Anda di halaman 1dari 10

Apakah TN50?

TN50, atau Transformasi Nasional 2050 ialah inisiatif untuk membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang
memenuhi aspirasi penduduknya. TN50 meliputi tempoh 30 tahun dari 2020 - 2050.

Inisiatif ini akan dilaksanakan berasaskan matlamat dan sasaran nyata dalam tempoh 30 tahun, yang akan dirangka
dalam fasa persediaan (2017-2019). Satu dokumen akhir TN50 akan disediakan menjelang akhir 2019/awal 2020.

Gagasan TN50 ini, merupakan satu lagi wawasan penting negara, sebagai kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang
bermula pada tahun 1991 dan akan berakhir dalam tempoh hanya 3 tahun dari sekarang. Oleh itu, TN50 atau
Transformasi Nasional 2050 ini adalah penting, relavan dan amat signifikan serta kena pada masanya, dalam usaha kita
untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara, meletakkan hala tuju dan aspirasi
negara iaitu bagaimanakah nasib dan hala tuju kita selepas tahun 2020 iaitu dalam tempoh 30 tahun dari sekarang
sehingga tahun 2050.

Selain itu, kerelevanan pelaksanaan TN50 sebagai kesinambungan kepada wawasan sedia ada tidak seharusnya
dipersoalkan. Asas kepada Transformasi Nasional telah dimulakan oleh kerajaan sejak tahun 2010, melalui pengenalan
Dasar Tranformasi Nasional (DTN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd
razak yang berlangsung dari tahun 2010 – 2020. Dasar ini adalah kesinambungan kepada dasar-dasar kerajaan
terdahulu, bermula Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991 – 2000) dan Dasar
Wawasan Nasional (2001 – 2010).

Melalui Dasar Transformasi Nasional ini, pelbagai bentuk transformasi telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha
mewujudkan Good Governance dalam urus tadbir negara, contohnya melalui pelaksanaan Program Transformasi
Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Sosial dan Program Transformasi Politik
bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden, progresif dan dapat dipacu ke arah mencapai wawasan
kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, yang bukan hanya maju dari segi pembangunan
material semata tetapi terjamin kesejahteraan kehidupan rakyat secara inklusif. Oleh itu, izinkan saya menekankan
bahawa Transformasi Nasional TN50 ini adalah amat relavan sebagai panduan hala tuju negara di masa depan dan
sebagai pengerak transformasi negara dalam menghadapi cabaran semasa dan mendatang kepada negara.

Apakah ciri-ciri utama TN50?

TN50 merupakan inisiatif jangka panjang untuk membentuk aspirasi Malaysia, dari suara rakyat.

Ianya kolektif :

 Aspirasi seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan


 Berpandukan ramalan jangka panjang pakar-pakar domain (domain experts)

Bukannya satu lonjakan serta-merta tetapi usaha yang progresif

 Sasaran jangka panjang, dengan pencapaian interim


 Transformasi merangkumi pelbagai bidang dari Ekonomi, Kesejahteraan rakyat, Alam Sekitar, Teknologi, Tadbir
Urus dan lain-lain.

Mengapakah TN50 diperlukan?

Sebagai negara merdeka, banyak yang telah kita harungi sepanjang 60 tahun :

 Berjaya berkembang dari segi ekonomi (25x peningkatan pendapatan per kapita sejak 1965)
 Peningkatan ketara kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat (kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3%
kepada 0.6%, pembasmian kemiskinan tegar)
 Negara yang aman dan bersatu
ENAM TEMA UTAMA
 1) GLOBAL
 BERINOVASI DAN MEMPUNYAI SEMANGAT KEUSAHAWANAN SEBUAH NEGARA DENGAN RAKYAT
GLOBAL YANG BERINOVASI DAN MEMPUNYAI SEMANGAT KEUSAHAWANAN
 2) KESAKSAMAAN
 BUMI DIMANA TIADA SESIAPA YANG TERPINGGIR
 3) MAMPAN
 SEMULAJADINYASEBUAH NEGARA YANG MELINDUNGI SUMBER SEMULAJADINYA
 4) BERSATU PADU
 RAKYAT YANG BERSATU PADU DALAM KEPELBAGAIAN
 5) BERTANGGUNGJAWAB
 YANG BERTANGGUNGJAWAB SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI MASYARAKAT DAN
INSTITUSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
 6) PRIHATIN
 MEMPUNYAI NILAI KEMANUSIAAN MASYARAKAT YANG PENGASIH DAN MEMPUNYAI NILAI
KEMANUSIAAN

10 Aspirasi Prasarana Untuk Transformasi Nasional 2050

1. Aspirasi 1: AWEK POWER – aspirasi yang menginginkan wanita diberikan lebih pengiktirafan dan kuasa
di masa depan.

2. Aspirasi 2: TENTERA ROBOT – aspirasi yang mahu melihat transformasi dalam ketenteraan dengan
menggunakan tenaga robot sebagai anggota tentera.

3. Aspirasi 3: BEBAS TIKET – aspirasi yang mahukan revolusi dalam sistem pertiketan di dalam sistem
pengangkutan awam di mana penumpang tiada lagi perlu membawa tiket tetapi dicam melalui imbasan
wajah dan muka dan terus dicaj daripada akaun bank masing-masing.

4. Aspirasi 4: RAPID UDARA – aspirasi yang menginginkan transformasi dalam pengangkutan awam
dengan tren LRT, MRT, monorel dan teksi bergerak di udara.

5. Aspirasi 5: 1BANGSA TULEN – aspirasi yang mahukan transformasi bangsa Malaysia yang sebenarnya
dengan setiap rakyat benar-benar mengiktiraf diri mereka sebagai sau bangsa Malaysia yang tulen dan
berpegang kepada prinsip-prinsip padu bangsa Malaysia – satu bahasa, satu sistem persekolahan, satu
identiti.

6. Aspirasi 6: RAPID GRUBER – aspirasi yang mahukan semua perkhidmatan pengangkutan awam dalam
satu aplikasi. Bukan sekadar Grab dan Uber tetapi apa jua perkhidmatan pengangkutan awam.

7. Aspirasi 7: REVOLUSI HIJAU – aspirasi yang mahukan teknologi hijau diperkasakan bersungguh-
sungguh supaya semua aspek pembangunan berpaksikan kepada teknologi hijau.

8. Aspirasi 8: BEBAS BATASAN – aspirasi yang mahukan perkhidmatan pengangkutan awam yang
menyediakan integrasi, silih-sambung (connectivity) dan mobiliti mutlak.

9. Aspirasi 9: SEMUA KAYA – Aspirasi yang menginginkan pendapatan lumayan untuk semua dengan gaji
yang lebih tinggi dengan perkembangan ekonomi dan pertumbuhan pesat bisnes.

10. Aspirasi 10:- SENYUM CERIA – Aspirasi yang menginginkan Malaysia yang lebih makmur dan aman
dengan seluruh rakyat Malaysia sentiasa senyum dalam keceriaan dan kesejahteraan .
NKRA
Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban
yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan
samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh
Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan
diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang
ditetapkan.

• PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti
pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka
segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan
segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa
munasabah yang dijanjikan.

Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?


1. Mengurangkan Kadar Jenayah (Menteri Dalam Negeri)
2. MEMBENTERAS RASUAH ( Menteri di jabatan perdana menteri)
3. Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan(menteri pendidikan)
4. Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah(m.wanita,keluarga n
msyarakat)
5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman(M.kemajuan luar bandar)
6. Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana(M.pengangkutan)
PERTUBUHAN ANTARABANGSA

1.0 Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Definisi

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang
dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran produk tempatan
bagi semua negara-negara yang terlibat.

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara iaitu Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada tahun 1995, Laos dan
Myanmar pada 1997 manakala Kemboja pada 1999. Anggota AFTA ketika ini terdiri dari sepuluj buah
negara ASEAN.

Tujuan

 Untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran
dunia melalui penghapusan halangan tarif dalam ASEAN.
 Menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN.
 Pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN
 Mewujudkan perdagangan intra-ASEAN.
 Pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran seiring dengan
peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih
besar.

2.0 Komanwel

Definisi
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang
melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali
Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara
yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth
Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja
tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri.
Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Sejarah
Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir
1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan
untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Negara Anggota

 Eropah,uk,kanada,America dan lain2



3.0 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM )
Definisi
Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai
lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.

Sejarah
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul
negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan
NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China.

Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan
25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus.
Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.

4.0 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

ASEAN Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) atau Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Pengasas ASEAN ialah Indonesia,
Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 8 Januari 1984, Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan
Myanmar pada 23 Julai 1997 dan Cambodia pada 30 April 1999, menjadikan jumlah keseluruhan
anggota ASEAN kepada 10 negara sehingga kini..

Fungsi-fungsi Kerjasama ASEAN

Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan berikut:

-Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN


-Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN
-Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN
-Rancangan Persekitaran Strategik ASEAN
-Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN
-Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN

Prinsip prinsip utama ASEAN

- Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua
negara
- Menyelesaikan permasalahan atau perdebatan dengan aman
- Menolak penggunaan ketenteraan
- Meningkatkan kerjasama efektif antara anggota.

Anggota

ASEAN kini dianggotai oleh semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New
Guinea.

Negara-negara anggota adalah seperti berikut : Malaysia, Filipina, indon,thai,brunei dan lain2
5.0 Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC)

Latar belakang

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting


Countries) atau dikenali sebagai (OPEC) merupakan sebuah badan tetap dan pertubuhan antara
kerajaan yang ditubuhkan di Persidangan Baghdad pada 10-14 September 1960 oleh Iran, Iraq,
Kuwait, Arab Saudi dan Venezuela.

Tujuan OPEC

 Memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan.


 Memastikan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar.
 Memberi pemulangan modal yang adil terhadap sesiapa yang melabur di dalam industri
petroleum.

Fakta OPEC

 Anggota OPEC memegang kira-kira dua pertiga simpanan minyak dunia. Mereka menyumbang
40% keluaran minyak dunia dan separuh daripada hasil eksport.
 Oleh kerana jualan minyak dunia dipelopori dalam dolar Amerika Syarikat, perubahan nilai mata
wang dolar berbanding dengan mata wang negara lain memberi kesan kepada jumlah
pengeluaran minyak OPEC.
 Selepas Euro diperkenalkan, Iraq telah membuat keputusan bahawa minyak dari negara itu
harus dibayar menggunakan Euro dan seterusnya menggantikan penggunaan dolar Amerika
Syarikat.
 Keputusan OPEC mempunyai pengaruh yang kuat ke atas harga minyak antarabangsa.

6.0 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H)
bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya
serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu
mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi
memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

Objektif

Objektif OIC adalah seperti berikut:

 Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;


 Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya,
saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di
kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
 Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang
bentuk;
 Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan
keselamatan berasaskan keadilan;
 Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka;
dan
 Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan
negara anggota dan dengan negara lain.

Keanggotaan

OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain,
Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros,
Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait,
Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi,
Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra
Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda,
Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.

Struktur Institusi

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :

 Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC


 Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
 Sekretariat OIC.

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan
tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai
perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut
perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi
melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Persidangan Menteri-menteri Luar OIC

Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC .
Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi
di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka
juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama
ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan
bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

Sekretariat

Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia
diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri
Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh
Persidangan Islam.

Negara-Negara Pemerhati OIC:bosnia,thai,rusia dan lain2


7.0 Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
Tabung Kanak-kanak PBB atau United Nations Children's Fund (UNICEF) merupakan badan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada
kanak-kanak di seluruh dunia. UNICEF beribu pejabat di New York.

Program-programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di


peringkat masyarakat.

Sumber Kewangan
UNICEF bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan dan juga penderma
peribadi.

Matlamat
1) Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak, Pendidikan Asas dan Kesamaan Jantina (yakni
pendidikan untuk perempuan)

2) Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan Penderaan

3) Pencegahan HIV/AIDS di kalangan kanak-kanak

4) Penyokongan Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak serta Kerjasama dalam usaha sedemikian

5) UNICEF juga membantu dalam perkembangan kanak-kanak dari umur kecil, perkembangan remaja,
dan kemahiran hidup berasaskan pendidikan.

Wawasan 2020, 1991-2020


Objektif

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai
halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran
yang telah dikenal pasti iaitu:

Pertama- Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

kedua- Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap
diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua
kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

ketiga- Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu
bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun;

keeempat- Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

kelima- Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama,
meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

keenam - Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

ketujuh- Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana
kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada
negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

kelapan- Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan
wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran
ekonomi berdasarkan kaum; dan

kesembilan- Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,


dinamik, giat dan kental.

Dasar Pengkorporatan Malaysia


Konsep Pengkorporatan Malaysia pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 1983 dan ia
melambangkan cara baru melaksanakan tugas bagi pembangunan negara.

Untuk menjalankan konsep ini, beberapa mekanisma telah diwujudkan:

 Pengurangan peraturan birokrasi yang rumit dan tidak cekap.


 Memperbaiki sistem penyampaian.
 Menginstitusikan jentera perundingan antara sektor awam dan swasta;
 Mewujudkan program perkongsian dalam usaha membina negara di antara sektor awam dan swasta;
 Meneruskan penswastaan.
ZOPFAN

Latarbelakang

Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang
kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan
berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN.
Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Rasional

Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan
timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:

(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks
ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-
tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-
perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana
ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan
sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering
menjejaskan kestabilan di rantau ini.
(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN
yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.

Objektif

Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali
daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat
China.
Strategi Pelaksanaan

Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut
adalah:-

(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau
usaha menjadikan

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.
(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-
kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-
negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea
berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa
mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep
ZOPFAN

Anda mungkin juga menyukai