Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YANG BERBAHAGIA ENCIK K. KANDASAMY,


GENERAL MANAGER MADO’S HOLDING SND. BHD.
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN
KALI KE-14 TAHUN 2018

Yang Dihormati, En. Mohan A/l M.S Damodaran,

Yang Dihormati, Encik Syed Abd. Aziz, YDP Persatuan Ibu


Bapa dan Guru SMK Tun Fatimah Hashim;

Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru


Kanan Mata Pelajaran, AHli Jawatankuasa PIBG, guru-
guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang
dikasihi sekalian.

Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu


Malaysia
Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat
meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini pada
Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SMK
Tun Fatimah Hashim kali Ke-14, 2018

Sidang hadirin yang berbahagia.


Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk
melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan mental.
Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada
pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot,
saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang
murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak
langsung membentuk seorang atlet yang berhemah
tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan
mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya
kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,


Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang
tepat untuk mencapai matlamat tersebut. Dasar yang
mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja
mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah
dan merapatkan silaturahim warga sekolah dan
masyarakat setempat, malahan, pendekatan ini akan
menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih
cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan
pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting
ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak
langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan
hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan,
perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada
kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah
landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-
menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi.
Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk
sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental,
patriotik dan saling berkasih sayang.

Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu


daripada benteng yang menjadi penghalang kepada
murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti
yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan
spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya
saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa
melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal
insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda
kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa
hadapan .Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan
melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar
yang memiliki cergas mindanya.

Hadirin yang dikasihi

Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan


antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan
Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan
untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya
dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui
sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah
penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua
ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa
mengira warna kulit, bangsa, dan agama.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan


tahniah kepada AJK Pengelola kerana telah dapat
menganjurkan Kejohanan Olahraga SMK Tun Fatimah
Hashim kali yang ke-14 dengan jayanya. Kepada para
atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat
kejohanan selepas ini, saya ucapkan tahniah dan kepada
yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana
penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda
telah mencipta kerjaya

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN BALAPAN


DAN PADANG SMK TUN FATIMAH HASHIM KALI KE -
14 .
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai