Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Definisi Abseiling

Abseiling merupakan aktiviti yang popular dalam pendidikan luar. Aktiviti ini jika ditinjau
sepintas lalu ianya dilihat amat berbahaya dan ekstrem kerana melibatkan kekuatan
dan kemahiran anda menuruni bukit atau tempat yang tinggi. Walaupun apa persepsi
terhadap aktiviti ini ianya cukup mencabar fizikal dan mental anda. Latihan dan
pengamatan yang baik amat diperlukan dalam pelaksanaan aktiviti ini. Dalam
abseiling kemahiran dan kepercayaan anda kepada peralatan yang digunakan
merupakan aspek penting dalam memastikan “output” program tercapai. Bagi anda
yang pertama kali melakukan aktviti ini secara psikologinya akan berhadapan situasi
dimana anda akan menilai tahap keyakinan diri dan kemampuan peralatan serta
dalam masa yang sama anda juga berperang dengan rasa ketakutan dan gementar
(anxiety) sebelum aktiviti. Untuk mengalaminya anda perlu mencuba aktiviti ini untuk
mengalami cabaranya secara fizikal dan mental.

2.0 Objektif Abseiling

- mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-


saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta
apabila berada di tempat yang tinggi.
- mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan
menggunakan peralatan-peralatan khas
- bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam
- bagaimana menjaga dan menyimpan tali

3.0 Peralatan Abseiling Dan Penjagaan

Peralatan yang baik dan berfungsi adalah perkara yang perlu diutamakan dalam
aktiviti abseiling. Ianya merupakan aktiviti yang boleh membahayakan anda anda akan
banyak bergantung dengan peralatannya. Jika peralatan yang digunakan tidak
menepati tahap keselamatan yang ditetapkan anda seharusnya tidak meneruskan
aktiviti. Berikut adalah berapa peralatan asas abseiling yang perlu disediakan seperti:

1. Tali

2. Topi keselamatan

3. Karabiner
4. Abah-abah (harness)

5. Figure Of Eight

6. Sarung tangan

3.1 Jenis Tali

Terdapat dua jenis tali yang biasa digunakan dalam aktiviti bertali iaitu:

 Tali Dinamik – Kebiasaanya digunakan ketika mendaki bertujuan untuk


menyerap rentapan jika pengguna jatuh dari kedudukan asalnya. Tali dinamik
ini mampu menganjal hingga 7% dari panjang asal tali. Tali jenis ini tidak sesuai
digunakan untuk aktiviti abseiling kerana sifat keanjalannya akan
menyebabkan kesusahan dalam pengawalan dan “braking” pada tali

 Tali Statik adalah tali yang tidak bersifat sangat anjal, tali ini hanya mampu
menganjal sehingga 2% hingga 5% dari kepanjangan tali yang asal. Tali jenis
ini sesuai untuk aktiviti abseiling dan ketika aktiviti menggua (caving)

 Kedua-dua jenis tali ini direka dengan mengunakan rekabentuk


“KERNMANTEL”. Ianya bermaksud ali ini disusun dan dua lapisan utama
yang digabungjalin dan diselaputi satu lagi permukaan nilon diluar.

Mantle Kern
A. KERN – adalah bahagian dalam tali dibuat dari lapisan filamen nilon
polymide yang dibersilang-silang. Ianya berfungsi sebagai
bahagian utama yang menjadi bahagian utama yang paling kuat
dan mampu menganjal

B. MANTLE – Adalah bahagian luar tali yang melindungi bahagian


dalam, Ianya berfungsi melindungi bahagian dalam dari rosak dan
juga bertindak sebagai permukaan tali yang bertekstur untuk
gengaman yang baik. Ketika sesuatu aktiviti dijalankan seperti
abseiling bahagian mantle ini akan menjadi kejap dan seterusnya
bertindak melindungi Kern dari dimasuki sebarang partikel seperti
pasir masuk kedalam.

Cara Menjaga Dan Menyimpan Tali

 Jangan berdiri atau memijak di atas tali kerana partikel-partikel halus seperti
pasir boleh memasuki bahagian tali dan akan bertindak sebagai benda tajam
yang akan memotong komponen tali tanpa disedari

 Sentiasa memeriksa tali secara kerap sebelum digunakan, bersihkan bahagian


yang kotor dengan air lalu dan air sabun

 Jika bahagian kedua-dua hujung tali didapati telah terkeluar atau berbulu,
bakar bahagian tersebut dengan api yang kecil

 Jangan dedahkan tali kepada cuaca panas yang melampu

 Sebelum tali disimpankan pastikan tali sentiasa berkeadaan kering

 Uraikan semua simpulan, gulung tali dan simpan ditempat yang sejuk dan
kering
 Tali tidak sepatutnya dibiarkan disimpan begitu saja diatas lantai gunakan bag
atau guni untuk menyimpanya

 Tali yang tidak digunakan perlu diuraikan dari simpulan dan jangan dibiarkan
disatu-satu tempat dalam tempoh yang lama

 Tali tidak boleh disimpan bersama atau berdekatan dengan bahan kimia,
petrolkimia, peluntur, klorin dan sebagainya

 Jika sesudah membasuh bahagian tali pastikan ianya dijemur di tempat redup
dan berangin

 Hindarkan tali anda dari basah atau lembab dan keringkannya dengan cepat
jika tali tersebut basah.

 Kendur atau longgarkan tali anda apabila hari hujan untuk mengelakkannya
dari mengembang yang boleh menyebabkan tali itu putus.

 Hindarkan dari berjalan di atas tali atau meletakkan beban di atas tali

 Jauhkan tali daripada benda tajam seperti kaca untuk mengelakkan tali putus
ketika digunakan

 Ketika tidak menggunakan tali, tali tersebut hendaklah diikat dengan cara yang
betul

 Tali boleh menyerap debu garam ketika di tepi pantai. Jadi simpan tali di tempat
yang sesuai untuk mengelakkan daripada serangga\

 Catit setiap kali digunakan. Sesetengah tali hanya boleh bertahan untuk
digunakan sebanyak 1000 hingga 1500 kali sahaja

 Jangan beli tali yang telah digunapakai atau terpakai

3.2 Topi Keselamatan (Safety Helmet)


 Topi keselamatan wajib dipakai ketika menjalankan aktiviti

 Jenis topi keselamatan yang digunakan ini perlu memenuhi piawaian yang
telah ditetapka oleh UIAA dan berupaya melindungi bahagian kepala dan
tengkorak ketika berlaku sebarang hentakan kuat kepada sebarang
permukaan. Topi keselamatan ini perlu diiktiraf oleh UIAA dan memenuhi
standard piawaian antarabangsa DIN 7948 (penyerap hentakan).

 Semua topi keselamatan yang dikeluarkan oleh pengilang perlu mendapat


pengiktirafan UIAA. Ianya diuji dan direka bagi menepati piawaian dan selamat
digunakan dalam sebarang aktiviti bertali.

3.3 Karabiner

Karabiner atau clipgate istilah yang digunakan di Eropah dan Amerika adalah alat yang
digunakan sebagai sebahagian dari alat keselamatan yang berfungsi menghubungkan
tali pendaki dan “belayer”. Ianya didatangkan dalam bentuk kekunci manual dan
kekunci automatik dan ianya perlu mendapat pengiktirafan UIAA.
Jenis-Jenis Karabiners

1. Karabiners Screwgate(Manual)

Digunakan untuk menghubungkan tali ke abah-abah (harness) dimana ianya


memerlukan anda memutarkan bahagian klip yang boleh dibuka dan dilaras secara
manual

2. Karabiner Kekunci Automatik (Auto-locking carabiners)

Karabiner jenis ini akan terkunci secara automatik selepas dibuka. Kebaikannya ianya
dapat membantu pendaki yang sering kali terlupa mengunci karabiner seperti
karabiner manual. Pengguna hanya perlu sentiasa memastikan klip automatik ini
sentiasa bersih, kerana jika sebaliknya ia akan merosakan fungsinya.

KEKUATAN KARABINER

 Kekuatan Karabiner diukur dalam KN (Kilonewton – unit dalam mengukur


daya). Kebiasaanya kekuatan karabiner adalah diantara 10KN ke 40KN

 Satu Newton adalah bersamaan dengan 1/10 Kgf kekuatan daya dan
karabiner berupaya menahan beban sehingga 1000Kgf ke 4000Kgf (Kg of
force)
Cara Penjagaan Karabiner

Karabiner boleh dibasuh menggunakan air sabu dan kemudianya dikering


sepenuhnya menggunakan kompressor angin atau menggunakan pengering rambut.
Penggunaan pelincir berasaskan silikon yang disembur juga boleh digunakan bagi
membantu kelicinan fungsi karabiner. Jangan gunakan minyak atau griss kerana ia
boleh merosakkan tali, abah-abah dan salutan nilon.

3.4 ABAH-ABAH (HARNESS)

 Abah-abah (harness) digunakan untuk menghubungkan pendaki dengan tali.


Kebiasaanya abah-abah jenis “half harness” yang dipakai dibahagian pinggang
sering digunakan pendaki berbanding penggunaan “full harness” yang meliputi
bahagian atas badan hingga ke pinggang.

 Semua abah-abah yang hendak digunakan perlu diperiksa sebelum digunakan

 Anda juga perlu memastikan abah-abah yang digunakan memiliki pengiktirafan


kelulusan ujian oleh UIAA dan memiliki piawaian seperti “EN 12277
Mountaineering equipment, harnesses, safety requirements”

3.5 FIGURE OF EIGHT


 “Figure of eight” adalah alatan asas yang popular digunakan dalam abseiling.
Ianya sering digunakan ketika untuk aktiviti menuruni bukit (descending) atau
pun digunakan oleh “belayer“ ketika aktiviti rock climbing

 “Figure of eight” ini berbentuk nombor '8'. Satu dari bahagian alat ini bulatannya
lebih besar dari bulatan yang satu lagi.

 Alat ini diperbuat dari aluminium kerana ketahanannya menampung berat.

3.6 SARUNG TANGAN KULIT

 Sarung tangan kulit yang baik perlu digunakan bagi aktiviti abseiling

 Tujuan utama pemakaianya adalah untul membantu mengelak dari luka


(friction burn) yang disebabkan oleh kepanasan tali (rope burn) dan alatan
abseiling
4.0 LANGKAH ASAS MENYEDIAKAN PERALATAN ABSEILING
Untuk memudahkan anda memahami langkah asas menyediakan peralatan abseiling
berikut adalah gambarajah mudah aktiviti mengikut turutan:

LANGKAH 2
Anchor yang dipilih perlu
memenuhi criteria
seperti memiliki
kekuatan dan selamat

LANGKAH 1
Pastikan figure of
eight dan tali berada
dalam keadaan baik
sebelum digunakan

LANGKAH 4
Sambungkan figure of
eight ke harness dan
pastikan jika memakai
karabiner dari jenis
LANGKAH 3 screwgate ianya telah
Masukkan tali ke figure of eight diketatkan dengan kemas.
seperti dalam ditunjukkan dalam Serta sebelum peserta
gambarajah dilepaskan periksa
keadaan pemakaian
harness adalah betul dan
kemas.
5.0 Fasa Pelaksanaan Aktiviti Abseiling

Fasa 1: 5H
• Hoof
– Pastikan tali kasut sentiasa diikat
• Helmet
– Pastikan helmet sesuai dengan saiz
• Hand Glove
– Tiada cincin dipakai
– Perikasa sebellum pakai
– Pakai sebelum abseiling
• Hardware
– Pasangkan karabiner pada bahagian loop
– Pasangkan figure of 8 dalam karabiner
– Selit pada harness
• Harness
– Kemaskan dengan mengetatkan di bahagian pinggan dan paha

Fasa 2: Pergerakan Ke Puncak Mula

 Menggunakan trek (Nature pro)

 Mohon kebenaran kepada ketua kumpulan. Teruskan perjalanan.

 Berhati- hati sepanjang perjalanan

 Laporkan diri kepada jurulatih apabila tiba di lokasi puncak

 Menggunakan tangga (Tower/ pokok)

 Minta kebenaran ‘ladder on’ dan ‘climbing’

 Berhati- hati semasa mendaki

 P/S: PASANG TALI KESELAMATAN “SAFETY 1 ON”. PASTIKAN


PESERTA MEMAKAI TALI KESELAMATAN SEPANJANG BERADA DI
LOKASI PUNCAK MULA.

Fasa 3: Persediaan Melakukan Abseiling

 Buka hardware. Lekatkan figure of eight pada tali utama (line 1/ line 2)
 Pasang tali keselamatan 2 (belay line). Gunakan ikatan figure of eight follow
through atau double figure of eight on the bike untuk lekatkan pada loop
harness menggunakan karabiner.
 Semak semula 5H ikut urutan atas bawah. Pastikan glove dipakai.
 Mohon belayer bersedia ‘on belay’
 Belayer sahut ‘belay on’
 Buka tali keselamatan 1 dan peserta perlu menjerit ‘safety one off’
 Mulakan pergerakan dengan sebutkan ‘decending on line 1 / line 2.

Fasa 4: Pendaratan

 Apabila selamat menjejak kaki ke tanah, peserta perlu jerit ‘on land’. Kemudian
buka tali kedua tali dan sebut ‘rope off’
 Ucapkan Terima kasih, belayer.

6.0 Aspek Keselamatan Mengikut Lokasi (Gunung)

6.1 Kaedah Membawa Tali

 Menggunakan beg khas


- Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.
 Menggalas di belakang
- Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di belakang.
 Menyilang di badan
- Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang ke badan
untuk dibawa ke lokasi.
 Menggalas di sisi
- Tali digulung dan buat tali penyangkut seperti tangkai beng tangan.
7.0 Gambar-gambar Abseiling