Anda di halaman 1dari 22

BAB 1: KOMUNIKASI

PENDAHULUAN

Komunikasi adalah suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Semenjak daripada

peringkat awal kehadiran manusia di muka bumi ini, mereka perlukan kepada suatu sistem yang

mengatur perhubungan antara sesama mereka. Berdasarkan kajian sarjana Barat, manusia

berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat dan juga melalui lukisan yang dilukis di dinding

gua, pada peringkat awalnya. Kemudian, komunikasi manusia berkembang pesat selaras dengan

perkembangan kehidupan mereka.

Sarjana-sarjana Barat menekankan perbincangan tentang komunikasi dalam ruang lingkup

yang terhad iaitu dengan pemfokusan terhadap perhubungan antara sesama manusia. Menurut J.R.

Diekman (1979), komunikasi adalah merujuk kepada penghantaran dan penerimaan mesej (maklumat)

sama ada secara lisan (verbal) ataupun bukan lisan (non-verbal).

Islam, berdasarkan dua sumber utamanya iaitu al-Quran dan al-Sunnah, telah menyediakan satu

sistem komunikasi yang unik dan menyeluruh. Islam telah menyediakan konsep komunikasi dengan

prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Islam juga telah mengatur komunikasi antara sesama manusia

dengan adab-adabnya yang tertentu, malah, ia turut mengatur bentuk komunikasi dengan alam sama

ada alam fizikal mahupun alam spiritual. Lebih penting daripada itu, Islam juga menyediakan prinsip-

prinsip komunikasi antara manusia dengan Allah yang merupakan Tuhan dan Khaliqnya. Ini

menjadikan komunikasi dalam Islam lebih lengkap dan menyeluruh.


Bertolak daripada hakikat tersebut, komunikasi ternyata memainkan peranan yang tidak kurang

pentingnya dalam pembinaan sesebuah peradaban, termasuklah peradaban Islam. Komunikasi juga

mempunyai peranan yang penting dalam membentuk ketahanan dan keutuhan peradaban tersebut.

Maka, dalam bab 1 ini akan membincangkan beberapa perkara berikut:

1. Pengertian dan konsep komunikasi, fungsi, jenis dan unsur komunikasi.

PENGERTIAN DAN KONSEP KOMUNIKASI

Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara

manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang.

Komunikasi antara manusia pula, lebih tertumpu kepada perhubungan antara manusia yang melibatkan

penyampaian atau penukaran sesuatu utusan daripada individu kepada individu lain, sama ada secara

bersemuka atau melalui perantaraan media massa. Kajian ilmiah ini hanya akan membincangkan khusus

tentang komunikasi antara manusia sahaja.

Komunikasi antara manusia merupakan satu daripada unsur-unsur penting dalam kehidupan

kita. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain.

Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa kebolehan

untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan sesuatu

kekurangan dalam hidup kita.

Dari awal pagi ketika kita mencelikkan mata sehinggalah kita tidur, kita sentiasa berkomunikasi

untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain sama ada melalui tulisan, pertuturan

ataupun melalui gerak badan dan air muka. Memandangkan komunikasi telah menjadi sebahagian
daripada keperluan hidup kita, ramai daripada kita menganggap kebolehan itu ialah satu kebolehan

semula jadi yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita.

Oleh kerana itu, tidak ramai daripada kita yang ingin cuba belajar cara-cara berkomunikasi

untuk meningkatkan kekesanan komunikasi. Sebenarnya kebolehan komunikasi seseorang individu itu

boleh dipertingkatkan lagi sekiranya ia memahami unsur-unsur penting dalam proses komunikasi.

Menurut Berlo (1960), untuk memahami ilmu komunikasi kita perlulah memahami proses, unsur-unsur

yang terlibat dalam proses itu dan kesan komunikasi. Pengetahuan tentang perkara tersebut akan dapat

membantu keupayaan kita memahami dan menyelesaikan masalah komunikasi yang kita hadapi.

(Komunikasi asas: samsudin a.rahim)

Pengertian Komunikasi

Kata atau istilah komunikasi (dari bahasa inggeris “communication”) yang bererti perhubungan, khabar,

atau perkhabaran. Secara epistemologis atau menurut asal katanya adalah dari bahasa latin

communicatus, dan perkataan ini bersumber pada kata communis. Kata communis memiliki makna

“berbagi” atau “menjadi milik bersama” iaitu usaha yang memiliki tujuan untuk kebersamaan atau

kesamaan makna.

Komunikasi pada hakikatnya adalah kesamaan makna terhadap apa yang diperbincangkan.

Dimana kesamaan bahasa yang digunakan dalam sebuah percakapan belum tentu menimbulkan

kesamaan makna. Dengan kata lain memahami bahasanya sahaja belum tentu dapat memahami makna

yang dibawakan oleh bahasa itu. Ertinya komunikasi harus mengandungi kesamaan makna antara dua

pihak yang terlibat dan yang lebih penting lagi adalah orang lain bersedia menerima kefahaman atau

keyakinan melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan lain dari hasil komunikasi tersebut.
Untuk memahami pengertian komunikasi tersebut dijelaskan secara efektif oleh Effendy

bahawa para ahli komunikasi sering mengutip paradigma yang dikemukakan oleh Harold Lasswell

dalam karyannya, The Structure and Function of Communication in Society. Laswell mengatakan

bahawa cara yang baik untuk menjelaskan komunikasi ialah dengan menjawab pertanyaan sebagai

berikut: Who Says What In Which Channel to Whom with What Effect? Paradigma Laswell

menunjukan bahawa komunikasi meliputi lima unsur sebagai jawapan dari pertanyaan yang diajukan,

iaitu:

1. Penyampai pesanan (siapa yang mengatakan?)

Penyampai pesanan adalah seseorang yang memberikan pesanan kepada penerima. Dalam hal ini

seorang penyampai harus mampu mengetahui dan memahami apa yang ingin disampaikannya kepada

penerima, kerana sesebuah pesanan tidak akan sampai dengan baik apabila penyampainya tidak

memahami apa yang ingin disampaikan.

2. Pesanan (mengatakan apa?)

Sebuah pesanan yang ingin disampaikan oleh penyampai kepada penerima harus memiliki makna.

Makna tersebut sebaiknya makna yang harus dicerna dengan baik terlebih dahulu agar dalam

berkomunikasi pesanan yang ingin disampaikan penyampai dapat mudah difahami oleh penerima.
3. Media (melalui saluran apa?)

Pesanan dapat disalurkan melalui berbagai macam saluran media massa. Diantara saluran media massa

adalah televisyen, radio, telefon, surat majalah dan lain-lain.

4. Penerima (kepada siapa?)

Pengirim pesanan sebaiknya mengetahui kepada siapa pesanan tersebut ingin disampaikan. Komunikasi

dikatakan berhasil jika pesanan yang disampaikan oleh penyampai sampai dan diterima dengan baik

oleh penerima pesanan.

5. Kesan (apa kesannya?)

Kesan atau impak yang terjadi kepada penerima setelah menerima pesanan yang disampaikan oleh

penyampai. Pesanan dikatakan memiliki makna atau erti bagi orang yang menerimanya. Apabila

pesanan tersebut memiliki kesan kepada penerima maka dapat merubah sudut pandang orang lain itu

contohnya cara berfikir, sikap, perilaku dan lain-lain.

Jadi, berdasarkan paradigma Laswell, secara sederhana proses komunikasi adalah pihak

penyampai membentuk (encode) pesanan dan menyampaikannya melalui suatu saluran tertentu kepada

pihak penerima yang menimbulkan kesan padanya.


Konsep Komunikasi

Dikutip dari buku Ilmu Komunikasi karya Prof. Deddy Mulyana (2007:67), John R. Wenburg dan

William W. Wilmot juga Kenneth K. Sereno dan Edward M. Bodaken, mengemukakan tiga konsep

komunikasi, iaitu:

a) Komunikasi sebagai tindakan satu arah

Komunikasi satu arah adalah komunikasi yang prosesnya hanya melibatkan satu unsur komunikasi iaitu

penyampai itu sendiri. Dalam komunikasi satu arah ini tidak ada interaksi antara penyampai dengan

penerima sehingga tidak ada umpan balik atau feedback.

b) Komunikasi sebagai interaksi

Komunikasi sebagai interaksi disebut juga dengan komunikasi dua arah. Dalam komunikasi ini,

penerima dapat memberikan umpan balik atau feedback kepada penyampai sebagai tanda pesanan

tersebut sudah diterima. Komunikasi ini dirasa lebih efektif dibandingkan dengan komunikasi satu arah.

c) Komunikasi sebagai transaksi

Ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain, terkadang tanpa disedari kita mengikut sertakan

gerakan anggota tubuh untuk mengirimkan pesanan non-verbal. Gerakan-gerakan tersebut adalah

isyarat tangan, ekspresi wajah, nada suara dan sebagainya. Proses pengiriman pesanan tersebut bersifat

spontan dan simultan.


Proses Komunikasi

Berdasarkan paradigma Laswell, Effendy (1994:11-19), beliau membezakan proses komunikasi

menjadi dua tahap, iaitu:


Fungsi Komunikasi

i. Fungsi memberitahu

Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh manusia.

Tujuannya adalah untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh

penyampai perlu diketahui oleh orang lai. Dalam kehidupan kita setiap hari, banyak contoh komunikasi

yang menjalankan fungsi memberitahu. Contohnya, papan tanda jalan raya seperti “Jalan Sehala”,

“Tidak Boleh Masuk” atau “80ksj” adalah antara contoh yang sering kita temui yang bertujuan untuk

memberitahu kita tentang keadaan jalan raya atau had laju memandu yang perlu kita patuhi.

Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat.

Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya berjaya,

penyampai yang menjalankan fungsi ini sering kali akan menggunakan strategi menyebarkan maklumat

sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat itu dengan lebih kerap. Contohnya, penggunaan tali

pinggang keledar, radio dan televisyen boleh membuat pengumuman itu dengan seberapa kerap yang

mungkin atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan boleh mengeluarkan seberapa banyak risalah untuk

memberitahu orang ramai tentang undang-undang jalan raya itu.

ii. Fungsi mendidik

Fungsi mendidik ini bukanlah semata-mata untuk mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang lain.

Tetapi tugas mereka adalah “sekadar memberikan maklumat” agar dapat menambahkan pengetahuan

seseorang itu tentang sesuatu perkara atau bidang. Mungkin dalam jangka masa yang panjang dengan
berbekalkan pengetahuan tadi, seseorang individu itu akan terpengaruh dengan pendapat atau sikap

yang disarankan kepadanya.

Apabila seorang guru berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya “apabila ia mengajar sesuatu

perkara” tujuannya adalah untuk mendidik pelajar tersebut tentang perkara yang diajarnya. Guru

tersebut mempunyai matlamat agar maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajarnya untuk

mendalami lagi ilmu yang diajarnya.

Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima maklumat

untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung pada sejauh mana seseorang

itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahan terhadap maklumat yang

diterimanya. Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang ingin

disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima. Dengan itu mereka yang menerima maklumat

itu merasakan bahawa mereka tidak memperoleh apa-apa pengetahuan yang baru.

iii. Fungsi memikat hati

Berbeza dengan dua fungsi komunikasi yang telah kita bincangkan di atas, fungsi memikat hati adalah

ingin mengubah sikap dan tingkah laku. Untuk mendapatkan kesan tersebut, penggunaan komunikasi

tidak terhad kepada menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat menembusi perasaan dan emosi

individu atau kumpulan yang menjadi sasaran maklumat itu. Ada kalanya fakta maklumat yang

disampaikan kepada kita tidak tepat dan sengaja diputarbelitkan. Sebagai contoh kita ambil iklan ubat

gigi. Pada hakikatnya, antara berbagai-bagai ubat gigi itu tidak banyak perbezaannya. Dengan itu untuk

memikat hati kita supaya membeli sesuatu jenis ubat gigi yang diiklankan, para pengiklan ubat gigi

menunjukkan bagaimana seorang wanita itu ditinggalkan oleh rakan lelakinya apabila mulut teman
wanitanya itu berbau. Tetapi setelah wanita itu menggunakan ubat gigi yang diiklankan itu bau

mulutnya telah hilang dan rakan lelakinya mula kembali kepadanya. Dalam contoh iklan ini emosi kita

untuk disayangi dan didampingi oleh orang lain ditonjolkan. Dengan itu jika kita ingin terus disayangi,

maka kita hendaklah kerap menggunakan ubat gigi yang diiklankan itu.

iv. Fungsi menghibur

Fungsi komunikasi yang keempat ini juga begitu mudah dilihat di sekeliling kita. Wayang gambar,

rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan televisyen, drama, komik, lukisan kartun dan

sebagainya adalah contoh cara komunikasi digunakan untuk menghibur. Pada mulanya kekesanan

fungsi ini boleh diketahui daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan, tayangan

wayang gambar, ataupun majalah yang dibacanya. Asalkan seseorang itu dapat “melapangkan

fikirannya” bolehlah dikatakan fungsi menghibur ini telah berjaya. Berbeza dengan fungsi komunikasi

yang lain, fungsi menghibur ini terlalu umum sifatnya kerana ia tidak mempunyai kriteria khusus untuk

menentukan kejayaannya. Ini disebabkan kriteria “terhibur” bukanlah ditentukan oleh penyampai

maklumat tetapi lebih ditentukan oleh penerima maklumat itu sendiri. Jika dalam fungsi mendidik,

kejayaan pendidikan boleh diketahui dengan jelas apabila penerima maklumat faham tentang apa yang

ingin mendidiknya seperti membaca, mengira dan sebagainya. Jika beberapa soalan yang kita

kemukakan kepadanya dapat dijawab maka bolehlah dikatakan bahawa usaha mendidiknya itu sudah

mencapai serba sedikit kejayaan. Tetapi kejayaan fungsi menghibur sukar diukur oleh sumber

maklumat kerana hanya penerima maklumat itu sendiri yang dapat menentukannya. Pihak sumber

mungkin dapat mengetahui kejayaannya dengan bilangan naskhah majalah hiburannya yang terjual,

atau berapa ramai penonton menonton sesuatu rancangan hiburan.

Oleh kerana fungsi hiburan ini amat digemari ramai, maka telah ada usaha untuk menerapkan

unsur pendidikan, penerangan dan memikat hati melaluinya. Contohnya, melalui drama akan diselitkan
unsur perpanduan untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya kita bertolak ansur sesama kita untuk

mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Begitu juga melalui nyanyian dikir barat telah cuba

diselitkan penerangan tentang keindahan sesuatu tempat untuk dilawati oleh pelancong. Iklan cuba

memikat hati orang ramai membeli minuman dengan meminta penyanyi terkenal memperkenalkan

minuman tersebut.

Setelah kita terdedah kepada beberapa fungsi komunikasi, bolehlah dikatakan bahawa dalam

keadaan sebenarnya sesuatu proses komunikasi itu tidaklah hanya tertumpu untuk menjalankan satu

fungsi sahaja. Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi

yang digabungkan untuk menghasilkan satu kesan komunikasi yang lebih besar. Justeru itu kita

hendaklah bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi komunikasi yang mana satukah yang akan

membawa kejayaan dalam perancangan strategi komunikasi yang akan kita laksanakan. (Komunikasi

asas: samsudin a.rahim)


Jenis-Jenis Komunikasi

Komunikasi antara manusia berlaku dalam berbagai-bagai situasi. Ada kalanya komunikasi berlaku

secara bersemuka antara dua individu, ada kalanya pula komunikasi berlaku melalui perantaraan seperti

radio atau akhbar dan ada juga ketikanya komunikasi berlaku hanya dengan menggunakan isyarat-

isyarat. Untuk memudahkan kita memahami komunikasi dengan lebih jelas lagi, tumpuan akan

diberikan kepada empat jenis komunikasi iaitu komunikasi antara individu, komunikasi awam,

komunikasi massa dan komunikasi tanpa lisan.

i. Komunikasi antara individu

Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka mereka

bertentangan antara satu sama lain. Lazimnya komunikasi berlaku tanpa dirancang terlebih dahulu iaitu

secara spontan. Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu yang terlibat dalam

proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima maklumat. Dengan kata lain apabila individu

B menerima maklumat daripada individu A, ia akan cuba memahami maklumat itu dan kemudiannya

memberikan balasannya terhadap maklumat individu A. Apabila individu A berpuas hati dengan

balasan daripa individu B, mungkin komunikasi tersebut berhenti di situ sahaja. Tetapi jika tidak,

individu A akan terus memberikan reaksinya terhadap balasan individu B itu. Interaksi yang sedemikian

akan terus berlaku sehinggalah kedua-dua individu itu berpuas hati dan mencapai tujuan komunikasi

mereka. Antara contoh komunikasi antara individu adalah perbualan kita setiap hari dengan ahli

keluarga, rakan, ketua pejabat, guru atau dengan jurujual di kedai.

Oleh kerana komunikasi ini adalah komunikasi bersemuka, maka jarak antara kedua-dua

individu yang berkomunikasi itu mestilah rapat. Berapa jauhkah jarak antara mereka terpulanglah
kepada sejauh mana mereka merasa selesa dengan kedudukan jarak tersebut. Misalnya, jika dua

individu yang baru sahaja berkenalan, mereka memerlukan jarak yang tidak terlalu dekat. Tetapi jika

kita berbual dengan rakan karib atau ahli keluarga, kita mungkin akan lebih suka duduk berdekatan. Ini

desebabkan jarak yang rapat itu lebih menunjukkan kemesraan antara kita.

Dalam komunikasi antara individu ini maklumat secara lisan dan juga tanpa lisan adalah

penting. Maklumat lisan adalah pertuturan kita. Antara contoh maklumat tanpa lisan adalah ialah air

muka, gerak badan, atau nada suara kita. Isyarat-isyarat tersebut penting untuk mengukuhkan hujah

maklumat yang kita sampaikan ataupun akan membuatkan hujah maklumat kita diragui. Misalnya,

apabila kita menyatakan kita tidak amrah tetapi rakan kita dapat melihat air muka kita yang masam. Di

sini percakapan kita dengan maklumat tanpa lisan itu tidak siiringan. Ini boleh membuat orang lain

meragui apa yang kita katakana kepadanya.

ii. Komunikasi awam

Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada jumlah

orang yang ramai. Misalnya, pensyarah memberi kuliah kepada pelajar-pelajarnya, seorang menteri

memberi ucapan kepada ahli-ahli partinya atau seorang pelajar memberikan ceramah dalam bilik

darjahnya. Sebelum komunikasi menjadi suatu bidang ilmu yang tersendiri, komunikasi awam adalah

lebih dikenali sebagai pidato umum.

Ada beberapa ciri yang boleh kita gunakan untuk mengenali komunikasi awam. Pertama,

komunikasi berlaku ditempat awam seperti di dalam dewan, bilik kuliah, auditorium atau di tempat

orang ramai boleh berhimpun. Bilik pejabat, rumah atau tempat bagi hanya beberapa orang sahaja yang

boleh berkumpul adalah dianggap sebagai ruang persendirian. Dengan itu, komunikasi yang berlaku
dalam ruang tersebut tidak dikatakan sebagai komunikasi awam. Dalam komunikasi awam penceramah

adalah sebagai sumber dan hadirin yang mendengar ceramah atau ucapannya adalah penerima

maklumat yang ingin disamapaikan.

Komunikasi awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah

tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu disebabkan jarak

dan juga bilangan orang yang ramai. Ceramahnya telah dirancang terlebih dahulu berdasarkan siapakah

yang akan hadir untuk mendengar ceramah itu. Suasana penyampaian ceramah itu juga telah

distrukturkan dengan agenda-agenda yang tertentu. Misalnya siapakah yang akan memperkenalkan

penceramh, bilakah penceramah akan memulakan ceramahnya dan juga bilakah masanya orang ramai

boleh mengemukakan soalannya kepada penceramah.

iii. Komunikasi massa

Ciri utama yang membezakan komunikasi antara individu dengan komunikasi massa komunikasi massa

ialah dari segi penyampaian maklumat. Dalam komunikasi antara individu situasi komunikasi ialah

secara bersemuka. Tetapi dalam komunikasi massa, maklumat disampaikan melalui perantaraan media.

Di antara media yang sering menjadi perantaraan ialah media massa seperti radio, televisyen, akhbar

majalah dan buku. Dengan adanya perantaraan ini jarak di antara mereka yang terlibat dalam

komunikasi massa bolehlah dikatakan tidak terhad. Kita mungkin akan dapat mengikuti apa yang

berlaku di Amerika Syarikat atau Eropah dalam sekelip mata sahaja sama ada melalui liputan berita

akhbar, radio atau televisyen.

Walaupun media massa merupakan ciri utama yang membezakan komunikasi massa dengan

komunikasi antara individu, tetapi penentuan komunikasi massa adalah berdasarkan saiz dan ciri
penerima maklumat atau khalayak. Dari segi saiz, secara relative jumlah penerima maklumat atau

khalayak adalah besar. Khalayak komunikasi massa terdiri daripad aindividu-individu yang berbagai-

bagai jenis dan ragam seperti berbagai-bagai kaum, peringkat umur, pelajaran atau tempat tinggal.

Khalayak komunikasi massa tidak dikenali oleh penyampai maklumat kerana maklumat disampaikan

melalui perantaraan media.

Maklumat yang disampaikan dalam komunikasi massa tidaklah berlaku secara spontan dan

tidak formal. Di sebaliknya maklumat yang hendak disampaikan adalah diusahakan oleh berbagai-bagai

individu. Misalnya, berita tentang kebakaran yang kita dengan melalui siaran berita adalah hasil

daripada usaha beberapa individu. Antara mereka yang terlibat ialah pemberuita membuat liputan

kejadian kebakaran, penyunting akan menyunting berita dan pembaca berita yang membaca berita

tersebut.

Dalam komunikasi massa sumber dengan penerima maklumat tidak dapat berinteraksi dengan

spontan. Ini disebabkan jarak yang memisahkan mereka. Reaksi terhadap sesuatu maklumat yang

disampaikan itu mungkin mengambil masa beberapa jam atau hari kerana penerima maklumat perlu

menulis surat ataupun membuat panggilan telefon untuk menyampaikan reaksinya.

iv. Komunikasi tanpa lisan

Kita telah pun membincangkan ciri-ciri tertentu yang menjadikan setiap jenis komunikasi itu berbeza

dengan yang lain. Kita juga telah mengetahui bahawa dalam ketiga-tiga jenis komunikasi tersebut,

maklumat disampaikan secara lisan atau tulisan. Begitu juga setiap jenis komunikasi itu boleh berlaku

secara sendirian.
Komunikasi tanpa lisan boleh berlaku tanpa bersendirian. Lazimnya komunikasi ini berlaku

sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi yang telah kita bincangkan. Sebagaimana

namanya, maklumat yang kita terima daripada komunikasi ini adalah melalui isyarat tanpa lisan. Anatra

isyarat tanpa lisan itu ialah nada suara, air muka gerak badan, hubungan mata atau gerak tangan. Kadang

kala isyarat lisan ini berlaku tanpa kita sedari. Isyarat itu sama ada boleh mengukuhkan maklumat yang

kita sampaikan ataupun membuat orang lain meragui maklumat yang disampaikan itu. Sebagai contoh,

seorang individu ingin menyatakan ia telah dapat mengail ikan yang besar. Maka sambil mengatakan

demikian, kedua belah tangannya dilebarkan untuk menunjukkan saiz ikan yang ditangkapnya.

(Komunikasi asas: samsudin a.rahim)


Unsur-Unsur Komunikasi

Setiap komunikasi yang terjadi terdapat unsurnya, yang mana setiap unsur tersebut membentuk proses

komunikasi. Unsur-unsur komunikasi adalah seperti berikut:

1) Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Sesiapa pun boleh menjadi sumber tidak kira sama

ada ia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau organisasi. Dalam proses komunikasi,

sumber ialah sesiapa yang mempunyai pendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin

disampaikan kepada orang lain. Sejauh mana sumber berkesan menyampaikan utusan

bergantung pada keupayaannya, personalitinya, tujuan komunikasinya dan juga bagaimana

pandangan orang lain terhadapnya. Contohnya, dalam suasana bilik darjah guru yang sedang

mengajar dianggap sebagai sumber komunikasi kerana beliau sedang menyampaikan bahan-

bahan pengajarannya. Dalam situasi yang lain pula apabila murid bertanyakan sesuatu soalan

kepada gurunya, murid itu bertindak sebagai sumber maklumat.

2) Penerima ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil,

sebuah organisasi ataupun sejumlah orang yang ramai. Dalam komunikasi massa penerima

utusan dikenali sebagai khalayak. Penggunaan istilah khalayak adalah untuk menggambarkan

tumpuan sejumlah orang yang ramai yang terdiri daripada berbagai-bagai ragam yang terdedah

kepada sesuatu sumber atau saluran. Penerima yang khusus dikenali sebagai khalayak atau

individu sasaran dan kita dapat mengenal dengan pasti siapakah yang akan menerima utusan

yang ingin disampaikan.

3) Utusan ialah sesuatu yang ingin disampaikan oleh sumber kepada orang lain. Apa yang ingin

disampaikan itu mungkin merupakan perasaan, fikiran, pendapat atau fakta. Sebelum

disampaikan semuanya digubal dalam bentuk kod yang tertentu seperti isyarat atau bahasa.

Utusan dikatakan bersifat denonatif sekirannya maksud utusan itu adalah seperti yang tersurat.

Manakala, apabila utusan mempunyai makna yang tersirat di sebalik utusan yang disampaikan
itu dikatakan konotatif. Contohnya, lambaian tangan, air muka, gaya berpakaian adalah isyarat-

isyarat yang memberikan utusan-utusan yang tertentu. Begitu juga pertanyaan “Apa khabar”

atau “Selamat pagi” adalah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan utusan kepada orang

lain.

4) Encoder bertanggungjawab mengubal apa yang ingin disampaikan oleh sumber dalam bentuk

kod dan kemudian menyampaikannya dalam bentuk utusan. Dalam komunikasi antara individu,

encoder adalah keupayaan motor seseorang itu; bahagian suara yang menghasilkan suara,

sistem otot tangan yang menghasilkan tulisan atau lukisan, sistem otot badannya yang

menghasilkan gerak tangan, gerak badan dan sebagainya.

Dalam situasi yang lebih kompleks, encoder boleh dipisahkan daripada sumber.

Contohnya, jurucakap sesebuah persatuan adalah encoder sementara pengerusi persatuan itu

sebagai sumber. Dalam contoh ini jurucakap itu mengubal dan menterjemahkan apa yang ingin

disampaikan oleh pengerusi dan kemudian menyampaikan utusan itu kepada orang ramai.

Encoder boleh juga merupakan suatu alat. Contohnya, apabila kita berbual melalui telefon,

bahagian gagang telefon tempat kita bercakap mengubah percakapan kita ke dalam kod yang

tertentu. Kod tersebut dikirimkan melalui kawat kepada orang yang di pihak satu lagi.

5) Saluran merupakan perantaraan yang membawa utusan daripada sumber kepada penerima.

Pemilihan saluran dalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan

komunikasi. Setiap saluran mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tertentu. Antara contoh

saluran ialah surat, telefon, surat khabar, radio, televisyen, satelit dan juga saluran individu

seperti jiran tetangga, sahabat handai, ketua kampong dan sebagainya. Untuk mendapat kesan

yang maksimum, dicadangankan pengguna menggunakan beberapa saluran untuk

menyampaikan sesuatu utusan. Ini disebabkan setiap saluran mempunyai kekuatan dan

kelemahannya yang tersendiri. Radio hanya mempunyai kesan suara (audio), televisyen

mempunyai kesan suara dan gambar (audio dan visual), surat khabar perlukan keupayaan untuk

membaca. Justeru itu pemilihan sesuatu saluran mestilah disesuaikan dengan keupayaan

penerima dan utusan.


6) Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat

sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Gangguan boleh berlaku disebabkan oleh saluran,

keadaan sekeliling ataupun oleh keadaan mental kita. Gangguan saluran berlaku apabila

keadaan saluran itu sendiri yang mengakibatkan utusan tidak dapat diterima dengan jelas atau

tepat. Contohnya, kuasa alat pemancar yang tidak kuat mengakibatkan kita tidak dapat

menerima siaran radio dengan jelas. Begitu juga apabila kita membaca akhbar atau buku yang

cetakannya tidak kemasungkin mengalami kesukaran untuk membacanya.

Gangguan fizikal pula berlaku apabila punca gangguan itu datangnya dari keadaan

sekeliling. Contohnya, apabila kita sedang berbual kita tidak dapt mendengar apa yang

dikatakan oleh rakan kita disebabkan bunyi lalu lintas yabg bising. Gangguan juga boleh

berlaku apabila kita tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat disebabkan oleh tahap

pengetahuan asas kita yang berkaitan dengan utusan itu, sikap kita terhadap utusan atau sumber

dan juga disebabkan oleh keupayaan komunikasi kita seperti membaca, mendengar dan

berfikir. Gangguan seperti ini dikatakan gangguan psikologi.

7) Decoder bertanggungjawab untuk menterjemahkan utusan yang diterima daripada sumber agar

mudah difahami dan boleh digunakan oleh penerima. Dalam komunikasi antara individu,

decoder adalah berkeupayaan sensori penerima termasuklah urat saraf dan otot-ototnya. Seperti

dalam contoh tentang encoder, jurucakap juga bertindak sebagai decoder untuk pengerusi

persatuan yang berkenaan.

8) Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang menjadi tajuk

komunikasi. Komunikasi tidak akan berkesan sekiranyasumber dan penerima tidak mempunyai

rangka rujuk yang sama. Contohnya, sumber membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan

Dasar Ekonomi Baru tetapi penerima tidak mempunyai banyak pengetahuan atau pengalaman

tentang dasar tersebut. Kekurangan tersebut akan menjejaskan keupayaan penerima untuk

memahami atau mengikuti apa yang dibincangkan oleh sumber. Dengan itu penerima mungkin

tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan sumber.


Untuk membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan, kedua-dua sumber dan

penerima mestilah mempunyai rangka rujuk yang sama. Lebih luas ruang lingkup rangka rujuk

di antara sumber dan penerima, maka lebih besar kemungkinan komunikasi antara mereka akan

berkesan.

9) Maklum balas berlaku apabila penerima memberikan reaksi terhadap utusan yang disampaikan

oleh sumber. Dalam komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan. Contohnya,

apabila sumber bertanya “Apa khabar?” dan penerima utusan tersebut mungkin menjawab

“Khabar baik” ataupun menunjukkan muka yang masam. Jawapan dan air muka penerima itu

merupakan maklum balas terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Apabila maklum

balas itu positif mungkin sumber akan meneruskan komunikasinya dengan penerima.

Bagaimanapun jika maklu balas itu negative, kemungkinan sumber akn berhenti di situ sahaja

dengan tidak membuat soalan susulan lanjut.

Dalam proses komunikasi massa, maklum balas tidak sepantas seperti dalam komunikasi

bersemuka. Sebaliknya maklum balas dalam komunikasi massa adalah tertangguh, iaitu lambat

untuk diperoleh. Contohnya, apabila seorang pembaca akhbar ingin memberikan reaksinya

terhadap sesuatu berita yang dibacanya di dalam akhbar berkenaan, ia akan menulis surat

kepada pengarang itu. Surat tersebut akan mengambil masa beberapa hari melalui kiriman pos

sebelum sampai ke meja pengarang dan disiarkan isi kandungan reaksi yang berkenaan dalam

ruangan “daripada pembaca”. Dengan itu kita katakan maklum balas itu tertangguh tidak

spontan seperti komunikasi antara individu.

10) Maklum awal adalah maklumat yang diperoleh oleh sumber komunikasi tentang unsur-unsur

lain seperti penerima, saluran dan utusan untuk dijadikan bahan rujukannya sebelum ia

merancang dan menyebarkan maklumat kepada penerima. Bolehlah dikatakan bahawa maklum

awal adalah usaha mendapatkan maklumat untuk dijadikan asas perancangan sebelum dibuat

penyebaran maklumat. Maklum awal berbeza dengan maklum balas kerana maklum balas

berusaha untuk mendapatkan maklumat setelah maklumat disebarkan. Maklum balas adalah

reaksi penerima terhadap utusan yang disampaikan. Tetapi usaha mencari maklumat maklum
awal mempunyai tujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang sesuai tentang

unsur-unsur komunikasi yang lain supaya maklumat yang akan disebarkan kepada penerima

akan lebih berkesan kerana ia berorientasikan penerima, bukan berorientasikan sumber.

Contohnya, sebelum menyampaikan ceramah ada baiknya pihak penceramah mengambil tahu

tentang ciri-ciri hadirin yang akan mendengar ceramahnya seperti tahap pengetahuan,

keupayaan bahasa, minat dan sebagainya. Ini adalah untuk membantu penceramh

menyesuaikan ceramahnya dengan tahap penerima sasaran. Dengan itu tidak timbul suasana

apabila penceramah menggunakan bahasa yang terlalu tinggi atau bahan ceramah yang

kompleks dan sukar untuk difahami oleh sasaran.

Anda mungkin juga menyukai