Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERJA KURSUS
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
TINGKAH LAKU

NAMA : RATHI A/P GUNASEGARAN

NO.KAD PENGENALAN : 960308-04-5124

KOD KURSUS : EDUP 3043

KOD MATRIK : 29576

KUMPULAN :Q4

NAMA PENSYARAH : EN. KANTHASAMY SUNDARA RAJOO

TARIKH SERAHAN : 25 OGOS 2016


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadirat Tuhan. Salam sejahtera dan salam satu
Malaysia saya ucapkan kepada semua orang. Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan saya kepada pensyarah saya, Cik Hajah Norhayati Binti Haji Sidek kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan cemerlang. Beliau telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan
kerja kursus pendek ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada tuhan yang maha esa
kerana izin dan kurnianya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan ribuan terima kasih juga
saya tujukan kepada rakan sebaya saya kerana telah memberi tunjuk ajar, cadangan dan
bantuan kepada saya yang telah kongsikan bersama untuk menyiapkan kertas kerja ini.

Di samping itu saya turut mengucapkan terima kasih kepada pihak perpustakaan kerana
memberi pinjam buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Walaupun sangat susahnya
kerja kursus ini, dengan kasihan tuhan saya dapat menyempurnakan dengan baik. Jika saya
dapat masa yang lebih lagi pasti, saya akan memberi satu kerja kursus yang terbaik. Karya-karya
yang dikaji menjadi teladan keapda saya. Saya berharap perkara yang saya pelajari dalam kerja
kursus ini dapat aplikasi dalam kehidupan nanti. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
untuk menyiapkan kerja kursus.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.Tanpa
bantuan mereka kami tidak dapat menyempurnakan tugasan saya dengan jayannya. Selain itu,
kami turut berterima kasih kepada rakan sekelas saya kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi memenuhi usaha menyempurnakan tugasan ini.

Sekian,terima kasih

2
REFLEKSI

Pada mulanya,apabila saya mendapatkan tugasan, ini saya rasa agak keliru tentang
kehendak soalan. Namun saya berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya
sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya
tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.Sekali lagi saya
ingin berterima kasih kepada mereka yang memberi tangan untuk menyempurnakan kerja kursus
ini. .Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana sayai tidak menyangka bahawa saya
telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan
dan dihantar pada masanya. Tidak dapat saya nafikan bahawa sepanjang proses menjalani
tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman yang berguna.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya banyak mendapat manfaat dan pengalaman
yang dapat membantu pada masa akan datang. Antaranya, saya dapat meningkatkan kemahiran
mencari maklumat. Ekoran daripada ini, saya dan rakan-rakan saya mencari maklumat di
perpustakaan Ipg kampus Ipoh. Pada masa yang sama, saya dapat mahir dalam
memanipulasikan maklumat dan menjelaskannya dengan melaksanakan tugasan ini.

Pertama sekali, mata pelajaran ini membantu saya melengkapkan diri saya dengan
konsep alam belajar serta pengajaran dan pembelajaran. Saya dapat meningkatkan kefahaman
saya mengenai model-model displin utama dan implikasi teori pembelajaran pengajaran dan
pembelajaran.Selain itu, melalui bahan bacaan tambahan, sekarang saya mempunyai
pemahaman yang lebih baik kepada model pengurusan displin bilik darjah. Secara peribadi, saya
merasakan bahawa kita sebagai seorang guru yang berkualiti perlulah sentiasa membaca untuk
mendapatkan dan meningkatkan pengetahuan kita agar dapat menghadapi cabaran masa
depan.

Tambahan pula, melalui tugasan ini , saya turut faham dan sedar bahawa bagi menyahut
cabaran mentransformasi professional keguruan dalam sistem pendidikan masa kini, ia adalah
bergantung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Pendek kata, sebagai seorang
bakal guru, saya harus mempunyai pengyataan yang mendalam untuk semua aspek dimana
dapat melahitrkan seorang guru yang berkualiti yang dapat menjamin keberkesanan pelajaran
murid. Selain itu, di sini melalui matapelajaran ini, saya sedar akan kepentingan untuk
menyediakan suasana yang kondusif bagi para pelajar agar mereka dapat menimba ilmu dengan
mudah.

Bukan sahaja itu, pengambilan mata pelajaran ini dapat membantu saya untuk
memperbaiki dan memperkukuhkan pengetahuan pedagogi saya. Tambahan pula, sebagai
seorang bakal guru saya mendapati ia adalah penting untuk mengetahui kemahiran pedagogi
supaya ia memberi manfaat kepada saya pada masa depan.

Bukan itu sahaja, saya dapat menyampaikan hujah yang matang pandangan peribadi
saya dalam tugasan ini. Ini membantu saya untuk meningkatkan tahap pengetahuan am saya
serta membantu saya meningkatkan kemahiran pemikiran saya dan untuk menjadi lebih analitikal
dalam penulisan akademik yang ilmiah. Secara tidak langsung, keadaan ini menjadikan saya
lebih faham akan cabaran-cabaran seorang guru di masa hadapan.

Di samping itu, tugasan ini amat mencabarkan. Ini kerana ia memerlukan kefahaman
yang mendalam kerana ia saling berkait antara satu sama lain. Tidak dapat dinafikan bahawa
melalui tugasan ini ,saya telah memperolehi penguasaan dalam pengajaran ini.Saya juga dapat
menimba pelbagai ilmu baru serta pengalaman baru dalam proses melaksanakan tugasan ini.

Secara keseluruhannya, saya berasa amat gembira dalam melaksanakan tugasan EDUP
3043 ini. Konklusinya, saya percaya lebih banyak tugasan seumpama ini dapat diberi supaya
dapat memanfaatkan para pelajar. Secara peribadi, saya telah memperolehi banyak ilmu serta
pengalaman dalam usaha mejayakan projek ini. Akhir kata, saya berharap untuk melibatkan diri
saya dalam projek seumpama ini untuk kebaikan diri saya.

Sebagai kesimpulan, saya juga akan mengaplikasikan pengalaman-pengalaman saya


yang saya perolehi kepada anak murid saya pada masa akan datang supaya P&P saya lebih
bersistematik dan kemas. Pada masa yang sama, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung
sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Sekian, terima kasih .

12
LAMPIRAN

14
BIBLIOGRAFI
Buku

(1995). In E. A. Meng, Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2 (p. 532). Shah Alam:
Fajar Bakti SDN. BHD.

(2012). In B. P. Noriati A.Rashid, Murid dan Alam Belajar (p. 260). Shah Alam: Oxford Fajar.

KDRI. (2009). Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Model - Model Pengurusan Disiplin , 4.

Internet

Murid dan Alam Belajar. (2011, Mei 23). Retrieved September 10, 2013, from Cikgu Semasa:
http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6-motivasi.html

My Priority. (2008, Disember 16). Retrieved September 10, 2013, from Pendekatan Deduktif:
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html

Hamzah.H & Samuel J.N (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul
Ehsan. Oxford Fajar

Chiew.G.S (2005). Classroom Management. Singapore. Pearson Education South Asia.

Hardin.C.J (2008). Effective Classroom Management. United States of America. Pearson Merrill
Prentice Hall

Mansor.M (1 Jun 2010). Maksud & Definisi Tingkah laku. Diakses pada 8 Februari 2013 daripada
http://dmaza.blogspot.com/2010/06/maksud-definisi-tingkah-laku.html

Hafiz.M ( 1 April 2009). Model Disiplin Kounin. Diakses pada 13 Februari 2013 daripada
http://knowledgeyou.blogspot.com/2009/04/model-disiplin-kounin.html

13
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

___________________________________________________________________________________

1.0 Isi Kandungan………………………….. 1

2.0 Penghargaan……...…………………….. 2

3.0 Penulisan Akademik………………. …… 3-8

4.0 Bibliografi…………………………………... 9
1

PENGENALAN

Konsep disiplin bilik darjah merupakan tindakan strategi yang digunakan untuk kebaikan
peraturan di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas
pengurusan disiplin yang kukuh. Disiplin bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau
membuat sesuatu dengan tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang
baik, tolong – menolong dan sentiasa berusaha membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha
yang membina.
Dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada
murid – murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Guru memainkan
peranan yang penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam bilik darjah. Selain
itu, guru juga harus menghadapi dan menguruskan tingkah laku murid melalui perhatian murid.
Disiplin bilik darjah adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru terutamanya guru
yang menyandang jawatan. Bagi guru yang baru menyandang jawatan, mereka memang
menghadapi kesukaran menjayakan peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak
mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan
hanya teori – teori yang dipelajari.
Walau bagaimanapun ini bukan suatu penghalang kepada guru baru kerana mereka boleh
belajar menimba pengalaman secara berperingkat. Terdapat banyak cara untuk mengurus
disiplin agar bilik darjah menjadi aman, sihat, kondusif dan efisien.
Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas
murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.
Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas murid-
murid supaya mereka berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan
beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang
berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model -
model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik
darjah. Antaranya adalah Model Beyond Discipline, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat
Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Displin Thomas Gordon dan Model Pengurusan Kelompok
(Kounin).
3

i.Kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada cara
guru mengurus murid dan bilik darjah. Beri pandangan anda tentang kenyataan ini dengan
merujuk rajah di atas dan lampiran1. Justifikasi anda hendaklah menyentuh elemen-
elemen berikut ;

a. Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah


b. Membina hubungan guru dan murid yang positif
c. Pengurusan displin bilik darjah

Sesuatu pengajaran yang berkesan tidak sahaja bergantung pada kaedah yang digunakan
dalam pengajaran tetapi juga banyak bergantung pada pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik
darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif bagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Yang dimaksudkan dengan suasana yang kondusif ialah rutin bilik darjah berjalan
dengan lancar iaitu bilik darjah bersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas, disiplin
kelas terkawal, penggunaan bahan atau sumber pengajaran dengan baik dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal.

Bagi bakal guru dan guru, pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama yang perlu
diberi perhatian kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaraan
pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan. Salah satu ciri guru yang baik dan efektif ialah
guru yang berjaya mengurus bilik darjah dengan baik. Merujuk rajah 1, saya dapati bahawa bilik
darjah tersebut berada dalam keadaan yang tidak selesa dan murid-murid juga tidak dapat
dikawal oleh guru. Bilik darjah tersebut mempunyai peralatan asas tetapi di rajah 1 bilik darjah
tidak dalam kelihatan bersih dan ceria. Dalam suasana tersebut guru tidak dapat mengawal atau
memantau gerak geri murid. Ini menyebabkan murid-murid di kelas dajah 1F tidak dapat dikawal
dan guru mengalami kesukaran untuk mengurus bilik darjah itu.

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan kepada empat elemen
pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Menurut Sandford (1983)
pengurusan meliputi semua perkara untuk mendapatkan penglibatan pelajar dan kerjasam dalam
aktiviti di dalam bilik darjah. Usaha mewujudkan persekitaran kerja yang produktif juga merupkan
pengurusan bilik darjah. Namun begitu, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang teratur
dan selamat di samping menghasilkan pembelajaran yang optimum dalam kalangan pelajar
adalah sesuatu yang sangat mencabar. Justeru, guru memerlukan pelbagai kemahiran dan
strategi untuk mengurus sesuatu bilik darjah. 5

Merujuk lampiran 1, membina hubungan guru dan murid yang positif diperlukan supaya
pengajaran dan pembelajaran (P&P) kedua-dua pihak guru dan murid mempunyai hak masing-
masing. Murid berhak untuk belajar dalam persekitaran yang kondusif iaitu mendapat suasana
pembelajaran yang tenang dan teratur. Manakala, guru pula berhak untuk mengajar murid tanpa
mempunyai sebarang gangguan. Sebagai contoh, guru berhak untuk menentukan peraturan-
peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Murid pula harus mematuhi peraturan-peraturan tersebut tanpa menyentuh hak-hak
mereka dalam bilik darjah agar pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjalan dengan
lancar.

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.
Model ini berasakan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Konsep utama Model Disiplin Asertif
Canter ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan.
Murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang dengan
sokongan daripada guru dan rakan-rakan yang lain.

Selain itu, model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan dan
memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan tersebut dengan tegas. Guru harus
memberi penekanan kepada ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Mereka wajar mewujudkan sebuah persekitaran yang dapat berinteraksi secara tenang, serius
dan konsisten.

Model Aseftif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru agresif, guru tidak asertif dan
guru asertif. Guru agresif lebih berkelakuan autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak
ansur serta bertimbang rasa. Guru tidak asertif pula menggunakkan pendekatan pasif, tidak
konsisten dan perangainya mengelirukan murid. Manakala guru asertif jelas dengan matlamat
pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama guru asertif
tidak mengabaikan kepentingan murid, mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid.

Secara tuntasnya, tidak dapat dinafikan bahawa bagi menyahut cabaran mentransformasi
professional keguruan dalam sistem pendidikan masa kini, ia adalah bergantung kepada kualiti
pengajaran dan pembelajaran guru. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja
tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran di
bilik darjah, juga menguruskan sumber maklumat murid dan pengurusan bilik darjah dalam era
digital. 6

ii. Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dan justifikasi satu model pengurusan
displin yang sesuai untuk pengurusan bilik darjah yang paling kondusif.

Model Pengurusan Kelompok Kounin atau lebih dikenali sebagai Model Kounin diasaskan
oleh Jacob Kounin. Beliau merupakan seorang pakar Psikologi Pendidikan. Beliau menyatakan
bahawa teras kepada keberkesanan Model pengurusan kelompok Kounin bergantung kepada
pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah. Buku yang
berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan
tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep Riak’ - apabila seorang murid akur kepada
arahan, murid lain juga akan ikut bersama.

Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan
manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring).
Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara
tersebut ialah merangkumi semua (withitness), kelancaran (smoothness), momentum
(momentum), fokus kumpulan (group focus) dan bertindih (overlapping).

Kajian Kounin memfokuskan bagaimana respon guru terhadap tingkah laku buruk dan
kesan kepada persekitaran kelas. Kajian ini telah menemukan kesan ‘Ripple Effect´. Kesan
Gelombang atau Ripple Effect bermaksud tindakan guru ke atas mana – mana murid juga
mendatangkan kesan kepada murid – murid lain di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun,
Kesan Gelombang ini akan menjadi lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan yang jelas,
tegas dan serious. Dalam Model Kounin ini terdapat beberapa ciri yang ditekankan oleh Jacob
Kounin. Kesemua ciri – ciri merupakan kunci utama bagi pengurusan tingkah laku murid – murid
di dalam bilik darjah dengan baik.

Ciri utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Model ini adalah
Dalam Jangkauan atau Withiness. Menurut beliau, seorang guru haruslah mempunyai kebolehan
untuk mengawasi setiap perkara yang berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa. Malahan,
guru juga haruslah mengetahui cara untuk menangani masalah tersebut sebelum ia menular
menjadi masalah disiplin. Selain itu, merujuk rajah 1 guru juga harus bertanggungjawab untuk
memerhatikan sikap murid – murid di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, ketika murid – murid
menjalankan aktiviti di dalam kelas darjah 1F, seorang guru haruslah cekap mengawasi dan
berinteraksi dengan semua kumpulan murid-murid walaupun pada ketika itu guru tersebut sedang
memberi penjelasan kepada kumpulan lain.Kesedaran dan kepekaan inilah merupakan ciri yang
penting agar guru mampu menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat
menghalangnya.

Ciri seterusnya dalam Model Kounin ini ialah pertindahan iaitu overlapping. Menurut
beliau, seorang guru bolehlah mengawal bilik darjah dengan menangani lebih dari satu situasi
secara serentak. Seperti yang kita lihat di rajah 1, seorang guru haruslah mampu untuk mengawal
pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh murid – murid pada masa yang sama. Contohnya, Jeffey
berikan penjelasan yang wajar bagi soalan saya, saya dengar. Nancy berhenti melukis dan
pandang ke hadapan. Dalam situasi ini jelas bahawa guru tersebut mengawal bilik darjah dengan
baik. Guru tersebut masih boleh memerhatikan setiap tingkah laku murid – murid selain
mendengar penerangan yang diberikan oleh Jeffery. Sekiranya, guru tidak menegur Nancy,
mungkin murid – murid lain akan turut melukis seperti Nancy.

Ciri yang ketiga adalah pergerakan atau momentum. Jacob Kounin berpendapat bahawa
bagi menguruskan bilik darjah dengan baik, guru haruslah mempunyai momentum. Momentum
disini merujuk kepada cara guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid,
meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti P&P dengan cekap
dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran dengan berkesan. Misalannya, apabila
guru ingin mengajar topik tumbuhan, beliau bolehlah menunjukkan video lawatan ke Taman
Bunga untuk mendapatkan pengetahuan sedia ada murid sebagai set induksi. Kemudiannya,
Guru bolehlah meneruskan langkah dengan meminta murid memerhatikan soalan yang diberi
dan menggalakkan murid untuk menjawab soalan tersebut. Seterusnya, menerangkan sifat - sifat
tumbuhan tersebut. Akhirnya, dalam sesi penutup pula, Guru menunjukkan semula gambar
tumbuhan yang telah dilihat oleh murid dan membuat rumusan dengan menyebut semula.

Seterusnya ialah kelancaran atau dalam Bahasa Inggeris ialah Smoothness. Dalam
Model Kounin, beliau menekankan bahawa ciri Smoothness ini amat penting bagi mengawal
salah laku di dalam bilik darjah. Misalnya, ketika guru menjalankan P&P di dalam bilik darjah,
guru haruslah mengelakkan daripada tersekat – sekat dalam penyampaian, memberikan arahan
yang tidak jelas atau wajar. Malahan, guru juga memberi peluang kepada murid untuk bertanya
soalan atau memberikan pendapat berkenaan dengan pelajaran. Ciri ini amat penting agar murid
– murid tidak bosan. Hal ini demikian, apabila salah seorang murid bosan, ia akan merebak
secara Ripple Effect dan akan menimbulkan masalah tingkah laku dalam bilik darjah seperti di
rajah 1. Contohnya, apabila guru Sains mengajar sesuatu topik, guru tersebut tidak haruslah
meleret – leret sehingga keluar daripada sukatan sebenar topik tersebut. 8

Kepekaan Kelompok atau Group Alerting merupakan ciri seterusnya. Jacob Kounin
berpendapat bahawa kebolehan guru untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan
mewujudkan minat mereka terhadap P&P amat penting bagi mengelakkan berlakunya masalah
tingkah laku di dalam kelas. Sebagai contoh, apabila guru mengajar sesuatu topik, guru tersebut
harus melaksanakan aktiviti yang menarik yang boleh melibatkan semua murid di dalam bilik
darjah agar mereka boleh melibatkan diri di dalam kelas secara aktif. Jadi, seorang guru itu perlu
menyediakan diri dengan bahan-bahan yang dapat menarik perhatian kelas supaya murid di rajah
1 menunjukkan minat sepenuhnya kepada P&P yang berlaku di dalam bilik darjah.

Apabila Kounin menjalankan kajian Ripple Effect, beliau menyatakan bahawa terdapat tiga
ciri yang harus dimiliki oleh seseorang guru sebagai tindakan bagi mendisiplinkan murid – murid
di dalam bilik darjah seperti di rajah 1. Pertamanya, teguran yang diberikan oleh seorang guru
harus jelas. Guru haruslah menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan.
Sebagai contoh, apabila melakukan eksperimen guru harus member teguran dengan spesifik.
“Mary tuang air itu di dalam bikar, Haikal masukkan garam yang secukupnya”. Keduanya, teguran
yang diberikan tegas. Teguran yang jelas penting kerana ia dapat membendung masalh tingkah
laku daripada merebak. Contohnya, “ Hafiz, Saya mahu awak masukkan magnet itu di dalam
bekasnya sekarang juga!”. Ketiganya ialah guru haruslah serius ketika memberi teguran. Teguran
yang serius disini membawa maksud kepada mimic muka guru. Apabila guru memberikan
arahan, beliau haruslah serius. Hal ini kerana, perlakuaan nonverbal ini akan membantu sesuatu
teguran atau tindakan disiplin untuk dijalankan dengan lebih berkesan.

Mari kita melihat kekuatan yang terdapat dalam model disiplin kounin. Model ini dicipta
oleh Jacob Kounin yang memfokuskan kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan
pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Kekuatan yang pertama yang
terdapat dalam model ini ialah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru
terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Merujuk rajah 1, ini bermaksud guru harus
mengawasi gerak-geri yang dilakukan oleh murid-murid di dalam kelas supaya dapat
mengurangkan berlakunnya masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Kekuatan yang kedua adalah kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang
berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum
menjadi masalah disiplin. Seorang guru harus mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam
kelas dengan teliti supaya cikgu dapat menghalang berlakunya sesuatu masalah seperti yang
berlaku di rajah 1. Guru dapat mengawal perbuatan murid-murid dan mengelakkan masalah
displin di dalam bilik darjah.

Kekuatan yang ketiga adalah kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi
pergerakkan di dalam bilik darjah pada setiap masa disebut sebagai withiness. Sebagai contoh,
dalam aktiviti kumpulan guru harus mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil
walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan tertentu. Dengan berbuat demikian
seorang guru dapat menjangka masalah yang akan timbul dan guru dapat menghalang masalah
tersebut sebelum masalah itu menjadi serius. Contohnya, di rajah 1 guru harus bijak dalam
berinteraksi dengan murid.

Kekuatan yang keempat adalah memberikan tumpuan utama terhadap pengurusan p&p
untuk memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti bilik darjah.
Guru-guru yang berkreatif selalu merancang dahulu p&p dan menggunakan pelbagai strategi
supaya dapat menarik perhatian murid dan dapat mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Merujuk pada rajah 1, Guru harus berkreatif dengan merancang menggunakan
strategi supaya murid dapat memberi perhatian kepada P&P.

Kekuatan yang kelima adalah penggunaan momentum pengajaran yang baik. Momentum
pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan
pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan
peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan
pengajaran pada hari itu dengan berkesan.

Secara kesimpulannya, dalam Model Pengurusan Kelompok, Kounin menyarankan kaedah


kumpulan untuk mengawal masalah disiplin di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru, kita
harus memberi fokus kepada aktiviti kumpulan di dalam bilik darjah semasa aktivit pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah ini dapat membuahkan penglibatan aktif semua murid, dan secara
tidak langsung mengurangkan kebarangkalian masalah tingkah laku berlaku di dalam bilik darjah.
Secara umumnya, aktiviti kumpulan dapat meningkatkan minat murid – murid terhadap topik yang
diajar. Guru perlu mengambil kaedah ini sebagai satu alat untuk membantu murid – murid
menumpukan perhatian kepada perkara yang diajar. 10

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

TEKNIK HURAIAN RINGKAS TINDAKAN GURU

Kepekaan Kebolehan dan kepekaan guru • Peka terhadap bunyi dalam


(With-itness) mengetahui apa yang sedang Bilik Darjah.
dilakukan oleh semua murid pada • Susun kerusi dan meja agar
setiap masa. tidak terselindung.
• Tidak membelakangkan murid
yang lain semasa memberikan
bimbingan peribadi.

Bertindan-tindih Kebolehan guru untuk menangani Guru prihatin terhadap apa yang
(Overlapping) dua peristiwa pada satu masa sedang berlaku di sekeliling semasa
yang sama. dengan berkesan. memberi perhatian kepada satu
kumpulan pelajar.

Kelicinan Kebolehan guru memastikan Membuat perancangan awal untuk


(smoothness) pembelajaran berlaku pada kadar memastikan perkembangan P&P
yang stabil dan tersusun. yang lancar dari satu peringkat ke
peringkat yang lain.

Pergerakan Kebolehan guru membuat P&P yang menarik perhatian,


(momentum) peralihan antara dua aktiviti meneruskan pengajaran dengan
pembelajaran. lancar, peralihan aktiviti dengan
cekap, penerangan yang ringkas,
lengkap dan mudah difahami dan
penuntut dengan kesimpulan yang
berkesan.

Kepekaan Kebolehan guru mengekalkan Melalui sesi penyoalan kepada murid.


kelompok penglibatan aktif murid dan
(group alerting) mewujudkan minat mereka.

Kesan Tindakan guru terhadap seorang Tindakan guru mestilah


Gelombang murid dalam kelas yang akan >Jelas
(Ripple Effect) memberi kesan terhadap murid >Spesifik
yang lain. >Tegas
>Serius
16

Pengurusan Displin Bilik Darjah


17

PENULISAN
AKADEMIK
4

MODEL-MODEL PENGURUSAN DISPLIN