Anda di halaman 1dari 13

ABXS1103

INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

___________________________________________________________________________

ABXS1103

INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

MAY 2017

SEMESTER 3

___________________________________________________________________________

Name : NURUL SHARINA BINTI SHAMSUDIN

Matric No. : 920823025658001

NRIC No. : 920823-02-5658

Telephone No. : 014-9064156

Email : nurulsharina_2308@yahoo.com

Learning Centre : OUM Sungai Petani Learning Centre

1
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


ISI KANDUNGAN 2

PENGENALAN 3-4

SOALAN 1 5-7

SOALAN 2 8-11

KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13

2
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

1.0 PENGENALAN

Dewasa kini, perubahan nilai hidup dalam kalangan masyarakat moden hari ini sebenarnya
telah mengubah perngertian keluarga tradisional. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan
keluarga sebagai seisi rumah tangga yang terdiri dari suami dan isteri sahaja atau berserta
anak-anak. Keluarga juga adalah asas sesebuah masyarakat yang didalamnya terjalin interaksi
dari segi kognitif atau efektif ntara ahli keluarga (Lily Mastura, 2007). Keluarga turut
didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga kerana
adanya hubungan darah dan perkahwinan. Mereka saling berinteraksi antara satu sama
laindan mempunyai peranan masing-masing dalam menciptakan sesuatu atau
mempertahankan sesuatu budaya. Masyarakat pula didefinisikan sebagai sejumlah manusia
yang merupakan satu kesatuan golongan yang berhubung tetap dan mempunyai kepentingan
yang sama seperti sekolah, keluarga dan perkumpulan. Menurut Ralph Linton (2008)
masyarakat adalah setiap kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama dalam waktu yang
relatif lama dan mampu membuat keteraturan dalam kehidupan bersama dan mereka
menganggap sebagai satu kesatuan sosial.

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan


seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan masyarakat tidak akan sempurna.
Namun demikian, dengan kepesatan arus globalisasi cabaran terhadap keluarga semakin
kritikal dan menuntut ibu bapa memainkan peranan paling efektif khususnya dalam hubungan
dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan
perkembangan tersebut. Fenomena sosial yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa masalah
yang berlaku dalam kalangan masyarakat khususnya remaja berpunca daripada kegagalan
institusi keluarga berfungsi dengan baik. Masalah ini amat membimbangkan kerana ia sudah
pasti mendatangkan kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan
pembangunan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu, menyedari
akan kepentingan hubungan keluarga dan mayarakat yang sejahtera pelbagai usaha telah dan
sedang dilakukan ke arah memantapkan perhubungan tersebut. Pihak kerajaan melalui
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka pelbagai
program untuk menangani permasalahan khususnya yang berkaitan keluarga dan masyarakat.
Begitu juga dengan pertubuhan bukan kerajaan yang turut berusaha untuk membantu
meningkatkan kesejahteraan hubungan keluarga dengan masyarakat. Oleh kerana masalah
keluarga dan masyarakat masih lagi menjadi masalah yang serius dan perlu ditngani dengan
berkesan, justeru kajian terhadap institusi kekeluargaan dalam masyarakat seharusnya tidak

3
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

ada titik penamat. Menurut Bigner (2002), konsep teori sistem keluarga digunakan dengan
meluas untuk menerangkan kefungsian keluarga khususnya berkaitan hubungan di antara ibu
bapa dan anak di mana ia menerangkan interaksi kompleks yang berlaku dalam keluarga dan
juga faktor yang mempengaruhi proses keluarga membuat keputusan dan menetapkan
pencapaian matlamat tertentu.

Dalam menongkah arus pemodenan negara masa kini, institusi kekeluargaan menjadi
kepentingan dalam meningkatkan pembangunan negara kearah negara sejahtera.
Keibubapaan masa kini sangat berbeza dengan keibupaan dahulu. Tuntutan kerja memaksa
ibu bapa bekerja lebih masa sehingga masa bersama keluarga terabai. Hai ini sepatutnya tidak
terjadi, ibu bapa haruslah mengimbangi masa untuk kerja dan keluarga agar anak-anak
mendapat didikan yang lebih baik dari segi mental dan fizikal. Ini kerana keluarga bukan
sahaja aset mereka bahkan juga aset kepada negara. Selain itu, konteks keluarga dalam
menerapkan nilai-nilai murni menjadi penting dalam institusi kekeluargaan. Ibu bapa sebagai
nadi utama dalam menyediakan persekitaran yang sihat kepada sesebuah keluarga. Anak-anak
terbentuk mengikut acuan dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa sebagai model utama di dalam
sesebuah keluarga lazimnya menjadi ikutan kepada anak-anak dalam membentuk jati diri
masing-masing. Vicarious Learning atau proses pembelajaran secara ikutan ini biasanya
memberi kesan yang sihat sekiranya anak-anak berada dalam konteks keluarga yang sihat dan
begitu juga sebaliknya (Clark 1994). Sesetengah kejian berkaitan dengan corak tingkah laku
keibubapaan dan perkembangan psikologi remaja mendapati bahawa sokongan ibu bapa
mempunyai hubungan yang positif dengan perkembangan psikologi remaja. Justeru itu, nilai-
nilai murni perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.

4
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

SOALAN 1

2.0 KEPENTINGAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DALAM MASYARAKAT

2.1 Meningkatkan Pembangunan Negara

Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman mengatakan kepentingan bagi memastikan institusi
keluarga terus sejahtera merupakan agenda utama kerajaan di samping prospek pembangunan
negara yang semakin rancak menjelang tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi negara perlu
seimbang dengan pembangunan sosial dan moral kerana kayu pengukur kepada kemajuan
adalah keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, tidak
bermakna jika mempunyai pertumbuhan ekonomi yang dinamik dengan peningkatan taraf
hidup dan pendapatan per kapita tetapi nilai-nilai moral, kualiti hidup dan pembangunan
keluarga tidak berkembang seiring dengannya. Sebagai contoh, jika tiada moral yang
diterapkan oleh keluarga dalam setiap diri individu tersebut, sudah pastinya akan banyak
gejala sosial seperti jenayah rogol, merompak dan sebagainya akan berleluasa dan akan di
bimbangi oleh negara. Jelaslah bahawa Pembangunan keluarga dan memperkasa keluarga
adalah penting dalam membesarkan anak-anak, mendidik dan membimbing mereka untuk
mengembangkan diri sebagai warganegara yang berguna dan positif dalam menyahut cabaran
membina negara. Kuasa dan potensi keluarga dalam memerangi gejala sosial yang melanda
remaja kita adalah lebih besar dan lebih bermakna dari semua kekuatan semua
penguatkuasaan agensi yang digabungkan untuk mengatasi masalah sosial kita.

2.2 Melahirkan Pemimpin yang Berkualiti

Ibu bapa juga penting dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti. Ibu bapa perlu bertindak
sebagai agen pertama dalam membentuk sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak.
Oleh itu, mereka mesti menjadi contoh kepada anak-anak. Bagi menjadi role model yang
baik, ibu bapa mesti memulakannya daripada diri mereka sendiri. Ibu bapa tidak boleh
menjadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus. Sebagai contoh, dari segi
penampilan diri, ibu bapa yang menjadi role model ini, perlu berketrampilan sopan dan tidak
melanggar batasan agama dan budaya. Mereka juga perlu menjadi pengurus rumahtangga
yang baik iaitu dari segi pengurusan masa, pengurusan diri, sehinggalah ke pengurusan
kewangan. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi, bapa borek anak rintik, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, jika ingin
melahirkan pemimpin yang berkualiti bapa sebagai pemimpin keluarga perlu menerapkan ciri

5
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

kepepimpinan yang baik dalam institusi keluarga itu agar anak-anak dapat mengikuti cara
memimpin yang telah diterapkan itu.

2.3 Dapat melahirkan individu yang berpendidikan

Pada era globalisasi dan modenisasi ini, tugas mendidik, menjaga dan melindungi anak-anak
dari perkara yang negatif bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah bagi sesebuah keluarga.
Bekalan pendidikan yang berkualiti dari sekolah, menanggung rasa tanggungjawab dan
disiplin, tidak cukup sekiranya tidak disimbangi dengan bekal pendidikan agama yang baik.
Kita sendiri dapat melihat hakikat bahawa golongan yang berpelajaran juga terlibat dalam kes
jenayah yang berlaku pada hari ini. Oleh itu, tidak lengkaplah individu tersebut sekiranya
tidak menghayati nilai-nilai agama. Dalam hal ini, ibu bapa mesti bertindak sejak peringkat
akar umbi lagi dalam usaha menerapkan nilai agama. Bak kata pepatah, jumlah rumah
bermula dengan seketul bata. Menurut Presiden Persatuan Penggerak Komuniti Malaysia,
Norizan Sharif mengatakan bahawa ibu bapa sebagai golongan veteran haruslah membina
kekuatan dalaman diri anak-anak dengan asas agama. Sememangnya tidak dapat disangkal
lagi, didikan agama yang secukupnya akan menjadi benteng yang kuat dalam menangkis
semua anasir yang tidak baik dan seterusnya akan memandu mereka ke arah kecemerlangan.
Justeru, ibu bapa sangat berperanan dalam memberikan pendidikan yang baik dalam usaha
menjadikan mereka yang cemerlang.

Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak. Peranan ilmu
dalam kehidupan seseorang individu sememangnya tidak dapat difikan. Oleh itu, anak-anak
mestilah dipupuk agar mencintai ilmu. Sebagai contoh, ibu bapa patut membudayakan
amalan membaca dalam keluarga. Sesungguhnya, ilmu umpama cahaya yang akan menerangi
hidup kita dengan membawa kejayaan. Menurut Islam, menuntut ilmu itu difardhukan kepada
setiap muslim. Malah, Rasulullah S.A.W. Pernah bersabda, tuntutlah ilmu hingga ke negeri
China. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada anak-anak agar mereka
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik yang kemudiannya akan menghasilkan
insan yang lebih intelektual dan berketrampilan.

2.4 Melahirkan Masyarakat yang Mampu Mengharungi Cabaran

Keluarga juga penting dalam melahirkan masyarakat yang mampu mengharungi cabaran
dalam kehidupan. Keluarga perlu memastikan produktiviti masyarakat bertambah
terutamanya dalam aspek kerjaya kerana keluarga menjadi alat keseimbangan kehidupan
6
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

seseorang. Tekanan di pejabat yang begitu mendesak boleh menyebabkan seseorang it uterus
tertekan tetapi sebaik sahaja mereka dikelilingi oleh ahli keluarga tekanan pejabat tadi akan
hilang begitu sahaja. Perasaan ceria melihat telatah anak isteri membuatkan seseorang itu
hilang rasa tertekannya lalu mampu untuk meneruskan kerja di pejabat dengan begitu baik.
Sesungguhnya, keluarga menjadi alat anti tekanan yang paling berkesan dan mudah.

Dalam masa yang sama keluarga berupaya menjamin keamanan negara terpelihara.
Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan dengan wujudnya
institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara itu. Setiap lapisan masyarakat
mempunyai keluarga yang boleh menjadi sandaran dan harapan buat mereka untuk
mengharungi cabaran kehidupan terutama yang sukar untuk diselesaikan bersendirian.
Jelaslah, keluarga mampu menjamin negara terus berada dalam keadaan aman jika berfungsi
dengan baik dan melahirkan masyarakat yang mampu mengharungi cabaran dalam kehidupan
seharian mereka.

7
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

SOALAN 2

3.0 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KERUNTUHAN INSTITUSI


KEKELUARGAAN DI MALAYSIA

3.1 Kurang Komunikasi yang Berkesan Antara Suami dan Isteri

Pengaruh sosialisasi daripada elemen-elemen luar keluarga dirancakkan lagi oleh perubahan
peranan sosialisasi keluarga yang kini berpindah kepada institusi-institusi lain yang lebih
formal sifatnya. Pasangan suami isteri yang bekerja menjadi faktor yang menyumbang
kepada kurangnya komunikasi yang berkesan antara suami dan isteri di mana ibu bapa masa
kini semakin ramai berlumba-lumba meninggalkan rumah dan anak-anak untuk bekerja demi
menyumbangkan tenaga dalam pembangunan negara. Oleh hal yang demikian, komunikasi
antara suami isteri menjadi kurang bahkan masa bersama anak-anak juga menjadi terhad.
Kita juga dapat melihat betapa goyahnya peranan keluarga dalam masyarakat moden dengan
membuat perkaitan secara tidak langsung terhadap perubahan rol wanita sebagai isteri dan
ibu kepada anak-anak. Peranan tradisional seseorang wanita yang telah berkahwin sudah
semestinya perlu menguruskan rumah tangga yang meliputi tugas menguruskan rumah serta
tugas menguruskan makanan dan pakaian suami dan anak-anak. Apabila tahap pendidikan
wanita semakin meningkat, nilai hidup wanita yang telah berkahwin turut mengalami
perubahan. Mereka tidak perlu lagi terikat dengan peranan tradisional yang mewajibkan
mereka menguruskan rumah tangga. Keadaan sebegini menjadikan isteri-isteri yang
berkerjaya ini gagal menguruskan rumah tangga sehingga tidak mewujudkan komunikasi
yang baik bersama suami mahupun anak-anak dirumah. Seorang suami moden yang masih
mengharapkan isterinya yang bekerja supaya melayannya seperti ibunya melayani ayahnya,
tentulah tidak sesuai lagi hai ini. Tumpuan yang berlebihan terhadap kerjaya telah
menjejaskan kuantiti dan kualiti hubungan sesama ahli keluarga dan fenomena ini jugalah
yang menjadi salah satu faktor keruntuhan institusi kekeluargaan.

8
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

3.2 Campur Tangan dari Pihak Luar atau Ketiga

Perbezaan keturunan miskin atau kaya pada sesuatu pasangan dan keluarga akan menjadi
masalah apabila ianya menjadi fitnah dan batu api. Di pihak yang miskin, ia menimbulkan
rasa malu dan rendah diri. Akhirnya tentulah ia akan jauh hati dan enggan bercampur-gaul
dengan masyarakat. Manakala bagi yang kaya pula, ia turut berasa malu dan menganggap
dirinya diketepikan dalam keluarga. Bagi menhilangkan rasa malu, penceraian adalah jalan
keluar yang terbaik. Perbezaan status adalah lumrah dalam masyarakat hari ini mengundang
fitnah khususnya apabila melibatkan harta atau kekayaan. Ahli keluarga yang iri hati akan
mempastikan kedua-dua pihak bersengketa dan akan berasa puas setelah penceraian berlaku.

Apabila telah hidup dan menjalani kehidupan berkeluarga, Islam telah menggariskan
hak-hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan bagi kedua-dua belah pihak. Hak isteri
adalah tanggungjawab suami, manakala hak suami adalah tanggungjawab isteri. Segalanya
perlu dilaksanakan seiring dan dijaga dengan sebaik mungkin. Pelbagai konflik yang berlaku
dalam menjalani kehidupan alam rumah tangga. Salah satu isu yang seringkali menjadi
penyebab utama kepada keruntuhan rumah tangga adalah kehadiran orang ketiga. Ini bukan
kerana merupakan fenomena baru dalam masyarakat Melayu, malah ianya telah lama wujud.

Pengabaian dalam melaksanakan tanggungjawab keluarga berlaku apabila campur


tangan atau kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga. Hal ini sudah tentu mengganggu
kehidupan pembesaran anak serta menyebabkan kebajikan anak terabit kerana sibuk
meluangkan masa bersama kekasih baru. Malah ada yang mengambil kesempatan dengan
menghasut suami atau isteri supaya berpisah dan menjanjikan kehidupan baru yang lebih
bahagia. Perbuatan yang bercanggah dengan batas agama sehingga ke tahap perhubungan
terlarang dengan isteri atau suami orang yang sudah berkahwin juga satu tabiat masyarakat
Melayu hari ini. Apa yang menyebabkan mereka terjerumus kearah songsang, sebagai contoh
ada yang sanggup menduakan suami sendiri atau melakukan zina dengan isteri atau suami
orang lain. Pihak yang menjadi mangsa keadaan pula cuba mencari penyelesaian supaya
perkahwinan itu diselamatkan. Malah yang lebih menyedihkan lagi, tempoh perkahwinan ini
bertahun lamanya dengan penuh kebahagiaan bertukar menjadi penderitaan akibat bahan
orang ketiga dan anak yang menjadi mangsa keadaan jika berlaku keretakan rumah tangga.
Jika konflik dan campur tangan dalam rumah tangga ini dengan adanya campur tangan atau
kehadiran orang ketiga ini berterusan, maka tidak hairanlah statistik penceraian dalam
masyarakat semakin meningkat.

9
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

3.3 Sumber Kewangan yang Tidak Mencukupi

Kos hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan dan keluarga mengehadkan
perbelanjaan. Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu hanya akan mengurangkan
pendapatan keluarga dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit. Faktor wang kadangkala
menyebabkan pergaduhan di antara suami dan isteri yang menggugat kebahagiaan keluarga.
Keluarga yang tidak mempunyai asas perancangan kewangan akan mengalami masalah
menguruskan kewangan masing-masing terutama jika pendapatan isi rumah sangat kecil dan
terhad. Zaman masa kini, wang dan harta kekayaan menjadi asalah satu daripada tahap
pengukur kebahagiaan seseorang. Walaupun begitu, wang tidak boleh dianggap sebagai
pengganti kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, pada hari ini rata-
rata manusia berfikiran materialistic dan menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang.
Inilah yang menjadi faktor utama kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan.

3.4 Media Sosial

Penggunaan teknologi kedangkala boleh menghubungkan serta merapatkan hubungan antara


insan seperti yang sering diperkatakan “Yang Jauh Kita Dekatkan, Yang Dekat Kita Eratkan”.
Hal ini kerana, seseorang itu perlu berjumpa dengan individu tersebut. Fungsi ini sangat
berguna melalui penciptaan pelbagai aplikasi yang cukup terkenal seperti wechat, whatsaap,
line dan banyak lagi. Namun perlu diingatkan bahawa melalui aplikasi ini juga hubungan
seseorang boleh musnah. Keluarga yang bahagia juga merupakan prasyarat dalam merencana
rekayasa sosial. Rekayasa sosial (social engineering) adalah salah satu cara dalam
mengukuhkan institusi keluarga menerusi pembentukan masyarakat sakinah bagi menghadapi
era globalisasi. Pendekatan ini diambil dengan matlamat untuk melahirkan individu dan
masyarakat yang berlandaskan norma moral dan nilai kerohanian hidup yang positif (Miskon,
2003). Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata walaupun ia telah menjadi alat
yang berkesan untuk berkongsi maklumat, media sosial juga telah disalahgunakan untuk
menyebarkan fitnah dan maklumat salah. Prof. Shamsul berkata pembangunan media sosial
sejak kebelakangan ini telah menberi kesan kurang sihat terhadap perpaduan negara. Ujarnya
lagi, walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam
mempromosikan nilai demokratik, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila melemparkan
tuduhan. Jika kita perhatikan, kita dapat melihat melalui perkembangan media sosial di
Malaysia, kadar celik politik masih rendah kerana perbincangan di laman sesawang itu hanya

10
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

tertumpu pada hal-hal peribadi, fitnah antara satu pihak dan pihak yang lain serta
memanipulasi fakta yang betul. Namun demikian, media sosial adalah wahana yang boleh
membincangkan bermacam-macam perkara melalui alam maya, dan ramai rakyat Malaysia
tidak ketinggalan ketika negara menghampiri status negara maju menjelang tahun 2020.

11
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

4.0 KESIMPULAN

Wawasan 2020 telah menekankan pembentukan keluarga sebagai asas kearah


pembentukan Negara Malaysia yang kukuh dan maju. Keluarga sebagai unit asas masyarakat
perlu diperkukuh agar dapat menghadapi cabaran-cabaran dalam persekitaran yang sentiasa
berubah. Hebat individu maka kukuhlah keluarga dan seterusnya kukuhlah masyarakat serta
negara. Tanpa kerjasama semua pihak, tidak mungkin lahir generasi berwawasan dan
bertakwa yang mampu mendukung visi bangsa, agama dan negara. Sungguhpun perubahan
akan terus berlaku dalam masyarakat, institusi keluarga akan tetap menjadi tonggak
pembangunan negara. Apa yang perlu difikirkan sekarang bukannya bagaimana untuk
mengelakkan perubahan berlaku tetapi bagaimana untuk menyesuaikan perubahan-perubahan
ini dengan penghidupan berkeluarga di samping mengekalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan.

Pembentukan keluarga Islam pada abad ini dan abad yang mendatang amat mencabar
bagi setiap ibu bapa. Dasar-dasar rumah tangga yang lemah dan kepimpinan keluarga yang
longgar sudah pasti akan tumpas dalam menghadapi cabaran perubahan nilai global yang
mengubah kehidupan keluarga. Institusi keluarga merupakan satu institusi penting dalam
keseluruhan kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat islam akan berhadapan
dengan satu masalah besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan dijaga dengan
baik. Kehancuran isntitusi ini bermakna kehancuran ummah itu sendiri kerana daripada
institusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah masyarakat. Dalam usaha
mengukuhkan institusi keluarga, kita sebagai masyarakat Islam dan ibu bapa harus
memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita demi melihat generasi yang
terbaik di masa hadapan.

12
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

RUJUKAN

Abd. Razak Zakaria & Noraini Mohd Salleh, 2011. Konteks Keluarga dan Hubungannya
dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah.

Amran Hassan, Fatimah Yusoof & Khadijah Alavi, 2014. Keluarga Sihat Melahirkan
Komuniti Sejahtera.

Fadilah Hj. Said, 1980. Asas Kekeluargaan Dalam Islam. Kuala Lumpur. Penerbitan Knight.

Ratna Roshida Abd. Razak, 2007. Peranan Institusi Keluarga Dalam Penjanaan Bangsa
Bertamadun.

Zaini Yusnita & Zamariah Dimon, 2014. 043 UNdang-Undang Menangani Orang Ketiga
Dalam Rumahtangga: Satu Sorotan Dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri
Selangor dan Undang-Undang Keluarga Sivil.

Zainal Abidin Safarawan, 1995. Kamus Besar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors SDN BHD.

13