Anda di halaman 1dari 2

44A, Jalan Drahman Keria,

96100 Sarikei Sarawak.

Pegawai Perbandaran,

Majlis Perbandaran Kota Padawan,

Batu 10,

93250 Kuching. 10 JULAI


2010.

Tuan,

Cadangan Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Tandas Awam

Merujuk perkara di atas, saya Atiqah Rasyidah binti Derahman ingin mencadangkan

beberapa cadnfan bagi membaikpulih perkhidmatan tandas awam di Kota Padawan.

2. Seperti yang pihak tuan sedia maklum, di Kota Padawan terdapat sebuah tandas

awam yang berdekatan dengan stesan bas yang disediakan sebagai kemudahan

bagi pengunjung dan pelancong. Namun begitu, keadaan tandas tersebut yang

sangat kotor mengundang kegusaran dalam diri pengunjung ketika ingin

menggunakan tandas tersebut. Untuk pengetahuan tuan, tandas tersebut sangat

kotor dan dipenuhi dengan sampah sarap dan tisu. Tong sampah juga tidak

disediakan. Akibatnya, lubang mangkuk tandas menjadi tempat untuk membuang

sampah dan menyebabkan sistem saliran tersumbat. Tandas tersebut juga berbau

busuk dan menggelikan serta paip airnya juga bocor.

3. Oleh sebab itu, di sini saya menyarankan agar pihak tuan mengambil tindakan

yang sepatutnya. Terdapat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh

pihak tuan. Pertama, saya mencadangkan agar pihak tuan menukarkan pengusaha
yang lebih baik perkhidmatannya dan tidak sekadar menanam tebu di bibir sahaja.

Kualiti perkhidmatan yang diberi juga perlu bagus. Keprihatin pihak tuan untuk

memantau perkhidmatan yang ditawarkan amatlah dihargai.

4. Saya juga berharap agar pihak tuan dapat membaiki kerosakan yang berlaku

seperti sistem saliran yang tersumbat dan kebocoran paip air. Tenaga kerja yang

diupah diharapkan memjalankan tugas dengan baik dan tidak sekadar hentam

kromo. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kerosakan berlaku lagi dan

pengeluaran dana untuk membaiki kerosakan tidak berterusan.

5. Akhir sekali, bahan-bahan pencuci perlu disediakan dalam kadar yang mencukupi

dan berkualiti tinggi. Saya juga menyarankan agar tandas tersebut dicantikkan

seperti meletakkan beberapa buah pasu bunga untuk mengindahkan tandas

tersebut. Poster-poster tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas juga dapat

dilekatkan di dinding tandas untuk menyedarkan para pengunjung dan sekaligus

menceriakan tandas tersebut.

Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan cadangan-cadangan saya dan

tindakan yang pihak tuan adalah wajar demi menjaga kepentingan semua pihak.

Kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

Atiqah

………………………………..

( ATIQAH RASYIDAH BINTI DERAHMAN)