ekoran kerakusan sikap
mereka.
Mungkin dengan cara ini, mereka akan mula membuka mata dan memikirkan betapa begitu
banyak kos yang telah dibazirkan untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar yang telah
dimusnahkan oleh mereka. Sedangkan, alangkah bagusnya jika peruntukan untuk tujuan
berkenaan dapat digunakan untuk tujuan-tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Bagaimanapun, dengan pelaksanaan hukuman seumpama itu semata-mata ia dilihat masih
diragui mampu menghentikan sepenuhnya jenayah terhadap alam sekitar. Malah, ia masih
belum lengkap dan sempurna jika hanya hukuman berbentuk fizikal dan material
semata-mata diaplikasikan.
Sebaliknya, ia perlu dilengkapkan dan disusuli dengan program penyempurnaan akhlak
terhadap mereka yang disabitkan dengan jenayah alam sekitar.
Ini penting kerana dengan penekanan terhadap kesempurnaan akhlak manusia, ia bukan
sahaja mampu mengekang perlakuan buruk manusia terhadap alam sekitar semata- mata,
tetapi juga dapat melahirkan insan yang berkeperibadian unggul dalam semua aspek
kehidupan.
Ia amat bertepatan dengan pandangan Islam terhadap alam sekitar itu sendiri, yakni ia
adalah berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan
antara manusia, alam dan juga Pencipta (Allah SWT). Dalam konteks ini, Islam menjadikan
akhlak sebagai teras utama hubungan antara manusia, alam dan Tuhan.
Malah, sebarang permasalahan alam sekitar seperti pencemaran alam dan seumpamanya
adalah berpunca daripada kepincangan dan juga ketidaksempurnaan akhlak manusia
terhadap diri mereka sendiri, alam sekitar dan juga Allah SWT.
Sedangkan secara jelas konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar
dan segala kekayaan di dalamnya adalah milik mutlak Allah SWT.
Hal ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam firman Allah SWT (Surah al-Maidah, ayat 120)
yang bermaksud:聽"Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang
ada padanya; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Oleh yang demikian, manusia perlu melaksanakan misi dan amanah pemuliharaan alam
sekitar dengan sebaik-baiknya agar kelestariannya terus dapat dipertahankan.
Justeru, penekanan terhadap aspek akhlak dan kerohanian dalam usaha menambahbaik dan
memastikan keberkesanan sesuatu hukuman terhadap pelaku jenayah alam sekitar juga
tidak seharusnya diabaikan.
Malah, kajian dan penelitian secara mendalam terhadap hukuman yang sewajarnya
dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar yang disusuli dengan penekanan terhadap
aspek akhlak akan memantapkan lagi penguatkuasaan bagi membendung jenayah alam
sekitar.

akta dan undang-undang pencemaran air


Rabu, 20 Jun 2012

Di antara akta dan juga undang-undang pencemaran air yang telah dibentuk dan digubal
adalah seperti berikut:

I. Akta Air 1920

 Seksyen 7A (1) – seseorang adalah dilarang daripada melepaskan


atau menyebabkan dibuang perkara-perkara berikut ke dalam
sungai:

a) sebarang benda beracun, berbahaya, atau


mencemarkan yang menjadikan sungai atau
mana-mana bahagiannya merbahaya atau
menyebabkan kesihatan manusia, keselamatan atau
kebajikan manusia, atau kepada haiwan dan tumbuhan
atau lain-lain kegunaan berfaedah kepada sungai.

b) Sebarang benda yang kerana suhunya, kimianya atau


kandungan biologikalnya atau kesannya yang
mengeruhkan air yang menjadikannya air sungai itu
membahayakan kesihatan atau nyawa manusia,
haiwan atau merosakkan tumbuhan;

c) Sebarang benda yang fizikal atau bentuknya atau


kesannya menjadikan ari sukar dirawat;

d) Membuang apa-apa jenis minyak, saki-bakinya dalam


bahan buangan.

 Seksyen 7A (2) – termasuklah air bawah tanah, air daratan dan air
perairan bersambung ke laut.

II. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

a) seseorang tidak boleh melakukan suatu kemudaratan atau meletakkan


apa-apa kotoran di dalam atau di tebing sebarang sungai, terusan, longkang
awam atau lain-lain saluran air;

Tindakan : Berdasarkan Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan

1976. Seseorang yang melakukan perbuatan ini boleh

dihukum dengan sehingga RM2000.00 atau dipenjara

sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan didenda

tidak melebihi RM500.00 setiap hari kesalahan itu

diteruskan setelah didapati bersalah.

b) Dilarang membuang atau membiar atau menyebabkan

pembuangan apa-apa buangan pepejal atau cecair kilang, kuari atau

pembuatan atau apa-apa sampah sarap ke dalam sungai sama ada di

dalam kawasan atau diluar kawasan pihak berkuasa tempatan;

Tindakan : Berdasarkan Seksyen 70(a) Akta Kerajaan tempatan

1976. Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh dihukum


denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2
tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi
RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah
didapati bersalah.

c) Bahan-bahan kumbahan pepejal atau cecair tidak boleh dibuang ke

dalam sungai,

Tindakan : Berdasarkan Seksyen 70(b) Akta Kerajaan tempatan

1976. Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh dihukum


denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2
tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi
RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah
didapati bersalah.

d) Menggunakan sungai, terusan, longkang awam atau saluran air

atau kolam, kolah atau tangki sebagai tempat perusahaan

perniagaan pengcucian pakaian (dobi);

Tindakan : Berdasarkan Seksyen 70(c) Akta Kerajaan tempatan

1976. Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh dihukum


denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2
tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi
RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah
didapati bersalah.

e) Peruntukan seksyen-seksyen 86, 87, 88, 89 dan 90 Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 juga antara lain, mengenai kuasa Pihak Berkuasa Tempatan
mengawal pencemaran dan kemudaratan terhadap air sama ada air kolam, saluran
air, longkang dan seumpamamnya. Kuasa ini termasuklah membuang mudarat itu,
melarang perlakuan kemudaratan, menutup tempat yang mudarat dan penalti bagi
kesalahan-kesalahan berkaitan.
III. Akta Kawasan Pengairan 1953

 Seksyen 23 – Seseorang yang mandi atau membasuh


barang-barang benda-benda yang mencemarkan air atau
menyebabkan pencemaran mana-mana tangki pengairan, terusan
atau laluan air adalah melakukan kesalahan.

Tindakan : Berdasarkan seksyen 22 Akta, orang yang melakukan


kesalahan akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan
atau didenda tidak melebihi RM150 atau kedua-duanya sekali.

IV. Akta Kerajaan Tempatan 1976

 Seksyen 69 - Seseorang yang melakukan perbuatan ini boleh

dihukum dengan sehingga RM2000.00 atau dipenjara

sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan didenda

tidak melebihi RM500.00 setiap hari kesalahan itu

diteruskan setelah didapati bersalah.

Kesalahan : Seseorang tidak boleh melakukan suatu

kemudaratan atau meletakkan apa-apa kotoran di dalam


atau di tebing sebarang sungai, terusan, longkang awam
atau lain-lain saluran air;
 Seksyen 70(a) - Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh

dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara


sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak
melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan
setelah didapati bersalah.

Kesalahan : Dilarang membuang atau membiar atau

menyebabkan pembuangan apa-apa buangan pepejal atau


cecair kilang, kuari atau pembuatan atau apa-apa sampah
sarap ke dalam sungai sama ada di

dalam kawasan atau diluar kawasan pihak berkuasa


tempatan;

 Seksyen 70(b) - Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh

dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara


sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak
melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan
setelah didapati bersalah.

Kesalahan : Bahan-bahan kumbahan pepejal atau cecair

tidak boleh dibuang ke dalam sungai,

 Seksyen 70(c) - Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh

dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara


sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak
melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan
setelah didapati bersalah.

Kesalahan : Menggunakan sungai, terusan, longkang awam

atau saluran air atau kolam, kolah atau tangki sebagai


tempat perusahaan perniagaan pengcucian pakaian (dobi);

V. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

 Seksyen 3 – Mana-mana orang yang melanggar subseksyen

(1) adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh


dikenakan dengan tidak melebihi RM10 000.00 atau
dipenjara untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya dan untuk kesalahan selanjutnya didenda
tidak melebihi RM1000.00 sehari untuk setiap hari di mana
kesahalan itu berterusan selepas suatu notis dikeluarkan
oleh Ketua Pengarah yakni Ketua Pengarah Kualiti Alam
Sekeliling (atau oleh pegawai yang diberi kuasa) yang
menghendaki perbuatan yang dinyatakan di dalam
diserahkan kepadanya.

 Seksyen 21 – Berkenaan dengan pengenaan syarat yang

boleh diterima dalam melepas, mengeluar, memendap


buangan mengikut kawasan, segmen atau ciri alam sekitar.

 Seksyen 25 (1)

Tiada seseorang pun boleh, kecuali dilesenkan, mengeluarkan,


melepaskan atau memendap apa-apa bahan buangan ke dalam ari
pedalaman berlawanan dengan syarat-syarat yang boleh diterima
yang dinyatakan di bawah seksyen 21.

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), seseorang


dianggap mengeluarkan, melepaskan atau memendap bahan
buangan pada air pendalaman jika dia meletakkan apa-apa bahan
buangan di dalam atau di atas mana-mana air atau di dalam
sesuatu tempat yang ia dapat mengalir ke dalam mana-mana air;

Dia meletakkan sebarang bahan buangan di mana ia jatuh,


turun mengalir, meruap, dibasuh, ditiup atau menjadikan mungkin
jatuh, turun, mengalir, meruap atau akan dibasuh, akan bertiup
atau akan menjadikan ke mana-mana air atau tak langsung,
menyebabkan atau membiarkan sebarang bahan buangan
diletakkan di dalam kedudukan sedemikian atau;

Dia menyebabkan suhu air yang menerima bahan itu naik


atau turun lebih daripada had yang ditetapkan.

 Seksyen 25 (2) – Perlakuan seseorang mengenai perbuatan

mengeluarkan, melepaskan atau memendapkan “bahan


buangan”. “Bahan Buangan” ditakrif di bawah Seksyen 2
Akta, termasuklah sebarang perkara yang dihuraikan
sebagai bahan buangan dan sebarang perkara, sama ada
cairan, bergas atau radioaktif, yang dilepaskan, dikeluarkan,
atau dimendap dalam alam sekitar dalam banyak komposisi
atau cara yang mengakibatkan suatu pemindaan kepada
alam sekitar.

 Seksyen 27 – Melepaskan minyak ke dalam perairan


Malaysia dilarang.

 Seksyen 29 – Melepaskan buangan ke dalam perairan Malaysia


dilarang.

 Seksyen 34A(2) – Seseorang atau sesuatu badan yang

bercadang menjalankan kegiatan-kegiatan tertentu


perlulah mengemukakan suatu kajian penilaian akan kesan
kegiatan itu yang akan atau mungkin dialami oleh alam
sekitar dan juga cadangan-cadangan langkah-langkah
yang perlu diambil supaya dapat menghalangn mengurang
atau mengawal kesan buruknya kegiatan ini kepada alam
sekitar.

VI. Akta Sungai (Pencegahan Pencemaran)

 Seksyen 2(1)(a) – Mengenakan larangan dan sekatan bagi

pencemaran air daratan. Hanya orang-orang yang


dilesenkan, tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had
lesennya, yang boleh melepaskan atau membuang hasil
buangan ke dalam air daratan (air
pedalaman) - Peruntukan seksyen 2(1)(a)
hampir sama dengan seksyen 25 Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974.

VII. Akta Pencemaran Alam 1974

 Peruntukan dalam seksyen 31 Akta 1974 bersamaan dengan

peruntukan seksyen 2(1)(a).

VIII. Akta Perhutanan Negara 1984

 Seksyen 83(3)(b) – Seseorang itu dilarang dari mengalirkan,

atau menyebabkan atau membenarkan dialir, sebarang


lumpur lombong, efluen industri, kumbah atau saliran dari
penakung najis, tangki najis, tangki hampas kenderaan
rekreasi atau perkhemahan atau sumber-sumber
pencemaran lain di dalan hutan simpan kekal.

IX. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

 Seksyen 2 – Takrifan “Pencemar” sama seperti yakni apa-


apa bahan yang membahayakan kesihatan manusia,

atau sumber-sumber kehidupan laut atau


merosak atau mengganggu kemudahan dan kegunaan laut.

X. Akta Perikanan 1985

 Seksyen 26 (1) (a) – Mana-mana orang menggunakan atau

cuba menggunakan apa-apa letupan, racun atau pencemar,


atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik,
atau apa-apa alat yang dilarang, bagi maksud membunuh,
melali, mencacatkan atau menangkap ikan, atau dengan
apa jua cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang
ditangkap adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

XI. Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1994

 Seksyen 3(1) – jika akibat daripada sesuatu insiden yang

berlaku, apa-apa minyak dilepaskan atau bocor daripada


kapal, pemunya kapal hendaklah, kecuali sebagaimana
diperuntukkan selainnya oleh akta ini, bertanggungan bagi
apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan oleh
pelepasan atau kebocoran itu di mana-mana kawasan di
Malaysia.

 Seksyen 3(2) – jika minyak telah dilepaskan atau bocor

daripada dua kapal atau lebih, dan akibat

daripadanya kerosakan pencemaran berlaku,


pemunya kesemua kapal itu, melainkan jika

dilepaskan di bawah seksyen 4, hendaklah secara


bersesama dan berasingan bertanggungan bagi segala
kerosakan pencemaran itu yang tidak boleh
semunasabahnya diasingkan.

XII. Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993

 Seksyen 19

Seseorang tidak boleh melepaskan ke dalam atau membenarkan


bertemu dengan mana-mana pembetung awam atau tempat
olahan awam apa-apa efluen industri kecualilah mendapat
kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Pembetungan.

Selain daripada itu, apa-apa bahan berbahaya, mudah


meruap atau mudah terbakar atau yang boleh merosakkan atau
mencacatkan fungsi pembetungan awam atau tempat olahan
awam juga tidak boleh dilepaskan ke dalam pembetungan awam
atau tempat olahan awam.

Sealin daripada boleh merosakkan pembetung awam atau


tempat olahan awam itu, perkara-perkara yang dibuang itu pasti
boleh merosakkan atau mencemarkan air.

Tindakan : Berdasarkan Seksyen (2) Akta, orang yang melanggar


larangan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50
000.00 dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM5000.00
setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

XIII. Enakmen Perlombongan N.M.B. Bab 147

 Seksyen 74(2) – Air efluen perlombongan itu perlulah

dipastikan tidak mempunyai apa-apa bahan pepejal

yang berlebihan daripada yang dibenarkan jika efluen

itu dilepaskan ke dalam sesuatu sungai atau saluran


air semula jadi ataupun ianya melepasi di luar

kawalan perlombongan berkenaan.

XIV. Kanun Keseksaan N.M.B 45

 Seksyen 277 – Barang siapa dengan sengaja mengotor atau

membusukkan air mana-mana air atau kolam air awam


hingga menjadikannya kurang layak bagi maksud yang ia
biasanya digunakan, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan atau dengan
denda yang boleh sampai RM250.00 atau dengan
kedua-duanya sekali.

XV. Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil

 Seksyen 15(1)(b) – Barang siapa mandi atau membersihkan

dirinya atau orang lain, haiwan atau barang……dalam atau


di sebelah mana-mana tangki awam, empangan, saluran
air tepi jalan, laluan air atau anak sungai di mana
penggunaan untuk mandi dilarang oleh Ketua Polis atau
mana-mana pihak berkuatkuasa yang sah, boleh dikenakan
denda yang tidak melebihi RM100.00 sahaja.

XVI. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan


Efluen Industri) 1979

 Peraturan 1979 - Seseorang dilarang melepaskan atau

menyebabkan atau membenarkan pelepasan apa-apa


bahan tar atau lain-lain cecair tak terlarut, solven boleh
terbakar atau buangan sampah, habuk gergaji, sisa
buangan manusia atau haiwan atau bahan pepejal ke
dalam air pendalaman.
XVII. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Premis-premis
Tertentu)(Minyak Sawit) 1977

 Peraturan 6 – Penghuni berlesen sesuatu premis sawit tidak

boleh mengubah premis dan lain-lain operasi yang


dijalankannya boleh mengubah atau
mencemarkan sifat-sifat alam sekitar, termasuklah
mengubah efluen dan lain-lain kecuali mendapat
kebenaran bertulis Ketua Pengarah Alam Sekitar.

 Peraturan 12 dan 14 – Pelepasan efluen sawit ke saluran air,

ianya perlulah mematuhi kaedah-kaedah dan cara-cara


serta tempat pelepasan efluen yang ditetapkan dan
dibenarkan.

XVIII. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Premis-premis


Tertentu)(Getah Asli Malaysia) 1978

 Peraturan 6 – Penghuni berlesen sesuatu premis getah tidak

boleh mengubah premis dan lain-lain operasi yang


dijalankannya boleh mengubah atau
mencemarkan sifat-sifat alam sekitar, termasuklah
mengubah efluen dan lain-lain kecuali mendapat
kebenaran bertulis Ketua Pengarah Alam Sekitar.

 Peraturan 12 dan 14 – Pelepasan efluen getah ke saluran air,

ianya perlulah mematuhi kaedah-kaedah dan cara-cara


serta tempat pelepasan efluen yang ditetapkan dan
dibenarkan.

XIX. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kegiatan-kegiatan


Ditentukan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 1987

 seseorang ataupun sesuatu badan yang bercadang menjalankan


kegiatan-kegiatan tertentu perlu mengemukakan suatu kajian
penilaian akan kesan kegiatan itu yang akan atau mungkin dialami
oleh alam sekitar dan juga cadangan-cadangan langkah-langkah
yang perlu diambil supaya dapat menghalang mengurang atau
mengawal kesan buruknya kegiatan ini kepada alam sekitar.

XX. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan


Terjadual), 1989

 Peraturan 11 – Kontraktor hendaklah, pada memilih laluan-laluan


pengangkutan, seboleh-bolehnya mengelakkan kawasan-kawasan yang
padat penduduknya, kawasan tadahan air, dan kawasan lain yang sensitif
dari segi alam sekeliling.

XXI. Peraturan-peraturan Makanan 1985

 Peraturan 394(1) – Air hendaklah bersih dan bebas dari


pencemaran, rasa yang tidak menyenangkan dan bau, dan hendaklah
mematuhi piawaian yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua Puluh Lima.

Anda mungkin juga menyukai