Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A : Alam Sekitar Fizikal (Pahang 2018 )

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi ?[3]

-Merujuk kepada bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya dengan mengambil masa 365¼ hari dari barat ke
timur/lawan jam

(b) Terangkan bagaimana kejadian berikut berlaku.[6]

(i) Solstis musim sejuk.

· Matahari berada tegak di atas kepala di garisan Jadi pada waktu tengah hari.

· Berlaku pada 22 Disember.

· Kesannya malam lebih panjang daripada siang.

(ii) Solstis musim panas.

· Matahari berada tegak di atas kepala di garisan Sartan pada waktu tengah hari.

· Berlaku pada 21 Jun.

· Kesannya siang lebih panjang daripada malam.

(c) Jelaskan tiga kesan kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia.[6]

-Pertanian. Dijalankan mengikut musim tertentu , tidak sepanjang tahun. Contoh penanaman gandum dijalankan

pada musim bunga dan dituai pada musim sejuk.

-Pelancongan. Dijalankan pada musim sejuk. Pelancong bermain luncur air dan hoki ais.

-Pertempatan/tempat tinggal. Musim sejuk tinggal dalam iglu. Musim panas tinggal dalm tupik.

-Pembalakan. Dijalankan pada musim sejuk apabila getah pokok beku dan senang ditebang.Tidak dijalankan sepanjang

tahun

-Penternakan. Musim panas dilepaskan meragut rumput di padang.Musim sejuk dibiarkan dalam kandang dan diberi

makan jerami .

2 (a) Terangkan proses geomorfologi yang sering berlaku di Malaysia.[12]

-Luluhawa Fizikal. Proses pemecahan batuan secara insitu oleh agen luluhawa seperti suhu dan hujan sehingga berlaku

perubahan pada saiz batuan tersebut.

-Luluhawa Kimia. Proses pemecahan batuan secara in situ oleh agen luluhbawa seperti suhu dan hujan sehingga

berlaku perubahan kimia pada batuan tersebut.

-Luluhawa Biologi. Proses pemecahan batuan secara in situ oleh agen luluhawa seperti tumbuhan dan haiwan.

-Pergerakan Jisim. Melibatkan pergerakan regolit dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti dan air hujan sebagai
pelicin.

-Hakisan. Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen bergerak seperti air

mengalir dan ombak.

-Pengangkutan. Proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa atau terhakis oleh agen bergerak seperti air mengalir,

angin dan ombak.

-Pemendapan. Proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh

agen seperti air mengalir dan ombak di sesuatu kawasan.

(b) Bincangkan aktiviti manusia yang sesuai dijalankan di kawasan tanah pamah di Malaysia.[13]

-Pertanian. Tanah pamah yang rata dan subur dapat menakung air untuk penanaman padi.Tanah pamah yang beralun

dan bersaliran baik subur untuk getah dan kelapa sawit.

-Petempatan. Tanah pamah lebih mudah untuk dibina tapak kawasan perumahan, tanpa melibatkan kos yang tinggi

untuk meratakan tanah.

-Pengangkutan. Jaringan pengangkutan lebih mudah dibina tanpa kos membinaan yang tinggi dan lebih selamat.

-Perlombongan. Kawasan tanah pamah seperti kawasan lembah sungai kaya dengan sumber bijih timah dan kawasan

tanah pamah yang beralun kaya dengan bauksit.

-Perindustrian. Pembinaan tapak kilang di kawasan tanah pamah yang rata lebih mudah dan kos yang rendah.

-Pelancongan. Kawasan pinggir pantai sesuai untuk aktiviti pelancongan seperti kawasan pantai berpasir.

*Kesimpulan

3 (a) (i) Jelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi gunung berapi.[12]

-Gunung berapi lava bes. Lava bersifat cair dan lambat membeku menyebabkan ianya bergerak laju dan membentuk

cerun landai dan membentuk mendapan yang luas.

-Gunung berapi lava asid. Lava bersifat likat dan cepat membeku menyebabkan aliran lava tidak mengalir jauh dan

membentuk cerun curam.

-Palam Gunung Berapi. Lava yang agak pekat sebahagian kecilnya membeku di lohong gunung api, proses gondolan di

kawasan gunung berapi mati akan menyebabkan terbentuk sebagai tiang tinggi di kawasan gunung berapi.

-Dataran lava. Apabila lava yang sangat cair mengalir di celah rekahan batuan dan membeku di permukaan bumi.

-Gunung Berapi Kon Abu. Terbentuk daripada abu yang dikeluarkan semasa letusan gunung berapi. Biasanya gunung

berapi ini kecil-kecil dan cerunnya agak curam.


-Kaldera. Tekanan yang kuat semasa letusan menyebabkan bahagian puncak gunung berapi musnah dan membentuk

kawah.

-Geiser. Merupakan pancutan air panas hasil daripada pemanasan wap air oleh magma di dalam kerak bumi.

-Gunung Berapi kon Komposit. Terbentuk apabila kon terbina dari abu dan debu yang berselang seli dengan lawa.

Bahan yang membentuk kon bukan sahaja keluar dari bahagian tengah, tetapi pada sisi dan membentuk kon kecil.

(ii) Bincangkan kesan positif bentuk muka bumi gunung berapi terhadap aktiviti manusia.[13]

-Aktviti Pertanian. Di lereng-lereng gunung berapi lava bes yang subur sesuai untuk penanaman padi sawah dan

sayur- sayuran serta buah-buahan.

-Aktiviti penjanaan kuasa elektrik geoterma. Pembinaan logi memproses wap air untuk dijadikan kuasa elektrik giat

dijalankan di kawasan gunung berapi.

-Aktiviti Pelancongan. Penghasilan bentuk muka bumi yang menarik hasil dari letusan gunung berapi menarik

kedatangan pelancong seperti kaldera dan geiser.

-Aktiviti Perikanan. Tasik kawah yang terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi merupakan habitat yang sesuai

untuk ikan air tawar dan telah dijadikan sebagai sumber pendapatan oleh nelayan.

-Aktiviti Perlombongan. Kawasan gunung berapai kaya dengan sumber mineral seperti batuan granit dalam aktiviti kuari

dan juga terdapat sumber sulfur.

-Aktiviti Perubatan. Sulfur atau belereng dan lumpur gunung berapai merupakan sumber berubatan tradisional.

-Aktiviti Petempatan. Kawasan lereng gunung berapi yang subur dan banyak peluang pekerjaan menggalakkan

pembinaan pertempatan.

*Kesimpulan

(b) (i) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi proses pemendapan sungai.[12]

-Isipadu air sungai. Apabila isipadu air sungai berkurangan selepas banjir atau pada musim kemarau akan menyebabkan

daya keupayaan pengangkutan sungai semakin berkurang. Keadaan ini menyebabkan banyak bahan muatan sungai

dimendapkan di alur sungai.

-Halaju air. Halaju air akan berkurangan apabila kecerunan alur sungai semakin landai terutama di peringkat hilir.

Kesannya sebahagian besar daripada bahan muatan sungai akan dimendapkan di bahagian hilir apabila daya

mengangkut semakin berkurangan.

-Kecerunan. Kecerunan berkait rapat dengan halaju sungai. Kawasan sungai di peringkat hilir adalah lebih landai
berbanding dengan kawasan di peringkat hulu, mengakibatkan halaju dan tenaga arus menjadi lemah. Keadaan ini akan

menyebabkan beban muatan sungai di mendapkan.

-Bentuk Alur. Bentuk alur yang berliku terutama di bahagian likuan dalam memudahkan berlakunya pemendapan

berbanding dengan bentuk alur yang lulus.

-Jenis batuan. Alur sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur dan batu pasir akan menghasilkan

beban sideman yang banyak bagi membantu dalam meningkatkan proses pemendapan berbanding alur sungai yang

batuanya terdiri daripada batuan keras seperti granit.

-Bahan Muatan. Bahan muatan yang pelbagai akan diangkut oleh arus sungai melalui cara yang berbeza. Pengurangan

tenaga arus menyebabkan air sungai memendapkan beban yang dibawanya.

-Halangan. Halangan yang terdapat di dalam alur sungai akan memperlahankan aliran air sungai. Keadaan ini

menyebabkan proses pemendapan akan berlaku dengan giat.

(ii) Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.[13]

-Aktiviti pertanian .Dataran Banjir / Delta merupakan bentuk muka bumi yang kaya dengan tanih aluvium yang subur

untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan air untuk bertakung. Padi memerlukan jumlah air yang

banyak ketika proses pertumbuhannya supaya dapat menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti.

-Aktiviti Pengangkutan. Tetambak merupakan satu jaluran kawasan yang tinggi dan jauh daripada ancaman banjir.

Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan jalan raya yang merupakan salah satu daripada pengangkutan

darat dapat dibina dengan mudah dan lebih selamat di atas tetambak tersebut.

-Aktiviti penternakan ikan air tawar/akuakultur. Tasik Ladam merupakan tasik semulajadi yang dalam dan tenang.

Keadaannya yang sedemikan telah menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar untuk menternak ikan di

tasik tersebut.

-Aktiviti pembinaan. Pulau Sungai salah satu bentuk muka bumi pemendapan sungai yang kaya dengan pasir yang

diperlukan oleh sektor pembinaan. Pasir yang membentuk pulau sungai akan dikorek dan dijual kepada pengusaha

yang terlibat dengan sektor pembinaan.

-Aktiviti Pelancongan. Tasik Ladam merupakan tasik semula jadi yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar

negara untuk menjalankan aktiviti riadah seperti memancing.

-IKS /PKS. Kedudukan tetambak yang tinggi dan jauh dari banjir serta rata sesuai untuk menjadi tempat menjemur hasil

perikanan seperti menjemur ikan kering.


-Aktiviti Perlombongan. Aktiviti pelombongan pasir dijalankan di kawasan pulau sungai yang kaya dengan pasir dengan

cara mengorek kawasan sungai yang mempunyai pulau sungai yang terbentuk daripada proses pemendapan.

*Kesimpulan

Bahagian A

1. (a) Sebutkan tiga planet yang paling hampir kedudukannya dengan matahari .[3]

(b) Jelaskan dua kepentingan bahangan terhadap planet-planet dalam sistem suria. [4]

(c) Jelaskan dua proses pemindahan tenaga matahari ke bumi.[4]

(d) Huraikan dua pengaruh bahangan suria terhadap proses geomorforlogi.[4]

2. (a) Jelaskan perbandingan antara proses endogenik dengan proses eksogenik.[12]

(b) Bincangkan pengaruh tenaga matahari terhadap kegiatan pertanian di kawasan tropika lembab .[13]

3. (a) (i). Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses hakisan sungai.[12]

(ii). Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi tindakan sungai terhadap aktiviti manusia.[13]

(b) (i) Huraikan proses-proses luluhawa kimia yang giat berlaku di kawasan tropika lembap.[10]

(ii) Sejauhmanakah faktor batuan mempengaruhi proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembab. [15]

Bahagian A(a) Bezakan maksud bahangan suria dengan bahangan terestrial.[ 4 Markah]

Bahangan Suria.Dikenali sebagai bahangan matahari. Dipancarkan waktu siang.

Dikenali sebagai bahangan bumi. Dipantulkan waktu malam.

Dalam bentuk gelombang pendek

Dalam bentuk gelombang panjang

2 Markah

2 Markah

MAX 4

5(a) Jelaskan pengaruh bahangan suria terhadap proses fizikal di permukaan bumi
Judul isi Jawapan

Huraian dan Contoh

Markah

1. Proses Luluhawa fizikal.

Mempengaruhi luluhawa fizikal secara pengembangan dan pengecutan

Luluhawa fizikal secara beku-cair fros

Luluhawa fizikal secara penghabluran garam.

2. Proses luluhawa kimia.

Proses basah-kering batuan.

Sinaran/bahangan matahari meningkatkan suhu sekitar melebihi 10˚C.

Tindakbalas kimia akan berganda apabila suhu meningkat (prinsip Vant Hoff)

3. Proses Hakisan Glasier/pencairan ais.

Bahangan suria menyebabkan lapisan ais cair.

Mewujudkan sungai-sungai glasier.

Hakisan ragutan dan lelasan glasier meningkat.

Salji runtuh.
2

4. Proses hakisan layangan angin.

Sinaran/bahangan matahari yang terik menyebabkan kawasan gurun menjadi kering – kontang, tandus – gersang.

Hakisan layangan angin berlaku dengan cepat.

Proses penggurunan bertambah – saiz gurun membesar

5. Proses sejatan dan sejat-peluhan.

Bahangan suria membekalkan jumlah haba yang cukup untuk membolehkan sejatan berlaku.

Sejatan dari permukaan tasik, sungai, paya, kolam dan laut – wap air terbebas ke atmosfera.

Sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih – wap air terbebas ke atmosfera.

6. Proses Fotosistesis tumbuhan.

Bahangan suria membekalkan tenaga yang cukup untuk tumbuhan memproses makanannya sendiri melalui proses
fotosistesis.

Tenaga suria bertukar kepada tenaga kimia dan disimpan di dalam daun serta buah.
2

7. Proses pergerakan angin.

Bahangan suria menyebabkan perbezaan suhu antara dua tempat.

Suhu berbeza tekanan berbeza. (Suhu tinggi – tekanan rendah dan Suhu rendah – tekanan tinggi).

Tiupan angin bermula dari tekanan tinggi ke tekanan rendah.

Semakin besar perbezaan tekanan – semakin kencang angin bertiup.

(b) Jelaskan tiga kesan bahangan suria terhadap aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembab.
[ 6markah)

Judul Isi Jawapan

Huraian dan Contoh

Markah

1. Aktiviti pertanian

Bahangan suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman – proses fotosistesis sempurna.

Pengeluaran bunga dan buah.


Aktiviti pengeluaran hasil tanaman seperti penuaian padi, susu getah, tanaman tembakau, buahan dll dapat
dikeluarkan dan dipasarkan dengan baik.

2. Aktiviti pelancongan.

Cuaca panas menggalakkan kedatangan pelancong asing.

Aktiviti berjemur ditepi pantai.

Aktiviti berkayak/berakit dll yang berkaitan dengan eko pelancongan.

3 Aktiviti Perikanan.

Sinaran matahari/cuaca cerah - Aktiviti nelayan berjalan dengan baik tanpa gangguan seperti pada musim tengkujuh.

Pertumbuhan plankton dan zoo plankton aktif – menjadi tumpuan pelbagai spesis ikan.

Aktiviti akuakultur dan marinkultur dapat dijalankan dengan baik.

2
4. Aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Bahangan suria yang terik/cuaca panas – pengeringan batik dan aktiviti menjemur ikan kering dapat dilaksanakan.

Industri perabot dan perusahaan arang kayu beroperasi dengan sempurna.

5. Gangguan aktiviti riadah dan mengehadkan pergerakan penduduk.

Bahangan matahari terlalu terik/panas melampau – mengehadkan pergerakan penduduk.

Pelbagai penyakit cepat merebak melalui penularan virus.

Stroke haba – deman panas.

Meningkatkan kejadian jerebu.

Bahagian A (Kedah 2018)

1. (a)Nyatakan tiga proses geomorfologi di permukaan bumi.[3

(b)Jelaskan dua proses


Bahagian A

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk ?[5]

Maksud solstis musim sejuk ialah satu tempoh yang dialami oleh bumi [1m] apabila matahari berada tepat di atas

garisan jadi [1m] yang terletak di Hemisfera Selatan [1m] pada tarikh 21 atau 22 Disember [1m] setiap tahun apabila

hemisfera utara mengalami sejuk. [1m]

b) Huraikan perbezaan jangka masa antara siang dengan malam di kawasan latitud yangberbeza semasa solstis

musim sejuk di hemisfera utara.[8]

-Hemisfera Utara - Waktu malam lebih panjang daripada waktu siang.

-Hemisfera Selatan-Waktu siang lebih panjang daripada waktu malamB3

-Kutub Utara (lebih 66 U)

mengalami malam 24 jamB4

Kutub Selatan (lebih 66

S)

mengalami siang 24 jamB5

Kawasan Khatulistiwa

siang dan malam sama panjang

c) Jelaskan kesan penerimaan intensiti bahangan suria yang rendah semasa solstismusim sejuk terhadap aktiviti

manusia di kawasan beriklim sederhana. [12]