Anda di halaman 1dari 21

c c

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

JALAN KUALA KETIL

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

NAMA : NG JIE YING


: TAN BOON SUI
: TAN YI IAN
NO. KAD PENGENALAN : 910813-02-5356
: 910210-07-5469
: 910605-02-5044
ANGKA GILIRAN : 2009252310143
: 2009252310152
: 2009252310154
KUMPULAN/UNIT : F3B (PPISMP BC/PJ/KS)
K URS US : PENGANTAR PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH : EN. ZAKARIA
TARIKH SERAHAN : 26 OGOS 2010
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1 GURU SEBAGAI SATU PROFESION. Jelaskan 1 ± 14


konsep profesion dan kepentingan Kod Etika
Perguruan Malaysia dan implikasinya kepada
akauntabiliti guru. Bincangkan ciri-ciri dan kualiti
guru yang profesional.

2 REFLEKSI 15 ± 18

3 BIBLIOGRAFI 19

4 LAMPIRAN
GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep Profesion

Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi


Nasional. Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi
ini dan berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan ciri-ciri
profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk
menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas
dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Selain itu , konsep guru dianggap sebagai satu profesion. Maksud


profesion adalah sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, berdedikasi, bertanggungjawab, dan bermoral tinggi serta mematuhi kod
etika yang ditetapkan oleh organisasinya. Contohnya keguruan, peguaman,
akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan. Profesion
merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Profesion juga banyak
menggunakan keupayaan dan mendapatkan latihan khusus supaya pihak yang
dilatih Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Dalam bidang
profesion juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja .
Malah, profesion juga merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai
antaranya dan bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

Menurut kamus dewan(1989), di bawah konteks pendidikan guru, adalah


diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid,
dan sebagainya. Keguruan pula telah diertikan sebagai perkara yang berkaitan
dengan guru iaitu yang merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai guru.
Sebagai contoh masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta
tugas guru yang luhur. Konsep guru sebagai satu profesion boleh ditakrifkan
sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan
latihan khas misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan. Manakala,
profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan,
tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Manakala konsep profesion perguruan dan keguruan dapat dibezakan.


Profesion perguruan merupakan pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan pula merupakan satu
pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti
terhadap masyarakat. Tetapi , adakah keguruan sebagai satu profesion?

Terdapat penerangan yang berbeza iaitu keguruan sebagai satu profesion


dan keguruan bukan satu profesion. Keguruan sebagai satu profesion dianggap
sebagai pekerjaan yang penting dan bersifat autonomi. Untuk memenuhi
profesion , guru-guru memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas. Guru
juga digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan dan lebih mengutamakan
perkhidmatan. Malah , keguruan bukan satu profesion mempunyai kelayakan
akademik dan latihan yang berbeza. Antara ciri-ciri yang terdapat dalamnya
termasuk terdapat kuasa kesatuan,keseragaman ahli kesatuan serta kuasa
Autonomi. Keguruan bukan satu profesion juga berkaitan dalam bidang ikhtisas
yang lain.

Kepentingan Kod Etika Perguruan Malaysia

Bagi memartabatkan profesion keguruan, guru adalah subjek utama yang


akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat ini. Perkara utama yang perlu
dilaksanakan ialah guru itu harus memahami konsep sebenar kod etika
keguruan.Setiap organisasi kerajaan ataupun swasta mempunyai kod etika yang
tersendiri untuk membentuk ahlinya ke arah yang dikehendaki. Bagi seorang
guru yang telah memilih pekerjaan ini sebagai profesion dalam hidupnya juga
tidak terlepas dengan kod etika keguruan. Kod etika keguruan adalah bertujuan
untuk menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Menurut kod
etika keguruan, perkara pertama yang ditekankan ialah tanggungjawab terhadap
pelajar.

Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 bahawa etika merupakan satu
sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala dalam
Kamus Oxford, 1994 pula didapati etika diertikan sebagai prinsip moral atau set
prinsip moral. Etika juga merupakan tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat.Dari persepktif Islam, etika
merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada
Allah.

Maksud etika profesional adalah semua garis panduan yang bertujuan


meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan
dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Antara skop etika professional termasuk mencakupi sebahagian besar
kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti
mencuci kereta, menanam bunga dan sebagainya. Dalam Islam, etika ialah
akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan
hidupnya.

Kod etika perguruan merupakan satu prinsip yang mengawal kemoralan


dan perlakuan guru. Kod etika perguruan juga adalah satu panduan perlakuan
atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional
harus mematuhi kod etika dan mengamalkan peribadi mulia dalam menjalankan
tugas harian. Antara kod etika perguruan termasuk tanggungjawab terhadap
pelajar , tanggungjawab terhadap ibu bapa , tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara , serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion perguruan .

Yang pertama sekali adakah tanggungjawab terhadap pelajar. Pihak guru


harus mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain. Mereka juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau
agama. Untuk melindungi kepentingan murid,merahsiakan maklumat ikhtisas
atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Peranan guru adalah membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam
darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran. Sebagai teladan , pihak guru perlu menunjukkan suatu cara
pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar. Sebagai seorang guru juga harus memelihara dan membaiki
kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Kod etika perguruan yang kedua adalah tanggungjawab terhadap ibu


bapa. Sebagai seorang guru yang profesion harus menghormati tanggungjawab
utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan
hubungan mesra serta kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dgn
rumah tangga. Selain itu,pihak guru perlu menganggap semua maklumat yang
diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah tangga atau
berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan
kepada sesiapa. Jika perlu , guru akan memberikan maklumat kepada ibu bapa
demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Manakala guru juga harus
mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar serta mengelakkan diri daripada
mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa.

Kod etika perguruan yang ketiga adalah tanggungjawab terhadap


masyarakat dan negara. Sebagai seorang guru yang profesion , guru harus
mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan
Rukun Negara. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang , guru perlulah
memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.

Selain itu,guru-guru juga dikehendaki menghormati masyarakat tempatan ,


berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara
serta sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat. Pihak kerajaan menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara
guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Sebagai guru,
meraka akan memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan
moral dan kebudayaan masyarakat. Malah guru-guru perlu berpegang kepada
tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarat dan menjalani kehidupan
seharian dengan baik.

Yang akhir sekali adalah tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan


profesion perguruan. Sebagai seorang guru yang profesion, mereka perlu
mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Guru-guru tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan sebagai seorang guru dan mereka harus berusaha dengan
sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh
serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisasdan sosial. Guru-guru
haruslah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru dalam profesion perguruan dan mengawasi diri supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion perguruan.

Seterusnya adalah kepentingan etika guru. Guru perlu memiliki kod


etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap
penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah
laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh
guru. Kod Etika Perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ini
menyebabkan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Dengan
ini,guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan.Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh
mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika,
guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan
rasmi. Ini telah membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat
pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam
sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi (INTAN, 1991).

IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI


GURU

Definisi Akauntabiliti

Sebagai seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri


akauntabiliti yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan
berwibawa. Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas
perkembangan negara. Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat,
akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap suatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan
penjelasan, justifikasi yang diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip
yuran daripada pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip
dengan jelas kepada pelajar.
Akauantabiliti bermaksud keuntungan pelajar secara berseorangan.
Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar
mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolah
gagal. Akauntabiliti bermaksud maklum balas. Tujuannya ialah mengekal dan
memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkan
usaha. Selain itu, akauntabiliti sebagai pencapaian objektif. Akauntabiliti
pendidikan bermakna sistem pendidikan yang dibentuk adalah
bertanggungjawab untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Akauntabiliti juga
ialah proses mendatangkan keputusan maksimum. Secara lebig luas lagi,
akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa
bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaan
wang atau penggunaan sumber.

Di Malaysia, akauntabiliti guru perlu dilaporkan kepada menteri pendidikan


untuk memudahkan beliau menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan
pendidikan semasa bersidang di parlimen.

Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru

a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri

Sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada


pelajarnya. Oleh itu, melalui kod etika, guru akan berusaha meningkatkan
pengetahuan diri. Guru harus menguasai subjek yang diajar degan mendalam
dan mahir. Guru perlu belajar lebih daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam
sukatan pelajaran dan peperiksaan. Misalnya, seorang guru yang mengajar
subjek matematik harus menguasai semua ilmu tentang matematik, tidak patut
ada sebarang ilmu yang tidak jelas tentang matematik. Pengajaran tidak dapat
diasingkan daripada pembelajaran. Guru harus belajar tentang bidang
pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa.

Melalui kod etika tersebut guru akan mempunyai pengetahuan tentang


kanak-kanak. Guru akan mempunyai pengetahuan psikologi tentang kanak-
kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan keperluan kanak-kanak.
Hal ini disebabkan guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya
supaya guru dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar
mengikuti tahap yang berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu
aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya.

Selain itu, melalui kod etika tersebut guru-guru akan belajar tentang
pengetahuan tentang kaedah mengajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan
tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya
pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap mata
pelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang
berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping
pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan guru juga perlu mengambil
kira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan.

Selain daripada itu, guru juga akan mempunyai pelbagai kemahiran ang
tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang
berkesan, kemahiran mengemukakan solan, menggunakan contoh-contoh,
kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik, kemahiran melibatkan semua
pelajar dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal
disiplin pelajar dan sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh guru
supaya pelajar-pelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna,
menganalisis, membuat sintesis serta penilaian, aktiviti pengajaran dapat
dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu pengetahuan
dengan berkesan dan dengan cara yang menarik.

Sebagai seorang guru yang professional perlu memiliki kefahaman yang


mendalam tentang tugasnya. Guru perlu mempunyai kefahaman terhadap
pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar serta
kefahaman terhadap diri sendiri. Guru mempunyai kefahaman yang mendalam
tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar,
berupaya meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas dan
mengawal emosi sendiri dengan baik.
Di samping itu, guru-guru juga akan mempunyai sikap yang positif
terhadap profesionnya. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada
perkara lain. Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah,
menyediakan tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang cemerlang
supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru bersikap adil.
Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum, bangsa, status
sosioekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi
hukuman atau ganjaran dengan sesuai.

Yang penting, guru harus mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara
tingkah laku yang sesuai ialah bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar,
jujur, bersih dan menepati masa dan sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat
menjadi teladan baik yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar

Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar


ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Guru
bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu
pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam peperiksaan di samping
memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dengan
sempurna. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawab
seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat
meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat
bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan
orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti
kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform
dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar
meningkatkan sosialisasi pelajarnya. Guru juga bertanggungjawab menwujudkan
suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan
emosi.
c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa

Sebagai ibu bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka


mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu, mereka akan
menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademik
anaknya. Bagi pelajar yang lebih lemah, guru harus lebih memberi tumpuan
kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep yang ingin
disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian. Mereka
perlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap
akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Ibu
bapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar di
dalam kelas sepanjang masa. Apabila anak-anak mereka besar nanti akan
menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif serta bersedia
untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa juga
mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan
memilih maklumat, patriotic, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta
kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan
dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya
dengan baik. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan guru dapat menjadi
kaunselor anak-anaknya. Guru perlu mengendalikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu bapanya. Misalnya masalah berbentuk
akademik, sosioemosi dan sebagainya.

d) Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan

Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi dorongan kepada


pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu, guru perlu
memastikan aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya
dapat mencapai matlamat-matlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar
akan menjadi berbudi pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin
serta bersedia menjunjung aspirasi negara dapat dibentuk.
e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara

Guru adalah dibayar gaji oleh negara. Oleh itu, mereka bertanggungjawab
untuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau
kelemahan kepada negaranya. Guru perlu memberi penjelasan kepada kierajaan
jika kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara. System pendidikan sesebuah
negara hendaklah menghasilkan tenaga pekerja mengikut keperluan-keperluan
negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu supaya perkembangan
individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan.

°iri-°iri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan


menjadi modal insan dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran
generasi baru yang berkaliber ini adalah untuk memajukan negara kita dalam
setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Guru juga memainkan peranan yang
penting dalam bidang pendidikan. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu
pengetahuan, guru juga merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,
seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti
peribadi, profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar.

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti


peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan
sebagainya.

Guru yang suka berjenaka dengan pelajar akan membawa suasana bilik
darjah yang riang dan gembira. Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam
di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam bilik darjah akan membawa
kebosanan kepada para pelajar. Jadi guru harus bijak berjenaka pada masa
yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar
menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah. Selain itu, suasana yang
riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran.
Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik.
Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Guru yang berdedikasi akan
melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan pelbagai
tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajarnya
menghadapi masalah. Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar
kesusahan murid itu dan membantunya dengan mengadakan kelas tambahan
bagi pelajar yang lebih lemah dalam pelajaran. Guru yang berdedikasi akan
meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang luar kelas untuk
membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di samping itu, sikap baik
hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para pelajar. Guru
yang bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang
tenteram, yakin dan senang hati.

Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik


darjah. Di dalam kelas, guru mestilah menjamin peraturan-peraturan dapat
dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, guru yang
tegas tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan
pembelajaran guru dalam kelas. Semasa menjalankan tugas, guru akan
menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin, pelajar yang lemah dalam akademik
dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat diperlukan. Sekiranya guru
kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah
itu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, guru mungkin akan
menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut.
Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap
guru. Guru yang bertoleransi pula akan menghadapi setiap masalah dengan
penuh sabar. Guru akan berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan
berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi
seorang pendidik. Seorang guru yang profesional akan membentuk pelajar yang
pintar serta pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Guru sebagai
seorang profesional hendaklah peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluan
dan minat seseorang pelajar. Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, guru
harus peka terhadap situasi ini dan berusaha menghilangkan kebosanan dalam
bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di kelas, terdapat pelajar yang
bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Guru yang peka patut berusaha
melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasi
antara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu sifat
yang penting. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan
sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan
pula, guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-
perkara peribadinya.

Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan


kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat
setia kepada raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya.
Guru yang kerap mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya.
Sebagai contoh, bagi memenuhi keperluan perpaduan negara, guru sentiasa
memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah disertai oleh pelajar
daripada pelbagai kaum. Selain itu, guru yang ingin menjadi pelajarnya
warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan
menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang profesional hendaklah
sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha
mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru
dan inovasi. Guru juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran
dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan dengan
pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru yang inovatif
memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
seharian.

Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dan
kualiti sosial juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,
berbudi pekerti, merendah diri dan lain-lain lagi. Guru hendaklah memainkan
peranan untuk menyebarkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang
bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar. Guru dapat mempraktikkan nilai-
nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan mengadakan kerja kumpulan
dan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi dan
sebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan lebih
berkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial,
sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam kelas. Guru merupakan
pemimpin dalam kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan
aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai
seorang pemimpin, guru harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan
aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan
mempunyai tujuannya, jadi guru mestilah menjelaskan tujuan dan cara
pelaksanaannya.

Sebagai seorang guru yang berjaya, guru diharapkan dapat menonjolkan


sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang bersopan santun semasa
bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini sangat penting
bagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh
orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. Selain itu, sifat merendahkan
diri akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang
yang sombong, terutamanya guru. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong
kerana guru merupakan teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu
ada pada seseorang guru.

Secara umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,


profesional dan sosial akan disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan
pelajarnya. Guru adalah pendidik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
peliti untuk murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan
tugas serta kewajipannya dengan sempurna.
REFLEKSI ± NG JIE YING

Mula sekali,kerja kursus pendek ini adalah bertujuan untuk menguji


kefahaman serta pengetahuan pelajar tentang subjek pengantar pendidikan yang
dipelajari pada semester 3 ini. Subjek pengantar pendidikan adalah satu subjek
yang membincangkan konsep pendidikan dan peranan pendidikan dalam
pembangunan nasional. Kerja kursus ini akan dapat memperlihatkan kebolehan
pelajar untuk menganalisis unsur-unsur kod etika perguruan Malaysia dan juga
implikasinya kepada akauntabiliti guru.

Melalui kerja kursus ini, saya dapat lebih memahami konsep guru sebagai
satu profesion dan juga maksud memartabatkan profesion perguruan serta
menghubungkaitkan guru sebagai satu profesion dengan teras memartabatkan
profesion keguruan.

Dengan memperlihatkan kepada teras memartabatkan profesion


keguruan yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, kita
dapat lihat berbagai perubahan dalam sistem pendidikan negara. Dalam konsep
ini telah seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap pendidikan
negara setanding dengan negara maju yang lain.

Selain itu, dalam memastikan semua hasrat ini tercapai, profesion


perguruan merupakan satu badan yang perlu dipertingkatkan dahulu tahap
kecekapannya dan dengan beberapa usaha yang telah dilaksanakan seperti
mensiswazahkan kesemua guru yang masih belum mepunyai ijazah,
meningkatkan taraf kelulusan bagi pelajar lepasan SPM yang memohon untuk
masuk ke institut pendidikan adalah merupakan antara usaha yang terbaik dalam
meningkatkan tahap kredibiliti seorang guru.

Akhir sekali, dengan adanya guru yang profesional dan usaha yang lain,
maka hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan pada
masa akan datang akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya mencapai misi
wawasan 2020 negara kita Malaysia.
REFLEKSI ± TAN BOON SUI

Selepas menyiapkan kerja kursus tersebut saya telah banyak mendapat


ilmu pengetahuan tentang ciri-ciri sebagai seorang guru yang baik. Tajuk kerja
kursus kumpulan saya ialah Guru Sebagai Satu Profesion. Melalui tajuk tersebut,
saya telah mengetahui konsep profesion, Kod Etika Perguruan Malaysia dan
implikasinya kepada akauntabiliti guru.

Sejauh yang saya tahu konsep profesion ialah orang yang menjalankan
kerjanya mempunyai latihan yang sempurna dan mendapat kelulusan yang tinggi.
Menurut ciri-ciri yang terangkum dalam konsep profesion, sebagai seorang guru
perlu bersikap dedikasi, tanggungjawab, bermoral tinggi, jujur dan nilai-nilai
moral lain yang positif. Sebagai seorang guru yang professional perlu mematuhi
kod etika perguruan yang telah ditetapkan.

Melalui kerja kursus tersebut barulah saya tahu tentang Kod Etika
Perguruan Malaysia. Kod etika perguruan dijadikan suatu panduan garis untuk
semua guru. Menurut Kod Etika Perguruan Malaysia, semua guru perlu
menerima latihan sebelum menjadi seoarang guru yang bersijil. Guru perlu
belajar tentang subjek yang akan diajar dengan mendalam. Selain itu, guru juga
perlu mempelajari ilmu-ilmu tentang penyampaian pengajaran kepada murid
dengan baik supaya pelajarnya boleh mudah memahaminya. Guru juga perlu
mempunyai sahsiah yang baik supaya dapat menjadi teladan yang baik kepada
pelajarnya. Sebagai seorang guru yang baik perlu pandai mengurus diri dari segi
JERI.

Yang penting, saya telah mengetahui ciri-ciri sebagai seorang guru yang
professional. Sebagai seorang guru perlu bertanggungjawab terhadap negara,
ibu bapa, pelajarnya dan juga profesionnya. Sebagai seorang guru perlu memiliki
ilmu dari pelbagai subjek dan bidang, ilmu tentang penyampaian pengajaran
dan pengurusan di dalam kelas, sahsiah yang baik dan sebagainya. Bagi kita
akan menjadi guru pada masa yang akan datang, ciri-ciri sebagai seorang guru
yang professional perlulah dipelajari supaya bidang perguruan dapat membina
modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang tenaga kepada negara.

Selain itu, melalu kerja kursus tersebut saya dan ahli kumpulan saya telah
mengaplikasikan kerjasama yang sepenuh supaya kerja kursus tersebut dapat
disempurnakan. Selepas pensyarah kita menorah tajuk kerja kursus kepada kita,
saya dan ahli kumpulan saya pun mula merancang perkara-perkara yang perlu
dibuat. Kami telah bekerjasama mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk
kumpulan kita melalui sumber dari pusat sumber dan laman web. Selepas itu,
kami pun membahagikan kerja kita dengan seimbang untuk dibuat. Di samping
itu, di bawah bimbingan pensayarah kita barulah kerja kursus kita dapat
menyempurnakan dengan lancar dan mendapat belajar daripada tajuk kerja
kursus yang kita buat itu.
REFLEKSI ± TAN YI IAN

Kerja kursus pendek ini dilaksanakan secara kumpulan. Tajuk saya ialah
guru sebagai satu profesion. Kerja kursus ini diedarkan dan taklimat tentang
tugasan ini diberi oleh pensyarah kami, En. Zakaria. Tujuan kerja kursus ini
adalah untuk bagi kami memahami konsep pendidikan yang kami belajar dalam
subjek Pengantar Pendidikan. Kerja kursus pendek ini boleh menguji tahap kami
memahami unsur-unsur Kod Etika Perguruan Malaysia dan implikasinya kepada
akauntabiliti guru dan cara kami menganalisisnya.

Melalui kerja kursus ini, saya telah memahami secara mendalam tentang
konsep profesion guru dan pentingnya Kod Etika Perguruan Malaysia dan
implikasinya kepada akauntabiliti guru. Selain itu, ciri-ciri dan kualiti guru yang
profesional juga ditekankan di sini.

Kod Etika Perguruan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam


membentuk seorang guru yang profesion. Ia merupakan suatu sistem dasar
tingkah laku yang meliputi aspek-aspek moral yang baik dan buruk, serta yang
betul dan salah, dengan tujuan member garis panduan kepada ahli-ahli
berkenaan. Akauntabiliti dihuraikan sebagai bertanggungjawab terhadap sesuatu
atau seseorang. Guru harus menjalankan tugas dan kewajipannya terhadap
Negara, pendidikan, pelajar, ibu bapa serta diri sendiri. Di samping itu, saya juga
belajar bagaimana menjadi seorang guru yang profesional. Untuk menjadi
seorang guru yang profesional, kami seharuslah mempunyai ciri-ciri dan kualiti
peribadi, profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Akhir sekali, guru merupakan pendidik kanak-kanak agar dapat


melahirkan insan yang berguna dan dapat memberi sumbangan kepada negara
pada masa depan. Dengan adanya guru yang profesion, maka hasrat pendidikan
negara kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang barulah dapat tercapai.
Sekian terima kasih.
BIBLIOGRAFI

BUKU
Mok Soon Sang (Ogos 2004), Ê Ê  
 , Percetakan Sentosa
(K.L) Sdn. Bhd
Ee Ah Meng (), Ê    
PENERBIT
FAJAR BAKTI SDN. BHD. SHAH ALAM

LAMAN WEB
   !Retrieved September 4, 2010, from
http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion

Nathia.    ! Retrieved Ogos 17, 2010, from
http://www.scribd.com/Guru-Sebagai-Satu-Profesion/d/18796407

 Ê !(2005, November, 24). Retrieved Ogos 17, 2010, from


http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/

Azizi Jaafar. Ê  ! Retrieved Ogos 17, 2010, from
http://www.scribd.com/doc/34748894/Profesion-perguruan

 " Ê Ê !(2009, Oktober, 1).Retrieved Ogos 17,


2010, from http://udienbudakpjipgm.blogspot.com/2009/10/semester-3-
pra-pismp-ilmu-pendidikan.html