Nak berjaya memang tak mudah. Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk
betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.
Apa jadi bila tak fokus? Kita akan membazir masa. Contohnya, ada dua jam untuk belajar tapi yang
betul-betul kita fokus hanya 15 minit.
Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan kawan,
tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu dua jam tu dapat belajar apa je,
Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan
perjuangan.
Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara betul untuk fokus. Lebih Fokus, lebih
banyak masa effektif kita, lebih banyak kita belajar dan tak mudah panik di saat-saat akhir.
Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang
selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan
dan putuskan network internetnya.
Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam,
kalkulator dan sebagainya.
Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat
belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.
Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk
atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!
1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar
bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan
pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda
seorang yang suka berbual.
2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini
sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.
Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih
cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas
juga.
Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk
berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.
Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia
penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.
2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat.
Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian
dalam peperiksaan/ujian.
Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan
mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan
cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,
1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa
termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.
2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.
“Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri
sendiri”. Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?
3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda
boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah
dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan
sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.
Bacaan lanjut >> 10 Cara Terhebat untuk Motivasikan Diri Sendiri
Dah cuba cara 1 – Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis
nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah
di baca.
Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda
boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana
setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat
kan?
Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum
mengingati tajuk kecil.
Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.