Anda di halaman 1dari 7

TERHAD

Kod Kertas: 942/3

PRA PERCUBAAN
STPM BAHARU (SESI 2014)

942/3 (PENGGAL 3)
TAHUN 2014

SKEMA PEMARKAHAN

GEOGRAFI
KERTAS 3

Skema pemarkahan ini terdiri daripada halaman bercetak.

1
TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL


[20 markah]

Jawab semua soalan.

Soalan 1

a) Takrifkan maksud ekologi [3]

Skema pemarkahan

Ekologi ialah satu [bidang/cabang sains] yang mengkaji [saling interaksi] antara [organisma
hidup/biotik dengan bukan hidup/abiotik dan dengan persekitarannya].

Kunci Idea:

1. satu bidang/cabang sains =


1M
2. saling interaksi =
1M
3. organisma hidup/biotik dengan bukan hidup/abiotik dan dengan persekitarannya. = 1M

b) Bezakan konsep rantaian makanan dengan siratan makanan

Kod Konsep rantaian makanan dan siratan makanan Markah


B1 Rantaian makanan menunjukkan [hubungan pemakanan antara
spesies] serta [ sirkit aliran tenaga secara sehala] antara pengeluar 2
– pengguna - pengurai dalam sesebuah ekosistem.
B2 Siratan makanan pula menunjukkan [gabungan beberapa
rantaian makanan secara silang-menyilang] serta [aliran 2
tenaga secara kompleks dan pelbagai hala] antara pengeluar
– pengguna - pengurai dalam sesebuah ekosistem.

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

(c) Bagaimanakah tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri? [3]

Skema pemarkahan

Tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri melalui [proses fotosintesis] iaitu proses


[penukaran tenaga cahaya matahari kepada tenaga biokimia] melalui [klorofil daun]
bagi menguraikan air kepada oksigen.

Persamaan kimianya : 6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O

Kunci Idea:
1. Proses fotosintesis =
1M 2
2. Penukaran tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia TERHAD
=
1M
3. Klorofil daun . = 1M
TERHAD

Soalan 2

a) Takrifkan maksud persaingan antara spesies [2]

Skema pemarkahan

Persaingan antara spesies dalam komuniti untuk [mendapatkan tenaga dan bahan] bagi menjadi
[spesies yang dominan] di dalam sesebuah kawasan. Misalnya persaingan antara spesies monyet
dan beruk di sebuah kawasan hutan hujan Tropika.

Kunci Idea:
4. Persaingan untuk dapatkan tenaga dan bahan = 1M
5. Spesies yang dominan = 1M
MAX = 2

b) Jelaskan dua faktor yang menghalang penyebaran spesies di dalam sesebuah ekosistem [4]

Kod Faktor yang menghalang penyebaran spesies Markah


B1 Halangan bentuk muka bumi. Seperti banjaran gunung, lembah/lurah
yang menyekat interaksi/pergerakan sesuatu spesies ke kawasan lain 2
seperti pergerakan haiwan liar (gajah) di sebuah kawasan hutan ke
hutan lain dihalang oleh banjaran gunung dan lembangan sungai yang
luas.
B2 Faktor suhu dan cuaca. Akibat perubahan suhu misalnya dari panas ke
sejuk (musim panas ke musim sejuk) maka interaksi dan pergerakan 2
spesies akan terhalang. Haiwan akan berhibernasi.
B3 Kekurangan air. Berpunca daripada kemarau yang berpanjangan
ekosistem tasik, kolam, paya dan sungai akan kekeringan air akibat 2
kadar sejatan yang terlalu tinggi. Ini akan menghalang penyebaran
spesies dan memusnahkan habitat ekosistem akuatik.
B4 Kekurangan nutrien. Pembesaran dan penyebaran spesies tumbuhan
akan tergendala apabila kekurangan sumber makanan daripada nutrien 2
tanah. Tumbuhan akan terbantut dan proses penyebaran spesies juga
akan terencat.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

(c) Bagaimanakah peningkatan suhu boleh menjejaskan ekosistem hutan . [4]

Skema pemarkahan

3
TERHAD
TERHAD

Kod Peningkatan suhu boleh menjejaskan ekosistem hutan Markah


C1 Suhu tinggi/cuaca panas menggangu persekitaran habitat. Contohnya di
kawasan hutan, persekitaran menjadi lebih panas, kelembapan udara 2
menurun dan ini menjejaskan hidupan seperti mikrorganisma, paku pakis
dan bakteria.
c2 Suhu yang terlalu tinggi menggangu proses fotosintesies, pendebungaan dan
penghasilan buah. Tumbuhan semulajadi akan layu, kering dan pengeluaran 2
sumber makanan asas akan terjejas. Ia memberikan impak kepada herbivor,
karnivor serta omnivor yang hidup di dalam hutan berkenaan.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA


4
TERHAD
TERHAD

[20 markah]

Soalan 3:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti sumber air? [2]

Skema pemarkahan

Kemerosotan kualiti sumber air bermaksud [ pencemaran sumber


air seperti sungai,tasik,kolam,paya dan laut] yang diukur daripada segi [ciri/petunjuk
fizikal, kimia dan biologi].

Kunci Idea:

4. Pencemaran sumber air =


1M
5. Petunjuk fizikal,kimia dan biologi =
1M

b) Bagaimanakah aktiviti tertier boleh menyebabkan kemerosotan kualiti sumber air? [4]

Skema pemarkahan

Kod Aktiviti tertier yang menyebabkan kemerosotan kualiti sumber air Markah
B1 Perniagaan. Pembuangan sisa makanan/restoran,plastik,botol dan tin ke
dalam sistem parit,longkang dan sungai menyebabkan sumber air tercemar 2
dengan sisa pepejal.
B2 Pengangkutan air. Pembuangan enap cemar petroleum oleh kapal tangki atau 2
perlanggaran antara kapal tangki minyak menyebabkan ketulan-ketulan
minyak terapung di atas permukaan air laut.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Jelaskan dua langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah kemerosotan kualiti
sumber air di Malaysia. [4]

Skema pemarkahan

Kod Dua langkah bukan perundangan Markah


C1 Merawat sumber air yang tercemar dengan menggunakan kaedah 2
membran,RO (reverse ormosis), nyahtoksid dll.
C2 Kempen membersihkan sungai dan longkang yang tercemar melalui gotong 2
royong dan usahasama antara agensi kerajaan, swasta, NGO dan orang
ramai.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

Soalan 4
5
TERHAD
TERHAD

a) Pilih satu aktiviti pertanian dan jelaskan bagaimana aktiviti tersebut boleh menjejaskan
alam sekitar fizikal setempat [2]

Skema pemarkahan

Kod Bagaimana aktiviti pertanian menjejaskan alam sekitar fizikal Markah


A1 Aktiviti penanaman tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa teres meningkatkan 2
kadar hakisan larian air permukaan dicerun-cerun bukit seperti penanaman
sayur di Cameron Highlands.
A2 Aktiviti pembakaran terbuka di ladang tebu dan sawah padi menyebabkan 2
pencemaran udara dan jerebu apabila partikel-partikel terampai seperti
habuk dan asap terapung diudara.
A3 Aktiviti penyemburan racun serangga dan penggunaan baja kimia yang 2
berlebihan menyebabkan pencemaran air tanih dan sungai apabila
berlakunya proses larut resap.
Pemarkahan: Mana-mana 1 isi x 2 markah = MAX 2 Markah MAX 2

b) Cadangkan dua langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurangkan
kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal. [4]

Skema pemarkahan

Kod Bagaimana aktiviti pertanian menjejaskan alam sekitar fizikal Markah


B1 Kaedah tanaman hidroponik, penggunaan baja organik dan kawalan 2
biologi bagi mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun
serangga dalam aktiviti pertanian. Kaedah ini dapat mengurangkan
pencemaran air.
B2 Amalan tanaman tutup bumi seperti pokok kekacang serta tanaman 2
berteres bagi mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan.
Pokok kekacang mampu mengurangkan hempasan air hujan
disamping membekalkan nutrien tanah.
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Bagaimanakah masyarakat boleh melibatkan diri dalam pengurusan alam sekitar yang
lestari di Malaysia. [4]

Skema pemarkahan

Kod Bagaimana aktiviti pertanian menjejaskan alam sekitar fizikal Markah


C1 Menyertai kempen penjagaan alam sekitar seperti kempen 3R dan juga 2
melibatkan diri dengan aktiviti gotong royong membersihkan alam
sekitar seperti pembersihan sungai dan pantai bersama-sama dengan
agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
C2 Menggunakan sumber alam sekitar secara berhemah, tidak membazir 2
seperti penjimatan air dan tenaga elektrik serta menggunakan produk
yang mesra alam misalnya penggunaan petrol tanpa plumbum.
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

6
TERHAD
TERHAD

7
TERHAD