Anda di halaman 1dari 1

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan
sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan
memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Anda mungkin juga menyukai