Anda di halaman 1dari 6

Berdasarkan ciri-ciri penulisan akademik yang anda pealajari, tulis sebuah rencana mengenai

masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan proses PdP dan cara untuk mengatasinya
dengan menggunkan laras bahasa formal dan format yang betul.

Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, dunia pendidikan juga telah
mengambil sederap langkah untuk mengimbangkan arus kemodenan agar selari dengan sistem
pendidikan di Malaysia. Dalam usaha membangunkan cita-cita anak bangsa terdapat beberapa
kepincangan yang dihadapi oleh para guru dalam usaha menyampaikan ilmu ketika proses
Pengajaran dan Pembelajaran(PdP). S

Guru akan mengalami kesukaran untuk mengawal kelas. Suara yang halus dan bernada
tidak tegas menyebabkan anak didik tidak dapat mendengar perkara yang guru sedang
sampaikan. Intonasi suara sememangnya memainkan peranan penting dalam komunikasi
terutamanya di dalam kelas. Intonasi suara akan mempengaruhi maksud pesanan secara
dramatik sehingga pesanan akan menjadi berbeza maksudnya apabila diucapkan dengan
intonasi suara yang berbeza(Mohd Khairuddin Abdullah et. al., 2014). Jika penggunaan intonasi
tidak digunakan dengan baik, murid di dalam kelas tidak dapat memberi maklum balas akan apa
yang guru sampaikan. Meraka akan berasa bosan dan akhirnya murid mengambil keputusan
untuk melakukan hal masing-masing. Perkara ini menyebabkan murid bermain-main di dalam
kelas, susana kelas bising, murid melakukan kerja sendiri dan sebagainya. Tegasnya, kawalan
kelas bermula dengan komunikasi yang berkesan melalui intonasi yang betul.

Murid tidak memberikan tumpuan semasa berada di dalam kelas. Pengajaran


dikendalikan oleh guru, manakala pembelajaran dilakukan oleh murid. Pembelajaran biasanya
dikenal sebagai “perubahan tingkahlaku”. Tiada tumpuan dan perhatian murid ketika PdP maka
perubahan tingkahlaku yang diingini oleh guru seperti yang ditetapkan objektif pelajaran tidak
akan tercapai. Guru gagal merancang elemen pengurusan seperti Rajah di bawah :-

Objektif pelajaran tidak jelas


Bahan pelajaran tidak menarik Aktiviti kumpulan tidak dirancang

Elemen
Pengurusan Tiada merancang aktiviti penilaian
Kaedah dan strategi tidak sesuai
merancang

Isi pelajaran tiada pemeringkatan Tiada merancang susunan bilik darjah

Tiada merancang aktiviti PdP


Di samping itu, kebanyakan guru kurang memberikan perhatian dan dorongan motivasi kepada
pelajar lemah semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebilangan
guru lebih suka memulau pelajar yang lemah dan bermasalah kerana mengganggu pelajar lain
yang ingin belajar. Menurut Nizam Yatim (2016), amalan pilih kasih antara pelajar perlu dielakkan.
Tindakan guru memberi perhatian lebih kepada sebilangan pelajar akan menyebabkan ada yang
merasakan diri mereka disisihkan dan cenderung ponteng sekolah.
Guru seharusnya bertanggungjawab untuk mendidik anak murid tanpa mengira murid
pencapaian rendah atau tinggi. Sebagai pendidik yang bertanggungjawab, tidak sepatutnya
perbuatan membezakan diantara murid itu tidak perlu diutamakan dalam perancangan dan
pengurusan bilik darjah.

Tambahan pula, pendekatan kaedah mengajar yang sama digunakan setiap kali proses
PdP dijalankan menyebabkan berlakunya masalah di dalam kelas. Kebiasaannya apabila
seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas masing-masing,
penggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut
perguruan atau universiti dipraktikkan tanpa sebarang inovasi dilakukan mengikut kesesuaian
persekitaran tempat guru itu mengajar,’[walaupun pelbagai gaya pengajaran dan pembelajaran
telah diperkenalkan (Yahya Buntat & Lailinanita Ahamad, 2012). Maka dalam hal ini, pendekatan
serta teknik-teknik pengajaran yang sama adalah amalan biasa sebagaimana yang dilakukan
oleh guru-guru lain. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan tidak
akan berlaku dengan mudah dan murid mudah bosan kerana kaedah yang sama diulang setiap
kali PdP. Oleh hal yang demikian dunia pendidikan juga seharusnya menyahut seruan ke arah
pendidikan yang lebih baik ke arah kemenjadian murid sejajar dengan kemajuan teknologi yang
semakin pesat membangun.

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses Pdp, terdapat beberapa
inisiatif yang boleh dibuat untuk memperbaiki masalah yang berlaku. Pertama, guru seharusnya
meningkatkan keyakinan dengan mengukuhkan gaya penyampaian ketika mengajar.
Penguasaan dua jenis kemahiran berkomunikasi wajar dipraktikkan semasa PdP berlangsung.
Memetik pendapat Mohd Januri Aiyub et. al. (2013) yang mengatakan terdapat dua jenis
komunikasi, iaitu verbal dan bukan verbal. Kedua-dua jenis komunikasi ini lazimnya berlaku
secara serentak. Komunikasi bukan verbal sering digunakan untuk memperkukuhkan
pemahaman komunikasi verbal. Contoh komunikasi bukan verbal adalah dengan melihat tepat
ke arah mata anak murid, menggunakan ekspresi wajah yang sesuai, dan menggunakan deria
sentuhan untuk menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap anak murid. Penggunaan
komunikasi verbal dan bukan verbal oleh guru haruslah seimbang supaya mesej yang ingin
disampaikan difahami oleh penerima iaitu anak didik. Dengan mempraktikkan kaedah tersebut,
gaya penyampaian ilmu menjadi lebih meyakinkan murid untuk menerima maklumat yang
disampaikan oleh guru dan proses PdP menjadi lebih berkesan. Untuk menggalakkan
komunikasi seperti ciri ciri kemahiran Pembelajaran Abad ke 21.

PEMIKIRAN
KOLABORATIF
KEMAHIRAN KRITIS
PEMBELAJARAN

ABAD KE-21

PEMIKIRAN
KOMUNIKASI
KREATIF

Di antara cara berkomunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah yang perlu dipraktik
oleh guru ialah :

1. Menguruskan aktiviti kumpulan

2. Mengamalkan strategi berpusatkan pelajar

3. Menggunakan kaedah mengajar seperti perbincangan,bercerita, kaedah penerangan.

4. Menggunakan alat bantu mengajar untuk menyampaikan mesej dan konsep

5. Menggunakan teknik menyoal yang berkesan

Bagi mengatasi masalah PdP ialah melaksanakan rancangan pelajaran secara sistematik
dan menarik serta bermakna. Persediaan sebelum mengajar yang sempurna akan menghasilkan
Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) lebih bermakna kerana kesiapsagaan guru dengan tajuk
yang akan diajara akan dapat menarik minat murid untuk belajar . Menurut Mok (2008),
kepelbagaian aktiviti semasa PdP dengan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai serta
teknik variasi rangsangan dapat mengekalkan minat pelajar terhadap pelajarannya. Choong
dalam kajiannya telah memberikan beberapa contoh bahan bantu mengajar yang sesuai
digunakan iaitu bercerita, latih tubi, bersoal jawab, menyanyi, kuiz, aktiviti kerusi panas, kaedah
penggunaan peta i-Think dan sebagainya. Penggunaan pelbagai teknik mengajar dapat
meningkatkan keberhasilan objektif yang telah ditetapkan di samping menarik minat,
mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid. Kesannya
proses PdP tidak menjadi sia-sia kerana murid dapat mempelajari pelbagai ilmu melalui aktiviti
yang pelbagai dan kreatif.

Selain daripada itu, guru sewajarnya menzahir perasaan bangga dan gembira semasa
PdP dengan memberi penghargaan kepada anak didik. Penghargaan bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan dan keinginan pelajar untuk fokus di dalam kelas. Pendekatan yang
lebih mudah dan berkesan untuk memberi penghargaan kepada anak didik adalah dengan
menggunakan bahasa yang positif. Penggunaan bahasa secara positif dalam komunikasi antara
guru dan murid sangat penting (Mohd Khairuddin Abdullah et. al., 2014). Hal ini demikian kerana,
penggunaan bahasa yang positif dapat mengurangkan ketegangan semasa berkomunikasi dan
mewujudkan suasana yang tenang. Contoh penggunaan bahasa yang positif ialah dengan
memuji murid, bahasa yang sopan santun, menghargai pencapaian murid dengan mengucapkan
ucapan yang membina semangat murid iaitu “tahniah”, “syabas” dan “kamu sangat pandai”.
Penggunaan frasa tersebut dapat mewujudkan suasana yang positif dan memperkukuhkan jati
diri pelajar kerana mereka berasa dihargai. Jelaslah penggunaan bahasa positif dapat memberi
kesan yang baik dalam komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid dengan berkesan.
Jenis penghargaan atau ganjaran yang harus digunakan oleh guru seperti rajah di bawah :-

GANJARAN NYATA GANJARAN SOSIAL

SEPERTI BINTANG SEPERTI PUJIAN LISAN


DIBUKU CONTOH BAGUS
JENIS GANJARAN

AKTIVITI PENGALAMAN BERJAYA


GANJARAN
SEPERTI APABILA PANDAI MEMBACA,
SEPERTI DAPAT GURU BAGI BUKU CERITA DAN MINTA
MAIN CATUR MURID BACA BUKU CERITA YANG
DIBAGI
Pada akhir PdP, hasil kerja murid dipamerkan disudut pembelajaran sama ada dihadapan atau
di belakang kelas. Mempamerkan kemajuan murid juga sebagai penghargaan terhadap aktiviti
dan hasil kerja murid.

Pengurusan kelas juga penting untuk melaksanakan PdP yang berkesan seperti
susunan meja bagi menggalakkan murid berinteraksi bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan
mendorong komunikasi murid dengan murid, guru dengan murid , guru dengan kumpulan.

Contoh Susun Atur Kelas.

Sebagai rumusan,
Rujukan

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi Guru dalam Bilik Darjah dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah.Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, Artikel 1. Dicapai pada 3 Februari 2018, daripada
file:///C:/Users/User/Documents/jpp5_4.pdf

Mohd Januri Aiyub, Muhammad Khairi Mohamed Nor, Mazura Sulaiman & Hashima Hj. Sulaiman.
(2013). Cakna Bahasa. Ampang: Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2011). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang. (2008). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Yahya Buntat & Lailinanita Ahamad. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru.
Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6, 44-58

Nizam Yatim. (2 September 2016). Guru Punca Masalah Disiplin. Utusan. Diakses pada 2 Mac
2018 daripada http://www.utusan.com.my/rencana/guru-punca-masalah-disiplin-
1.377449