Anda di halaman 1dari 27

Garis Panduan PVMA

2015

PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM

1. KOMPONEN DALAM PVMA

PVMA terdiri daripada dua (2) komponen iaitu Akademik dan Vokasional.
Komponen tersebut boleh adalah seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Mata Pelajaran dan Kursus dalam Komponen PVMA

Peratus
Mata
Bil. Waktu Akademik dan
Bil. Komponen Pelajaran Ulasan
Seminggu Peratus
/Kursus
Vokasional

Bahasa
1 6
Melayu Mata Pelajaran
Bahasa Teras
2 5
Inggeris

3 Akademik Sejarah 3 47%

Pendidikan Menggunakan
4 4
Islam / Moral kurikulum Mata
Pelajaran Aliran
5 Matematik 3 Kemahiran (MPAK)

Menggunakan
6 Vokasional Kemahiran 24 53%
Kurikulum SKPK

JUMLAH WAKTU 45
Garis Panduan PVMA
2015

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan bilangan waktu seminggu antara mata


pelajaran Aliran Perdana dan PVMA

Jadual 2: Perbandingan Struktur Aliran Perdana (MPV) dan PVMA

Bil. Waktu
Seminggu
Bil. Mata Pelajaran Ulasan
Aliran
PVMA
Perdana

1 Bahasa Melayu 6 6

2 Bahasa Inggeris 5 5 Mata Pelajaran Teras

3 Sejarah 3 3

Pendidikan Islam PVMA menggunakan kurikulum


4 5 4
/ Moral Mata Pelajaran Aliran Kemahiran
5 Matematik 4 3 (MPAK)

Elemen Sains digabungjalin dalam


6 Sains 5 -
modul kemahiran (PVMA)

Pendidikan Sivik
Elemen PSK digabungjalin dalam
7 Kewarganegaraa 2 -
modul Pendidikan Islam/Moral
n

Elemen PJPK digabungjalin dalam


8 PJPK 2 -
modul kemahiran (PVMA)

Digantikan dengan modul


9 Vokasional 8 – 12 24
kemahiran PVMA

JUMLAH WAKTU 40/44 45


Garis Panduan PVMA
2015

2. PENGENALAN KEPADA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

2.1 Komponen DSK


DSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran
(SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Definisi SK, SP dan KP adalah
seperti berikut:

STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Kriteria pencapaian adalah


merupakan penyataan ialah satu penetapan penyataan yang
spesifik tentang perkara kriteria atau indikator mengkhususkan apa yang perlu
yang murid patut kualiti pembelajaran dan ditaksir dan tahap pencapaian
ketahui dan boleh pencapaian yangboleh yang diperlukan. Kriteria
lakukan dalam suatu diukur bagi setiap Pencapaian perlu ditulis
tempoh persekolahan standard dengan mengandungi
merangkumi aspek kandungan.Standard Pencapaian, Syarat dan
pengetahuan, Pembelajaran perlu Piawai.
kemahiran dan nilai. mengandungi
Standard Kandungan Pencapaian dan
perlu mengandungi Syarat.
kompetensi standard Manakala pencapaian, syarat
industri. dan piawai (performance,
condition and standard)
Pencapaian pula Secara khusus, merupakan pelengkap kepada
bermaksud penyataan pencapaian dan syarat sub-kompetensi yang mesti
ringkas mengenai (performance and merujuk kepada standard yang
pencapaian condition) bermaksud bersesuaian dengan keperluan
(performance) yang sub-kompetensi yang Standard Pembelajaran dan
diperlukan dalam unit. lengkap dipelajari Standard Kandungan.
Setiap unit kompetensi danunit-unit kecil yang
adalah unik, selari dan terkandung dalam Kriteria Pencapaian juga
sejajar dengan mata sesuatu modul. merupakan set sub-kompetensi
pelajaran atau pakej minima yang perlu dicapai oleh
latihan dan tidak Elemen mesti berbentuk murid bagi mencapai Standard
melebihi 100 aksara perlakuan yang boleh Pembelajaran dan Standard
diukur dan dicerap. Kandungan.
Standard Pembelajaran
juga merupakan set sub-
kompetensi yang perlu
dipelajari oleh murid
bagi mencapai Standard
Kandungan.
Garis Panduan PVMA
2015

2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pendekatan pedagogi PVMA berkonsep guru sebagai fasilitator iaitu


“kurang mengajar” (teach less), dan murid “belajar lebih” (learn
more) melalui pembelajaran secara pengalaman dan pengalamian
(hands on). PVMA menggunakan konsep Competency-Based-
Training and Assessment (CBTA) yang memberi peluang untuk
menguasai kompetensi dengan membenarkan murid mengulangi
semula kompetensi yang belum dikuasai sehingga murid PVMA
kompeten sesuatu kemahiran yang diperlukan.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk


menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan
kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan
pendekatan holistik seperti berikut :
 Pendekatan modular berasaskan kompetensi
 Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan
aktiviti
 Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
 Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
 Pembelajaran Masteri
 Integrasi TMK merentas kurikulum
 Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
 Lawatan industri
 Penekanan kepada pengurusan kewangan berhemah

2.3 Penulisan Rancangan Sesi Latihan dan Rancangan Pembelajaran


Format penulisan rancangan sesi latihan dan rancangan pembelajaran
bagi guru PVMA perlu disesuaikan dengan kaedah CBTA. Guru PVMA
boleh memperolehi format RSL dan RP semasa menghadiri kursus b
erkaitan kurikulum dari semasa ke semasa.
Garis Panduan PVMA
2015

3.0 BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WRITTEN INSTRUCTIONAL


MATERIALS - WIM)

3.1 WIM ialah dokumen utama yang disediakan untuk kegunaan guru
dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Bahan Pembelajaran dalam WIM terdiri daripada tiga (3) komponen
bahan pembelajaran iaitu:

3.2.1 Kertas Penerangan (Information Sheet)


 Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.
 Ianya bertujuan untuk menjelas dan menambah lagi
pemahaman dan pengetahuan murid dengan menekankan
“Mengapa” kemahiran itu perlu dilaksanakan dan bukan
“Bagaimana” ianya dilaksanakan.
 Kertas penerangan hendaklah mempunyai ciri berikut, iaitu:
 Cukup cakup, tepat dan mudah difahami, keperluan DSK
dipenuhi; dan
 Sentiasa dikemaskini mengikut perubahan teknologi
semasa.

3.2.2 Kertas Tugasan (Assignment Sheet)


 Helaian tugasan yang mengandungi pelbagai bentuk soalan
sebagai latihan kepada murid untuk merangsang minda,
menguji pemahaman dan mengaplikasikan pengetahuan
murid berdasarkan teori yang telah dipelajari.
 Kertas tugasan tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus.
 Kertas tugasan hendaklah mempunyai ciri berikut iaitu:
 Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid
sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian
akhir;
 soalan boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dengan
merujuk kepada kertas penerangan yang berkaitan; dan
Garis Panduan PVMA
2015

 Kertas tugasan juga boleh disediakan dalam bentuk


kajian kes, perbincangan kumpulan dan sebagainya.

3.2.3 Kertas Kerja (Work Sheet)

 Helaian yang menunjukkan langkah dan butiran kerja


bagi membimbing murid untuk menguasai kemahiran yang
ditetapkan.
 Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid
sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian
akhir.
 Kertas kerja tidak diambil kira sebagai penilaian kerja
kursus.
 Mengandungi soalan pendek yang akan ditanya secara
lisan sepanjang latihan amali dilaksanakan.

4. PENILAIAN MELALUI KAEDAH SISTEM PENTAULIAHAN

4.1 Penilaian adalah satu proses menilai tahap kekompetenan yang


merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap seseorang murid
semasa melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Penilaian perlu
dilaksanakan untuk menentukan seorang murid telah mencapai tahap
keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi tujuan
penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia atau Penyata Pencapaian.
Terdapat tiga (3) komponen penilaian SKM tahap 1 dan SKM tahap 2
yang dilaksanakan, iaitu:

i. Kerja Kursus;
ii. Penilaian Akhir;
iii. “Core Abilities”;

4.2 Pembahagian peratusan komponen pemarkahan bagi Sistem


Pentauliahan untuk setiap unit kompetensi (CU) yang terdapat dalam
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) adalah seperti di
Jadual 3.
Garis Panduan PVMA
2015

Jadual 3: Pembahagian Peratus Markah Komponen Penilaian SKM


Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Pembahagian Peratus Markah Penilaian


Komponen Penilaian CU
SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Pengetahuan 10
Kerja Kursus 40
Prestasi 30

Pengetahuan 20
Penilaian Akhir 60
Prestasi 40

Markah Keseluruhan 100

5. KERJA KURSUS

5.1 Kerja kursus adalah tugasan yang perlu dilakukan oleh murid dan akan
dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan. Dokumen
penilaian disediakan oleh guru untuk menguji dan menilai
keterampilan murid.

5.2 Terdapat dua (2) jenis penilaian bagi kerja kursus iaitu penilaian
pengetahuan (KA) dan penilaian prestasi (PA).

5.2.1 Penilaian Pengetahuan (KA)

a) Penilaian pengetahuan adalah mekanisma atau kaedah


yang digunakan bagi menilai pengetahuan dan pemahaman
murid mengenai apa yang telah dipelajari.
b) Penilaian pengetahuan bagi kerja kursus hendaklah
memenuhi ciri berikut, iaitu:
 Soalan yang disediakan hendaklah memenuhi
assessment criteria dan related knowledge di dalam
CoCU yang terdapat dalam SKPK;
 Bilangan dan jenis soalan adalah tidak ditetapkan tetapi
hendaklah mencapai tahap kesukaran (level of difficulty)
yang ditentukan oleh setiap CU dalam SKPK berkenaan;
Garis Panduan PVMA
2015

 Soalan boleh merangkumi jenis soalan sama ada


objektif, subjektif atau kedua-duanya; dan
 Kaedah penilaian boleh terdiri daripada laporan
teknikal, persembahan, lisan, ujian bertulis, kuiz,
tugasan, kajian kes atau lain-lain yang berkaitan,
mengikut kesesuaian tahap.

5.2.2 Penilaian Prestasi (PA)

a) Penilaian prestasi adalah mekanisma atau kaedah yang


digunakan bagi menilai kemahiran, sikap dan keselamatan
dalam melaksanakan tugas, praktikal atau kerja amali yang
diarahkan.
b) Pelbagai kaedah penilaian prestasi boleh dilaksanakan
seperti ujian keterampilan, simulasi, projek dan sebagainya.
c) Penilaian prestasi hendaklah memenuhi ciri berikut iaitu:
 Memenuhi assessment criteria, related skills, attitude,
safety and environmental yang ditetapkan di dalam CoCU
SKPK;
 Tempoh penilaian bergantung kepada keterampilan yang
dinilai; dan
 Penilaian core abilities dijalankan bersekali dengan
penilaian prestasi.

5.3 Peratusan komponen penilaian dalam kerja kursus adalah seperti


yang ditunjukkan dalam Jadual 4.
Garis Panduan PVMA
2015

Jadual 4: Pecahan Peratusan Pemarkahan Bagi Penilaian


Kerja Kursus

Peratus Mengikut Tahap persijilan (%) SKM


Komponen Penilaian Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Markah Markah

Pengetahuan Penuh
10 Minimum
6

Prestasi 30 18

Markah Keseluruhan 40 24
Garis Panduan PVMA
2015

6. PANDUAN PENULISAN RSL DAN RP

6.1 Pengenalan

Perkembangan pendidikan di Malaysia telah melalui satu perubahan


dikenali dengan Transformasi Pendidikan Vokasional bermula dari
tahun 2012. Mulai tahun 2015 telah diperkenalkan Pendidikan
Vokasional Menengah Atas (PVMA) dari Tingkatan 4 hingga
Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi
menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dimansuhkan
secara berperingkat. Sehubungan dengan pembaharuan tersebut,
kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara Competency-
Based-Training and Assessment (CBTA) juga diperkenalkan di SMK
terpilih.

Secara amnya, kompetensi adalah kebolehan menunjukkan tugas


spesifik (boleh buat) mengikut standard yang memenuhi kehendak
industri, majikan, organisasi dan individu. Kompetensi mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang merujuk kepada prestasi
yang standard di bidang pekerjaan. Berbanding pembelajaran secara
konvensional, kaedah P&P CBTA membenarkan murid mengulang
semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PVMA
kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan.

Oleh kerana CBTA telah mengubah kaedah penyampaian kandungan


kurikulum, maka kaedah penulisan dan pendokumentasian rancangan
pengajaran perlu pengubahsuaian. Proses P&P CBTA yang lengkap
mengandungi 3 (tiga) komponen utama iaitu Kurikulum, Pengajaran
dan Pentaksiran (Curriculum, Instructional and Assessment). Dalam
konteks PVMA, kurikulum yang dimaksudkan adalah standard
kandungan yang murid perlu tahu dan lakukan, pengajaran adalah
kaedah penyampaian standard kandungan dan pentaksiran adalah
Garis Panduan PVMA
2015

proses menilai tahap penguasaan murid. Ketiga-tiga komponen PdP


CBTA tersebut disepadukan di dalam perubahan kaedah penulisan
rancangan pengajaran.

Oleh itu Rancangan Sesi Latihan (RSL) diperkenalkan bagi


menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) manakala
Rancangan Pengajaran Harian digantikan dengan Rancangan
Pembelajaran (RP). Format RSL dan RP juga diperkenalkan sebagai
pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dan guru
PVMA adalah dipohon menyediakan rancangan pengajaran mengikut
format CBTA.

RSL merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih


spesifik dan jelas dalam rangka konsep pengajaran dan pembelajaran
bercorak hands-on. RSL dapat menunjukkan bentuk perancangan dan
menjelaskan kemahiran dan sub-kemahiran yang perlu dipamerkan
oleh pelajar. RSL juga mampu membantu guru merancang bentuk
eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya
dirancang dengan jelas dan terbukti.

Manakala Rancangan Pembelajaran (RP) adalah rancangan guru


ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan
makmal. RP juga merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk
kepada kriteria yang perlu dicapai, susunan proses pembelajaran,
bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP akan membantu
guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan
terkawal. Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP
kerana telah dinyatakan di dalam RSL. RSL dan RP saling berkaitan
dan perlu disusun mengikut susunan standard kandungan. RSL akan
disediakan dahulu kemudian diikuti oleh RP.

Pendekatan secara CBTA di sekolah bermula dengan penyediaan RSL


dan pematuhannya semasa proses pengajaran di dalam kelas,
bengkel dan makmal.
Garis Panduan PVMA
2015

6.2 Panduan Umum Penulisan

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan


satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi
pelajaran, teknik mengajar dan bahan sumber agar proses pengajaran
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Objektif utama menulis RSL dan RP ialah menolong guru merancang


pengajaran dengan lebih baik supaya lebih yakin dan bersedia untuk
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.
Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang
digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran
sesuatu isi pelajaran, sesuatu modul/mata pelajaran atau beberapa
modul/mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

RSL adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk


merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal. Guru boleh
memilih untuk menyediakan RSL seperti berikut:

Sama ada:

6.2.1 Satu RSL bagi setiap satu Standard Kandungan


(contoh: Modul/ mata pelajaran Pendawaian Elektrik
mengandungi 5 Standard Kandungan, maka sediakan 5 RSL),
atau,
6.2.2 Satu RSL bagi setiap satu Standard Pembelajaran
(contoh: Modul/ mata pelajaran Pendawaian Elektrik
mengandungi 13 Standard Pembelajaran, maka sediakan 13
RSL – seterusnya jika mampu bolehlah disediakan seberapa
banyak RSL diperlukan bagi setiap satu modul. RSL yang terlalu
banyak adalah tidak digalakkan.
Garis Panduan PVMA
2015

RP pula adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru


untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal bercorak
hands-on. RP disediakan setiap hari dan guru boleh memilih untuk
menyediakan RP seperti berikut:

Sebagai contoh, jika pada hari tersebut ada satu kumpulan murid
yang membuat tugasan latihan (kesemua 20 orang murid membuat
amali Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN
PENGGUNA SATU FASA), maka guru perlu menyediakan satu RP
untuk modul tersebut sahaja.

Tetapi jika;

Pada hari tersebut ada dua kumpulan murid (10 orang membuat amali
Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN
PENGGUNA SATU FASA), dan (10 orang murid lagi membuat amali
Standard Kandungan3: MENDAWAI LITAR SATU SUIS SATU HALA
MENGAWAL SATU LAMPU), maka guru perlu menyediakan dua RP
iaitu untuk kedua-dua Standard Kandungan yang di ajar. Begitulah
seterusnya jika terdapat banyak kumpulan murid, maka banyaklah RP
yang perlu disediakan.

Guru akan mengajar lebih dari satu kumpulan murid kerana CBTA
membenarkan murid mengulang standard sehingga kompeten setiap
Kriteria Pencapaian. Sebagai contoh, murid yang tidak kompeten
semalam akan mengulang semula kompetensi yang mereka belum
kompeten pada hari berikutnya sehingga kompeten.
Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk
merancang bilangan kumpulan yang perlu dibentuk dalam satu-satu
masa PdP.

RSL dan RP disediakan dalam bentuk softcopy sekali sahaja pada


awal penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan akan
dikemaskini apabila terdapat DSK baru. Semua guru boleh berkongsi
Garis Panduan PVMA
2015

RSL dan RP. RP perlu dicetak setiap kali sebelum PdP bermula dan
ruangan refleksi ditulis tangan selepas proses P&P selesai.

6.3 Kepentingan menulis di ruangan Refleksi

Refleksi merupakan satu proses mengingat dan merenung kembali


pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya
yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai
untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan.

Refleksi amat penting untuk melihat perkembangan pengajaran dan


hasil pengajaran termasuk pencapaian pelajar di dalam menyiapkan
tugasan amali dan pentaksiran. Oleh sebab itu, guru diwajibkan
menulis refleksi di dalam RP untuk tujuan penambahbaikan proses
pengajaran disamping menilai penerimaan pelajar terhadap proses
pengajaran. Guru dibenarkan menulis pengalaman pengajaran mereka
pada setiap hari pada ruangan refleksi dan sebaik-baiknya ditulis
tangan selepas proses P&P.

6.4 Penggunaan ring-file.

Penggunaan ring-file juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam


Transformasi Pendidikan Vokasional. Guru adalah digalakkan
menggunakan ring-file bagi menyimpan RSL dan RP supaya lebih
kemas dan mudah dikemaskini bagi menggantikan buku rekod
pengajaran. Ahli Jawatankuasa Kurikulum peringkat sekolah boleh
bertindak sebagai penguatkuasa dan penyelaras kepada perubahan
ini.Semua RSL dan RP disusun mengikut nombor Standard
Kandungan.Standard Kandungan yang diajar dahulu diletak di sebelah
bawah dan Standard Kandungan diajar kemudian diletak sebelah atas.

Adalah diingatkan bahawa isi kandungan ring-file perlu lengkap


sebagaimana buku rekod pengajaran seperti biodata guru, pekeliling
berkaitan, jadual waktu, RSL, RP, senarai murid, aktiviti guru, prestasi
Garis Panduan PVMA
2015

murid (markah dan TOV) dan lain-lain lagi yang disesuaikan dari
semasa kesemasa oleh pentadbir sekolah. Pemastian standard
perlulah dipatuhi berdasarkan panduan dan pekeliling dari pihak
pengauditan PdP.

6.5 Komponen RSL dan RP

Persediaan RSL dan RP merujuk kepada satu perancangan yang


terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan
oleh guru dalam kelas, bengkel dan makmal.
Garis Panduan PVMA
2015

6.5.1 Penulisan RSL

RSL disediakan pada awal tahun pengajaran. Sebagai


permulaan, sila perhatikan format RSL berikut.

KOMPONEN KETERANGAN
Panitia
Tarikh
Lokasi latihan
Nama Guru
Bilangan Murid
Tajuk Modul/Mata Pelajaran:
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran:
Objektif latihan Kriteria Pencapaian:
Pengenalan: Gambaran latihan:

 Pengenalan
gambaran
latihan yang
ingin di ajar

 Langkah
pengajaran
seterusnya

 Contoh produk
yang akan
dihasilkan

 Pengetahuan
sedia murid
tentang
tugasan ini
Kemahiran Guru membuat demontrasi kepada murid iaitu:
yang
ditunjukkan
kepada murid
Pentaksiran:
Kaedah Latihan Kaedah latihan:
 Tugas Guru :
 Tugas Murid :
Kesimpulan
Bahan Sumber
Garis Panduan PVMA
2015

Kemudian, bagi memberi gambaran susunan penulisan RSL, berikut


disertakan contoh RSL sebagai panduan guru.

Langkah Pertama: Sila rujuk Dokumen Standard Kurikulum (DSK)


modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik dari Standard
Kandungan 2 bertajuk MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN
PENGGUNA SATU FASA seperti berikut yang mengandungi Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian.

STANDARD STANDARD KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN PEMBELAJARAN
2. MENDAWAI 2.1 Mengenal pasti 2.1.1 Menyenarai alat kawalan
LITAR UNIT alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian
KAWALAN pengguna satu The Institution of Electrical
PENGGUNA fasa. Engineers (IEE) atau
SATU FASA Suruhanjaya Tenaga Malaysia
(STM).

2.1.2 Melukis simbol suis utama,


pemutus litar arus baki (PLAB)
dan pemutus litar miniatur (PLM)
berdasarkan piawaian lukisan
elektrik.

2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat


kawalan pengguna berdasarkan
piawaian lukisan elektrik.

2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian


alat kawalan pengguna
berdasarkan litar skematik.
2.2 Memasang dan 2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus
mendawai alat Litar Arus Baki (PLAB) dan
kawalan Pemutus Litar Miniatur (PLM)
pengguna satu dalam kotak unit pengguna
fasa. berdasarkan litar skematik.

2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus


Litar Arus Baki (PLAB ) dan
Pemutus Litar Miniatur
(PLM) dalam Kotak Kawalan
Utama berdasarkan litar
pendawaian.

2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di


tempat khas berdasarkan
Garis Panduan PVMA
2015

STANDARD STANDARD KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN PEMBELAJARAN
prosedur kerja.

2.2.4 Mengamalkan keselamatan


berdasarkan prosedur kerja.

2.3 Mengganggar 2.3.1 Merekod kos bahan mengikut


kos harga pasaran.
pemasangan.
2.3.2 Merekod kos upah dan kos
sampingan berdasarkan
perkhidmatan.

2.3.3 Mencatat anggaran kadar


keuntungan berdasarkan jumlah
kos.

Langkah Kedua: Sila baca dengan teliti jadual dibawah yang


menerangkan maksud komponen format RSL beserta contoh
penulisan RSL. Petak di sebelah kiri adalah komponen RSL dan di
sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap komponen RSL. DSK
hendaklah dibaca bersama bagi menerangkan maksud jadual di
bawah. Lihat bagaimana RSL ditulis.

KOMPONEN KETERANGAN
Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.

Tarikh Nyatakan tarikh mula proses pengajaran dilaksanakan.

Lokasi latihan Nyatakan lokasi spesifik proses pengajaran dilaksanakan.

Nama Guru Nyatakan nama guru

Bilangan Murid Nyatakan bilangan murid yang melaksanakan modul


tersebut pada tarikh mula di atas.
Garis Panduan PVMA
2015

KOMPONEN KETERANGAN
Tingkatan Nyatakan tingkatan murid terlibat proses pengajaran ini

Tajuk  Nyatakan nama modul/ mata pelajaran


 Nyatakan Standard Kandungan
 Nyatakan Standard Pembelajaran
Objektif latihan Nyatakan Kriteria Pencapaian dari DSK.

Pengenalan: Nyatakan susunan penyampaian pengajaran setiap


kompetensi yang hendak ditunjukkan kepada murid dari
 Pengenalan
mula hingga ke akhir sesi pengajaran berdasarkan Standard
gambaran latihan
yang ingin di ajar Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian di dalam DSK.

 Langkah Nyatakan langkah pengajaran selepas sesi penerangan/


pengajaran demonstrasi/ tunjukcara kepada murid. Lazimnya guru akan
seterusnya terus mengarahkan murid melaksanakan tugasan
berdasarkan buku Modul Pembelajaran dan Modul
 Contoh produk Pentaksiran.
yang akan
dihasilkan Nyatakan contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid.
 Pengetahuan
sedia murid
tentang tugasan ini Nyatakan pengetahuan sedia ada murid yang berkaitan
dengan Kriteria Pencapaian modul ini.

Isi: Senaraikan bentuk kemahiran yang ingin ditunjukcara


Kemahiran yang kepada murid mengikut susunan yang betul.
ditunjukkan kepada
murid
Pentaksiran: Nyatakan bentuk pentaksiran yang ingin digunakan oleh
guru berdasarkan Kriteria Pencapaian modul ini.
Kaedah Latihan Nyatakan isi penting pengajaran dengan menyatakan tugas
utama pada sesi pengajaran berkenaan.
Kesimpulan Nyatakan kesimpulan untuk sesi latihan modul ini dengan
menyatakan harapan dan komitmen terhadap sesi
pengajaran ini seterusnya hasrat terhadap kompetensi yang
ingin dikuasai.
Bahan Sumber Nyatakan bahan sumber pengajaran yang digunakan
semasa proses pengajaran sesi latihan ini.
Garis Panduan PVMA
2015

Berikut adalah contoh RSL bagi satu Standard Kandungan .

KOMPONEN KETERANGAN
Panitia Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Pendawaian
Elektrik
Tarikh 5 Januari 2016
Lokasi latihan Ruang Pendawaian, Bengkel Pendawaian Elektrik, SMK
Belaga
Nama Guru Anuar bin Mohamad Som
Bilangan Murid 30 orang murid
Tingkatan Tingkatan 4 PVMA PE
Tajuk Modul/Mata Pelajaran:
Pendawaian Elektrik

Standard Kandungan:
1. Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa

Standard Pembelajaran:
2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.
2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu
fasa.
2.3 Mengganggar kos pemasangan.
Objektif latihan Murid dapat:

2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan


piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE)
atau Suruhanjaya TenaganMalaysia (STM).
2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki
(PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM) berdasarkan
piawaian lukisan elektrik.
2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna
berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan
pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki
(PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam
kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki
(PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam
Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.
2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan
prosedur kerja.
2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur
kerja.
2.3.1 Merekod kos bahan mengikut harga pasaran.
2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan
perkhidmatan.
2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan
jumlah kos.
Garis Panduan PVMA
2015

KOMPONEN KETERANGAN
Pengenalan:

 Pengenalan 2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa.


gambaran
latihan yang 2.1.1 Guru menyenaraikan alat kawalan pengguna
ingin di ajar 2.1.2 Guru menunjukkan simbol suis utama, pemutus
litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur
(PLM)
2.1.3 Guru menunjukkan kaedah melukis gambarajah
skematik alat kawalan pengguna
2.1.4 Guru menunjukkan kaedah melukis gambarajah
pendawaian alat kawalan pengguna

2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna


satu fasa.

2.2.1 Guru memuat simulasi pemasangan Suis Utama,


Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar
Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna.
2.2.2 Guru mendemontrasi tatacara mendawai Suis
Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan
Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak
Kawalan Utama.
2.2.3 Guru menunjukkan kaedah menyimpan lebihan
kabel di tempat khas.
2.2.4 Guru memberi penekanan tentang amalan
keselamatan yang betul.

2.3 Mengganggar kos pemasangan.

2.3.1 Guru menunjukcara kaedah merekod kos bahan.


2.3.2 Guru menunjukcara kaedah merekod kos upah dan
kos sampingan
 Langkah 2.3.3 Guru menunjukkan kiraan kaedah mencatat
pengajaran anggaran kadar keuntungan
seterusnya
Selepas sesi penerangan/ demonstrasi/ tunjukcaraini, murid
akan menyenaraikan bahan, melukis gambarajah skematik &
 Contoh produk pendawaian, memasang pendawaian dan serta sentiasa
yang akan mengamalkan langkah keselamatan seterusnya membuat
dihasilkan kiraan.

 Pengetahuan Produk yang dihasilkan ialah lukisan gambarajah skematik,


sedia murid gambarajah pendawaian dan alat kawalan pengguna satu
tentang tugasan fasa yang telahsiap dipasang.
ini

Murid telah mengenal nama alat tangan dan nama peralatan


Garis Panduan PVMA
2015

KOMPONEN KETERANGAN
pengujian asas yang pernah digunakan sebelum
mempelajari modul ini.

Isi: Guru membuat demontrasi kepada muriddengan:


Kemahiran yang
ditunjukkan kepada 1. Melukis gambarajah skematik dan pendawaian alat
murid kawalan pengguna
2. Membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu
fasa
3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan

Pentaksiran: Guru meminta murid menyenaraikan alat kawalan


pengguna, melukis gambarajah skematik dan pendawaian
serta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu
fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan
seterusnya akur dan mematuhi kehendak pentaksiran LP.
Selain menunjukkan eviden proses dan eviden produk,
murid akan diuji secara ujian kecekapan, lisan dan bertulis.

Kaedah Latihan Kaedah latihan:


 Tugas Guru: Membuat penerangan dan demontrasi
kepada murid
 Tugas Murid:Membuat pemasangan alat kawalan
pengguna satu fasa dan mengamalkan langkah
keselamatan

Kesimpulan Murid diharapkan berjaya menunjukkan dengan jelas


langkah-langkah untuk melukis gambarajah skematik dan
pendawaian serta membuat pemasangan alat kawalan
pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-
langkah keselamatan

Bahan Sumber Bahan sebenar:


1. Peralatan melukis ( pensil, pemadam, pembaris dan
sesiku)
2. Bahan dan aksesori major pendawaian (Suis Utama,
Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar
Miniatur (PLM), kotak unit pengguna dan lain-lain
mengikut keperluan)
3. Bahan dan aksesori minor pendawaian (skru, paku, klip
dan lain-lain mengikut keperluan)
4. Bahan dan aksesori meter pengujian (meter megger
ohm, meter pelbagai dan lain-lain mengikut keperluan)
5. Kalkulator untuk bantuan pengiraan
Garis Panduan PVMA
2015

6.6 Penulisan RP

Berikut adalah format RP. RP perlu disediakan sebelum pengajaran


dilaksanakan menggunakan komputer dan semua guru boleh
berkongsi RP yang sama jika mengajar Kriteria Pencapaian yang
sama. Namun begitu ruangan Nama Guru dan Refleksi perlu ditulis
berasingan/tidak boleh berkongsi/setiap guru satu RP.

Panitia

Nama Guru
Tarikh
Hari
Masa
Modul/Mata Pelajaran:

Tajuk Standard Kandungan:

Standard Pembelajaran:

Anggaran Bahan
Tugas
Masa Kriteria Pencapaian sumber
utama/Proses
Pengajaran pembelajaran

Refleksi
(ditulis
tangan)
Garis Panduan PVMA
2015

Jadual dibawah menerangkan maksud komponen format RP. Petak di


sebelah kiri merupakan komponen RP iaitu Panitia, Nama Guru,
Tarikh, Hari, Masa, Tajuk, Anggaran Masa Pengajaran, Kriteria
Pencapaian, Tugas Utama/Proses, Bahan Sumber Pembelajaran dan
Refleksi manakala di sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap
komponen format RP tersebut. DSK dan RSL hendaklah dibaca
bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah.

KOMPONEN KETERANGAN

Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.

Nama Guru Nyatakan nama guru

Tarikh Nyatakan tarikh, dan.


Hari Nyatakan hari
Masa Nyatakan masa proses pengajaran dilaksanakan
Tajuk  Nyatakan nama Modul/mata pelajaran
 Nyatakan Standard Kandungan
 Nyatakan Standard Pembelajaran yang berkaitan pada sesi
pengajaran berkenaan sahaja
Anggaran
Masa Nyatakan masa yang dicadangkan oleh HSP sebagai panduan
Pengajaran kepada guru bagi mengawal sesi pengajaran.
Kriteria Nyatakan Kriteria Pencapaian yang menjadi matlamat pengajaran
Pencapaian sebagaimana di dalam DSK. Kriteria Pencapaian adalah sama seperti
RSL.
Tugas
utama/Proses Nyatakan tugas utama atau proses pengajaran sebagaimana RSL

Bahan sumber
pembelajaran Nyatakan bahan sumber pembelajaran yang digunakan sepanjang
proses pengajaran.
Refleksi Nyatakan respons guru sepanjang proses pengajaran dengan
(ditulis menyatakan tahap pencapaian pengajaran pada akhir setiap sesi
tangan) berkenaan. Ianya hendaklah ditulis tangan oleh guru.
Garis Panduan PVMA
2015

Berikut adalah contoh RP bagi satu Standard Pembelajaran..

Panitia Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Pendawaian Elektrik

Nama Guru Anuar bin Mohamad Som

Tarikh 8 Januari 2016


Hari Khamis
Masa 7.30 pagi – 11.10 pagi
Tajuk Modul/Mata Pelajaran:
Pendawaian Elektrik

Standard Kandungan:
Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa

Standard Pembelajaran:
2.1 Mengenal pasti alat kawalan penggunasatu fasa.
Anggaran
Tugas Bahan sumber
Masa Kriteria Pencapaian
utama/Proses pembelajaran
Pengajaran
2.1.1 Menyenarai alat kawalan Guru membuat Modul
40 minit pengguna berdasarkan penerangan dan Pembelajaran,
x piawaian The Institution of menunjukcara peralatan
4 waktu Electrical Engineers (IEE) kepada murid dan melukis, bahan
atau Suruhanjaya Tenaga murid akan sebenar alat
= 160 minit Malaysia (STM). kompeten melukis kawalan
2.1.2 Melukis simbol suis utama, simbol pengguna satu
pemutus litar arus baki sertagambarajah fasa dan
(PLAB) dan pemutus litar skematik dan kalkulator
miniatur (PLM) pendawaian alat
berdasarkan piawaian kawalan pengguna
lukisan elektrik. satu fasa
2.1.3 Melukis gambarajah
skematik alat kawalan
pengguna berdasarkan
piawaian lukisan elektrik.
2.1.4 Melukis gambarajah
pendawaian alat kawalan
pengguna berdasarkan
litar skematik.
Refleksi Pada keseluruhannya, sesi pengajaran saya berjaya di laksanakan mengikut perancangan.
(ditulis Saya telah berjaya melakukan sesi tunjukcara kaedah melukis dengan betul mengikut
piawaian. Pemerhatian saya di dalam kelas mendapati bahawa murid saya telah kompeten
tangan)
melukis simbol, gambarajah skematik dan gambarajah pendawaian dengan betul mengikut
standard LP.
Selain daripada itu, bahan sumber pembelajaran yang saya gunakan iaitu bahan sebenar
juga di dapati sangat menarik minat murid. Murid saya juga sentiasa bermotivasi untuk
menjalankan tugasan yang diberikan.
Setelah murid diberikan satu sesi pentaksiran ringkas (QUIZ) didapati terdapat beberapa
orang perlukan bimbingan lanjut. Ini dilaksanakan diluar sesi pembelajaran.
Garis Panduan PVMA
2015

7. SENARAI KURSUS PILIHAN

PVMA Fasa 1- 2015

Bil. Kursus PVMA Kod NOSS NOSS Bengkel MPV

Penyediaan HT-012-2 : Penyedia dan Katering dan


1.
Makanan 2012 Pembuatan Makanan Penyajian
Membuat Pembuat Pakaian Wanita Rekaan dan
2. K-012-2
Pakaian Kanan Jahitan Pakaian
Penjagaan Muka
3. Seni Kecantikan MP-060-2 Juruestetik dan Dandanan
Rambut
Artis Multimedia – Produksi
4. Animasi IT-040-2
Animasi Multimedia
Pembuatan
5. RB-050-2 Pembuat Perabot Kanan Membuat Perabot
Perabot
Dekorasi Hiasan Dalaman
6 ID-040-2 Pelukis Rekaan Dalaman
Dalaman Asas
Juruteknik Kenderaan Menservis
7 Automotif TP-300-2
Motor Automobil
Servis & Menservis
TP-118-
8 Motosikal Penyelenggaraan
2:2012 Motosikal
Motosikal
Peralatan Penyamanan Menservis
Penyejukbekuan Peralatan
Udara HVAC -Satu Fasa
dan ME-020-
9 (Pemasangan, Servicing, Penyejukan dan
Penyamanan 2:2012
Troubleshooting & Penyamanan
Udara
Pembaikpulihan) Udara
Pendawaian Pemasangan & Pendawaian
EE-320-
10 . Penyelenggaraan
Elektrik 2:2012 Domestik
Elektrik-Satu Fasa
Juruteknik Akuakultur Akuakultur dan
11. Akuakultur AF-033-2
(Hatceri) Haiwan Rekreasi

Tanaman
12. Tanaman AF-010-2 Juruteknik Tanaman
Makanan

PVMA Fasa 2 - 2018


Garis Panduan PVMA
2015

KURSUS KOD
BIL NOSS BENGKEL MPV
PVMA NOSS
Atendan Lanskap
LE-010-
(Landscape Attendant) (25-
1/LSC1
10-2010) Landskap &
1. Landskap
Koordinator Lanskap Nurseri
LE-010-
(Landscape Coordinator)
2/LSC2
(25-10-2010)
Proses Kimpalan Arka
MC-024- Kepingan Logam(Shielded Kimpalan Arka &
2. Kimpalan
3:2012 Metal Arc Welding Process) Gas
(18-12-2012)
Pemasang Paip & Kumbahan
PNS1
(Plumbing & Sanitary Fitter)
(09-06-08)
Kerja Paip
3. Perpaipan Tukang Paip & Kumbahan
Domestik
(Plumbing & Sanitary
PNS2
Plumber)
(09-06-08)
Jurubina Bangunan
B-010-1
Building Constructor
Pembinaan (28-04-94) Pembinaan
4. Bangunan Domestik
Jurubina Bangunan
B-010-2
Building Constructor
(28-04-94)
Signage
BC-045- Signage Production &
Production &
5. 2:2013 Installation Seni Reka Tanda
Installation
(24-04-2013)

Artis Multimedia – Visual


IT-050-2 Grafik
6. Visual (Multimedia Artist – Visual)
Berkomputer
(18-11-08)
Pemasangan &
Troubleshooting Peralatan
EE-021- Elektronik (Electronic Menservis
Elektronik
7. 2:2012 Equipment and Appliance Peralatan Elektrik
AV
Installation & Domestik
Troubleshooting)
(05-04-2012)

Pengeluaran Makanan
Pengeluaran AF-018- Pemprosesan
8. (Food Production)
Makanan 3:2014 Makanan
(02-04-2014)

Anda mungkin juga menyukai