Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


(KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
SMK ST ANTHONY TELUK INTAN 2013

PENDAHULUAN
Program ini diwujudkan untuk memenuhi aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia dalam Pelan
Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang meletakkan negara berada dalam kelompok satu per
tiga teratas pentaksiran antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMSS) dan Program for International Students Asssessment(PISA) yang memfokus kepada
matapelajaran Matematik , Sains dan bacaan dalam tempoh 15 tahun ini.
Keputusan TIMSS 2011 dan PISA 2009 menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar di
Malaysia kurang berkemahiran menginterprestasi maklumat lebih kompleks dan mengenalpasti
penyelesaian yang sesuai serta mempamerkan proses kognitif aras tinggi dalam penyampaian
keputusan.
Sehubungan itu, bagi pelaksanaan latihan KBAT, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia teleh dipertanggungjawabkan merancang dan melaksanakan latihan kepada guru-
guru dalam perkhidmatan khususnya guru-guru Matematik, Sains dan Sejarah selaras dengan
pembentangan bajet 2013 YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan peruntukan tambahan
sebanayk RM 500 juta pelaksanaan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

NAMA PROGRAM
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN MATEMATIK

RASIONAL PROGRAM
Rasional program ini adalah sebagai asas kepada usaha untuk memenuhi aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia dalam Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 di samping memberi latihan kepada
guru-guru dalam perkhidmatan khususnya guru-guru Matematik untuk meningkatkan kompetensi guru
matematik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan pemikiran berasas tinggi.

OBJEKTIF PROGRAM
Secara umumnya,program ini bertujuan meningkatkan kompetensi guru matematik dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik menggunakan pemikiran berasas tinggi.objektif program termasuk:
 Memahami maksud dan konsep KBAT, falsafah dan teori KBAT
 Meningkatkan kemahiran KBAT melalui pemahaman prinsip-prinsip berkaitan dengan KBAT
meningkatkan strategi-strategi penyelesaian masalah kontemporari bagi matematik

1
 Menambah dan meluaskan pengetahuan tentang pedagogi pengajaran matematik serta kaedah
pentaksiran yang mengambil kira KBAT
 Mempraktikan pemikiran matematik yang dapat memupuk kreativiti, pemikiran kritis dan pemikiran
kuiri
 Memahami objektif pentaksiran Lembaga Peperiksaan, TIMSS dan PISA dan mengaitkannya
kepada kurikulum dan amalan asas.

TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 18 hingga 22 November 2013


Tempat : Bilik Audio Visual SMK St Anthony, Teluk Intan.

PENCERAMAH
Cik Husna Iza binti Shaarani

KUMPULAN SASARAN
Semua guru Matematik SMK St Anthony, Teluk Intan seramai 7 orang

TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Jumlah Jumlah
Keseluruhan

1 MAKAN PAGI
RM 3 X 8= RM 24.00 RM 24 X 5

JUMLAH RM 120.00

2 MAKAN TENGAHARI
RM 5 X 8 = RM40 RM 40 X 5

JUMLAH RM 200.00

--------------------
JUMLAH KESELURUHAN RM 320.00

Peruntukan daripada PPD Daerah Hilir Perak

2
PENUTUP

Selaras dengan objektif program, seharusnya aktiviti-aktiviti yang dirangka akan mampu
memberikan input yang baik terhadap semua peserta program ini. Malah melalui program ini, para peserta
boleh menjadikannya sebagai satu asas bagi meningkatkan kompetensi guru matematik dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik menggunakan pemikiran berasas tinggi.
Akhir sekali, pelaksanaan program selama 5 hari diharap mampu dijadikan sebagai satu titik
permulaan kepada semua guru untuk Mempraktikan pemikiran matematik yang dapat memupuk kreativiti,
pemikiran kritis dan pemikiran kuiri di dalam kelas.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:

............................................... .............................................. .....................................


( CIK HUSNA IZA BINTI SHAARANI ) ( PN LAI AH KEEN )
Ketua Panitia Matematik
SMK St Anthony

TARIKH:……………………………

3
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN MATEMATIK

ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK SMK ST ANTHONY TELUK INTAN PERAK

4
LAMPIRAN 1

TENTATIF LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


(KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

HARI 0800 - 0815 0815 - 0845 0845 – 0945 0945 - 1015- 1115 1115 – 12.15 1215-1230
1015
1 PENDAFTARAN TAKLIMAT SLOT 1 MINUM SLOT 2 SLOT 3 MAKAN
PROGRAM FALSAFAH,PRINSIP PAGI ITEM BUKAN RUTIN PEMBINAAN ITEM TENGAHARI
& UJIAN & ISU DALAM KBAT & ITEM LEMBAGA BUKAN RUTIN
PRA PEPERIKSAAN
0800 - 0900 0900-1000 1000 - 1030 – 1215 1215 – 1230
1030
2 SLOT 4 SLOT 5 SLOT 6
ITEM TIMSS & PISA TEKNIK PEMBINAAN
PENYOALAN MINUM ITEM TIMSS & PISA
3 SLOT 7 SLOT 8 PAGI PEMBINAAN
PETA PEMIKIRAN PEMBINAAN PETA PEMIKIRAN
PETA PEMIKIRAN MAKAN TENGAHARI
4 SLOT 9 SLOT 10 PEMBINAAN
MDH PEMBINAAN RPH MDH
RPH MDH
5 SLOT 11 SLOT 12 PENUTUP & UJIAN
PMB PEMBINAAN POS
RPH PMB