Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan:

Arena sukan - membantu Malaysia memahat nama di mata dunia - saban tahun atlet Malaysia
menyertai pelbagai kejohanan/acara sukan bertaraf antarabangsa - tidak dapat dinafikan prestasi mutu
sukan negara masih rendah/merosot meskipun banyak wang telah dibelanjakan

Isi-isi:

Antara puncanya termasuklah latihan yang dijalankan kurang berkesan untuk menyerlahkan prestasi
atlet - atlet gagal mengatur strategi yang baik/ gaya permainan mudah dibaca oleh pihak lawan.

Atlet kurang latihan - berlatih hanya apabila menjelang sesuatu perlawanan - tidak konsisten - kurang
persefahaman atau keserasian (terutama bagi atlet berpasukan) - tidak dapat memberi persembahan
yang terbaik

Pemain/atlet negara kurang semangat patriotisme - bermain dan mewakili negara hanya kerana telah
dibayar gaji dan elaun - semangat untuk mengharumkan nama negara seolah-olah tiada - sikap sebegini
harus dikikis

Kurang disiplin dalam diri atlet - boleh mencetuskan masalah yang lebih besar - sukan memerlukan
disiplin yang tinggi - mudah berputus asa dan kurang semangat kesukanan - perlu motivasi yang tinggi
[Beri contoh atlet negara yang berdisiplin tinggi - Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei]

Kurang pendedahan baik di dalam mahupun luar negeri - perlu diberi lebih banyak pendedahan melalui
latihan atau penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa untuk timba lebih banyak pengalaman

Sistem ganjaran dan penghargaan membuatkan atlet mudah alpa dan berpuas hati berada di takuk yang
sama - sistem ini perlu dikaji agar atlet mahu terus berusaha untuk memberi yang terbaik.

Penutup:

Demi meningkatkan mutu sukan negara - langkah-langkah yang praktikal perlu diambil segera - atlet kita
mampu memberi saingan hebat kepada atlet luar jika masalah-masalah di atas ditangani sebaiknya
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara
kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.
Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari
bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh
mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku
semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula,
amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam
sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara
kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh
teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama
anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat
tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak
kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran


melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen
dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau
program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti
“Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan
negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-
negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-
masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’
Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa semangat patriotisme perlu dipupuk dalam diri generasi
muda di negara ini supaya rakyat di negara lain dapat menghormati dan memandang mulia kepada kita.
Tambah beliau lagi, semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalam diri generasi muda kita kerana
budaya ini sudah menjadi sebahagian negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat
patriotisme dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang cemerlang dan
dibanggakan oleh negara kerana keperibadian generasi kini akan mencerminkan keperibadian negara
ini. Banyak langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotisme
dalam diri generasi masa kini.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi
muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh
pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa
anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita atau membacakan cerita tentang perjuangan
tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang
tanah air. Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa
sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain itu, menceritakan
peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu
menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila orang
terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan makanan, hidup dalam
kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh penjajah. Mereka akan dapat membandingkan
keadaan hidup dalam pascamerdeka.

Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk pelajar-pelajar
sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme. Terdapat banyak tempat
bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang perlu
dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam.
Sebagai contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil melawat
ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan
Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa. Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah
air dan dapat menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan
peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara daripada ancaman
musuh. Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan
mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini dipernuhi dengan
aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program ini juga
merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk semangat patriotik kepada mereka ke arah
cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab,
kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang
kaum, budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang
merupakan elemen yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal
kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan. Ibu bapa
dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di kawasan setempat atau ibu bapa mengajak
anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di televisyen. Hai ini demikian akan dapat menjadi
medium yang sangat berkesan untuk menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka. Di
samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali nostalgia dan memori
sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka
semangat biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak
nikmat menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.

Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal
ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan negara dan menjadi individu
yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan semua pihak sangat penting untuk menerapkan
semangat patriotik dalam diri generasi muda. Contoh yang baik akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata
pepatah bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan gaya
hidup sihat kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat,
cergas dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mengikut kajian yang
dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat
melalui amalan hidup yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras
dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat pelbagai amalan gaya
hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Lantaran itu, persoalan yang perlu
dirungkaikan apakah amalan-amalannya?

Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak
melata! Hal ini disebabkan tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat
khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang
berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sudah terang lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia
tanpa penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan simbang.

Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Hal ini
demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu
akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh yang
dekat dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang
basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi memperoleh kehidupan yang sihat. . Jika
badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana minda yang
cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan yang cergas dan sihat kan menjadikan
seseorang itu lebih aktif ketika melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dianggap serampang dua mata
ini perlu dijadikan amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa bersukan dan beriadah mendatangkan
banyak maslahat kepada fizikal dan minda kita.

Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan? Hal ini kerana amalan
tersebut akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang,
dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya penyakit
jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan
moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan
segera. Hal ini demikian kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal
dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa dan wang ringgit dapat dijimatkan
melalui amalan tersebut.
Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat
yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang
proaktif untuk merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil,
sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi realiti. Oleh
itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika semua
pihak saling berpegang pada prinsip yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan
kita siapa lagi!