Aku tinggal seorang diri di rumah kerana ayah dan ibu
menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di
kampung. Pada malam tersebut hujanrenyai-renyai. Tiba- tiba aku terdengar pintu pagar hadapan rumah dibuka. Aku pun membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.
Dengan perlahan dan penuh cermat, aku mengintai
melalui jendelatetapi tidak nampak sesiapa di situ. Keadaan di halaman rumah gelap-gelita dan sunyi sepi. Hatiku berdebar-debar. Aku terus memperhatikan sekeliling buat beberapa ketika. Tiba-tiba, aku ternampak kelibat suatu lembaga berjalan berjengket-jengket menuju ke garaj rumahku. Kemunculan lembaga tersebut membuatkan aku semakin takut dan bermula menggigil.
Badanku berpeluh dan fikiranku bercelaru. Aku berlari
pantas ke bilik untuk mendapatkan telefon bimbit. Aku menjadi begitu cemas tetapi aku tetap berusaha untuk mendapatkan nombor telefon ketua kampung.
Tidak lama kemudian, kelihatan cahaya lampu suluh disuluh
ke arah rumah aku. Ketua kampung membawa beberapa orang penduduk kampung telah sampai. Mereka segera mengepung kawasan hadapan rumahku. Ketua kampung bersama beberapa orang penduduk kampung memberikan amaran kepada lembaga tersebut untuk menyerah diri. Lembaga yang menyorok itu tidak dapat melepaskan diri dan akhirnya munculkan diri untuk menyerah diri.
Akhirnya, lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-
rupanya dia ialah seorang pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan. Dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan yang lanjut. Aku baru dapat melegakan diri dan berterima kasih kepada ketua kampung yang sudi memberikan bantuan.