Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP
MTQ PERINGKAT DAERAH KUNAK
TAHUN 2018

TINDAKAN TEKS

Para hadirin sekalian.

Makluman kepada semua peserta Majlis Tadarus Al-Quran. Sekiranya


anda diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil hadiah di
atas pentas, sila gunakan tangga sebelah kanan pentas dan turun di
MAKLUMAN
sebelah kiri pentas.

Manakala untuk Johan, mohon ada seorang pengiring yang ikut


bersama pemenang naik ke atas pentas membantu membawa piala
yang akan disampaikan.

Para hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin


dapat mengambil tempat masing-masing.

MAKLUMAN Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta


hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke
mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu
majlis.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Diumumkan ketibaan Yang


Berusaha ..............................................................................................
MAKLUMAN ..............................................................................................................
............................................... bersama dif-dif jemputan. Hadirin
diminta berdiri.

ALUNAN
ZIKIR Hadirin diminta terus berdiri untuk sama-sama kita mengalunkan
ASMAUL zikir Asmaul Husna, menyanyikan lagu Negaraku, dan Sabah Tanah
HUSNA & Airku.
NYANYIAN
LAGU Hadirin dipersilakan duduk.

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬


‫السلما عليكم ورحمة الله وبركاته‬

Yang
Berusaha ..............................................................................................
..............................................................................................................
.................................................

1
Yang
Dihormati .............................................................................................
Ketua Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan Daerah Kunak

Yang
Berusaha ..............................................................................................
...............

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola


Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah
Kementerian PendidikanMalaysia
Peringkat Bahagian Tenggara bagi tahun 2018 Masihi bersamaan
1439 Hijri

Yang
Berusaha ..............................................................................................
........
Pengetua SMK Madai,
Selaku Tuan Rumah

Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kunak

Pengetua-pengetua

Guru-guru Besar

Jawatankuasa Pengelola

Guru-guru Pengiring

Ibu bapa

Para Peserta

dan seterusnya

Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

2
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menzahirkan rasa kesyukuran


ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah
dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutup
Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Bahagian Tenggara bagi tahun 2018
Masihi bersamaan 1439Hijri

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas


kehadiran .............................................................................................
................................................................................................kerana
sudi hadir Majlis Penutup Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid
Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat
Bahagian Tenggara bagi tahun 2018 Masihi bersamaan 1439Hijri
pada pagi ini.

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,


Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
BACAAN DOA Doa minta biar selamat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Ustaz Saiful


Adli bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Ustaz Saiful Adli bin Hashim atas pimpinan doa
sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan tema kali ini


iaitu ......................................................................................, semoga
UCAPAN ALU-
majlis seperti ini dapatlah menyemai rasa kecintaan yang mendalam
ALUAN MC
terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran
ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan
insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Sedari awal pagi tadi hinggalah sebentar tadi, 5 acara iaitu Tilawah
Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Syarahan Agama, Bercerita Kisah Dari
Al-Quran dan juga Nasyid telah dipertandingkan.

3
Hadirin yang dimuliakan.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang berusaha,


…………………………………………………………………..,
..............................................................................................................
UCAPAN ........... , merangkap pengerusi jawatankuasa Majlis Tadarus Al-
ALU-ALUAN Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Bahagian Tenggara bagi tahun 2018 Masihi
bersamaan 1439Hijri untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


……………………………………………………………………..,
..........................................................................................................
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada perasminya.

UCAPAN
Hadirn dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
PERASMIAN
PENUTUPAN
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan,
..............................................................................................................
..............................................................................................................
............................... untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan
Majlis Penutup Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Bahagian Tenggara bagi
tahun 2018 Masihi bersamaan 1439Hijri

Majlis mempersilakan.

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang


Berusaha ..............................................................................................
..............................................................................................................
................... atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
ULASAN
Hadirin yang dihormati sekalian,
PENGERUSI
JEMAAH
Sebelum kami mengumumkan keputusan pertandingan, marilah kita
HAKIM
sama-sama mendengar ulasan jemaah hakim mengenai
pertandingan yang telah dijalankan. Untuk itu, majlis mempersilakan
Ustaz Muhamad Fauzi bin Wahab, Ketua Jemaah Hakim untuk
menyampaikan Ulasan Penghakiman Pertandingan. Dipersilakan.

PENGUMUMA Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

4
N
KEPUTUSAN

Tuan-tuan, Puan-
puan, hadirin dan
hadirat sekalian'
Alhamdulillah…
keputusan rasmi
pertandingan telah
selamat berada di
tangan kami.
Bagi
menyempurnakan
acara, majlis dengan
segala hormatnya
menjemput
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman
keputusan pertandingan sempena Majlis Tadarus Al-Quran dan
Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Bahagian Tenggara bagi tahun 2018 dan penyampaian
hadiah serta cenderamata.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Yang
Berusaha ..............................................................................................
.............................. ...............................................................................
.....................dengan diiringi

5
oleh ......................................................................................................
.................................................................................................. naik ke
pentas untuk menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para
pemenang.

Acara penyampaian cenderamata dan hadiah dimulakan dengan


penyampaian cenderamata kepada jemaah hakim yang telah
mengadili kesemua pertandingan yang telah dijalankan.

Dijemput Ustaz Muhamad Fauzi bin Wahab, Ketua jemaah hakim bagi
mewakili barisan hakim naik ke atas pentas untuk menerima
cenderamata.

Dipersilakan.

PENYAMPAIA
N
CENDERAHAT
I & HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Seterusnya adalah pengumuman keputusan rasmi acara-acara yang


telah dipertandingkan pada majlis ini.
PENGUMUMA
N
Dimulakan dengan keputusan pertandingan...................................
KEPUTUSAN

PENYAMPAIA
N Tahniah diucapkan kepada para pemenang
CENDERAMAT

6
Sebagai tanda penghargaan pihak majlis atas kesudian
……………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
merasmikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada
para pemenang,, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan
Yang Berusaha
A KEPADA
……………………………………………………………………………………………
PERASMI
……………………………..…. untuk menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan kepada
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………..
Dipersilakan.

Terima kasih sekali lagi kepada


..............................................................................................................
..................................................................................... . dan terima
kasih juga
kepada .................................................................................................
.............................. kerana sudi menyampaikan cenderamata
sebentar tadi.

PENUTUP Alhamdulillah.. Dengan sempurnanya acara penyampaian hadiah itu


tadi, maka Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Bahagian
Tenggara bagi tahun 2018 telah sampai ke penghujungnya

Bunga mawar cantik berseri


Mekar disirami si embun pagi
Majlis Tadarus Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan


kepada Yang
Berusaha ..............................................................................................
..............................................................................................................
.................................... kerana sudi hadir ke majlis pada hari ini.

Terima kasih juga kepada semua para jemputan, Pegawai-Pegawai di


PejabatPendidikan Daerah Kunak, Guru Besar Sekolah-sekolah
Bahagian Tenggara, Para Jemaah Hakim, Jawatankuasa Pelaksana,
Guru-guru Pengiring, para peserta yangmengambil bahagian, dan
seluruh pihak yang telah menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran dan
Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan

7
Malaysia Peringkat Bahagian Tenggara bagi tahun 2018 ini.
Mewakili pihak tuan rumah, kami memohon ampun dan maaf
sekiranya sepanjang kami mengendali majlis pada hari ini, banyak
kesalahan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan berlaku.
Kepada para pemenang yang akan mewakili bahagian tenggara ke
peringkat negeri nanti, kami ucapkan Bittaufiq Wannajah. Semoga
beroleh kejayaan.

Kalau ada kepuk di ladang,


Boleh juga tumpang mandi;
Diberi Allah umur panjang,
Boleh kita jumpa lagi.

Seterusnya.. Dijemput
kepada .................................................................................................
..............................................................................................................
.......................................... dan dif-dif jemputan ke
........................untuk menikmati juadah yang disediakan.

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama


membaca tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.