1. Pada peringkat permulaan, perkara yang ditekankan ialah mengumpul ayat-ayat suci Al-
Quran.
Hal ini adalah disebabkan oleh ramai tahfiz telah mati syahid semasa berperang.
Ayat-ayat Al-Quran diajar dengan cara hafalan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Ia juga bertujuan untuk memerangi golongan nabi palsu (Ar-Riddah).
Zaid bin Thabit telah diperintah untuk melaksanakan tugas ini kerana beliau pernah menjadi
penulis wahyu pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Ayat-ayat Al-Quran ditulis semula diatas pelepah kurma, kepingan batu dan lain-lain bahan
penulisan.
2. Pembaharuan kedua yang dilakukan ialah penyebaran hadis iaitu melalui ucapan Nabi
Muhammad S.A.W.
Tokoh-tokoh hadis adalah seperti Abu Hurairah, Aisyah dan Abdullah bin Umar.
Hadis juga turut diriwayatkan oleh tokoh daripada golongan Tabi’in seperti Said bin
Musayyab, Urwan bin Zubayr dan Salim bin Abdullah bin Umar.
Penyebaran hadis ini dilakukan agar setiap perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
S.A.W. sampai kepada para pengikutnya.
3. Khalifah Abu Bakar menjadikan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan.
Ini adalah untuk menjadikan masjid bukan hanya tempat ibadat semata-mata.
Ia juga boleh digunakan atas tujuan sebagai pusat penyebaran dakwah, pusat pentadbiran dan
pendidikan.
Abu Bakar As-Siddiq juga selalu mengunjungi dan melawat ke masjid untuk berdakwah.
Beliau turut menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah bin Saad untuk mengajar Al-Quran
dan hadis di sekitar masjid Madinah.
Pengajaran pendidikan yang digunakan adalah berdasarkan sistem halaqah dimana guru
berada ditengah dan dikelilingi pelajar-pelajarnya.
4. Pembaharuan yang giat dilakukan adalah mempergiatkan usaha dakwah.
Usaha ini dilakukan apabila berlaku peperangan.
Ia juga dijadikan antara syarat sebelum berperang seperti memeluk Islam, membayar jizyah
dan berperang apabila dicabar.
Satu utusan telah dihantar ke Damsyik (Syam) bersama 7500 orang tentera.
Utusan-utusan lain dihantar ke Palestin, diketuai oleh Amr bin Al-As, dan Syurahbil bin
Hasanah ke Jordan menerusi perang Tabuk.