Anda di halaman 1dari 6

Sedekah : Menurut Perspektif Al-Quran

Zakiah binti Omar


Definisi dan Dalil-dalil Al-Quran Berkaitan Sedekah

Zakiah binti Omar ( GB 01986 )

Fakulti Pengajian Islam

Semester 2 ( 2012 / 2013 )

Jabatan Quran Sunnah

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Membaca Al Quran dengan betul dan fasih merupakan suatu amalan yang sangat dituntut di dalam
Islam. Namun begitu, kebanyakan masyarakat tidak memenuhi ciri-ciri pembacaan Al Quran yang baik
sama ada dari sudut fasohah iaitu kelancaran menyebut huruf-huruf Al Quran, kemahiran bertajwid
apatah lagi melagukan Al Quran dengan suara yang baik. Bahkan ada juga segelintir individu yang masih
buta Al Quran. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan serta faktor kelalaian
Pembudayaan Membaca Al Quran Secara Bertajwid. Malahan, mengenal pasti kelebihan serta
kekurangan dalam menjayakan pembudayaan pembacaan Al Quran secara bertajwid ini. Di antara faktor
yang mempengaruhi kelalaian pembudayaan membaca Al Quran secara bertajwid adalah faktor
kesibukan bekerja, faktor dunia hiburan dan faktor kekangan masa. Sampel kajian ini melibatkan 80
orang warga Yayasan Sekolah Al Quran Kuala Lumpur ( YSAQKL ) sebagai responden. Kajian ini
berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Penyelidik telah menggunakan kaedah
soal selidik sebagai instrument kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 4 item telah diedarkan
kepada responden.

Kata Kunci : Pembudayaan membaca Al Quran , Secara Bertajwid , Faktor Pembudayaan diabaikan

1
Sedekah : Menurut Perspektif Al-Quran
Zakiah binti Omar
Abstract

Read the Qur'an correctly and fluently is a practice that is highly demanded in Islam. However, most
people do not meet the characteristics of a good reading of the Quran whether in terms of smoothness
mention eloguence letters Qur'an bertajweed skills let alone recite the Quran with a good voice. There is
even a handful of individuals who are blind Qur'an. Therefore, this study aimed to identify the interests
and factors negligence Acculturation Quran Reading In Bertajweed. Indeed, identifying the advantages
and disadvantages in the success of the Quran reading culture in this bertajweed. Among the factors
that influence acculturation negligence recite the Quran in bertajweed is busy working factor, the
entertainment factor and the factor of time constraints. This study sample involved 80 people Quran
School Foundation Kuala Lumpur (YSAQKL) as respondents. This is a descriptive study using a
questionnaire. Researchers have been using the questionnaire as a research instrument. A questionnaire
containing four items were distributed to the respondents.

Keywords: Acculturation read the Qur'an, In Bertajweed, Acculturation factors ignored

PENDAHULUAN

2
Sedekah : Menurut Perspektif Al-Quran
Zakiah binti Omar
Sejarah pengajaran Al Quran menurut Al-Buti ( 1991 ) , dan Mohd Yusuf ( 2000 ) , bermula ketika
Nabi Muhammad S.A.W. sedang beribadat di Gua Hira’. Baginda dilantik menjadi pesuruh Allah
secara rasminya dengan penurunan ayat Al Quran yang pertama. Al Quran merupakan kalamullah
dan merupakan kitab induk yang tersimpan di Luh Mahfuz . Satu persatu ayatnya disalin oleh para
malaikat , kemudian disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat
Jibril. Al Quran pertama kalinya diturunkan pada malam Qadr ( Lailatul Qadr ).Firman Allah S.W.T
di dalam Surah Al Qadr ayat 1 hingga 2 :

 ‫وما ادرك ما ليلة القدر‬  ‫انا انزلنه في ليلة القدر‬

Maksudnya :

1. Sesungguhnya kami telah menurunkan ( Al Quran ) ini pada malam Lailatul – Qadar
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul – Qadar itu ?

Al Quran berasal dari perkataan arab dari akar ‫ ( قراء‬Qara’a) beerti bacaan atau cara bacaan , ‫قراءتان‬
( Qira’atan ) beerti apa yang dibaca , ‫ ( قرءان‬Qura’anan ) bermaksud nama kitab yang diturunkan kepada
Rasullulah S.A.W.

Definisi Al Quran dari segi bahasa membawa erti mengumpulkan dan menghimpun. Allah S.W.T.
berfirman di dalam surah Al Qiyaamah ayat 17 hingga 18 :

 ‫ فاءذا قرانه فاتبع قر ءانه‬‫ان علينا جمعه و قرءانه‬


Maksudnya :
17. Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al Quran itu ( dalam dadamu ) dan
menetapkan bacaannya ( pada lidahmu )
18. Oleh itu , apabila kami telah menyempurnakan bacaannya ( kepadamu , dengan perantaraan
Jibril ) , maka bacalah menurut bacaannya itu.

3
Sedekah : Menurut Perspektif Al-Quran
Zakiah binti Omar
Di dalam Al Quran mengandungi 6236 ayat dan 114 surah. Semua surah di dalam Al Quran dimulakan
dengan kalimah Basmallah pada 113 surah kecuali pada surah Al Taubah kerana Allah S.W.T. telah
melaknat kepada golongan yang bakal diperangi oleh Rasullulah S.A.W. di dalam peperangan Tabuk ,
maka tiada lagi belas ihsan buat mereka.

Namun begitu , walaupun surah Al Taubah tidak dimulakan dengan kalimah Basmallah , jumlah kalimah
tersebut di dalam Al Quran tetap dihitung berjumlah 114 . Hal ini kerana , di dalam surah An Naml ayat
30 , hal ini telah disebutkan di dalam kisah surat Nabi Sulaiman A.S. kepada Ratu Saba’ yang dimulakan
dengan kalimah tersebut.

“ Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman , dan kandungannya seperti berikut ( Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ) “.

Al Quran diwahyukan oleh Allah S.W.T dalam pelbagai cara , antaranya ialah :

A ) Jibril memasukkan secara terus ayat – ayat tersebut ke dalam hati Rasullulah S.A.W. dalam
keadaan baginda tidak melihat apa – apa.
B ) Malaikat Jibril menjelma sebagai seorang lelaki dan muncul di hadapan Rasullulah S.A.W.
dan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga ayat tersebut dihafal.
C ) Wahyu datang bersama bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh
Rasullulah S.A.W. sehingga keadaan Baginda menjadi sangat panas walaupun ketika itu
cuaca amat sejuk.
D ) Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sebagaimana penurunan ayat surah Al –
Muzammil.

4
Sedekah : Menurut Perspektif Al-Quran
Zakiah binti Omar
Manakala , ilmu tajwid pula menurut Dr Abd Rahman Abd Ghani di dalam bukunya bertajuk Tajwid Al
Quran Riwayat Hafs halaman dua dari segi bahasa membawa pengertian memperelokkan sesuatu . Dari
segi istilah pula membawa dua definisi yang berbeza iaitu mendatangkan setiap huruf akan haknya ( sifat
– sifatnya yang asli ) dan mustahaknya ( sifat – sifatnya yang mendatang ) 3 , dan suatu ilmu untuk
mengetahui cara – cara membaca kalimah – kalimah Al Quran serta menyebut dengan sebaik – baiknya
berpandukan cara bacaan dan sebutan Rasullulah S.A.W. 4

Pembudayaan membaca Al Quran secara bertajwid wajar dipraktikkan hal ini kerana , hukum tajwid itu
sendiri telah menggariskan bahawa mempelajari hukum – hakam yang terkandugn di dalamnya adalah
fardhu kifayah . Tetapi , mengamalkan cara – cara bacaan yang telah diketahui berdasarkan hukum tajwid
merupakan fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.5

Hal ini jelas dibuktikan melalui firman Allah S.W.T melalui surah Al – Muzzammil ayat 4 :

‫ورتل القرءان ترتيال‬


Maksudnya :
“ Bacalah Al Quran itu dengan tartil ( bertajwid ) “ .

Melalui potongan ayat Allah ini jelas menunjukkan bahawa pembacaan ayat – ayat suci Al Quran
perlu di alunkan mengikut hukum tajwid yang betul. Hal ini kerana , membaca Al Quran secara
bertajwid bukan sahaja dapat menyumbangkan pahala malahan , mampu memperindahkan lagi
bacaan kita. Hal ini selari dengan maksud tajwid itu sendiri iaitu memperelokkan sesuatu .

---------------------------------
3 Abi Asim Abd Al – Aziz bin Abd Al – Fattah Al – Qari ( 1404 H ) Qawaid al – Tajwid ala
Riwayah Hafs an Asim bin Abi al – Najud , Madinah al munawwarah : maktabah al dar hlm 32
4 Husaini Syeikh Uthman ( t.t) Haq al Tilawah , Jordan : Maktabah al Manar , hlm 28
5 Ibid , hlm 1

5
Sedekah : Menurut Perspektif Al-Quran
Zakiah binti Omar
Pembudayaan Membaca Al Quran

Perbahasan berkaitan ilmu mempelajari Al Quran telah dibincangkan oleh ramai sarjana Islam iaitu
Mohd Yusuf ( 2000 ), As-Saboony ( 1985 ) , Al-Qamati ( 1990 ) dan Abu Soleh ( 1988 ). Antaranya ia
seharusnya merangkumi perkara-perkara berikut iaitu mengenal huruf-huruf Al Quran, boleh menyebut
huruf-huruf Al Quran dengan betul dan jelas mengikut makhraj dan sifat-sifatnya, boleh membaca ayat-
ayat Al Quran dengan betul dan fasih mengikut hukum tajwid, boleh membaca Al Quran dengan lagu
dan suara yang baik, mengetahui maknanya, memahami maksudnya, mengambil pengajaran dan iktibar
daripada peristiwa dalam kisah-kisah Al Quran, mengamalkan suruhan dan menjauhi larangan Al Quran,
menghayati ajaran dan akhlak Al Quran dalam setiap tindakan, menghafaz ayat-ayat Al Quran dan
mengajar Al Quran kepada orang lain.

Sebenarnya, segala yang tersenarai di atas merupakan cara Nabi Muhammad S.A.W. mengajar sahabat-
sahabat Baginda ( Al-Badry 1984 ). Justeru itu, Mohd Yusuf ( 2000 ) merumuskan bahawa mengajar dan
belajar Al Quran itu sangat luas maksudnya merangkumi kurikulum berbentuk Tafahhum dan Tafsir iaitu
mengetahui makna dan faham maksud ayat-ayat yang dibaca. Kurikulum dalam bentuk Tatbiq
bermaksud menghayati atau merealisasi ajaran Al Quran dalam hidupnya dengan sepenuh hati dalam
semua aspek kehidupan dan kurikulum dalam bentuk Tahfiz yakni menghafaz ayat-ayat tertentu
daripada Al Quran untuk dijadikan amalan, bacaan dalam solat dan wirid-wirid. Kurikulum dalam bentuk
Taranum ini bermaksud membaca Al Quran dengan suara yang baik dan merdu serta dengan lagu yang
sesuai dan kurikulum dalam bentuk Ta’lim bermakna mengajar. Secara tidak langsung, dengan cara ini
Al Quran dapat dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Manakala, menurut Al-Qardhawi ( 1992 ) , sebaik-baik zikir adalah membaca Al Quran kalam Allah.
Maka, bagi memelihara bacaan yang betul perlulah mengetahui hukum-hukum tajwid. Menurut Nik
Jaafar ( 1998 ), bacaan Al Quran yang dikehendaki oleh Allah S.W.T hanyalah bacaan tartil sahaja iaitu
bacaan yang elok merangkumi tajwid, tahsin dan tazyin. Sebagaimana Firman Allah S.W.T di dalam surah
Al Muzammil ayat 4. Nik Jaafar ( 1998 ) berpendapat bahawa beberapa kurikulum bacaan Al Quran iaitu
tahsin Al Quran, tajwid, tarannum dan tartil ( bertajwid ).

Hal ini bertepatan dengan maksud ilmu tajwid itu sendiri iaitu mengelokkan sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai