Anda di halaman 1dari 3

Amalan TQM Di Sekolah

1. Revolusi Kualiti telah mengubah dan memberi kesan kepada semua organisasi
sama ada perniagaan, kerajaan mahupun pendidikan. Keutamaan kepada kualiti
memaksa semua pihak bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam bidangnya.

2. Institusi pendidikan seperti sekolah juga tidak terkecuali daripada menerima kesan
Revolusi Kualiti ini.

3. Di Malaysia, kualiti sesebuah sekolah dinilai melalui Program Pembangunan


Prestasi Sekolah (SIP). Dalam program ini, prestasi sekolah diukur melalui Gred
Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah
menggunakan SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia).

4. Di Amerika Syarikat pula, terdapat Program No Child Left Behind (NCLB) yang
menuntut akauntabiliti pihak sekolah dan guru terutamanya dalam pencapaian murid
dalam kemahiran membaca dan matematik.

5. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) memerlukan perubahan mindset di dalam


proses melakukan sesuatu.

6. Dalam melakukan sesuatu tugas, kita cenderung melihat kepada hasil sesuatu
kerja terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dilakukan usaha memperbaikinya
jika ada kesilapan atau kekurangan.

7. Misalnya, dalam pengurusan prestasi akademik pelajar, kebiasaannya pihak


sekolah akan menunggu sehingga keputusan peperiksaan diumumkan dan
kemudiannya baharulah dilakukan analisis dan akhirnya akan dilancarkan pelbagai
program pemulihan atau pengayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar yang
berupa pelbagai nama sama ada Gerak Gempur, Kelas Tambahan, Kelas
Persediaan dan sebagainya.

8. Dalam hal ini, kekuatan dan kelemahan pelajar hanya dapat dikesan pada masa
yang terlalu lewat iaitu selepas peperiksaan dan sudah tentu membazirkan masa,
wang dan tenaga untuk memperbaiki prestasi pelajar terutamanya pelajar lemah
yang sudah jauh ketinggalan.

9. Pihak sekolah juga akan menghadapi pelbagai masalah dalam pelaksanaan


program tersebut seperti data yang tidak tepat (menyebabkan tersalah pilih pelajar),
masa yang tidak mencukupi dan tidak sesuai, masalah ketidakhadiran pelajar dalam
program Gerak Gempur, kebosanan pelajar, motivasi pelajar lemah yang semakin
menurun dan lain-lain lagi.

10. Namun demikian, pada masa kini, melalui Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
kaedah dalam melakukan sesuatu tugas lebih cepat, tepat dan berkesan serta
menyeluruh. Kaedah ini menumpukan kepada usaha menyeluruh untuk
memperbaiki kelemahan yang dilakukan semasa proses supaya akhirnya sesuatu
proses itu dapat dilaksanakan secara terbaik sejak dari awal dan hasilnya tidak akan
berlaku sebarang kesilapan mahupun kekurangan.

11. Sebagai contoh, usaha meningkatkan prestasi pelajar sepatutnya dapat


dilakukan sejak awal lagi, iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Segala kelemahan pelajar dapat dikesan terus oleh guru
mahupun pihak sekolah dan kelemahan tersebut segera diperbaiki semasa p&p lagi.
Penambahbaikan perlulah dilakukan secara berterusan dan menyeluruh.

12. Dalam hal ini, masa dan tenaga guru dapat dijimatkan dan pihak berkepentingan
iaitu pelajar, guru,ibu bapa dan pihak sekolah sentiasa memperoleh data prestsi
pelajar serta status kedudukan pelajar tersebut dalam akademik dapat diketahui
sepanjang masa sama ada pelajar itu lemah atau cemerlang.

13. Penambahbaikan secara berterusan(continuous improvement)dalam prestasi


akademik pelajar yang dilakukan melalui kaedah ini sudah tentu membantu pihak
sekolah memantau prestasi pelajarnya secara berterusan kerana usaha mengesan
kelemahan serta usaha memperbaikinya dapat dilakukan sejak awal lagi kerana
tindakan pemulihan dan pengayaan dapat dilakukan segera oleh guru sepanjang
masa.

14. Hasilnya sudah tentu prestasi akademik sesebuah sekolah akan sentiasa
berkualiti dan terbaik juga dari segi kuantitinya.

15. Sebenarnya, tumpuan sekarang lebih kepada proses bukannya hasil.

16. Menurut TQM, dalam melaksanakan tugas seharusnya tumpuan kita beralih :
a. daripada menguruskan hasil kepada mengurus dan memperbaiki proses;
b. daripada apa yang kita boleh dilakukan kepada bagaimana untuk kita
melaksanakan sesuatu proses dengan lebih baik.

17. Dalam konteks ini, penambahbaikan sesuatu proses secara berterusan dapat
membantu organisasi (sekolah), menyelesaikan sesuatu masalah di dalam
organisasi (pencapaian akademik lemah) dengan baik sehingga akhirnya mampu
memberi kepuasan kepada pelanggan (pelajar dan ibu bapa).

18. Usaha penambahbaikan secara berterusan dalam setiap proses dapat


membantu pihak sekolah menyelesaikan pelbagai bukan sahaja masalah akademik,
tetapi idea ini juga dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah disiplin,
masalah kurangnya penglibatan pelajar dalam ko kurikulum dan lain-lain.

19. Penambahbaikan proses ini dapat dilihat seperti gambarajah di bawah.


20. Walaupun demikian, pendekatan proses ini memerlukan komitmen tinggi
daripada semua peringkat di sekolah terutamanya pihak pengurusan sekolah yang
sentiasa menegaskan kepada semua staf tentang pentingnya pencapaian sasaran
yang telah ditetapkan.

21. Pengurusan juga perlu sentiasa memantau program peningkatan prestasi ini
secara berterusan bagi memastikan prestasi akademik pelajar dapat ditingkatkan.

22. Ini sudah tentu akan melonjakkan nama baik sesebuah sekolah dan akhirnya
memberi kepuasan kepada pelanggan (pelajar, ibu bapa dan masyarakat).