Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 1

Pengenalan

Morfologi merupakan satu bidang ilmu linguistik, yang membicarakan tentang


pembentukan kata bagi satu-satu bahasa. Menurut Ramlan dalam Novi Resmini (2006),
pengertian morfologi adalah bahagian dari ilmu bahasa yang mempelajari selok-belok bentuk
kata dan perubahannya, serta perubahan bentuk kata terhadap erti dan golongan kata. Hal
ini dapat dibuktikan kerana dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan dapat menerbitkan
pelbagai perkataan lain yang membawa makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan adalah
seperti, perkataan kotor yang dapat menerbitkan pelbagai perkataan lain seperti ‘dikotori’,
‘pengotor’, ‘mengkotorkan’, ‘kekotoran’ dan ‘terkotor’. Oleh itu, jelaslah bahawa morfologi
sebagai bidang linguistik yang mempelajari struktur bahasa yang mencakupi kata dan
bahagian-bahagian kata yakni morfem.

Bentuk Kata

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan (Nik Safiah et.al, 1997).
Selain itu, kata turut merujuk kepada unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang
tersendiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Pada
keseluruhannya, kata dapat dijeniskan kepada empat bahagian iaitu, kata tunggal, kata
terbitan, kata ganda dan kata majmuk.

Kata Tunggal

Menurut Siti Hajar (2006), kata tunggal merujuk kepada perkataan-perkataan yang
tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Hal ini
bererti kata tunggal hanya terdiri daripada satu bentuk dasar. Oleh itu, kata tunggal ini dapat
dikembangkan lagi untuk membentuk kata terbitan yang seterusnya akan menghasilkan ayat.
Kata tunggal dapat dipecahkan kepada dua jenis (Nik Safiah et.al, 1997). Jenis pertama ialah
kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan mampu untuk berdiri sendiri. Contohnya:

a) Nah!
b) Dia.
c) Sana.
d) Makan.
e) Bila?
f) Kenapa?

1
Jenis kata tunggal yang kedua pula ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri
melainkan terdapat sekurang-kurangnya satu unit yang bebas sebagai pelaksana tugas
nahunya. Misalnya, tulisan condong dalam ayat berikut merupakan kata tugas:

a) sejak semalam
b) dari Melaka
c) ke mana?
d) kepada siapa?
e) untuk kamu.

Kata tunggal juga turut mengandungi kata akronim. Kata akronim ialah kependekan yang
terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang
boleh diujarkan sebagai satu perkataan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Bentuk-bentuk
singkatan yang membentuk satu perkataan utuh adalah seperti yang berikut:

a) PLKN - Pusat Latihan Khidmat Negara

b) PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

c) kugiran - kumpulan gitar rancak

d) berdikari - berdiri di atas kaki sendiri

e) SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhasil apabila sesuatu kata dasar mengalami proses
pengimbuhan (Asyraf, 2012). Hal ini bererti, sesuatu kata dasar boleh ditambahkan imbuhan
sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Pengimbuhan yang diberikan
bertujuan untuk menerangkan sesuatu kata atau perbuatan. Sebagai contoh, perkataan
membawa (mem + bawa), dirotan (di + rotan), melampaui (me + lampau + i), kebasahan (ke
+ basah + an), dan sebagainya.

Kata Majmuk
Dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi kesatuan sintaksis dan
membawa makna tertentu dikenali sebagai kata majmuk (Nik Safiah et.al, 1997). Dua kata
dasar atau lebih yang dirangkaikan akan bergerak sebagai satu unit dan hendaklah dieja
dalam keadaan terpisah. Walaubagaimanapun, bagi kata majmuk yang telah mantap, ianya
dieja sebagai satu perkataan. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat
disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Misalnya guru besar, air terjun dan telefon
bimbit.

2
Kata Ganda
Kata ganda merujuk kepada proses menggandakan atau mengulangi kata dasar
sama ada pengulangan dilakukan secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu.
Sekiranya pengulangan kesuluruhan seperti perkataan murah-murah, rajin-rajin dan mata-
mata. Manakala, pengulangan pada bahagian tertentu seperti dedebu, bebunga dan rerama.
Penggandaan juga boleh berlaku sama ada dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contohnya
cantik-cantik, kehendak-kehendak, jejari, berturut-turut dan tolong-menolong.

Proses Pembentukan Kata


Proses pembentukan kata bertujuan membentuk perkataan-perkataan agar menjadi
satu ayat untuk digunakan dalam menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Hal ini demikian,
terdapat bentuk kata yang bersifat tunggal, misalnya pokok, cawan dan kerja. Ada juga,
perkataan yang dibentuk melalui proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan
(Abdullah Hassan, 2006). Sebagai contoh, perkataan yang terdiri daripada proses
pengimbuhan ialah bersembahyang dan menyembahyangkan. Manakala, contoh perkataan
yang dibentuk secara pemajmukan ialah merah menyala dan pucat lesu. Seterusnya,
perkataan yang dibentuk secara penggandaan pula ialah segar-segar dan pandai-pandai.
Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu yang terhasil ialah seperti bentuk kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

Bentuk Kata Tunggal

Sebagai mana yang dibincangkan dalam perenggan-perenggan di atas, kata tunggal


merupakan perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau
mengalami proses penggandaan. Kata tunggal juga dikatakan berupaya untuk
memperluaskan perkataannya bagi membentuk kata terbitan. Terdapat sekurang-kurangnya
dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi satu suku kata dan kata tunggal
yang mengandungi lebih dari satu suku kata (Jos Daniel, 1988). Penyukuan kata ini boleh
terdiri daripada vokal (V) atau konsonan (K). Secara ringkas, kata tunggal beserta dengan
pelbagai suku kata dapat diterangkan dalam jadual 1 di sebelah.

3
Di samping itu, akronim juga merupakan golongan kata tunggal. Akronim merupakan
singkatan daripada perkataan yang asalnya panjang. Akronim merupakan proses
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar merujuk kepada proses akronim, contohnya:

a) PLKN - Pusat Latihan Khidmat Negara

b) PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

c) kugiran - kumpulan gitar rancak

d) berdikari - berdiri di atas kaki sendiri

e) SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Peggunaan akronim boleh dilakukan melalui tiga cara. Pertama, proses pembentukan
akronim dengan menggabungkan beberapa huruf awal rangkai kata yang kemudiannya
disingkatkan. Keseluruhan huruf akan ditulis dengan menggunakan huruf besar jika ianya
merupakan kata nama khas. Contohnya, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Kedua ialah proses pembentukan akronim dengan
menggabungkan huruf awal dan/ atau suku kata, yang akan ditulis dengan menggunakan
huruf kecil jika ianya bukan kata nama khas. Misalnya, berdiri di atas kaki sendiri (berdikari)
dan kumpulan gitar rancak (kugiran). Akhir sekali ialah proses pembentukan akronim dengan
menggabungkan huruf awal dan/ atau suku kata yang menjadi kata nama khas yang mana
akan ditulis dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataan. Sebagai contoh, Majlis
Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Nasional (Pernas).

Bentuk Kata Terbitan


Kata terbitan merupakan bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan dengan menerbitkan perkataan yang membawa maksud tersendiri (Abdullah
Hassan, 2006). Imbuhan dapat dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu imbuhan awalan,
akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan merujuk kepada imbuhan yang ditambah pada
hadapan kata dasar bagi menghasilkan kata terbitan. Manakala, imbuhan akhiran ialah
imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar. Di samping itu, imbuhan apitan
merupakan imbuhan yang ditambah pada bahagian awal dan akhir sesuatu kata dasar.
Sementara, imbuhan sisipan pula ialah imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata
dasar (Siti Hajar, 2006).
Secara ringkasnya, kata terbitan dapat diterangkan dalam jadual 2 di sebelah.

4
Jenis Imbuhan Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Awalan peN-, pe-, peR-, meN-, beR-, teR-, di-, mempeR- ter- dan se-
ke- dan juru- dan dipeR-

Contoh: Contoh: Contoh:


pencuri, menyanyi, berjumpa, terasa, tercantik dan
peladang, dibunuh, memperluas dan sepandai.
perbara, ketua dipersenda.
dan juruhebah.
Akhiran -an -i dan -kan -
Contoh: Contoh:
minuman, sakiti, duduki, besarkan dan
makanan dan cintakan.
gurauan.
Apitan pe…an me…kan ke … an
(pecaturan, (memainkan, memalukan)
perasaan) Contoh:
mem…kan keampunan,
penge…an (membaharukan, membaikkan ) kemelayuan dan
(pengesahan, kebencian.
ber…kan
pengehadan)
(beralaskan,berlaukkan)

ke…an
diper…kan
(kelaianan,
(diperdengarkan,diperbahaskan)
kelebihan)
ke…an
(kehausan,kepanasan)

di…i (didekati,dimulai,diadili)

memper..kan (mempergunakan)

Sisipan -el- (kelengkeng) -el- ( selerak) -


-em- (kemuning) -em- (gemerlap)
-er- (keruping) -er- ( serabut)
-in- (sinambung)
Jadual 2: Ringkasan kata terbitan

5
Bentuk Kata Majmuk
Proses menyatukan dua kata dasar atau lebih merupakan proses pemajmukan
(Asyraf, 2012). Perkataan yang terbit daripada proses pemajmukan akan membawa makna
tersendiri. Kata majmuk dieja secara terpisah namun tetap bergerak sebagai satu unit yang
mana bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Secara amnya, kata
majmuk dapat dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu kata majmuk yang terdiri daripada
rangkaian kata bebas seperti rumah tangga, jalan kaki dan bujur telur, kata majmuk yang
berbentuk istilah khusus sebagai contoh segi empat, teknologi maklumat dan lut cahaya serta
kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti tangan panjang, mulut murai dan batu
api.
Di samping itu, kata majmuk turut terdiri daripada bentuk yang telah mantap iaitu dieja
sebagai satu perkataan walaupun mempunyai dua kata dasar. Hal yang dimaksudkan seperti
perkataan warganegara, olahraga, matahari, sukarela dan lain-lain (Tatabahasa Dewan: 75).
Selain itu, kata majmuk juga boleh digandakan sama ada melibatkan unsur pertama kata
sahaja seperti guru-guru besar, pasar-pasar malam dan Ketua-Ketua Menteri atau
penggandaan yang melibatkan keseluruhan unsur seperti warganegara-warganegara,
sukarela-sukarela dan setiausaha-setiausaha. Kata majmuk turut boleh menerima imbuhan.
Imbuhan yang dimaksudkan merupakan imbuhan awalan atau akhiran seperti perkataan
rumah tangga yang apabila menerima imbuhan akan menjadi berumah tangga. Imbuhan yang
seterusnya ialah imbuhan apitan yang mana ejaannya akan bercantum seperti perkataan lipat
ganda yang akan menjadi perkataan melipatgandakan apabila menerima imbuhan.

Bentuk Kata Ganda


Proses yang menggandakan kata dasar dikenali sebagai proses penggandaan.
Proses penggandaan boleh dilakukan sama ada secara penuh atau separa (Nik Safiah et.al,
1997). Menurut Abdullah Hassan (2006), penggandaan terbahagi kepada lima bahagian iaitu
penggandaan penuh, separa, berentak, bersisipan dan bebas. Walaubagaimanapun,
penegasan lebih ditekankan terhadap penggandaan penuh, separa dan berentak.
Secara ringkas, penggandaan penuh boleh dibuat pada kata dasar dan kata terbitan
sama ada kata dasar tersebut mempunyai imbuhan atau tidak (Zaenal Arifin dan Junaiyah,
2009). Mari kita ambil contoh pada perkataan buku, yang apabila digandakan akan menjadi
perkataan buku-buku. Sementara itu, penggandaan bagi kata dasar yang mempunyai
imbuhan seperti peserta akan menjadi peserta-peserta apabila mengalami proses
penggandaan.
Seterusnya ialah penggandaan separa. Penggandaan separa merujuk kepada proses
menggandakan sebahagian sahaja kata dasar. Dalam penggandaan separa, hanya kata
nama tunggal sahaja yang terlibat dan pada suku kata pertama perkataan.

6
Menurut Abdullah Hassan (2006), vokal dalam bentuk gandaan separa akan mengalami
proses pelemahan yang menjadikannya vokal e pepet. Sebagai contoh, perkataan rama yang
akan menjadi rerama dan sumpah yang akan menjadi sesumpah.
Selain itu, penggandaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu (Nik Safiah et.al, 1997). Melalui gandaan
ini, seluruh kata nama akan digandakan di mana bunyi-bunyi konsonan dan vokal akan
diulang atau diubah. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu,
penggandaan berentak pengulangan vokal, konsonan dan penggandaan berentak bebas.
Penggandaan berentak pengulangan vokal merupakan penggandaan pada bunyi-bunyi vokal
serta terdapat keharmonian vokal padanya. Misalnya, caci-maki dan lauk-pauk. Di samping
itu, penggandaan berentak pengulangan konsonan pula ialah penggandaan yang mempunyai
ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi kosonan. Contohnya, gopoh-gapah dan licin-licau. Akhir
sekali ialah penggandaan berentak bebas. Penggandaan ini ialah penggandaan yang tidak
mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan seperti, susur-galur dan
asal-usul.

Golongan Kata
Menurut Pendeta Za’ba dalam Abdullah Hassan (2006), golongan kata diistilahkan
juga sebagai jenis perkataan. Bagi Nik Safiah (1997), kata nama, kata kerja, dan kata adjektif
dikategorikan sebagai golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa-frasa utama ayat,
iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Hal ini dapat diperjelaskan secara terperinci
melalui rajah 1,2 dan 3 di bawah.

FN FK

KN KK

… balai … … bersenam …
Rajah 1 Rajah 2

FA

KA

… pandai …
7

Rajah 3
Selain daripada tiga golongan kata utama ini, perkataan-perkataan boleh
dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara berkumpulan. Golongan kata secara
berkelompok dikenali sebagai kata tugas yang bersifat pelbagai.
Keseluruhannya, golongan kata dalam bahasa Melayu dapat dikelaskan kepada
empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Golongan Kata Nama


Berdasarkan rajah 1 sebelum ini, unsur inti bagi golongan kata nama merujuk kepada
binaan frasa nama. Lazimnya, semua nama benda akan disebut sebagai kata nama. Misalnya
nama pokok, haiwan, kenderaan, barangan dan benda-benda lain. Di samping itu, kata nama
dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata
ganti nama.

Kata Nama Khas


Kata nama khas berfokuskan kepada nama sesuatu benda yang spesifik dan dieja
dengan berpangkalkan huruf besar (Sulaiman Masri et.al, 2006). Kata nama khas dapat
dipecahkan kepada dua sama ada kata nama khas hidup atau kata nama khas tak hidup. Bagi
kata nama khas hidup, ianya dapat dibahagikan lagi kepada dua, iaitu untuk manusia seperti
Sheikh, Suraya dan Amin serta untuk bukan manusia seperti Seri Pagi, Seri Kiambang dan
Sang Lamri. Seterusnya, bagi kata nama khas tak hidup, contohnya Melaka, Wisma
Persekutuan dan Gua Niah.

Kata Nama Am
Kata nama am pula merujuk kepada benda-benda yang bersifat umum. Kata nama
am dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit
(Asmah Hj Omar, 2008). Contoh bagi kata nama am abstrak seperti ilham, keracunan dan
impian. Manakala, contoh untuk kata nama am konkrit seperti pejabat, rumah dan cawan.

Kata Ganti Nama


Pecahan kata nama yang seterusnya ialah kata ganti nama yang melibatkan kata ganti
nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk berfungsi untuk menunjukkan
sesuatu perkara seperti itu, ini dan sana. Kata ganti nama diri pula dipecahkan kepada dua
bahagian, iaitu kata ganti nama diri tanya seperti siapa, bila dan kenapa serta kata ganti nama
diri orang, iaitu kata ganti nama diri orang pertama (saya, kita dan kami), kata ganti nama diri
orang kedua (awak, kamu, engkau) dan kata ganti nama diri orang ketiga (dia, mereka dan
beliau).

8
Golongan Kata Kerja
Golongan kata kerja memuatkan frasa kerja sebagai unsur intinya. Golongan kata
kerja boleh dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya (Siti Hajar, 2006). Mari kita ambil contoh tidur, terjatuh dan terkesima. Perkataan-
perkataan ini mampu untuk membawa makna tersendiri walaupun tiada pelengkap di
belakangnya. Walaubagaimanapun, ada juga kata kerja tak transitif yang perlu diikuti oleh
pelengkap, seperti beralaskan, membuat dan menemani.
Manakala, kata kerja transitif ialah kata kerja yang disambut oleh objek sesudahnya
dan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif
(Darwis Harahap, 1996). Bagi kata kerja transitif aktif, kata kerjanya akan menerima awalan
meN dengan diikuti atau tidak, akhiran –kan atau –i. Misalnya, kakak menjahit baju. Kata kerja
menjahit hanya menerima awalan meN tetapi tidak diikuti akhiran –kan atau –i. Kata kerja
transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi ayat aktif kepada ayat
pasit. Contohnya, baju dijahit oleh kakak.

Golongan Kata Adjektif


Menurut Pendeta Za’ba dalam Abdullah Hassan (2006), kata adjektif diistilahkan
sebagai kata sifat. Sebagai mana yang kita ketahui, semua benda mempunyai rupa dan sifat
tersendiri. Perkataan yang menerangkan sifat benda-benda dikenali sebagai sifat nama,
contohnya beg besar, baju ketat dan kain merah. Sementara, perkataan yang menceritakan
tentang cara-cara sesuatu kerja dilakukan disebut sebagai sifat kerja, seperti berjalan laju,
bercakap kasar dan menulis lambat.

Golongan Kata Tugas


Golongan kata tugas ialah golongan kata yang berfungsi sama ada sebagai
penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri,
ataupun tugas-tugas yang lain lagi. Kata tugas juga terdiri daripada perkataan-perkataan yang
yang tidak mempunyai makna tersendiri tetapi mempunyai tugas tertentu dalam melahirkan
sesuatu ayat. Sebagai contoh:
oleh dan walaupun

1. Seluar itu dijahit oleh ibu. di ke belum


2. Saya akan bertolak esok. kerana itu bukan
3. Adik menangis kerana jatuh basikal.
kemudian akan tidak

Jadual 3 di sebelah merupakan perkataan- sangat hingga ialah


perkataan bagi kata tugas. sedang tetapi adalah
9
Jadual 3: Perkataan-perkataan kata tugas