Anda di halaman 1dari 11
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSI KEMENTERIAN ei Bahagian Kewangan at PENDIDIKAN Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E MALAYSIA Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Tel : 03-8000 8000 62604 PUTRAIAYA Faks : 03-8884 7679 MALAYSIA Portal : www.moe.gov.ny Ruj.Kami: KPM.800-4/1/4 Jid.13 (42) Tarikh gue 2017 Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, PENGGUNAAN PERUNTUKAN BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG) BAGI MATA PELAJARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) (SEMAKAN 2017) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sebagaimana YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan sedia_ maklum, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke-208 bertarikh 21 September 2015 telah meluluskan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) dan KSSM secara berp >ringkat-peringkat mulai tahun 2017. Berikutan itu, pelaksanaan KSSR ({emakan 2017) dan KSSM telah dimaklumkan kepada semua Bahagian/JPN/Sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikuliim Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkai Mulai Tahun 2017. HOTLINE :03-8884 7700 FAKS : 03-8884 7701 (Caw. Pentadbiran Kewangan), 03-8884 7509 (Caw, Dsar & Kawvalan) 08.8884 7575 (Caw Bat), 03-8884 7611 (Caw. Banta) KPM.800-4/1/4 Jid.13 (2) 3. Pelaksanaan KSSR secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2011 dan KSSR (Semakan 2017) menyebabkan perubahan kategori bagi beberapa mata pelajaran wajib kepada mata pelajaran teras. Walau bagaimanapun, kadar PCG yang diperuntukkan masih kekal sama sepertimana dinyatakan dalam Jadual 3; Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid. 4. Perkara ini adalah selaras dengan surat siaran No. Ruj: KPM.800- 4/1/4JId12(1) bertarikh 6 Disember 2016 bertajuk Pelanjutan Tempoh Penggunaan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) bagi Tiga (3) Mata Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Il. Bagi pelaksanaan KSSR Tahap | (Tahun 1, 2 dan 3) bermula 2011, mata pelajaran wajib yang diubah menjadi mata pelajaran teras iaitu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. Bagi pelaksanaan KSSR Tahap I! (Tahun 4, 5 dan 6)_bermula 2014 pula, mata pelajzran wajib yang diubah menjadi mata pelajaran teras iaitu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muz‘k dan Reka Bentuk dan Teknologi (menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup). 5. Bagi pelaksanaan KSSR (Semakan 2017), beberapa mata pelajaran di Tahap | dan Tahap II telah digabungkan menjadi satu mata pelajaran seperti berikut: i. Pendidikan Jasmani digabungkan dengan Pendidikan Kesihatan dan dinamakan sebagai Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan; dan ii. Pendidikan Seni Visual digabungkan dengan Pendidikan Muzik dan dinamakan sebagai Pendidikan Kesenian. KPM.800-4/1/4 Jid.13 (+2) 6. Pelaksanaan KSSM secara berperingkat-peringkat bagi peringkat menengah rendah telah bermula pada tahun 2017 dan dua (2) mata pelajaran baharu diperkenalkan iaitu: i. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) menggantikan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB); dan ii. Asas Sains Komputer (ASK) iaitu penambahbaikan kepada Program Information and Communication Technology Literacy (ICTL). 7. Sehubungan dengan itu, selaras dengan perenggan 4.1.; Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Pengurus Sekolah dibenarkan untuk membuat pindah peruntukan PCG Mata Pelajaran di antara mata pelajaran yang digantikan dengan mata pelajaran yang telah digugurkan bagi menampung kos pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta pengurusan pentadbiran mata pelajaran tersebut seperti di Jadual 1 dan yadual 2 di bawah:- Jadual.1 : Pindah Peruntukan PCG Antara Mata Pelajaran KSSR (Semakan 2017) jt. / Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan 2. 3, Pendidikan Seni Visual 4. dan Pendidikan Kesenian Pendidikan Muzik